Sunday, August 10, 2014

Resepi : Congo Bars.

Hai semua. Bajet retis gila aku kan. Oh, macam still tak terlambat nak wish SELAMAT HARI RAYA hashtag SHRMZB. Kemain kau. Sekarang kan semua main hashtag je kan.

Oh sebenarnya aku nak share resepi. Since ada yang tanya resepi itu ini, so why not aku sharekan aje dalam blog ni. At least ada benda untuk aku penuhkan dalam blog nie kan. Sejujurnya, aku main google je resepi. Sedap tak sedap itu bergantung pada tukang rasa aku. Tukang rasanya tentulah family yang kat rumah dengan member kat office sebab aku memang suka mengangkut segala jenis bahan eksperimen aku pergi office. Heh.





Congo Bars

Source : Mummy Ita

Bahan

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - *boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - *optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-cara

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar ye ;)



Sumber : Mummy Ita



Haa. Cantik kan gambar atas nie. Of course la bukan aku yang snap. Gambar diatas adalah contoh congo bars dari Mummy Ita. Cantik lagi kalau nak dibandingkan dengan gambar aku yang diatas sana. So ape lagi, 

Selamat Mencuba!