06/03/2016 –
Ahad
Jam 2 pagi aku
dan Shahara dah kena bangun gerak pergi ke KL Sentral. Dari situ naik bas jam 3
pagi ke KLIA2. Sampai sana cari port terbaik untuk tidur. Aku lepak baca buku,
si Shahara pula tidur sebab dia tak tidur dari malam tadi. What a tiring day for
us.
Flight AK308
pukul 8.30 pagi dan sampai Lombok pukul 11.30 pagi. Timing Lombok dengan
Malaysia sama so tak perlu ubah ape - ape pun. Sampai je supir dah tunggu. So,
kitorang decide pergi lunch. Supir bawa kitorang pergi kedai RM Khas Lombok.
Makanan masakan minang kot.
First day memang
decide nak gerak pergi Gili Trawangan terus. So after lunch terus gerak pergi
ke Bangsal. Sampai sana cari tiket, selepas jadi macam orang blur tak tahu nak
naik public or speed dan after berkira - kira semua, decide ambil speed boat
je, IDR 85K/pax jam 3.15 petang. Tapi tak terus pergi Gili Trawangan, dia
pusing pergi Gili Meno dengan Gili Air dulu hantar dan ambil orang. Last sekali
baru Gili Trawangan. Dari jeti jalan dalam 3 minit sampai Hotel Pesona. Fuh, Gili
Trawangan panas bahang hoi.
Drama swasta
kejap waktu check-in. Berjaya diselesaikan oleh kakak kawasan kita Jenifer *jangankecamsaya*.
Settle check-in, unpack segala barang, mandi then terus pengsan sampai petang
sebabnya aku dan Shahara gerak dari rumah jam 2 pagi dan time sampai Lombok
memang no energy dah.
Itulah view untuk bilik sementara warga perempuan. Dapat view ni hari - hari pun bahagia juga. Masalahnya mahal dik oi. Petang tu siap –
siap pusing area hotel. Singgah dinner dekat satu warung depan hotel. Jen dan
Shahara makan bakso, aku makan fries dan Yeo makan maggi goreng
special*inisedapkataYeo*.
Lepas tu lepak dekat
lobby hotel sambil tunggu lagi 4 orang sampai. Yeo layan bola, Jen dengan
Shahara melepak tepi pool kenang nasib while aku lepak baca
buku*timefreecamnijeadapeluangnakmembacapun*.
Dalam pukul 10
malam Shahril, Ridzuan, Jordan dan Nicole sampai. Jujurnya, itulah first time
aku jumpa diorang nie semua since aku nie dikira join trip diorang last minute.
Mujurlah semuanya jenis banyak sangat cakap. So, tak lah awkward sangat.
Perbelanjaan Hari Pertama :
Lunch RM Khas = IDR 60,000 / RM18
Lunch RM Khas = IDR 60,000 / RM18
Boat ke Gili
= IDR 85,000 / RM25
Dinner Fries = IDR 25,000 / RM7
Total = IDR 170,000 / RM50
No comments:
Post a Comment
kau nak kata apa.silakan.