Saturday, June 17, 2017

Travelogue : Koh Lipe Day 2 and Day 3


Salam.

Berbulan baru nak ada sambungan. Dasar pemalas punya owner blog. So, jomlah sambung cerita bercuti kita. Sebelum meneruskan sambungan cerita mabuk laut boleh jenguk dulu PART I sambil makan aiskrim kelapa. Gittewwww! Disebabkan aku pemalas, aku gabungkan je sekaligus kesemua hari yang tinggal menjadi satu entri.


Koh Lipe - Day 2 (02/03/2017)




So harini hari berbasah-basahan okay. Janji dengan orang yang jaga kaunter tu pukul 9.30 pagi so dalam pukul 8 lebih tu keluar sebab nak breakfast. Just breakfast ringgan je supaya takut nanti terblueek time island hopping nanti. Tapi yang jadi sebaliknya. Itu jap lagi aku cerita okay.


Sapu la sunblock banyak mana pun tetap juga burn baby burn sebab cuaca dekat sana panas namati


Muka ceria sebelum dilambung ombak jahat




Settle breakfast bergerak la kami ke kedai Bung Roon Travel tu untuk jumpa minah yang jaga semalam sekali dia kata “come, come, you follow me. Today you will get one boat only for your group. No mix mix with others” dan time tu aku macam wah, happynya sebab sepatutnya campur dengan group lain tapi diberi keutamaan macam tu. Itulah namanya the power of being friendly with tukang jaga kedai. Hahahaha. Ini semua kerja Kamarul dan Subra, mengendeng dengan minah tu.

Kami dapat speed boat kecil yang muat untuk sepuluh orang tu dengan dua orang boatman. Alah, boatman tu orang yang sama serve kami dinner semalam. Dah kenal pun and diorang boleh la cakap melayu sikit.


Jejaka of the day


Our Boatman


At least ada dalam lima checkpoint untuk kami turun snorkeling. Dalam lima-lima tu hanya tiga tempat je yang aku turun selepas ambil kira factor penat, air laut bergelora dan goggle yang kerja asyik nak masuk air je (lepasni nak beli goggle sendiri!). Just Dinesh dan Kamarul (#macamtaksangka) turun untuk kelima-lima checkpoint tu. Dinesh tu sampai boatman kena panggil naik punya seronok snorkeling. Kamarul pula surprisingly dia turun semua tempat dalam pada tak reti berenang tu. Kes nak berbaloikan duit yang dia dah keluarkan (dasar cheapskate).

Batu unik?


Tak reti berenang? Jangan risau, boatman ada untuk bawa anda dengan pelampung.


Laut bergelora teruk nak panjat tangga pun susah. 


Tempat kami berpicnic for lunch


Oh, kejadian sebaliknya yang aku cerita awal tadi tu kan, ambil breakfast ringgan nak elakkan muntah sekali terblueek juga salah seorang dari group kami tu. Kesian juga tapi tak spoilkan mood kami pun sebab lepas sampai dekat satu pulau ni untuk lunch elok je dia buat aksi naik swing bagai.
Kami balik dalam pukul 2 petang macam tu sebab boat tu akan digunakan untuk group yang ambil pakej sunset. Oh, kami ada skip satu pulau sebab air laut gila bergelora dan untuk kami yang acah-acah reti berenang ni boatman nasihatkan tak perlulah pergi. Dia pun penat nak usung kami ni dengan pelampung. Kahkahakah.


Ingat nak bawa balik batu tu tapi mitos kata nanti ada benda buruk jadi. So sebagai langkah keselamatan kami pun tak bawa balik. Yang pasti batu tu panas gila -.-"


Hero 'hindustan' sangat


;
Siapa lagi putih :P


Group photo. #travelbuddy


Hmm, bergantung la dekat tali tu sampai kesudah. 


Bila boleh ambil lesen diving nie?!!

Balik je masuk bilik bersihkan diri, terbongkang la kami sebab kepenatan. Tapi dah janji dengan diorang tu nak gerak pergi tengok sunset dekat sunset beach. Pukul 6 petang macam tu bilik dah kena ketuk, since Atie dia penat sangat so dia skip sunset dan hanya kami berempat je yang pergi. Naiklah teksi 50 baht tu padahal tak jauh mana pun tapi sebab taknak atau lebih mudah malas nak berjalan mendaki bukit, so kenalah naik teksi motor tu. By the time sampai sunset beach orang dah ramai. Penuh dengan mat saleh and minah saleh je duk buat romantic bagai dekat situ. Balik dari sunset beach tu kami just jalan kaki je sebab turun bukit kan.


Naik tuktuk sebab malas nak jalan daki bukit #dasarpemalas




Muka aku dah start merah dan seterusnya akan burn baby burn. Haih.




Sunset @ Sunset Beach Koh Lipe

Sampai je dekat walking street tu roger Atie dan terus gerak pergi dinner dekat Bung Roon Halal Restaurant. After dinner kami just round pulau tu buang masa. Malam last kan, so spent sikit masa menjelajah segala tempat yang boleh dijelajah la. Beli sikit souvenir untuk budak office, family and  members. Settle memborong, masuk bilik kemas beg sebab esok pagi-pagi dah nak kena check out since ferry balik pukul 11 dan kena check in dekat kaunter ferry pukul 9 pagi.

Aiskrim kelapa yang serius sangat sedap #originalisthebest


Last night bebeh!


Club ni serius cantik #acahacahpartiliarsangat


#travelbuddy


Koh Lipe - Day 3 (03/03/2017)

Last day guys. Ingat nak kejar sunrise tapi hmm, nan hado. Kesemua pun sedap membuta. Settlekan kemas beg dan siap-siap untuk check out sebab pihak boat kata kena check in pukul 9 pagi. Aku dan Atie bergerak dulu beratur untuk settlekan urusan segala boarding pass dan passport sementara jejaka semua beratur beli breakfast. Dinasihatkan pergi awal okay sebab aku sampai dekat tempat boat tu dalam 8.30 pagi pun dah sikit punya panjang orang beratur. Matilanak, dengan cuaca yang panas membahang beratur sikit punya panjang. Mujurlah kali ni urusan imigresen sekejap je settle.

Dah nak say goodbye dekat Koh Lipe


Selesai segala urusan kami semua bergerak cari tempat teduh untuk melepak semntara tunggu boat datang. Ada angka giliran tau, so number tu kena alert la sebab nanti akan dipanggil untuk naik boat. Bila dah naik boat bolehlah say selamat tinggal Koh Lipe ada duit jumpa lagi.




Sampai Langkawi ambil kereta sewa dan terus pergi memborong coklat sebab dah alang alang dekat Pekan Kuah. Habis memborong baru bergerak ke Chenang dan check in di Sweet Inn Motel. Malam tu dinner dekat McD Chenang je. Balik motel packing barang dan tidur.


Dataran Lang


Sunset @ Dataran Lang



Tamatlah short trip ke Koh Lipe. Next trip #travelbuddy and #allatraveljournal dan plan pun, tinggal nak angkat beg pergi je. Ke mana? 

Tunggu...