Tuesday, March 22, 2011

Explorace

Fuhh. Hari minggu yang agak memenatkan tapi sangat enjoy. Terima kasih untuk semua yang telah mengisi masa lapang hari minggu aku.

Sabtu diisi dengan explorace yang dianjurkan oleh JKK BMI dengan kerjasama PEMBINA kawasan Gombak. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar walaupun aku adalah group yang terakhir sampai. Biasalah, setiap aktiviti mesti ada kelemahannya sendiri, cuma lain kali cuba la perbaiki kelemahan itu.

Banyak pengalaman yang dapat dikutip. Gambar pun banyak juga yang dapat dikutip. Setelah dikaji barulah tahu kenapa kami adalah kumpulan yang terakhir. Sana sini berhenti untuk snap gambar. Posing tak berhenti. Orang lain terkejar sana sini, kami masih rileks berjalan.

Pengalaman paling menarik bila berjalan dari Pasar Seni ke Masjid Bukit Aman. Dengan keadaan yang hujan, kami redah je. Dari info yang kami dapat dari seorang pakcik bawa teksi ni, dia kata tak jauh, just follow jalan yang dia tunjuk. Secara jujurnya, kami sangat la lurus bendul dan percaya bulat - bulat apa yang pakcik tu kata.

Yang sebetulnya, ia adalah perjalanan yang sangat jauh. Ketika itu, memang rasa nak hempuk pakcik tu. Sepanjang jalan, ntah berapa banyak dosa sebab marah dekat pakcik tu. Tapi apa boleh buat, dah separuh jalan, lang - alang teruskan sampai habis. Orang lain sibuk naik teksi, kitorang berjalan kaki. Memang sangat terbaik.

Apa - apa pun sangat enjoy. Hope boleh join lagi aktivity macam ni. Oh, explorace ni berakhir di Masjid Negara.

Malam tu tidur memang awal sebab esok ada aktivity lain pula bersama rakan - rakan lama. Tunggu updatenya nanti.









Untuk gambar yang lain, mungkin cik roomate akan upload di SINI *lama sangat tak update blog pitcha nie*

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.