09/03/2016 –
Rabu
Hari ini last
day dekat Gili Trawangan. Lepas check out hotel, breakfast then gerak ke jeti.
Boat akan gerak pukul 9.45 pagi. Sayangnya nak tinggalkan Gili. Sob sob. Sampai
dekat bangsal, supir dah siap menunggu. Janji dengan Pak Adi, tapi orang lain
yang datang sebabnya Pak Adi sakit masuk hospital.
Sesampainya di Bangsal. Bye Trawangan, Hello Lombok!
Dari Bangsal
terus ke Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep. Boleh tahan jauh juga
perjalanan. Sampai je destinasi aku dah macam pelik. Kenapa lain benar dari
tempat yang orang lain ceritakan tu. Bila Tanya guide tu baru dia cerita yang
bahawasanya*eceh* jalan nak pergi ke Air Terjun Sendang Gile tu ada dua jalan. So
nanti korang kalau pergi pilihlah jalan yang landai okay. Kalau rajin nak naik
tangga bolehlah pilih jalan yang bertangga tu.
Gambar sebelum memulakan trekking. Nanti korang guna jalan dari sini tau. Landai sikit. Hiks. Balik tu boleh lunch terus. View dari cafe ni pun awesome. View padi bukit.
Perjalanan nak ke
Sendang Gile tu adalah dalam 30 minit ikut kepantasan masing masing berjalan.
Kitorang ambil masa macam lebih je. Mana taknya sekejap sekejap berhenti
bergambar. Kalau perjalanan 10 minit pun boleh jadi sejam kalau dengan kitorang
nie. Seriously penat korang akan dibayar dengan kesejukan air terjun tu. Masyuk
weyh.
Tangga ni korang akan jumpa bila nak sampai ke Sendang Gile. Sikit je, don't worry okay.
Serupa macam tak pernah jumpa air terjun -.-"
Habis berseronok
dekat Sendang Gile, teruskan perjalanan ke Tiu Kelep. Oh, ini memang kena
fizikal dan mental yang kuat. Perjalanan yang jauh, kena seberang anak sungai,
hiking sikit, naik tangga sikit. Rasa - rasa nak dekat sejam tu sampai la. Kali
ni kepenatan berjalan tu dibayar double okay double. Sebabnya view dekat Tiu
Kelep lagi awesome kot #huaweibestwei.
Bila dah
berendam, badan penat memang rasa malasnya nak bergerak balik. Tapi kena juga
paksa diri. Nak balik tu hujan turun. Lebat la juga. Tapi kami redah je, sebab
memang baju dah basah pun. Nak balik nie rasa sekejap la pula.
Sampai dekat
café apa entah bersihkan diri dan lunch. Diorang je lunch aku tak pun sebab
memang perangai aku kalau penat memang no heavy food masuk dalam perut okay.
Kalau sumbat juga mahu terkeluar balik. So aku lepak layan view lepas hujan
sambil minum air je.
Happy Birthday Shahril yang ke-26 :)
Malamnya
kitorang check in dekat Hotel Bumi Aditya. Dinner pun dekat café hotel je.
Kebetulan haritu birthday Shahril #happybirthdaysweet26, alang alang tu
celebrate terus. Untung gila sambut birthday time pergi travel. Mujurlah yang
pergi ni perangai semua molek – molek belaka, kalau tak aku rasa mahu Shahril
tu kena baling tepung dengan telur.
Perbelanjaan Hari Keempat :
Boat ke Bangsal
= IDR 85,000 / RM25
Guide Air Terjun = IDR 37,500 / RM11
Guide Air Terjun = IDR 37,500 / RM11
Hotel Bumi Aditya
= IDR 138,000 / RM41
Dinner Café Bumi Aditya = IDR 45,000 / RM13
Total = IDR 305,500 / RM90
berape price supir dr bangsal bawak ke Air Terjun tu?
ReplyDeleteSupir kitorg kira 1 day terus. Kiranya sehari Rp 1,200,000 = RM360.
Deletemana tempat je yg supir tu bawa?
Deletefirst day tour dia bawa ke air terjun. sbb bila balik dr air terjun pun dah petang, so after that terus ke hotel. esoknya dia bawa ke kedai souvenir then pergi sasak village, tanjung aan. dia akan follow iti kita kalau kita dah siapkan itinerary.
Delete