Salam guys. This time kita pergi #cuticutimalaysia #dekatje pula okay. Memang selalu after adik aku habis exam dan cuti semester, kitorang akan plan untuk pergi bercuti satu family. Last year kitorang pergi Langkawi, so this year pergi Port Dickson je sebab kebetulan adik aku tu Uitm Kuala Pilah, alang - alang tu singgah terus je.
Actually lama dah aku nak merasa stay dekat Grand Lexis PD tu. Bila memikirkan satu malam tu mak aih mahal, so lupakanlah niat tu. Tapi this time, pakat dengan parents aku stay situ. Sebelum ni aku survey dan decide nak stay Bayu Beach Resort sebab boleh turun mandi laut tapi memandangkan sekarang ni cuaca panas melampau so tukar plan cari tempat yang boleh lepak indoor je. Terus terfikir samada Lexis Hibiscus or Grand Lexis. Kedua dua pun ada private pool cuma bezanya kecil dan besar je. After sedikit perbincangan *ayatpenulisansangat* dengan adik aku, so kitorang decide Grand Lexis sebab pool dia besar sikit.
Aku tak buang masa terus call bahagian reservation untuk booking bilik dengan harga RM595/night. Ini harga after 15% diskaun sebab guna id kakak as pekerja goverment. After sedikit research pasal bilik, aku decide untuk book bilik Sky Pool Villa. Book for 2D1N sahaja. This is not water chalet tau, ini yang dalam bangunan dia. Gara - gara nak tengok sunset la. Gedik kan aku.
So on that day, aku gerak dari Putrajaya dengan family kakak aku dan parents aku gerak dari Perak terus ke Kuala Pilah ambil adik aku then terus ke sana. Hotel ni check in dia pukul empat petang, so asalnya ingat nak check in awal tapi macam - macam drama jadi. Sekerat jalan tertinggal rice cooker la pula, patah balik ambil rice cooker tu la yang jadi lambat. Sampai Grand Lexis pun dah pukul empat lebih. Mujurlah budak - budak ni cuti Isnin, melainkan Airiel dia ponteng sekolah *padahalkafaygcuti*
Okay back to our vacation, aku yang uruskan segala urusan check in. Nervous weyh, padahal banyak kali dah buat benda ni tapi still juga nak nervous. Settle segala urusan, bell boy datang angkut segala barang pergi bilik. Tingkat tujuh okay. Bahagia sangat aku. Berangan dapat tengok sunset. Hiks. Masuk bilik benda pertama aku buat mestilah take picture untuk review ni. Budak - budak ni dah excited nak terjun kolam. Tak reti nak bersabar betul. Tak tahu ke angah diorang ni ada benda lagi penting nak kena buat -.-".
Luas kan? Nak berlari ke, nak berguling ke silakan. Tiada siapa nak halang kau. Aircond ada, kipas pun ada. Nikmat betul tengah - tengah musim panas ni.
Pool yang boleh tahan besar. Boleh la habuan nak kuak lentang empat kali. Tapi untuk budak - budak pastikan ada pengawasan. Quite dalam untuk mereka.
Dapur yang lengkap segalanya. Sabun cuci pinggan pun dia sediakan. So, tak perlu bawa okay. Hiks.
Toilet yang super bersih.
Inilah port lepak aku layan sunset. Heaven sangat weyh. Lepak layan perasaan pun syiok juga. Tapi malam tu nan hado bintang. Kalau tak lagi masyuk.
So far bilik memuaskan. Nak kata luas pun luas la juga untuk family yang tak berapa besar macam family aku ni. Ada microwave untuk panaskan makanan, ada heater, iron board and iron, wifi pun laju. Senang cerita semua complete la. Kebetulan pula pergi hari Ahad, tak ramai orang memang best la sangat. Privacy la sikit.
Settle unpack segala barang, apa lagi yang ditunggu, terjun pool la. Siapa yang lapar, makan dulu sebab mak aku bawa bekal lauk dan kitorang bawa nasi *yangpatahbaliktaditu* aku siap goreng nugget sebab takut lapar after berseronok mandi. Paling seronok mestilah budak tiga orang tu. Diorang punya menjerit macam nak pecah gegendang telinga aku. Abang ipar dan kakak aku pun join juga terjun pool padahal esoknya kerja. Mujurlah PD dengan Putrajaya tu tak jauh mana.
Sunset time. Plan asal nak buat timelaps tapi penat nak tunggu so take picture jela. Memang berbaloi la ambil bilik ni sebab clear kot sunset. Bahagia sebentar. Hantu sunset sungguh aku ni. Abah aku siap kata "dia ni datang bukan nak mandi sangat pun, kalutlah dengan sunset dia tu." Hiks. Abah siap tolong tengokkan sunset dekat aku, bila ada scene macam cantik sikit cepat je dia panggil aku. Terbaiklah abah. Muahhh. Malam tu bersiap pergi dinner. Then after dinner kakak dan abang ipar aku balik, tinggallah kitorang je. Malam tu barulah mak aku turun pool. Adik aku pun turun sekali dengan Airiel. Aku, duduk atas katil lepak tengok tv je. Malas dah nak basah - basah.
Empat beradik ni kalau dah berkumpul memang gila dia datang. Apa pun tak boleh. Kah.
Nak sangat layan sunset. Nah sis belanja satu.
My kesayangan dunia akhirat. Awak bila join? Jangan lambat sangat okay.
Pagi keesokkannya aku duduk tunggu budak - budak yang tak bangun tidur lagi while mak dengan abah dan yang lain keluar pergi beli breakfast. Memang aku ambil bilik without breakfast pun. Aku sikit punya bosan tak tahu nak buat apa, salin baju gerak Airiel terus terjun pool. Tapi tak lama sebab adik aku kata nak pusing - pusing hotel. So, turunlah kami empat beranak round sekitar hotel. Adik lelaki aku tinggal sebab dia malas nak ikut, so dia jaga budak - budak tu.
Which one should I go with you?
Diorang cuba untuk meniru signature post aku. Pffttt. Pastu gelak berdekah. Ciss.
Balik dari pusing satu hotel, habis semua terjun masuk pool lagi. Memang berbaloi bawa diorang ni. Aku je malas dah nak basahkan baju bagai. So, aku lepak sambil pack sikit - sikit barang nak balik nanti. Nak balik pun banyak juga drama, biasalah bila bawa budak - budak. Orang ni cuit sikit, orang ni menangis. Gelak - gelak lepas tu menangis. Lumrah kanak - kanak. Bersabar jela.
Airis cuba untuk buat music video untuk lagu apa aku pun tak tahu. Bajet retis bila lari rambut dia yang panjang tu terbang - terbang.
Airiel ni kalau bergambar tak pernah buka mata. Dasar mata sepet betul.
Acah - acah tak pandang kamera.
Model tudung.
Kiri : Bongsu. Kanan : Ketiga.
Elok pukul dua belas tengahari, aku turun settlekan urusan check out while parents aku pergi susun barang dalam kereta. Selesai check out, bergerak pula ke Teluk Kemang bagi budak - budak ni layan view laut pula. Tak dapat mandi dapat tengok view pun jadilah. Tak lama pun lepak situ sebab panas sangat. So decide balik jela. Adik aku bawa kereta sorang sebab yang lain dah membuta kepenantan. Hiks.
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.