Saturday, December 3, 2016

Hotel Review : The Nine Hotel Ao Nang


Salam guys. Bawah ni adalah hotel dimana aku serta tiga lagi rakan aku duduk selama 4H3M di Aonang Krabi. Hotel yang agak baru juga bagi aku. Masuk hotel ni kena buka kasut. Pihak hotel ada sediakan rak di luar. If korang rasa tak selamat tinggal kasut situ just bawa je kasut masuk bilik. Aku book hotel ni guna Booking.com dengan Harga THB5,400 untuk dua bilik. 

Seperti biasa, jenis aku kalau nak booked any bilik mesti akan baca review sampai aku puas hati and bilik yang akan jadi shortlisted mestilah bilik yang dapat rating 7 and above. So this hotel ni aku booked after aku puas hati dengan all the reviews from Agoda, Booking and Tripadvisor. Lagipun kalau tengok situ Booking.com rating di 8.1 kot. 


Lobby




Ha, satu benda yang menarik pasal Hotel ni adalah this area. Kebetulan time kitorang sampai tu awal dan belum boleh check in sebab bilik belum siap, so sebab dah penat sangat dan panas dekat luar tu so staff dia buka portable aircond dan suruh kitorang berehat dekat area tu. Serius selesa sangat. Lena juga la budak tiga orang tu tidur. Aku? Layan korean drama sampai lebam sebab WIFI dia sangat AWESOME weyh! Laju baq hang.


Decoration


Rak Buku



Okay, bilik dah ready, jom angkut beg masuk bilik. Yeay! First of all, serbu tengok toilet dulu. Hmm, toilet bersih, shower head dia best, air laju. Bilik air dia serius luas. Cumanya kalau dia letak pintu dekat wet area tu maybe air dari situ takkan keluar sangat dan basahkan dry area. Sabun dia terbaik, sebab dia letak dalam bekas tu terus. Senang. 




View dari Pintu


Katil pula memang aku request single bed. Tapi apa yang menariknya, katil tu dia letak dekat atas satu papan besar so tengah tengah tu kita boleh duduk bersila. Ish, memang best la. Kitorang siap makan Pulut Mangga lagi kat situ. Hiks. Channel Tv pula sangat banyak sampai tak tahu nak tengok cerita apa. Semestinya banyak channel Bahasa Thai la.


Bilik yang luas.






Our Balcony




Balcony with Mountain View 😍








Overall,

Bilik :  4
Kebersihan :  4
Layanan :  4.5


RECOMMENDED 👍


Sunday, November 27, 2016

Hotel Review : The Sun Hotel & Spa Bali


Hello guys! Ok, kali ni aku nak review pasal Hotel di Bali pula. Seperti biasa, hotel yang aku akan duduk bakal ditapis dengan review from other traveller using Tripadvisor, Booking dan Agoda. Semua pun tahu Bali merupakan tempat yang mempunyai pelbagai Hotel/Villa yang cantik dengan harga yang agak berpatutan. Mostly kalau Villa banyak di kawasan Ubud dan Seminyak. Cantik catik pula tu. Cumanya agak jauh sedikit. 

Disebabkan aku pergi untuk bercuti dan bukannya honeymoon macam orang lain, so aku prefer duduk di hotel saja. Bajet untuk hotel, aku dan kawan aku decide mesti kena RM300 and below. So misi mencari hotel pun bermula.

Cari punya cari. Buat research sana sini, baca review bagai so kami berdua decide untuk stay di The Sun Hotel & Spa. Berdekatan dengan Pantai Legian dan Hotel ini terletak di Jalan Lebak Bene. Sedikit sempit jalan nak masuk ni. So berhati hatilah untuk sesiapa yang drive sendiri. 


Drop off dan Pickup


Harga untuk 4H3M. 




Okay, jom kita masuk ke dalam bilik. Toilet dia bersih, cumanya agak kecik sikit. Bilik pun tak berapa luas tapi memadai la untuk dua orang. Bilik kitorang tanpa balkoni, just bila tengok dari tingkap, view pool. Kelengkapan seperti hairdryer dan tea set semua disediakan. Actually kitorang request for single bed, dan bila masuk tengok rupanya single bed dia tu, digabungkan. I don't know why. Janji boleh tidur sudah. Oh, wifi pula kadang ok, kadang tak. Redha.


Toilet




Katil Single yang digabungkan oleh pihak hotel.



Last day baru berpeluang terjun pool. Time terjun tu langsung tiada orang, kitorang je yang conquer pool tu. Awesome wei. Pool dia luas memanjang dan kedalaman tak pasti. Tapi makin bergerak ke depan makin dalam. Eh dah macam buat hipotesis pula aku ni.






Overall,

Bilik :  3.5
Kebersihan :  4
Layanan :  4
Pool :  😍


Hotel Review : The Pines Hotel Melaka


Di sinilah tempat kitorang bermalam di Melaka. Kebetulan groupon ada buat sale RM215 untuk 2Hari 1Malam and after another discount sebab baru register groupon, dapat lagi another 10 percent kot. So murahlah juga kan. Seriously berbaloi sangat. Bilik luas, bersih, layanan receptionist pun bagus juga. Just kena improve sikit dekat breakfast dia. Rasa agak kurang.


Welcome to Room 2004.


The view dari pintu masuk. 


Ada pantry kecil untuk bancuh minuman or anything.


Inside the cupboard. Ada safety box, torchlight, hair dryer dan hanger. Oh, ada juga laundry bag dalam locker tu.


This sofa bed sangat selesa. So kalau ada extra person, can sleep here and please bring extra selimut okay.


Twin bed. Empuk sangat katil dia.





Toilet sangat bersih. I really like their toilet punya konsep sebab dia asingkan wet place tu dengan pintu yang proper so untuk dry punya section tu tak basah dengan air sangat. 


Wifi akan diberi time check in but not so stable la. Sometimes okay, sometimes tak. My friend, Atie tak boleh masuk langsung. Kesian.


View from our room.





This is cute. Their signage. Sukanya aku!




Ini swimming pool dia. Ada pool untuk children, 2ft dan untuk dewasa 4ft. 




Ini pula untuk bilik yang ada pool access. 











Ini sebagai tanda kenangan. Pae tolong lukis and tulis sedikit komen untuk meningkatkan lagi servis diorang 👍👍



Bawah ni boleh tengok lebih jelas our room. Enjoy 😉



Overall,

Bilik : 4.5
Kebersihan : 4
Layanan : 4
Breakfast : 3


RECOMMENDED 👍



Hotel Review : Iris House Resort Cameron Highlands


Salam. Okay, now aku nak review sikit penginapan aku sewaktu di Cameron Highlands bulan May lepas. Family sebelah abah aku ada buat Family Day sebab kebetulan time tu cuti sekolah. Apartment ni hanya family aku je yang stay sebab homestay yang ada tu tak muat nak sumbat semua. Heh. 

Apartment ni Paksu aku yang booked kan guna booking.com kalau tak silap. Dia tanya dulu dekat aku samada okay ke tak, and after baca review from agoda, booking and tripadvisor aku minta Paksu proceed je with the booking. Seriously guys, if korang nak tahu the real picture of the hotel/resort sila pergi ke tripadvisor. Dekat situ mostly traveller akan upload the real picture. Kalau tengok dekat agoda semua tu mostly diorang guna gambar cantik cantik je. Oh, parking juga disediakan. Setiap unit satu parking. Kalau ada extra kereta boleh park dekat tepi jalan tu. InsyaAllah selamat je.




Actually setiap rumah dekat apartment ni ada owner dia sendiri and kebetulan aku dapat rumah owner malay and dia sangat la menjaga rumah dia. So memang sangat bersih la rumah dia. Segala pinggan mangkuk, besen, senduk, pisau semua dia dah sediakan. Siap ada microwave lagi. Aku prepare perapan untuk BBQ malam family day tu senang je sebab semua benda dia sediakan. Mudah kan.

Bawah ni ruang tamu dan tempat untuk menjamu selera. Ruang tamu dia nak kata kecil tak sangat sebab kitorang boleh siap bentang toto lagi tidur dekat depan tu sebab katil tak  cukup nak cover semua orang. Mujurlah dah prepare siap siap toto. Tv channel agak terhad and there is no wifi available okay.


Ruang Tamu


Meja Makan


Rumah ni ada tiga bilik. Bilik pertama dan kedua Queen Bed dan bilik ketiga Single Bed. Setiap bilik akan ada disediakan kipas. No aircond okay since malam je memang akan sejuk. Segala peralatan untuk menggosok juga disediakan. 


Bilik 1


Bilik 2


Bilik 3





Balkoni rumah ni mengadap Padang Golf okay. Oh, akan nampak juga jalan shortcut ke Kampung Sedia. So setiap malam kitorg guna jalan shortcut je since my relatives yang lain duduk dekat Homestay di Kampung Sedia.



View from Balcony


View from Balcony


View from Balcony


Sunrise from Balcony



Memang pengalaman yang paling best la. Sebelum ni pernah juga stay Cameron tapi stay dekat Crown Emperial sebab dekat dengan Pasar Malam. Iris House Resort kalau nak ke Pasar Malam adalah dalam 20 minit. Oh, dia ada juga Iris Hotel tak jauh dari Apartment ni. 




Overall,

Bilik :  4
Kebersihan :  4
Layanan :  4