Monday, February 28, 2011

short update

sorry lama tak update. baru pulang dari Taman Negara Pahang. penat. serius itu yang aku rasa sekarang. muka pun dah hitam. tapi memang berbaloi. ini hanya short update. nak unpack barang taman negara dan packing barang untuk ke Pulau Redang pula.

tau. banyak sangat berjalan. sekali sekala tak salah kan. nanti aku update sepenuhnya.

oh ya. terima kasih untuk semua yang wish my birthday. sayang korang sangat - sangat. untuk yang wish kat facebook, sori kalau ada yang tak direply. banyak sangat.

ape pun. aku really appreciate it.






ps : jangan tanya kenapa muka aku lepas balik redang nanti.

Thursday, February 24, 2011

cuti mid sem


cuti mid sem dah bermula. semua orang excited nak balik. exam pun jawab tak jawab je sebab semua dah fikir rumah, rumah dan rumah. home sweet home la katakan. padahal rumah dekat je, balik tiap - tiap minggu. so, disebabkan aku dan rumate bukan dari golongan itu, kitorang buat - buat cool lepak chill kat hostel.

fine. bukan.

kitorang join aktiviti club kembara. pergi Taman Negara dan Pulau Redang. see, aku dah tekad nak join aktiviti kan. so, aku dah buat sampai sanggup tak balik cuti. tolonglah appreciate pengorbanan kitorang ini. haha. dan tadi ketika enak aku menyental baju, datang sorang sis yang cantik. sembang punya sembang, dia pun join pergi Pulau Redang dan dia sangat excited sebab aku join juga. dia kata ada juga kawan.

aku rasa macam bangga kejap kat situ sebab ada orang nak beramah - mesra - macam - dah - kenal - lama ngan aku. siap story pasal bilik segala bagai. aku tau dia nak sebilik dengan aku.*perasan* hahaha. dah. mungkin kalau aku continue story, ada yang muntah plak tengok aku perasan lebih.


iklan jap,

woit rumate! study la jangan nak terbongkang atas katil baca novel. hang ade paper esok. lainlah aku. lalalalalalala.


iklan lagi,

aku rimas dengan " follow u, follow me back." macam syial. next entri aku story.






ps : bakal dapat sepakan hebat. dush!

Phase Test : 3rd paper aka last paper



NETWORK ANALYSIS


nampak tu aku tulis last paper. gila masyuk. pasni fikir packing barang nak pergi camping. about paper tadi, macam aku kata sebelum nie, paper killer kan. memang killer gila gua cakap lu. sedap je aku mengoreng. asal dapat jawapan, aku senyum. betul ke salah aku tak peduli. bukan senang aku nak dapat jawapan. shit betul.

tapi agak kesian kat rumate aku sebab dia still ada lagi paper esok. so, hari nie aku kena jadi baik, duduk diam - diam tengok dia study. kalau aku kacau tak pasal - pasal mata aku lebam kena hentam.

so, apa nak buat. layan movie jum!




ps : gudluck rumate dan jiran sebelah!

Tuesday, February 22, 2011

Study

esok free from any paper. tapi khamis kena mengadap paper killer, NETWORK ANALYSIS. serious sakit kepala. macam - macam rumors dengar pasal soalan yang keluar. lain orang lain soalan yang di bagi. at last aku terpaksa buat kesimpulan sendiri dengan study all the topics.





study bagai nak pecah kepala semata mata untuk phase test atau kata lain mid term exam. tapi bila final exam, buat macam tiada apa - apa. rilex sambil goyang - goyang kaki. cik rumate dah macam tension teruk. cik jiran plak dah selamat melelapkan mata. 

so, tunggu apa lagi. tutup lampu jela.






ps : study sampai lebam pun tak guna!

Phase Test : 2nd paper



PROFESSIONAL COMMUNICATION I


pulun study macam subject killer. hafal sana sini. perah otak habis habisan supaya ingat. memang terbaik gila. sekali soalan keluar describe itu dan ini. aku amek kesempatan itu dengan mengebang sehabis baik serta semampu yang boleh.

mujur soalan essay lebih kurang sama dengan latihan before nie. tak perlu fikir panjang, salin saja ayat yang pernah dibuat cuma tambah perasa sikit - sikit supaya jadi lebih uummpphh!*thumbs up*



ps : grammar aku tunggang langgang. sori madam!

Monday, February 21, 2011

Phase Test : 1st paper



ENGINEERING MATHEMATICS II


lega sebab subject paling aku malas nak hadap da lepas. kali ini bersyukur sangat sebab ada juga jawapan yang aku tulis berbanding dulu hantar kertas kosong. kiranya tahap confident agak better la banding sem lepas.





ps : apa guna amek dua kali ye dak?

Sunday, February 20, 2011

notes to self #1

esok, akan bermula perang. aku bakal berperang dengan kertas, rumus, jalan kerja yang merapu dan minda yang serabut. so, apa persediaan yang aku lakukan untuk menghadapi perang? nothing! kalau ada pun, senjata masih tak cukup tajam.

tapi aku tak boleh give up. malam ni adalah penentuan. aku perlu asah segala senjata aku habis habisan supaya esok, dengan hanya sekali libas sahaja, pancutan darah adalah maksimum dan dapat menumpaskan musuh aku dengan gembira. aku akan pastikan ia berlaku.

aku hanya terlibat dalam perang ini,


ENGINEERING MATHEMATICS II
PROFESSIONAL COMMUNICATION I
NETWORK ANALYSIS



so, semoga berjaya buat diri aku.





ps: harap tak tergoda dengan kelicikan musuh!

Wednesday, February 16, 2011

Dunia yang tak pernah habis

semalam aku pergi dengar ceramah maulidur rasul. ada banyak kata - kata yang ustaz itu lontarkan yang buat aku sentiasa berfikir. salah satunya,

" dunia percintaan ini tak pernah habis. betul. sekali kamu masuk ke dalam dunia itu, tidak pernah sekalipun masalah percintaan kamu akan selesai hatta selepas berkahwin."

aku tersenyum mendengar kata - kata itu.

kadang - kadang memang tercari - cari juga jalan keluar dari dunia itu. tapi hampa. tiada atau mungkin mata telah ditutup untuk melihat jalan itu. takkan nak tersesat sehingga mati? aku paling benci bila semua ini terjadi. semua ini hanya akan buat aku jadi bertambah serabut. lagi serabut dari himpunan lalang di padang yang terbiar.

tapi aku tahu, meski aku dapat keluar sekalipun, aku akan bakal terjebak lagi. ya, lagi, lagi dan lagi.



ps: kau tak pernah lupakan aku kan.

Tuesday, February 15, 2011

plan aktiviti setiap kali cuti

selamat bergembira wahai roomate.

ok. aku melepak seorang sekarang sambil layan lagu yang dah emput puluh kali aku dengar tak pernah habis sebab asyik ulang, ulang dan ulang. aku dah malas nak pergi check satu - satu lagu baru. roomate aku keluar pergi zoo negara. aku pelik sebab semua orang nak pergi sana. dalam fikiran aku mungkin cuti maulidur rasul zoo negara buat potongan harga kot. tapi apa kena mengena maulidur rasul dengan zoo negara? ntah aku sendiri confius.

KAU TINGGALKAN AKU SEORANG. AKU JADI GILA KAU TAHU?

aku pun penah buat kat kau camtu kan. haha.

so, niat pegang buku sebab phase test nak dekat tergendala sebab dah takde orang teman aku kat tepi. shit kan. tak reti nak study sendiri. memang nak kene hempuk kepala kat dinding. petang ni saje nak pergi mengedikkan diri kat court main bola jaring. sape ntah tadi tiba - tiba buka cerita nak main netball. aku main angguk je. buat macam hebat gila padahal main pun tunggang langgang. kaki gerak sana sini.

serious shit. penyibuk antarabangsa nak datang bilik. aku invisible boleh?

dah

aku nak pergi merayap tawaf hostel cari orang yang aku boleh kacau.



aku memang comel. terima kasih sebab puji. 

Monday, February 14, 2011

Miserable

serabut luar dan dalam. sejak dua menjak nie perut aku meragam tak nak duduk diam. toilet tu secara tiba - tiba dah jadi sahabat baik aku. malang betul la. baru tadi aku terhantuk dekat bucu penyidai baju. sakit gila babi. buat aku rasa nak maki hamun benda tu tapi tak guna sebab dia confirm tak akan bagi respon kat aku. tambah nak say sorry. hampeh!

esok cuti. tapi aku ada pre meeting untuk the real one khamis ni. ape yang aku nak gembar gemburkan pon aku tak tahu. aku ada dua pilihan samada aku kepoh selit sana selit sini dan dapat markah atau aku duduk diam - diam dan hanya bercakap bila disuruh tapi markah sikit. damn!

memang miserable gila aku dua tiga minggu ni. haish.



ps : thanks untuk nasihat semalam. :)




Sunday, February 13, 2011

Lorong Seni & Pekan Frinjan

sori bhai. semalam aku tak sempat nak update pasal events semalam. penat gila babi. dari pagi keluar, malam baru balik. thanx to kawan - kawan aku, tkah, muaz selaku driver, anip and khai. sorry sebab terpaksa drag korang dalam dunia aku untuk sehari. aku tau korang tak minat semua tu. muka korang bosan gila syial!

Lorong Seni not bad. aku tak dapat tengok full performance sebab terkejarkan Pekan Frinjan di Shah Alam. kat sane aku sempat rembat lima buku je. duit tak ramai nak angkut banyak - banyak. itu pun tkah support aku. pasni aku ganti ok.

seriously tak sempat juga tengok performance sebab diorang start lambat. kitorang kena hantar kereta plus duduk hostel kena masuk before sepuluh malam. shit betul la. lagipun semua stock tayang muka penat gila. kesian aku tengok.





ps: lepas ni confirm join lagi.

Friday, February 11, 2011

Hilang

masalah oh masalah. pagi - pagi pintu bilik dah kena ketuk bagai nak pecah. mujur tak kena sound dengan rumate aku si tikah.

" dalam masa lima minit, ustaz akan naik. sila pakai tudung, berdiri depan pintu with ur laptop."

dengan keadaan yang confirm masih mamai, aku jadi binggung kejap. duduk pandang rumate then keluar terus pergi toilet cuci muka.

kakak sebelah datang buat muka kesian kat kitorang sebab kena bangun sedangkan kelas hari ini memang seharian takde. shit betul la. then barulah dapat tau news yang ade certain students hilang laptops and handphones.

terjadi ketika semua insan tengah tidur around 0430am. gila la. curious aku siapa pula yang sanggup jadi kelawar nak rembat sampai 3 biji laptop dan handphone. mangsa pergi toilet sekejap je, balik tengok dah hilang. tp end up dengan berita fellow tak jadi naik. maybe dah jumpa kot.

haish. kenapa perlu buat semua tu. merosakkan diri sendiri je. thats why la Dia bagi akal suruh fikir baik dan buruk before buat something bukannya letak kat lutut dan biarkan sampai berkerutu. susah nak faham manusia sekarang. rambut je sama hitam, tapi hati, diri sendiri saja yang tahu.



ps : after this, pintu bilik kena kunci sentiasa. grrr.

Wednesday, February 9, 2011

semalam

semalam sesuatu berlaku. seriously cakap memang aku stupid gila bagi benda tu terjadi pada aku. entah mana mind aku pergi waktu tu pon aku tak tahu. sesuatu yang sentiasa dibayangi sehingga hari ini. kalau dapat aku putar balik masa, memang aku nak.

tapi past is past kan. so let it go. bak kata tikah, " itu la yang Dia bagi untuk kita ambil as a pengajaran supaya after this kita tak buat lagi benda macam tu. semua orang buat kesilapan kan. cuma antara sedar dengan tak sedar je."

so, after this i will remain myself supaya tak mudah percaya pada orang.

to jay, thanks sebab sudi tolong ktorang. we really appreciate it. nanti ktorg belanja ok.


ps : sori bcoz ktorg banyak habiskan ur krdt phone. :'(

Saturday, February 5, 2011

jiwa kacau




hope so. terima kasih untuk si abang sebab setia mendengar segalanya tanpa rasa bosan. hope everythings will back to normal.


ps: seriously tak puas bercakap dengan anda wahai si abang!

Wednesday, February 2, 2011

Lorong Seni

jum meramaikan majlis. sekali sekala bertukar ke jiwa seni tak salah kan. seni itu halus, seni itu indah. kalau rasa diri berbakat dan rasa ingin orang tahu bakat anda, mereka sangat mengalu - alukan kedatangan anda.




sesiapa ada kelapangan silalah datang. maklumat lanjut boleh ke sini.

February

oh, bulan yang ditunggu. segala agenda sudah dicatit. planner untuk bulan ini juga hampir dipenuhi. ada satu tarikh keramat bulan ini. eh, lupa. ada dua.

berharap salah satu wishlist akan dapat bulan ini. sangat berharap.