Sunday, March 27, 2011

Putrajaya+Kl Sentral+Times Square

Semalam, seharian berada di luar. Menyiapkan assignment di mana aku perlu melawat sendiri tempat kejadian untuk objektif yang lebih jelas. Selesai semua terus ke Kl Sentral untuk berjumpa dengan sahabat dari Ciast. Sementara menunggu mereka, mata aku meliar memandang sekeliling. Memandang pelbagai gelagat manusia yang ada di atas bumi ini.


Di depan Pintu Imam Hanbali Masjid Besi Putrajaya



Tiba - tiba,

" Bagaimana kalau kita berjumpa dengan orang yang tak disangka - sangka "

Puas aku perah otak memikirkan apa yang dia katakan. Siapa orang yang disangka - sangka itu. Apa motif yang kita perlu jumpa dengan dia dan kenapa, bagaimana semuanya bermain dalam otak aku.

Masin mulut cik roomata, @atikahallias.

Memang itu yang terjadi. Berjumpa dengan pelbagai orang berlainan negara sehingga @atikahallias berfikir, adakah sekarang musim orang luar melawat malaysia. Tapi tak juga kerana tiap masa ada saja pelancong luar yang datang ke sini.

Dari manusia yang berbincang mengenai business juta - juta, sampai lah manusia yang bisu dan bercakap menggunakan bahasa isyarat. Semua itu buat aku berfikir, berfikir dan berfikir. Kemudian,

Binggung.

Aku jadi binggung sampai aku tergelak dan aku cakap pada @atikahallias, sila jangan kata apa - apa seperti itu lagi sebab aku akan jadi seperti orang yang binggung fikirkan itu semua. Takut. Buat terjumpa dengan orang yang paling tak ingin untuk aku jumpa bagaimana. Minta la dijauhkan.

Balik dari berjalan, masing - masing keletihan. Lepas saja mandi, terus melelapkan mata. Tapi semalam merupakan hari yang tak dapat dilupakan. Seperti mengajar aku sesuatu mengenai kehidupan.



Bergembira di Time Square Themes Park



Pikah buat muka minta penampor



Gambar tiada kaitan ;p







ps : kalaulah duit banyak.

3 comments:

  1. kalau lah banyak duet, konfem borong habes penuh dua2 tangan ^^

    ReplyDelete
  2. assignment? perlu melawat? bes gila assignment camtu !! untung la wey

    ReplyDelete
  3. kina,

    tau xpe. rambang mata tgk benda.

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.