Wednesday, April 20, 2016

Travelogue : Trip Lombok Part II


07/03/2016 – Isnin

Selamat Pagi dari Gili Trawangan. Pagi tu bersiap pergi sarapan. Since sarapan untuk 4 orang so, kitorang separate la. Aku, Shahara, Jordan dan Nicole breakfast hotel while Jen, Shahril, Yeo dan Ridzuan breakfast luar. Settle breakfast berjalan cari basikal sewa. Sepakat sewa basikal dekat sebelah hotel je, IDR 50K/pax untuk sehari.





Sesi pemilihan basikal sudah selesai, bergambarlah!


Ayuhlah berbasikal sambil sakitkan bontot *jalantakrata*


The journey begin here! Harini plannya pusing Gili Trawangan. Mula dari hotel kitorang pusing keliling pulau. Rasa ada view awesome, berhenti takes picture. Jalan tak berapa nak rata so memang sakit weyh bontot naik basikal. Nak kata jauh takdelah jauh sangat atau mungkin tak terasa jauh sebab asyik berhenti takes picture. Serious weyh, banyak gila view awesome dekat sana.


Apa kau rasa bila dapat tengok view ni hari - hari? Kalau aku, rasa taknak balik weyh. Ala - ala gambar poskad giteww.









Agak - agak haus, berhenti minum air kelapa sambil tengok abang busker sambil sambil tenangkan fikiran tengok air laut. Haish, rasa nak repeat je rasa. Salah satu sebab kenapa pulau jadi tempat favourite aku adalah, pulau nie tenang je. Dapat pula angin sepoi - sepoi bahasa, pergh mengancam betul. Rasa kalau ada masalah ke stress ke bila pergi pulau/pantai ni macam hilang semua tu. Mungkin angin dah bawa lari kot. Kah.












Oh, kitorang ada lalu depan Ombak Sunset yang famous tu. Tapi pergi tak plan nak pergi buaian so time tu pula air pasang memang basah la seluar. So semua decide, datang time sunset nanti. Baru cun scenery. Nama pun Ombak Sunset kan so kena datang situ untuk tengok sunset la.



Inilah buaian yang famous amos tu. Time ni memang tak ramai orang. Bila datang balik time sunset, dia punya beratur mak aih, rasa nak putus asa terus.


Inilah view yang dihidangkan ketika lunch. Awesome!


On the way balik tu singgah makan dekat Waroeng. Makan Ayam Bakar Taliwang tapi different rasa. Masam manis, pedas and normal. So far sedap la. A bit different dengan ayam taliwang dekat Bandung dulu.






Bila masing - masing dah kenyang, balik hotel melepek la semua atas katil. Nicole pergi massage. Cuaca panas kat sana memang buat aku rasa nak lepak bilik je. Petang tu dalam pukul 5 petang kitorang slow - slow gerak ke Ombak Sunset. Kena cepat so boleh la reserve tempat area depan. Itupun sampai sana dah penuh orang. Buaian yang double tu memang ramai gila orang beratur, so kitorang beransur la ke single swing. Of course la yang jadi mangsa adalah mr photographer, Ridzuan. Take turn la naik sorang sorang bergambar atas tu. Last sekali baru turn mr photographer. Lumrah hidup seorang photog okay, memang macam tu. Aku dah rasa dulu -.-“.











Malamnya dinner di Pasar Malam. Erk, aku failed sikit bab pilih memilih seafood nie, so bab pilih memilih tawar menawar ni serahkan dekat Shahril, Jordan, Nicole and Ara. Lepas dinner jalan kejap then cari jagung bakar sedap untuk supper. Balik hotel lepak bilik Yeo and Jordan main card and layan movie.







Jagung bakar kedai mas ni serius terbaik kalau tak takda la diorang tu repeat berulang kali. Kalau korang datang sila cari kedai kayu macam ni. Kitorang dah pesan dekat mas tu letak signboard kat kedai dia.



Perbelanjaan Hari Kedua :

Sewa Basikal  =  IDR 50,000 /  RM15
Lunch Waroeng  =  IDR 62,500 /  RM19
Dinner Seafood Pasar  =  IDR 73,750  /  RM22
Jagung Bakar  =  IDR 10,000  /  RM3

Total = IDR 196,250 / RM59

2 comments:

  1. assalamualaikum. saya nak tanya, untuk boat ke gili trawangan tu jam berapa last boat ye? terima kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap saya, petang dalam pukul 6 camtu. after that kena naik private boat ke gili. better kalau sampai lombok petang stay dulu dekat sana satu malam esok pagi baru gerak ke Gili :)

      Delete

kau nak kata apa.silakan.