Friday, April 14, 2017

Travelogue : Koh Lipe Part I


Salam and Hello!

Terima kasihlah sebab beri aku kekuatan untuk teruskan menulis. Kalau tidak berduyun entri tak disiapkan. Blog ni kalau aku tak travel ke mana-mana sendu jela. Hidup segan mati tak mahu kau. Lepas ni nak kena cuba cari idea untuk berblog. At least kalau orang tak baca pun aku sendiri yang baca. So nanti boleh gelak sendiri tengok entri lama. Hahaha!!


Cakap banyak tak guna. Nak cerita pasal Trip ke Koh Lipe haritu. Penat berzikir “I need my vitamin sea” sekali dekat Koh Lipe tu memang dapat ‘vitamin sea’ sungguh. 


Day 1 – Wednesday (01 March 2017)

Flight pagi tu lewat sikit 8.30 pagi, so aku ada masa untuk slow-slow bergerak. Minta tolong kakak aku hantarkan ke Putrajaya Sentral since aku ping uber and grab tiada respon. Mujurlah sempat walaupun aku orang yang terakhir sampai. Oh ya, kali ni still pergi dengan #gengbandung haritu. Then dapat tahu yang gate kami J20 so tak perlu nak menapak jauh macam gate K. Tapi memang sampai on time la sebab dalam beberapa minit sampai gate terus panggil masuk. Flight tiket beli time promosi yang tak berapa nak promosi, dapatlah RM118 return KL-Langkawi-KL.




Since sekadar pergi Langkawi tak perlulah nak order in flight food kan. Sekejap sangat perjalanannya pun. Lebih kurang dalam 45 minit perjalanan, kami pun selamat sampai di Langkawi. Sampai je terus call pakcik yang kami deal untuk hantar ke Kuah sebab kami naik ferry dari Kuah. Actually ada dua tempat untuk naik pergi ke Koh Lipe either naik di Kuah ataupun di Telaga Terminal. Depends on mana korang pilih departure time beli tiket ferry tu. Tiket ferry tu kami beli online time promosi so dapatlah RM198 return Kuah-Koh Lipe-Kuah. Kalau beli online, print slip voucher tu dan nanti pergi dekat kaunter diorang akan tukarkan ke boarding pass.




Ferry pukul 2.30 petang. Banyak sangat masa lagi so menapak la kami dekat Jeti kuah tu. Brunch dekat KFC then dalam pukul 12 naik office Tropical Charters untuk merehatkan diri sekejap. Diorang ni siap ada yang tidur sebab memang ada sediakan kerusi jenis baring tu. 


Tempat menunggu sementara naik ferry ke Koh Lipe


Masa untuk naik ferry! Sebelum tu keluarkan passport untuk dicop oleh immigresen. Settle semua tu ayuhlah masuk ke dalam ferry. Disebabkan pergi pun hari Rabu, so tak ramai pun manusia. Siap boleh pilih tempat nak duduk mana suka hati. Ferry berhenti jauh sikit dari pantai demi menjaga coral. So akan ada longtail boat yang akan jemput nanti. Disini bertabahlah sikit menunggu giliran eh. Actually dari apa yang aku baca kena bayar 50 baht tapi pergi dan balik takdelah pula boatman tu minta and kami pun tak pula bertanya.


Inilah boarding pass yang pihak Tropical Charters akan bagi nanti.


Ini seat yang di bawah. Memang time ni ferry kosong.


Sampai je terus collect passport dan beratur untuk cop immigresen. Cuaca sangatlah panas yang amat. Memang terasa terbakar sangat muka. Hang on there face! Oh lupa setiap yang masuk ke Koh Lipe diwajibkan bayar yuran National park sebanyak 200 baht seorang. Tiket tu boleh digunakan selama tujuh hari dan sila bawa kemana-mana saja anda pergi ketika snorkeling sebab nanti akan ada pegawai yang minta.


Tengah beratur untuk cop immigresen. Panas yang amat.


Settle segala urusan di immigresen bergerak la kami ke Walking Street sebab dekat situlah hotel kami, Hotel Lipe Inn. Lebih kurang 500 meter dari pantai. Pasal hotel aku sudah ceritakan di entri ini okay. Selesai check in masuk bilik dan berehat sebelum keluar semula untuk cari pakej snorkelling untuk esok dan juga dinner.




Menuju ke Hotel Lipe Inn


Petang tu sempat juga pergi cari pancake dan thai tea. harap maklum harga sini agak mahal sikit berbanding tempat lain. Lepas tu pergi layan sunset yang awesome dekat area Pantai Pattaya tu.


Kedai Roti Mina yang famous diantara blogger. Food sedap.

Makcik tu tak bagi take picture. Baru nak famouskan lagi kedai dia -.-"


Sunset di hari pertama di Pattaya Beach.


Orait, pakej dekat sana semua standard harga. Either pilih pakej 550 baht atau 650 baht atau 800 baht seorang. Dari harga tu korang berunding la dengan diorang untuk harga yang lebih murah. Mulanya kami decide untuk ambil private boat tapi bila difikirkan dengan keadaan laut yang agak bergelora sikit time tu so terus tukar plan ambil speedboat. So total untuk seorang termasuk makanan halal, snorkelling gear semua adalah sebanyak 1060 baht.




Oh ya, kami ambil pakej di Bung Roon Travel and Tours yang juga ada restoran dan kedai massage mereka sendiri. So kalau ambil pakej dengan diorang automatic layak untuk dapat 10% for food di restoran dan juga tempat massage diorang. Untung kan. Malam tu kami pergilah makan di Bung Roon Halal Restaurant. Jangan risau sebab pelayan dia bolehh cakap melayu.


Pilih la pilih ikan apa yang nak dimasak.

Our dinner berharga 1200 baht kot?


Selesailah sudah hari pertama kami di Koh Lipe. Apa yang akan kami lakukan esok? Tentulah bersnorkeling! Nantikan cerita yang lagi menarik okay sebab banyak sangat incident dan drama ketika kami bersnorkeling. Kami juga dapat surprise dari pekerja Bung Roon Travel tu. Nak tahu kena tunggu la. Hiks.


Movie Review : Beauty & The Beast dan Fast & Furious 8


Salam and Hello!

It's time for Movie Review walaweyy!



BEAUTY & THE BEAST



Setelah dilanda dengan pelbagai kontroversi finally, berjaya juga ditayangkan di Malaysia. Semua ini pasal isu gay tu. So on 30th March cerita di berjaya masuk panggung Malaysia. Actually aku memang looking forward cerita ni lama dah. Bila dengar pasal kena banned tu macam frust juga sampai ada some of my friend pergi Singapore untuk menonton Beauty and The Beast.



SINOPSIS

Jalan cerita dia clean je or dengan kata lain straight forward. Aku ni sejenis yang memang menonton cerita fairy tales macam ni even cartoon pun. So cerita ni memang sama je dengan version cartoon tu. Tiada apa yang berubah pun. Ayah Bella pergi ke bandar kemudian tersesat ke sebuah istana dan terperangkap dan kemudian Bella datang untuk selamatkan ayah dia dan berjumpa dengan beast. Seperti dalam cartoon, teko, closet piano, lilin dan jam loceng semua boleh bercakap dan cuba untuk membantu beast tu jumpa his true love. Rose merah itu seperti biasa menjadi penentu sihir tu kekal atau tidak.




REVIEW

  • Sebuah movie santai yang actually banyak menerapkan value yang positif seperti family, love, trustt.
  • Mengajar kita supaya tidak menilai orang sekadar dari luaran sebelum mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Senang cerita, Don’t judge a book by its cover.
  • Oh, ada satu scene yang beast bawa Bella ke bilik bacaan yang penuh dengan buku. Awesome wey, sebab dulu pernah berangan nak bilik macam tu. Tetiba teringat buku yang banyak tak terbaca lagi  -.-
  • Pasal isu gay tu actually tak terlalu menonjol pun. If pihak produksi tak keluarkan any statement pasal isu itu tiada siapa perasan pun. It is just more to love between friend. Cumanya friend ni lelaki. Even dalam drama korea pun banyak je scene macam tu acah acah “bromance” la.
  • Yes, cerita ni tersangat banyak lagu. Starting je dah menyanyi, lima minit kemudian menyanyi lagi. So please bear with it since terang terangan cerita muzikal kan. Ibarat kau menonton teater muzikal la gayanya.
  • Emma Watson dalam cerita ni sangat CANTIK okay. Mekap dia yang ala-ala classic tu sesuai sangat dengan cerita ni. Oh oh, Guston tu muka dia memang hampir nak sama dengan muka versi cartoon. Pandainya pengarah cari pelakon. Salute! Beast tu hanya dapat lihat muka sebenar lima minit terakhir. Pffttt. 


So, sesiapa yang belum tengok, silalah pergi tengok untuk mengurangkan stress anda since cerita ni santai dan tak perlu berfikir pun. Just watch and enjoy.




RATING
8/10





FAST & FURIOUS 8



Yeah! Since aku tak pernah miss any Fast & Furious before ni so untuk yang kelapan ni haruslah pergi menonton. Untungnya bila depan office ada TGV so mudahnya nak make in relationship dengan TGV dua minggu berturut-turut. Heh.



SINOPSIS

It is all about family. Bila mana tiba-tiba si Dominic Toretto berpaling tadah dari team dia aka family yang selama ini dia jaga dan hormat. Semua jadi haru-biru sebab yang berpaling tadah ini adalah ketua keluarga kot. So bermulalah sesi untuk merebut kembali serta sesi menyedarkan kembali ketua keluarga si Dom ini untuk kembali ke jalan yang benar iaitu family beliau. Tapi kenapa dia berpaling tadah itu, sendiri pergi tengok.




REVIEW

  • Semua pun tahu yang memang team diorang ni terlalu mementingkan nilai kekeluargaan. So memang banyak family value dalam cerita ni.
  • Seperti biasa dah kurang sikit pasal lumba kereta dan semua sedia tahu yang start dari The Rock join they more to settlekan isu-isu dalaman kerajaan. But still, action with kereta awesome tu masih ada.
  • Dia punya tahap hacker tu bagi aku macam tahap tertinggi kot dan perempuan kot. Oh my, aku pun terhegeh-hegeh pasal network, diorang ni siap hack seluruh bandar. Phew!
  • Meruntun jiwa tengok kereta – kereta mewah yang diorang gunakan tu. Sayangnya dimusnahkan begitu saja. Tapi banyak scene berulang macam yang lepas – lepas. Scene apa, tengok sendiri.
  • Semestinya ada unsur humor diselitkan dan kali ni bukan sikit tapi banyak juga.
  • Ada watak anggota polis baru yang hensem. Wuuuu. Oh, dan juga gabungan antara dua rival memang gempak weyh. Gabungan yang membawa kebaikan atau keburukan itu kena tengok sendiri la eh.
  • Well, cerita ni memang dah jatuh dalam cerita wajib tonton pun kan. So, don’t expect too much, just rilex, chill chill je okay. 


RATING 
8/10




So, kesimpulannya kedua dua cerita ini adalah cerita yang berunsurkan family. Dari situ kita boleh tengok betapa pentingkan ikatan kekeluargaan tu. Jauh mana kau pergi, betapa besarnya masalah kau tu family juga yang kau cari, family juga orang yang paling kau nak protect. So hargainya mereka selagi mereka masih bersama kita. Bye!

Saturday, April 1, 2017

Hotel Review : Hotel Lipe Inn


Hello!

Aku nak share pasal hotel di Koh Lipe. Banyak je hotel, chalet, guesthouse, hostel dekat sana. Bezanya murah dan mahal, selesa dan tak selesa je. Ada certain tu ada aircond dan ada juga yang hanya sediakan kipas. So terpulang kepada individu masing-masing untuk duduk di mana. So, untuk kami pula, tentu-tentu aku yang pilih tempat tinggal so aku pilih hotel yang beraircond since pengalaman aku di Gili Trawangan haritu cuacanya panas yang amat.


Setelah berminggu survey, aku decide untuk duduk di Hotel Lipe Inn. So total untuk dua bilik selama 3H2M adalah seperti di bawah. 




Hotel di terletak dia dalam kawasan Walking Street tu dan jauh dari pantai lebih kurang 500 meter. Keliling penuh dengan kedai souvenir dan juga makanan. So tak perlu nak risau. Seven eleven pun dekat juga.


Jom layan je gambar dekat bawah ni.


Laluan untuk ke Hotel Lipe Inn

Almari beserta safety box dan juga hanger.

Toilet yang bersih tapi water pressure slow sikit.

Peti ais mini, serta meja solek dan juga televisyen. Siaran macam Astro tapi mostly bahasa Thai.

Katil yang sangat selesa dan luas untuk dua orang. Tepi tu ada balkoni dengan ampaian.

Kalau nak booking sila call number yang tertera. Pagi lagi ni so kaunter tutup lagi.

Bila malam, gate kecil tu ditutup untuk keselamatan tetamu. Dalam gate tu la semua bilik.

Ni kedai di hadapan Hotel Lipe Inn. Pagi lagi so tutup.

Kalau nak massage pun kedai sebelah hotel je. Mudah kan.

Ni walkaway yang dari gate kecil tu.

Itu jalan menuju ke bilik kami berdua. Bilik 001. 



Overall, aku sangat berpuas hati la dengan hotel ni. Even receptionist dia pun baik sebab bagi geng kami yang lelaki tu duduk bertiga without kenakan extra charge. Oh, kalau nak minta mereka bersihkan bilik pun just inform je dan diorang akan cucikan but if taknak pun bagitau juga so diorang akan letakkan mineral water serta towel yang baru untuk kita. Bagus kan.




Bilik :  4
Kebersihan :  4
Layanan :  4.5 


RECOMMENDED 👍

Sunday, January 1, 2017

Resepi : Kek Pisang Lembut


 



Happy New Year. Entri pertama di tahun baru. So disebabkan balik kampung dan banyak sangat pisang yang dah terlalu masak so marilah kita buat apa yang patut. Cekodok dah buat semalam, harini kita olah jadi Kek Pisang la pula. Seriously, tak pernah buat pun tapi sebab tengok orang asyik post dekat timeline facebook tu macam simple je dan kebetulan semua barang ada, so marilah kita membaking. Benda pertama haruslah mengoogle resepi. Thanks to pakcik google. Banyak yang keluar tapi aku decide untuk cuba resepi dari Kak Azlita kita tu.


Resepi
  • 4 biji telur gred A
  • 8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
  • 1 cawan gula kastor atau gula halus *aku guna brown sugar*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung *aku guna minyak jagung*
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  • sedikit garam

Cara-cara
  • Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
  • Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan.
  • Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
  • Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
  • Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
  • Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
  • Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata.
  • Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.
  • Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang
  • Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
  • Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering makanya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.




 
Sorrylah, gambar tak kebaboom 😅



First time tu macam kureng sikit texture kek tu sebab macam masak sekejap sangat. So untuk yang second kek aku masak lama sikit dan kek itu jadi dengan sempurnanya. Petang tu orang datang rumah, jamu sikit sekali dengan cekodok then my mom agih agihkan ke jiran area rumah ni. 

So guys, simple je kan. Kalau takde pisang belakang rumah bolehlah pergi beli dekat pasar. Mudah sangat cara penyediaan dia. Selamat mencuba!