Before : Bandung Part III
07/01/2016 –
Jumaat
Last entri yeay!
So sila bertabah eh. Aku nak sumbat semua dalam ni since esoknya tu flight pagi
and no activity pun. Pagi ni memang sengaja minta supir datang lambat sikit. Oh
harini supir lain, Ayung. So masa yang ada tu diisikan dengan berendam dekat
swimming pool. Plannya nak terjun semua sekali tapi yang terjunnya dua orang
je, aku dengan Atie yang lagi 3 jejaka tu still seronok berselimut atas katil.
Janji tinggal janji betul diorang nie. Berendam tak lama pun, dalam pukul 8
lebih tu dah naik bersihkan diri sebab nak breakfast.
Polo Ralph Lauren
Plan asalnya nak
ke Pasar Baru balik sebab aku nak beli kain untuk buat kemeja. Tapi on the way
tu Kamarul minta singgah Butik Polo Ralph Lauren sebab dia nak beli baju.
Adalah dalam setengah jam juga duduk dalam tu. Mujurlah ada hasil. Settle
membayar, terus gerak ke Pasar Baru.
Pasar Baru
Dating sini
sekejap je sebab memang dah ada tujuan kan. So terus kata dekat Boy nak pergi
Kedai Cosmo. Situ aku dengan Atie je yang shopping. Lagi 3 jejaka tu tolong
pilih je. Dari Kedai Cosmo tu pergi ke Lantai Bawah sebab nak cari sourvenier
untuk budak-budak dekat office. Settle beli sourvenier terus gerak untuk lunch.
Lunch - Ayam Goreng Suharti
Lunch kali ni
kita penuhi permintaan Kamarul nak makan dekat Ayam Goreng Suharti. Dia nak
makan ayam yang dihidang sekali dengan kepala tu tapi bila sua kepala tu dekat
dia, geli pula. Tak faham aku -.-“. Sini makan dapat air free. Mula tu dapat
air tea jasmine tapi ramai yang tak minum tea tu so minta tukar ke air suam.
Trans Studio Mall
Sebenarnya dah
tak tahu nak pergi mana untuk habiskan masa sehari ni. Trans Studio ni pun tak
termasuk pun dalam itinerary kitorang. Tapi sebab dah bosan sangat redah jela
pergi sana. Pusing la mall tu sampai bosan. Tak main pun sebab ingat nak masuk
tu mahal sekali bila tanya rupanya takdelah mahal sangat pun, 129K / RM40 je. Then
lepak dekat The Cofee Bean buang masa. Nampak tak betapa takda aktivitinya
kitorang harini. Cukup masa panggil supir ajak pergi Kartika Sari. Time to
shopping again!!
Kartika Sari
Inilah dunia
segala jenis brownies kesukaan ramai. Rasa macam nak borong semua. Kahkah. Aku
beli untuk aku dan family. Atie beli untuk dia serta pesanan pesanan
officemate. Punya banyak sampai packing dalam kotaklah cita dia. Oh if beli
barang 250K dan keatas je baru boleh pack kotak. Below than that sila bawa
sendiri eh.
Factory Outlet
Again. First
pergi ke Polo Ralph Lauren again. Tapi cawangan lain la. Besar sikit yang dekat
sini. Seperti biasa memborong lagilah si Kamarul tu. Then supir park kereta
dekat FO The Glow, kitorang jalan kaki je ke FO Jetset, FO Blossom sebab Dinesh
nak cari barang dia. Dia je yang membeli kitorang teman je since last last nie
duit dah makin mengering. Kihkih. Mujurlah jumpa apa yang dicari kalau tak nak
kena repeat pergi Bandung lagi la gamaknya.
Pisang Salai Cheese
Favourite ni.
Sekali lagi follow permintaan Kamarul nak pergi beli dekat yang ada jual fresh
Pisang Salai Cheese. Tapi time kitorang sampai tu dia tak masak benda tu dia
masak benda lain. So tak dapat merasalah yang panas panas. Aku angkut 4 bungkus
terus sebab tahu ni favourite family aku. Balik haritu pun tak sampai sehari
dah habis half paket tu -.-“ . Sepeket tu 500gm.
Dinner – Wendy’s
Malam tu ke
Ci-Walk lagi cari makan. Fast food je. Wendy’s. Muka masing-masing dah penat.
Even tak buat apa apa pun penat. Haha. Time ni mood nak bergambar ke apa ke
semua dah takde. Nampak katil je kat guesthouse tu. Malam tu balik awal sikit
sebab nak kena packing barang. Flight esoknya pagi. Dalam pukul 530 pagi dah
kena gerak dari guesthouse. So, semua barang kena settle pack malam tu juga.
Perbelanjaan Hari Keempat :
Pasar Baru
= IDR 500,000 / RM158
Lunch Ayam Goreng Suharti = IDR
47,000 / RM15
The Coffe Bean
= IDR 55,000 / RM17
Pisang Salai Cheese
= IDR 100,000 / RM32
Dinner Wendy’s
= IDR 65,000 / RM20
Total = IDR 767,000 / RM242
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.