Thursday, April 21, 2016

Travelogue : Trip Lombok Part V


10/03/2016 – Khamis

Last day sudah. Kebetulan flight lewat petang, so plan harini lepas check out pergi kedai souvenir, Sasak Village, Pantai Kuta Lombok dan Tanjung Aan. Sebenarnya ada lagi tempat patut pergi tapi sebab for us tempat tu macam tak menarik so kitorang just skip. Bila skip banyak tempat, banyak masa free dan masa tu digunakan melepak dekat Tanjung Aan.






Kampung Sasak ni terdiri daripada penduduk yg suku kaumnya Sasak. Orangnya kecil - kecil je okay. Rumah diorang dalam kampung ni dibina dari tahi sapi(lembu). Diorang jugak di galakkan untuk berkahwin dengan penduduk satu kampung untuk membolehkan diorang stay dekat kampung ni. Kalau kahwin orang luar pun still okay, tapi kena stay dekat tempat lain, kiranya luar dari perkampungan sasak ni. Rupanya, adat bawa lari bakal pengantin perempuan memang wujud weyh. Dia di kira macam hero lah kalau dapat bawa lari perempuan yang nak di kahwini tu.





Majoriti kaum wanita dekat sini menenun. Samapi ke nenek berusia 100 lebih pun masih lagi buat kerja menenun. Hasil tenunan itu akan dibuat jual. Seriously cantik – cantik weyh. Kain songket diorang pun cantik. Hampir juga aku tergoda. Tapi memikirkan kain yang borong dekat Bandung haritu dah banyak, so kena lupakan niat nak membeli tu.



Nenek ni umur dia hampir seratus kot. Eh ke dah seratus lebih? Lupa la pula tapi yang pasti memang sangat tua la dan dia still dekat situ menenun. Daebak!



Next destination, Tanjung Aan. View kat Tanjung Aan memang superb. Sambil menulis ni pun still teringat ingat tempat tu. Lepastu lunch dekat Restoran dekat dengan Airport. Makan nasi ape ntah tapi sambal dia pedas teramat sangat okay. Penatlah menaip, layan gambar jelah okay. Last day kot, kasi chance la sis berehat sambil meratap lepas ni no more bercuti sebab cuti pun dah habis. Jumaat kena masuk office la.







Next trip? Hahaha. Just wait and see tapi akan jadi #shortescape jela since cuti pun tak banyak dah nak escape lama – lama :p

#kumpulbalikduituntuktahunhadapan





Perbelanjaan Hari Kelima :

Sourvenier  =  IDR 60,000 /  RM18
Kerepek  =  IDR 50,000  /  RM15
Baju  =  IDR 220,000  /  RM65

Total = IDR 330,000 /  RM98

2 comments:

  1. Salam :) macam mana nk dapat travel mate if last min planning eh

    ReplyDelete
  2. Sorryla lambat reply. Maybe awk boleh advertisekan dekat twitter or kat group bbm di fb :)

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.