Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru.


Peringatan. Inilah adalah entri yang agak panjang. Harap bersabar sehingga ke perkataan terakhir ya.
 

Eh, semalam Hari Guru lah. Pheww, teringat pula cikgu – cikgu aku kat sekolah dulu. Kalau aku masih sekolah, mesti semalam sibuk buat sambutan Hari Guru. Time tu la cikgu nak tunjuk bakat diorang yang terpendam. Student pun menyibuk sama nak tunjuk bakat juga. Tapi sekarang keluar pula rumors kata sambut hari guru haram. Hadoi, kalau dah semunya haram, susahla cmni.

 

Fine.

 

Hari ini jum ikut aku flashback zaman sekolah dengan cikgu – cikgu tersayang.







 

Kita bermula dengan tadika. Aku dulu sekolah dekat Tadika Islam Kuala kangsar. Tapi sekarang tapak sekolah aku dulu dah dijadikan mahkamah. Dulu aku selalu tak nak pergi sekolah. So, cikgu la terpaksa datang pujuk aku. Mengada kan. Biasala budak berhingus lagi. Pakai tudung pun senget je. Comel je bila kau tengok balik. Dah nama pun pergi Tadika Islam kan, so mostly belajar pasal agama la. Cara sembahyang, hafal surah – surah pendek tapi still ade selitkan sikit – sikit pasal ABC, 123 la.


Then dulu tadika aku dikelilingi rumput, so pagi – pagi banyak gila embun. Then cikgu ajar aku cara buat gelang dengan embun tu. Wah, first time tengok, teruja gila. Sampai sekarang aku still ingat camne nak buat. Bila time rehat, makan ramai – ramai dengan kawan – kawan. Tak sah kalau baju tak comot dengan makanan. Yang tolong agihkan makanan tu cikgu la supaya kami ni tak berebut. Dulu, tandas tadika aku kat belakang. Agak gerun juga la walaupun hari siang. Biasala budak – budak, semua benda takut. Bila nak kencing ke, ape ke mesti merengek kat cikgu. Cikgu la yang akan pimpin tangan pergi tandas. Teman sampai selesai semua.


Bila tengah hari bunyi je loceng semua berebut nak balik. Padahal mak dengan abah tak sampai pun lagi. Saja nak tumpang excited. Oh lupa, dulu kelas aku guna nama warna tau. Ada merah, biru, kuning, hijau dan aku lupa.







 



Dua tahun sekolah tadika, bermula la sesi persekolahan yang betul. Masuk tahun satu. Time ni aku dah pindah ke Taiping. Aku sekolah dekat SK Convent Taiping. All girls. Aku sekolah situ pun sebab kakak aku sekolah situ dan mak cik aku mengajar dekat situ. Mula – mula masuk muka innocent je. Pakai skirt pendek, rambut pendek. Time nie, aku free hair. Lawak kan, tadika islam, pergi sekolah rendah cabut semua tudung, siap pakai skirt lagi. Tapi itu semua sampai tahun 4 je. Masuk tahun 5 aku dah start pakai baju kurung then uniform Librarian. Tapi still tak pakai tudung. Cikgu kat convent best – best.


Aku tak ingat waktu darjah berapa ntah, guru kelas aku Cikgu Azizi. Dia mengajar Bahasa Melayu. Tapi bila time subjek dia, tak pernah pun kami belajar, tapi kami duduk bawah ramai – ramai, tutup pintu, lampu, tingkap then dengar cerita hantu dari cikgu. Macam – macam cerita pula tu. Tapi bila periksa, kami still boleh score subjek dia. Lepas tu, ada lagi sorang Ustazah nie, dia suka cubit perut student. Tak buat kerja je cubit. Sakit dia tuhan saja la yang tahu. Pedih kot. Memang tak berani nak buat hal dalam kelas dia.


Bila masuk tahun 5, ada pula sorang cikgu ni nama Cikgu Normala. Aku suka betul kat cikgu nie sebab dia suka bantu aku dalam karangan. Sebab dia la aku rajin menulis dan dulu penulisan aku selalu saja tinggi. Dia juga la yang masukkan aku dalam aktiviti kebudayaan macam tarian, pantun. Dulu aku aktif tau. Dia juga adalah guru penasihat bola jarring, bola baling. Then dulu aku kan Librarian, aku baik dengan cikgu nie nama dia Cikgu Mobita dan kebetulan dia adalah English teacher aku. Dia juga la yang ajar aku macam – macam. Ramai lagi cikgu yang aku sangat terhutang budi sampai sekarang.



 

Bila masuk sekolah menengah, aku tak continue di convent. Aku continue dekat Sekolah Menengah Taman Tasik Taiping. Di sini, lagi banyak ragam guru yang aku jumpa. Cikgu paling best cikgu Rosmawati. Dia mengajar aku Matematik dari tingkatan satu sampailah tingkatan empat ke lima, aku lupa. Tapi dia adalah cikgu paling lama yang mengajar aku. Then cikgu Syaifudin. Dia nie mengajar BM dengan Muzik. Best kelas dia sebab suara dia sedap bila dia nyanyi pastu dia boleh main macam – macam alat muzik. Then muncul pula Ustaz Zaki. Ustaz terbaik la sebab suka buat lawak. Tak bosan belajar agama dengan dia.


Oh, cikgu nie paling payah nak dilupakan. Cikgu Zarina. Nampak je garang, tegas, tapi hati dia baik. Dia cikgu yang memang student tak gemar la, tambah pula dia cikgu pengawas. Pantang silap sikit, confirm kena dengan dia. Nampak aje kesalahan pelajar even sehebat mane pun pelajar tu sorok kesalahan tu, dia still Nampak. Dia ni guru BM aku. Dari dia la aku banyak belajar mengenai bahasa. Even selalu kena rotan, tapi aku tak kisah asalkan aku belajar dari kesalahan tu.


Then, cikgu yang paling sempoi aku pernah jumpe cikgu Roslan. Mengajar Teknologi Kejuruteraan. Dia adalah tempat rujukan aku selepas aku tamat sekolah sebab aku amik bidang kejuruteraan. Sangat – sangat membantu aku. Selalu marah aku sebab aku tak suka subjek elektrik, elektronik. Sekali bidang yang aku ceburi adalah Kejuruteraan Elektronik. Memang terkena betul tepat kat muka aku. Dia sendiri pun terkejut then nasihatkan aku, bidang ni tak susah mana kalau kita pandai handle. Time sekolah selalu hantar aku pergi kem kejuruteraan. Banyak juga la ilmu yang aku dapat dan aku gunakan masa sekarang.









 

Berakhir zaman seorang pelajar, masuk ke zaman mahasiswa. Aku futher study aku dekat Japan Malaysia Teknikal Institute. Dekat sini, lecturer semua bagaikan parents aku. Diorang tak lokek nak kongsi ilmu dengan kitorang student mereka. Puan Ivo, Puan Anita, En Erwan Omar, En Irwan Z, En Safri, En Azhar, En Khay dan semua tenaga pengajar yang ada kat situ. Semuanya sempoi belaka. 


Paling tak dapat dilupakan, bapa angkat kitorang merangkap supervisor FYP aku dan rumate @atikahallias iaitu En Najman. Sepanjang 4 sem, aku tak pernah belajar dengan dia, tak pernah kenal dia tu macam mana tapi ambil risiko pilih dia sebagai supervisor mengikut nasihat senior. Alhamdullilah kerjasama yang diberikan adalah sangat terbaik walaupun pada awalnya dia tak berapa nak suka tapi akhirnya kami berjaya menundukkannya. Hebat tak hebat.


Ha, tak lupa juga dekat En Muzaffar yang bertungkus lumus la mengajar aku Bahasa Jepun yang dari mulanya aku tak tahu apa – apa sampailah aku kenal huruf. Tapi sekarang dah lupa sikit – sikit. Bilik dia adalah tempat kami melepak sebab macam – macam ada. Aku adalah salah seorang pelajar yang rajin datang bilik dia dan kemas bilik dia yang sangatlah berselerak dengan segala jenis benda. Bila dah kemas, mestilah ada habuan. Minta pensel la, minta kertas la dan macam – macam la.











Cukuplah. Tak mampu aku nak ceritakan semuanya. Untuk semua cikgu, lecturer yang pernah mengajar aku atau tak, aku ucapkan terima kasih banyak – banyak kerana kalau tidak sebab anda semua, tidak mungkin aku menjadi seseorang sekarang. Terima kasih atas segala tunjuk ajar serta minta halalkan segala ilmu yang pernah anda semua berikan kepada aku. Terima kasih juga sebab sanggup melayan kerenah nakal aku yang tak pernah serik dengan segala ancaman. 




Itu semua sekrang hanyalah memori yang sangat indah.












Apa pun, SELAMAT HARI GURU!!!.










ps : sayangggggg cikgu!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.