Saturday, January 29, 2011

macam diari


bad story yang kena dengar adalah we all kene cancel all event for today. semalam jay's dad admitted sebab he had an operation. i really dont know pasal ape sebab just nampak jay pm with my rumate dekat fb. he said to us if his dad stabil today, he will brings us to IT Fair but ktorg takdelah kejam sangat kan. so, we all ambil keputusan untuk cancel je.

kesempatan tu aku ambil untuk balik ke putrajaya. miss gila dekat my niece and nephew kat putrajaya tu. biasalah, ktorg ni selalu nak pergi mana - mana main terjah je. my rumate pula decide nak pergi lepak shah alam. so, we take only 10 minutes to prepare all then call my friend ziera, minta tolong hantar ke lrt putra.

sampai kl sentral, melantak mcd sebab memang lapar gila dari pagi tak makan. my sis pesan kena sampai before office hour habis. thats why la macam kelam kabut sikit. tapi last minute dia call bagitau yang dia kena follow my brother in law pergi his office kat nilai. that time aku dah macam " omg! whut should i do now. takkan nak melanggut kat sini sampai 7pm! "

after 15 minutes, she call back and ask me to go midvalley. lagi sekali aku gelabah. tapi aku blah gak, berhimpit dalam komuter yang memang aku paling rimas sekali. dah sampai sana aku macam orang bodoh je jalan sorang tanpa arah tuju. then my sis suruh pergi tengok wayang dulu, so tanpa fikir panjang terus pergi cari tiket and nasib baik, beli dan terus masuk hall. buat pertama kalinya dalam sejarah aku tengok wayang sorang. damn! macam orang tak betul je aku rasa.

then melepak dekat IT Fair plak. seriously aku tension sebab selalu pergi event camtu dengan kawan - kawan dan aku akan membebel pasal barang - barang kat situ. tapi nie pergi sorang dan aku nak bercakap dengan siapa. ciss. last - last aku pergi dekat tempat speaker layan setiap headphone dan segala apa yang ada kat situ sampai my sis datang.

dalam masa yang panjang tu aku sempat gakla sambar 2 buah buku. puas hati aku.





hell. bila baca balik macam diari pulak. haish. macam mana boleh tak perasan. deym!

Friday, January 28, 2011

pertambahan umur


otak tengah blur. nak update banyak pun mood tak muncul - muncul. this entri special for my brother. so, to a person name,



 .AHMAD AIZAT BAHARUDIN. 


 i wish you a wonderful


.HAPPY BIRTHDAY. 


may god bless u and be a good brother to me and all ur siblings and also be a very good son to our parents okays!

Wednesday, January 26, 2011

kalumpang


dah beberapa hari aku cuba cari peluang nak update. tapi wifi sini banggang sket. biasalah, benda free memang macam tu. siapa nk bagi internet dengan kelajuan maksimum kalau nama pun free dan dikongsi dengan berpuluh ribu orang ye dak. takpe, maintain cool.

selama dua hari juga aku dah macam robot sebab habis sengal satu badan. semua ini gara - gara kem tiga-hari-dua-malam aritu. btw, it was very interesting. even sometimes ade ceramah yang buat aku terhangguk - hangguk tanda sangat faham, tapi still boleh survive la.

that place nice dan gila punya cantik scenery dia. mungkin akan ke sana lagi after this dengan members. disebabkan kelajuan internet yang lembab, ini saja yang dapat aku simpulkan. nak lebih - lebih tunggu aku balik raya cina.
 


Thursday, January 20, 2011

bertapa sebentar


jumaat sabtu ahad akan pergi bertapa tanpa sebarang connection jalur lebar. aku tak berapa nak urban pakai handphone canggih - canggih. so, mungkin tiada update apa - apa selama tiga-hari-dua-malam. tapi jangan risau selepas pulang segala benda akan di laporkan.




berharap segala aktiviti dijalankan tak buat aku tidur tanpa sedar.

Sunday, January 16, 2011

buku






bila dah dapat satu. meronta nak yang lain. belum habis baca yang satu meronta ingin baca yang lain. nafsu yang sedang mengila ini perlu dilenyapkan serta - merta. damn shit.

aku masih perlukan banyak buku - buku seperti ini untuk jiwa aku yang kosong supaya boleh terisi. tapi tahap kewangan yang betul mengecewakan. siapa rasa duitnya terlalu banyak dan membuangnya dengan sia - sia, better derma dekat aku yang seperti fakir tapi tidak. terlalu banyak buku untuk aku beli.

soalnya, siapa yang ingin derma wangnya pada aku?

persoalan yang tiada jawapannya.

mereka ubat


alhamdullilah. terima kasih kepada Dia yang berada di atas kerana untuk kali ini dengan izinNya, berjaya buat aku serta yang lain berkumpul semula. berikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada kami.

kegembiraan yang hanya sementara tapi cukuplah untuk dikenang buat selamanya. disimpan kemas di kotak memori yang hanya akan dilupakan atas kehendakNya juga.

mereka adalah segalanya. tolong jangan jauhkan aku dari mereka. jikalau ini adalah rayuan, ya. sambil melutut dan mendongak ke langit. memohon supaya jangan ditarik lagi kebahagiaan ini.



Monday, January 10, 2011

musibah

gila celaka minggu ni. sangat. rasa macam nak pergi kat dinding hempuk kepala bagi pecah. biar sakit asal segala masalah hilang. peh, cakap dah macam orang takde iman.

bilalah semua ni nak selesai. biar aku boleh hidup dengan aman tanpa gangguan sedikit pun. ini musibah yang datang kalau orang suruh belajar tapi main - main.

sendiri buat, sendiri tanggung.

damn!

Thursday, January 6, 2011

060111


kini aku sudah kembali. ke dunia yang berbeza sebelum ini. dunia yang tak lagi mampu untuk bersenang lenang dengan mengadap laptop serta internet yang super laju selama dua-puluh-empat-jam-tujuh-hari. tarikh 060111 memang keramat gile. kembali ke dalam tahanan. peh.

kali nie tiada perbezaan dari segi roomate, kedudukan katil, almari, meja study. semuanya seperti biasa. cuma bilik bertukar ke tingkat dua serta ada tambahan meja solek*perempuan kan* dan rak kasut yang dulunya di bilik aku takde. tapi memang macam celaka sebab selalu dapat bilik yang tak lengkap bila drawer meja study takde. damn!

disebabkan jumaat, sabtu dan ahad free, so buat masa sekarang pergi berjoli dulu sebelum kembali diseksa dengan bebanan kerja yang melampau punya banyak dan seriously macam banggang.

dah. layan movie lagi chare.

Monday, January 3, 2011

Tanya


kenapa mesti asyik bertanya. hanya kerana pepatah mengatakan jika tak bertanya sesat jalan, kau gunakan peluang itu untuk bertanya tanpa henti dan tanpa membacanya terlebih dahulu.

aku benci
aku rimas
aku jelik
aku menyampah.

hal sekecil kuman itu kau perbesarkan. apa gunanya. kau hanya menunjukkan kebodohan diri saja. akal yang ada kau letakkan di lutut. sungguh sia - sia. kau mencerca insan lain kerana kebodohannya, tapi kau sendiri tak cermin diri sendiri. aku yakin, jika kau buat, kau akan nampak kebodohan kau yang terselindung.

apa kau tiada perasaan. tolong. tolong cari balik perasaan kau itu. supaya kau boleh rasa apa yang insan lain rasa.

Sunday, January 2, 2011

sisa


ditemani secawan aiskrim. ya aku makan aiskrim dalam cawan dan bukan mangkuk. ah, abaikan. tak penting.

lagi tiga hari. aku bakal menamatkat sisa - sisa kemalasan aku. untuk apa. untuk kembali bergelumang dengan segala 'benda' yang boleh buat aku dan aktifast menjadi sahabat akrab dengan tiba - tiba. rasa berdebar - debar seperti mahu berjumpa kekasih hati untuk pertama kali.

benci perasaan itu. sangat.

fuhh. harap semuanya berjalan lancar.