Monday, September 24, 2018

Hotel Review : Hotel Seventeen Banda Aceh

Holla!

Jom sambung pasal penginapan dekat Banda Aceh pula. Ok, sampai jetty the breakfast, jalan-jalan dan lunch kami terus ke Hotel yang telah ditempah. Segala penginapan aku tempah sendiri but kalau korang ke sana nak minta tolong Fauzan and The Team uruskan sekali penginapan pun boleh je. Aku jenis lagi selesa kalau aku sendiri yang cari.

So, Seventeen Hotel ni agak baru juga dekat area Banda Aceh. Bila sampai je sana Mas Mahyu tanya aku macam mana aku boleh jumpa hotel ni sebab hotel ni still baru lagi dekat situ. Hah. Aku jumpa pun sebab kerja rajin scroll Agoda untuk tengok hotel yang available. Sekali terpandang Hotel Seventeen ni dan nampak facilities dia macam baru dan cantik lagi so proceed je book.

Aku book dua bilik since kami berlima kan. So, 1 bilik untuk my parents and lagi 1 bilik kami duduk tiga beradik. Bilik yang aku duduk dengan adik-adik aku luas sikit sebab Family Room but bilik parents aku kecik and no window. Bawah ni harga untuk dua malam untuk kedua-dua bilik.




So far, okay lah. Bilik bersih, facilities lengkap dan toilet juga bersih. Hotel baru kan so semua benda pun masih baru dan masih cantik lagi. Depan hotel ada pasar basah kot tak silap. Pagi hari kedua menginap situ sempat la juga my parents pergi berjalan dekat pasar tu. Breakfast dia pun boleh tahan juga. Bagi aku boleh diterima tekak la.


Entrance
Entrance Hotel/Lobby Hotel
Sumber : Agoda 


Bawah ni gambar untuk Family Room








Dan ini pula untuk Duluxe Room without window


Facilities
Sumber : Agoda


images
Cafe Hotel Seventeen
Sumber : Agoda


So far aku berpuas hati la dengan hotel ni. Sementara masih baru ni if korang nak pergi sana better book je. Harga pun bagi aku berpatutan juga even review pun bagus. Baru ni check review dia 8.3 Star Excellent dan Hotel ni adalah high demand. Silalah cuba menginap dan rasai sendiri keselesaan yang diberikan oleh Hotel Seventeen.

Friday, September 21, 2018

Hotel Review : Freedies Santai Sumur Tiga, Pulau Weh

Hi!

Okay, setiap kali bercuti mesti kita akan cari tempat penginapan kan, so now aku nak share penginapan sewaktu kami di Pulau Weh. Erm, actually setiap kali nak book cari penginapan dekat tempat aku nak bercuti tu, aku akan buat research dulu mana orang selalu tinggal, baca review, berbaloi ke tak dengan duit yang dikeluarkan dan macam-macam la.

So, sama juga untuk kali ni pun aku buat benda yang sama. Tapi risikonya mostly banyak yang dah habis la terutama yang memang selalu orang suggest dalam blog or viral dekat sosial media. fine, after baca all the review, nampak orang pun banyak suggest dekat group backpackers even supir pun kata that place was actually very nice so, then aku decide ok book!

Time search dekat agoda tu tengok ada tinggal satu je untuk bilik yang aku nak tu. Benda bila permintaan tinggi kan memang macam tu. So, terus book. Tapi aku ni sejenis macam paranoid if nanti penginapan yang aku book tu tak okay, so memang time by time aku akan check review penginapan aku. Selagi ada masa untuk cancel selagi tu aku akan check review. So far this resort (yes, this is actaually a resort) memang keep on dapat good review. So aku fikir, fine sampai sana nanti kita lihat.


INI ADALAH HARGA TIME AKU BOOK. TAK SILAP AKU BAYAR DEKAT SANA. SO BOOKING WILL NOT TOLAK YOUR MONEY.


Sampai untuk check in pun dah malam, dengan semua masih penat so malam tu masuk bilik, bersihkan diri terus naik katil tidur. Oh, just sempat la juga buka pintu balkoni tapi tak nampak pun view sebab gelap. Nampak bulan je terang pastu dengar bunyi ombak. Aku ambil bilik DELUXE APARTMENT WITH OCEAN VIEW tau sebab bilik ni boleh occupied until 6 person. One more thing, without aircond tau, just fan je. Tapi malam sejuk je.

Let's check it out the room. Rasanya aku ambil gambar time nak balik kot. So, a bit gelap sebab pagi sangat kami check out. Sorry, gambar toilet tak sempat nak ambil tapi don't worry toilet dia bersih dan ada partition for toilet bowl and shower.





SORRY MESSY SIKIT SEBAB TENGAH BERSIAP NAK CHECK OUT. TAPI MACAM NI LA BILIK DIA. KALAU TENGOK DALAM AGODA PUN SAMA.


DEKAT ATAS NI BOLEH DUDUK 3 ORANG. DECK PALING ATAS TU 2 ORANG DAN DECK BAWAH TU SORANG. TAPI CAREFUL SILAP GOLEK, KEBAWAH LA PERGINYA SEBAB TIADA PENGHADANG. TAPI SO FAR AKU TIDUR SITU OKAY JE TAK TERGOLEK PUN.


Okay, jom kita tengok view depan bilik. Woo, ini paling terbaik dan buat aku rasa berbaloi baloi baloi aku book this room. Ada lagi dua bilik sederet dengan my room. My room was actually di tengah. Left and right ada room with same view juga.


ADA MEJA DEKAT SITU AND BTW, AKU BREAKFAST DEKAT SINI SAMBIL LAYAN VIEW. SUPERB GILA! PETANG-PETANG AKU BARING DEKAT KERUSI KIRI TU SAMPAI TERTIDUR SEBAB BEST SANGAT LAYAN ANGIN.


INILAH VIEW YANG ANDA DAPAT JIKA AMBIL BILIK NI. AWESOME KAN KAN ?

INI AMBIL TIME PAGI. SUNRISE.



So, if anda semua nak book hotel/resort di Pulau Weh, this resort was very RECOMMENDED. Food dekat cafe pun nice. Boleh pilih either nak makan dekat cafe or makan yang memang the owner masak sendiri which is kena book eh. Like full course of meal from appetizer, main and dessert something like that la. Aku tak try pun sebab mostly banyak makan before balik ke resort je.

So, again book this Resort and enjoy your holiday and enjoy your awesome view the Pantai Sumur Tiga. Thanks.




Thursday, September 20, 2018

Travelogue : Banda Aceh Day 4 & 5

Hello! Hi!

Yeay last entri untuk this trip. Thank god finally I manage to finish it. Tahap kecekalan kena tinggi kalau nak menulis ni. Nak mencari mood lagi. Ni pun mood datang sebab bakal ada next next trip so, kena habiskan trip ni dulu baru boleh start another trip. Matilanakkkk.

Fine, fine taknak bebel panjang, jom sambung hari last day berjalan aka hari keempat sebab the next day tu flight balik Malaysia pagi.

Harini tiada aktiviti sangat. Just tinggal few places je lagi belum pergi. So, untuk membuang masa kita pergi ke Kolam Air Panas yang memakan masa lebih kurang sejam perjalanan. Jyeah, inilah cara untuk kita membuang masa. Kahkah. Seperti biasa sepanjang perjalanan kita tidur untuk mengumpul tenaga. 






Sedap tidur sekali buka mata dah sampai dah ke Taman Wisata Air Panas Aceh Besar. Cuaca panas, air panas bergabung meletup panas! Pergh. Aku kira nak cari tempat berteduh je. Tempat dia tak luas mana pun, just nice. Ada dua kolam untuk lelaki dan juga perempuan kalau tak silap aku. Ada pondok banyak dibina untuk kemudahan pengunjung berkelah. Ok, paling terbaik sauna dia. Pergh semulajadi beb. 





Camni, air yang dari punca tu turun melalui satu longkang buatan dan sepanjang longkang tu dia bina pondok kayu yang jarang-jarang sikit kayu dia supaya wap air panas tu boleh masuk. Dia tutup pondok tu dengan kanvas je. Taraaa jadilah sauna. Sini sebab air panas yang punca dia tu laju, kat tempat kita susah sikit sebab tekanan air dia rendah so, air tak laju.





Kemudian, kami dibawa ke sebuah lagi pantai iaitu Pantai Pasir Putih Lamreh. Uish, angin dia bukan sepoi-sepoi lagi tapi bertiup kencang terus. Air dia boleh tahan lawa juga tapi sini ombak macam kuat sikit. Lepak minum teh botol sambil rest sebab nak balik ni perjalanan jauh ni. Heh. Lama juga kami lepak sini sebab syok angin kuat kan. 







Dalam perjalanan balik tu rasa lapar, singgah makan dekat Ayam Lepas. Yes, dia semacam ayam penyet tapi nama dia ayam lepas. Actually ada yang pedas melampau dengan yang kurang pedas. Tak pasti mana satu sebab menu satu lagi nama Ayam Lemass. Ntah, jangan tanya dia lemas ke mana. Tapi sememangnya sedap terangkat kaw! 





Sudah kenyang dibawanya kami ke Kapal Tsunami Lampulo. Disinilah yang ada boat atas rumah tu. Kapal ni pun hanyut dibawa arus tsunami juga. Ada makcik ni cerita dia masih hidup pun sebab dia lompat masuk ke dalam kapal ni. Sebenarnya dia lari masuk ke dalam rumah tu sebab rumah tu dua tingkat, kebetulan masa dia berada di bumbung tu kot kapal ni datang dan dia terus lompat masuk. Lebih kurang macam tu la cerita dia. Nak tahu lebih lanjut minta google okay.







Balik dari situ pun dah petang, so marilah kita cari makan petang. Teringat pula bakso. Aku lah tu yang teringat, nak makan bakso. Cakap dekat Mas Mahyu nak makan bakso, dia terus bawa pergi satu gerai ni Mie Bakso ni. Bapak besar gila bakso dia. Senak perut nak habiskan. Selesai makan, dah tak tahu nak pergi mana dah. End up minta Mas Mahyu bawa kami pergi mall di Banda Aceh. 





Okaylah mall dia, tak besar sangat tapi lengkap semua. Ada KFC, ada Pizza Hut, ada JCO Donut dan Pasaraya Harian. So, untuk dinner aku decide beli Pizza je sebab pizza Indonesia lain dari Malaysia. Isi atas pizza pun banyak dari yang Malaysia punya. Dinner dekat hotel je sebab nak packing untuk balik esok.



TENGOK BETAPA MERIAHNYA TOPPING DIA!




Day 5

Pagi tu dalam jam 6 pagi camtu Mas Mahyu datang pick up bawa ke airport. Flight balik jam 9 pagi. Tamatlah sudah trip kami berlima ke Banda Aceh dan Pulau Weh. Serius trip yang paling awesome tapi pada masa yang sama macam bagi keinsafan sikit la tengok macam mana hancurnya Banda Aceh ni ketika Tsunami berlaku.





Memang trip kali ni santai je, taknak rush dan pack sangat sebab bawa parents kan. So light and easy je sebab ada masa balik hotel rehat dulu baru keluar balik. Kalau trip anak muda selagi boleh sumbat kita sumbat dalam satu hari tapi hasilnya exhausted sikit la.






So, next family trip kemana pula kita? Tunggu....










Wednesday, September 19, 2018

Travelogue : Banda Aceh Day 3

Hai Hai!

Yes yes, berjaya sampai ke hari ketiga. Keep it up Dilla. Jom jom, kita sambung jelajah Aceh. Today, nak berangkat pulang ke Banda Aceh dari Pulau Weh. Huks, sedihnya sebab nak tinggalkan Pulau yang cantik ni. Yes, seorang Dilla memang akan sedih bila dia terpaksa say goodbye dekat Pulau yang ada pantai cantik dan air jernih.


Pagi lagi dah check out from Freedies dan Mas Putra hantar ke Jatty Balohan untuk naik feri balik ke Banda Aceh. Dalam feri, membuta la apa lagi kan. Sampai je Banda Aceh, Mas Mahyu dah siap tunggu. Dia pickup kami dan terus bawa breakfast. Again, makan nasi lemak dan yes, sedap.


Disebabkan hotel tak boleh nak check in lagi, so kita terus berjalan-jalan jela. Marilah kita menuju ke destinasi pertama iaitu PLTD Apung. Time ni panas berdeting woi. Okay, kapal ni berlabuh di Pelabuhan Ulee Lheue untuk mengisi bahan bakar dan secara tiba-tiba tsunami datang dan mengheret kapal yang besar ni sejauh lima kilometer sampai ke kawasan perumahan dan terdampar disitu. Betapa dasyatnya tsunami tu kan sampai kapal sebesar dan seberat ni pun mampu diseretnya.






Then kami bergerak ke Masjid Baiturrahim. Masjid ni tetap utuh ketika berlakunya kejadian Tsunami. Bayangkan kawasan sekitarnya musnah, tapi di tengah-tengah kemusnahan itu berdiri kukuh sebuah masjid yang masih utuh dan sekadar mengalami kerosakan sikit saja.



Kemudian kami dibawa ke satu kawasan perkampungan di mana terletaknya sebuah kubah. Kubah ni telah hanyut sejauh 2.5 kilometer dari tempat asal. Berat kubah ni dianggarkan 80 tan. Sekarang kubah ni dinamakan sebagai Masjid Al-Tsunami. Sekitar dia kawasan sawah padi. Mulanya kubah tu terapung dekat kawasan sawah padi tu then bila air makin surut dia terseret ke kawasan lapang.



Seterusnya kami singgah pula ke Rumah Cut Nyak Dhien. Beliau ni adalah seorang Srikandi yang menentang tentera Belanda ketika Perang Aceh. Mengenai rumah ni pula, ia dibangunkan semual pada tahun 1981-1982 di tapak asal rumah beliau yang dibakar oleh Belanda pada Tahun 1896.





Kami kembali ke Banda Aceh dan lunch di Wong Solo sebabnya kita kena ikut selera my abah yang agak memilih sikit makannya. Selesai makan, check in Hotel Seventeen. Berehat sekejap, petang nanti keluar balik untuk ke destinasi seterusnya.




So, next destination kita adalah Muzium Tsunami. Actually nak masuk ni kena bayar tapi tak tahu kenapa kami tak perlu bayar. Mungkin dah termasuk dalam pakej kot. Dalam muzium ni akan diceritakan semuala kejadian tsunami. Even nama-nama yang terkorban pun mereka tulis di dalam sebuah bilik dan bilik itu sentiasa dipasangkan dengan surah Al-Fatihah. Then ada kawasan yang mengantung bendera-bendera semua negara yang turut menyalurkan sumbangan dari segi tenaga kerja, duit dan sebagainya. Segala gambar ketika kejadian, barang-barang milik mangsa yang dijumpai juga diletakkan di dalam muzium ini. Ada skrin yang akan menayangkan sekitar hari kejadian yang sempat dirakam serta rakaman-rakaman selepas kejadian berlaku.










Kemudian kami ke Masjid Rahmatullah Lampuuk. Ini juga antara salah satu masjid yang berdiri kukuh ketika Tsunami melanda. Kedudukannya yang hampir dengan pantai menyebabkan keseluruhan kawasan sekitarnya musnah. Masjid ni juga cuma ada sedikit kerosakan di mana ada beberapa tiang yang runtuh dan kerosakan itu masih kekal sehingga sekarang dan masih lagi boleh dilihat sebab memang sengaja penduduk di situ tidak dibaiki supaya ini menjadi peringatan kepada penduduk betapa bahayanya Tsunami.






Seterusnya kami ke Pantai Lampuuk. Pantai ini adalah salah satu pantai yang terkenal di daerah Aceh Besar yang sering dikunjungi oleh pengunjung di sekitarnya. Pantai biasa pun air biru la wei. Geram betul aku. Oh, jangan tak tahu, Faizal Tahir pun pernah rakam muzik videonya di sini untuk lagu Starfeather. Lirik lagu dia macam kena sangat dengan apa yang dihadapi oleh penduduk Aceh. Lepak-lepak minum petang sambil tunggu sunset. Awesome!





Malamnya kami pulang ke Banda Aceh dan maghrib di Masjid Raya Baiturrahman. Masjid ni la yang telah direnovate semula seperti Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini juga antara masjid yang selamat dari Tsunami. Di masjid ini ratusan orang telah terselamat dari menjadi mangsa tsunami. Ramai yang telah lari untuk menyelamatkan diri di sini. Oh, peringatan, untuk wanita sila berpakaian menutup aurat okay. Maksud menutup aurat di sini labuhkan baju, tudung anda. Senang cerita pakai pakaian yang longgar atau nak mudah pakai jubah or baju kurung datang sini. Thanks.







Akhir sekali sebelum balik Hotel, kami ke Mie Razali untuk dinner. Orang kata tak sah kalau datang ke Aceh tak makan Mie Razali. Heh. Fuh! Penat betul seharian berjalan. Ada satu hari lagi untuk kami berjalan-jalan pusing Banda Aceh ni. 





Nah nak belanja few video dekat Muzium Tsunami tu.









Next entri pula okay!