Friday, March 25, 2011

Nilai kembali diri sendiri.

Macam banyak betul perkara yang berlaku sampai tak tahu nak mulakan dari mana. Tenung skrin laptop sambil berfikir, dari mana aku patut mulakan semua ini.

Semalam.

Semuanya sudah selesai. Aku dapat rasa suatu perasaan seperti satu beban yang berat terlepas dari bahu. Lega.

Untuk kau kawan.

Aku harap, kau betul - betul dapat cari kembali diri kau. Diri kau yang dulu. Kalau boleh diri kau empat tahun yang dulu. Macam mana aku kenal kau, macam itu la aku nak kau kembali.

Insyallah.

Kami tetap akan ada di belakang kau walau apa pun terjadi. Walau sekejam mana aku pada kau, aku tetap tak boleh buang rasa sayang seorang sahabat.

Cuma,

Selepas ini kau boleh sedar dan boleh membuat pertimbangan dalam hidup kau dengan lebih baik.




Ingat. Semua orang buat kesilapan supaya kita boleh belajar dari kesilapan tu. Biarlah apa pun penilaian orang terhadap kita, janji kita tahu siapa diri kita. Itu antara kita dengan Dia yang diatas sana kerana Dia lebih mengerti setiap manusia yang Dia ciptakan.









ps : gambar holiday sebenarnya ada di SINI. Semalam tersilap letak link. maaf.

pss : jika tak keberatan silalah jenguk ke sehelaikertaskosong kerana aku rasa aku lebih matang di sana.*perasan*

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.