tapi,
betul apa yang dia katakan. kisah silam tak pernah mahu meninggalkan kita malah sentiasa menghantui biarpun sejauh mana kita cuba lari dan sedaya upaya kita cuba untuk lupakan ia tetap juga berlegar di fikiran kita.
sama seperti dia, aku bayangkan sebaik aku melangkah pergi dari tempat itu segalanya akan ditinggalkan disitu dan tidak mungkin akan dibawa ke tempat yang baru. aku cuba tanamkan dalam diri aku, past is past. tapi yang terjadi adalah sebaliknya. aku penat. penat dibelenggu rasa bersalah, rasa sakit hati, rasa prihatin.
tapi apa yang boleh aku lakukan. mengulangi kembali kisah yang sama? mustahil. cukuplah sekali aku lalui semua itu. cukuplah sekali aku dipijak bagai tiada rasa sedikit belas kasihan. cukuplah.
cuma,
jika suatu hari nanti aku diberi pilihan samada mahu kehilangan atau kebenaran. aku pilih kebenaran kerana kehilangan bakal diganti dengan sesuatu yang baru tapi kebenaran, jika dihapuskan, susah untuk diganti.
ps : satu perkataan mampu dirungkaikan dalam pelbagai cara.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.