Sunday, August 21, 2011

Shopping di Times Square









Entri lepas cerita pasal buka puasa di Johny's kan. Berbuka puasa di Johny's pun disebabkan shopping raya. So, inilah cik zahirahabukassim yang sakan sungguh la shopping di Times Square. Kitorang yang tengah poket kosong hanya ikut je dari belakang. Survey dulu sebelum poket kembali penuh.

Tapi dalam poket kosong, aku sambar juga belt dengan pashmina. Time type entri nie, lagu raya tengah sibuk la terpasang kat laptop. Membuatkan lagi semangat nak pergi shopping raya. Semua dah ada dalam otak dah. Kira sampai nanti sambar je.

Bila dah tinggal bape hari lagi nak cuti, semangat nak pergi kelas pun terus turun secara mendadak. Rasa macam nak skip je kelas seminggu nie. Mujur, masih waras dan lepas tu teringat lepas raya bakal duduk exam mid term. Haila, raya oh raya.

Berbuka Puasa di Johny's Restaurant, Times Square








Ini kisah jumaat lepas. Tujuan asal nak pergi jumpa kakak bagi sehelai kertas quotation dekat KL Sentral. Tapi entah macam mana boleh terlepas sampai ke Times Square. Ini semua gara gara cik zahirahabukassim yang nak shopping baju raya.

Oh, kami bukan pergi berdua, ada juga cik atikahallias serta en syafiqsaat selaku driver dan bodyguard kitorang hari tu. Tapi dia join tak lama. Dalam empat setengah petang dia dah kena gerak balik sebab dia ada jamuan buka puasa di tempat lagi mewah dari kami. Huh, jeles.

So, disebabkan bulan puasa so nak makan pun kena booking tempat. So, kitorang bertiga decide makan Johny's je sebab dah tiada tenaga nak pusing cari restaurant lain. Penat bhai. 

Ini pertama kali aku makan Johny's. Kuno kan. Tapi mujur la pernah makan steamboat sebelum nie so takdela kekok sangat pilih menu. Makanan dia not bad. Sambal dia yang menaikkan selera sebenarnya. Disebabkan kitorang tiga orang terpaksa la ambil set untuk empat orang. 

Seriously banyak gila dan secara jujurnya, pembaziran telah berlaku sebab tak habis pun kitorang makan. Masing masing dah senak perut. Tak mampu nak habiskan. Air pun asyik teguk sky juice je. Amboi, sky juice. Haha. Air masak la. Rugi bayar air berperisa. Padahal sikit je pun. Sky juice je yang laku sebab bila habis, boleh refill. 

Whoa. Lepas nie next destination ke mana pula ya. Ceh, badget macam buat segmen jalan jalan cari makan je kan buat buat gempak tanya next destination. Tapi insyaAllah, kalau ada lagi tempat menarik, aku cerita ok.


Saturday, August 13, 2011

Kisah ayam dan itik












Hoh, sekarang nie sejak rumah aku ada bela ayam dan itik, segalanya untuk diorang. Apa korang badget ayam ayam dan itik itik tu makan sisa makanan ke. No no no. Diorang makan nasi panas panas tau. Huh, mewah sungguh la binatang tu duduk kat rumah nie.

Yang si itik pula, asal dengar je bunyi buka pintu, berbunyi la dia. Ingat orang nak bagi makan la tu. Si ayam peru plak, asal orang keluar je, dia keja nak mengejar. Tahu la muncung tu tajam.

Untung betul diorang. Aku sendiri pun belum tentu hari hari makan makanan sedap. Haish.

Wednesday, August 10, 2011

Berbuka Puasa di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa






















Ini kejadian Khamis lepas. Berbuka puasa ramai ramai. Actually ramai lagi, tapi yang datang cuma bape belas je. Tapi its ok, tetap happening juga.

Kitorang berbuka di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa yang dekat area Taman Tasik Titiwangsa tu. Makanan yang disediakan not bad la. As usual, bila puasa nie confirm la makan buffet kan. Satu kepala RM37 termasuk air. So, bila dah bayar, kau cekau la banyak mana pun. Makan lah sampai perut nak meletup. Makanan banyak.

Tapi, disitu mengamalkan satu benda. Elakkan pembaziran. Kau tak habis, bayar la RM16 untuk 100 gram. Mujur la kitorang ada kepala kepala yang bijak memutarka belitkan keadaan. So, ada makanan yang tak habis tu, kitorang tutup dengan sampah sarap or sisa makanan yang ada.

Kat situ memang diprovidekan untuk makan steamboat. Memang diorang nie bantai kaw kaw punya. Apa yang aku tahu, zahirahabukassim dengan atikahallias surrender awal lagi. Dah tak mampu nak sumbat masuk perut. Bukan apa, takut karang ada juga yang terkeluar balik. Rugi tiga puluh tujuh ringgit.

Oh, tempat dia luas. Kalau nak buat family gathering memang sesuai la. Tapi hari hari biasa aku tak berapa pasti macam mana sebab aku pun baru first time pergi situ. Environment macam biasalah, dikelilingi dengan tasik. Nama pun terapung kan.

So, jika ada kesempatan silalah bawa keluarga ke sana.






ps: bila lagi nak makan sedap sedap lagi.