Sunday, November 19, 2017

Hotel Review : Alpine D'Bayu Residence

Salam. Hai!

Okay, haritu dah review pasal penginapan di Kota Kinabalu kan, now aku nak review pasal penginapan di Kundasang pula. Erm, dalam dua bulan sebelum ke KK aku dah survey hotel di Kundasang tapi semua pun macam mahal dan lari dari bajet aku. Kebetulan pula time tu ada few friends aku yang memang baru balik dari sana, cepat-cepat aku tanya which hotel yang mereka stay dekat sana. 


Our Cabin Cinnamon. Credit to FB Alphine D'Bayu Residence


One of my friend suggest Kiram's Village and another friend suggest Alphine D'Bayu Residence. Sebenarnya, both chalet pun sebelah menyebelah je. So, aku terus buat research pasal both chalet. Baca review, tengok gambar, kira bajet bagai dan discuss dengan family members then, aku decide untuk go for Alphine D'Bayu Residence. 




Once decide terus whatsapp owner dia dan dia suggest untuk ambil Cabin 2 Bedrooms dengan harga RM500 untuk dua malam. If nak extra tilam dia akan charge RM25 dan iron pula dia charge RM5. Sekali charge je not per night pun. Kebetulan kami sampai tu macam agak lewat, tapi jangan risau memang dia letak phone number dekat receptionist tu. Just call then akan ada orang entertain korang.


Salah satu bilik. Ini bilik yang di atas. Credit to FB Alphine D'Bayu juga


Our cabin nama Cinnamon. Dapat je kunci, masuk tengok semua elok je. Cabin bersih, toilet bersih. Oh ya, toilet ada satu je. So, pandai-pandai la decide siapa mandi dulu. Heh. tingkat atas ada balcony. Keluar balcony boleh nampak direct Gunung Kinabalu. Heavennya. Cabin dia tiada aircond, tiada kipas. Kundasang dah memang tersangat sejuk, tak perlukan semua tu pun. 




View jam 6.30 pagi di tanah lapang sebelah chalet.


So far, aku sangat berpuas hati la dari segi kebersihan, layanan, susun atur semua memang terbaik. Kesimpulannya, if ada sesiapa yang nak ke Kundasang tu boleh la masukkan this place sebagai salah satu tempat penginapan korang. Dekat bawah ni aku letak link facebook untuk korang tengok gambar serta tahu maklumat lebih lanjut.



FB


Or 




Travelogue : Mui Ne, Vietnam Part II

Day 2 (02 Nov 2017)

Hey hey!

Jomlah kita sambung perjalanan kita. Harini start Tour Sunrise Mui Ne. Pukul 3.30 pagi dah bangun sebab tour start jam 4.30 pagi. Naik jeep pagi pagi buta tu memang sejuk dia tak terkata la. Tapi best sbb rasa fresh je. First check point adalah White Sand Dunes. Kami naik ke atas dengan jeep kami sendiri. Pihak sana ada sediakan juga ATV untuk korang naik jika berminat dengan harga harga tertentu. Punya la pulun semua bergambar. Time tu sunrise macam segan segan je nak keluar tapi still cantik.



Sisa-sisa sunrise yang masih ada

Belakang tu jeep kami. Nak sewa ATV pun boleh.

Hurmmm, acah-acah je si Ryna ni :D


Our guide yang tak berapa nak guide sebab tak berapa nak faham english. 

Group photo by our guide :)))


Then, kami bergerak ke Red Sand Dunes. Dekat sini kami diberi 30 minit untuk explore. Tapi Red Sand ni tak besar mana pun. Boleh juga cuba slide dengan harga 10,000 VND. Selesai di Red Sand Dunes kami teruskan perjalanan ke Fishing Village. Dekat sini boleh la nampak para nelayan menjual hasil tangkapan laut mereka. Dahla naik bot bulat yang comel tu. Aku yang tgk ni macam rasa bot tu nak tergolek je. Tak lama pun dekat situ adalah dalam 15 minit je. Lepas itu kami bergerak ke Fairy Stream.


Kalau naik atas lagi boleh main slide! 10,000 dong.


Baju itu dalam kenangan. Sob sob.



Di Fairy Stream ni apa yang aku search sebelum nie asyik nampak air jernih dan cetek. Sekali bila sampai mak aih, nak kena meredah anak sungai dulu baru sampai ke tempat air cetek tu. Anak sungai tu dahla ada certain area tu air boleh tahan dalam. Dalam di sini adalah paras betis aku. Dah satu hal nak kena sentengkan seluar. Pffttt. Sepanjang anak sungai tu ada la orang jual food dan juga sourvenir. Aku dan lagi dua org girls tak berjalan pun sampai habis tapi the boys diorang pergi sampai jumpa tempat air cetek jernih aka stream sebenar tu.



Fisherman Village. Dekat bawah tu la mereka ni meniaga hasil tangkapan mereka.


Laluan Fairy Stream. Sejuk je :)

Port bergambar pertama

Port bergambar kedua. Tapi the girls tak berjalan sampai sini.


Itu tempat terakhir tour. Selesai aktiviti untuk hari kedua. Balik hotel dan bersiap untuk bergerak balik ke Saigon. Miss Khanh ada bagitahu yang bas yang kami akan naik tu ambil depan hotel dan perlu tunggu around 11.20 pagi. Naik sleeper bus semua pun bantai tidur sebab 5 jam kan dalam bas.



OTW balik ke Saigon

Finally kami dapat makan proper food. Yeay!!

Restoran Hajah Basiroh

Kopi kaw RM3. Must try. Recommended!

Highland Coffee. Not bad juga. Pahit sikit berbanding kopi tepi jalan yang famous itu.

Sampai di Saigon around 4.30 pm dan staff Miss Khanh dah book untuk kami kereta untuk hantarkan ke hotel. Di Saigon kami check in di Cititel Central Saigon Hotel. Lepas check in berehat sekejap dan dalam pukul 6 macam tu kami keluar cari makanan. Sepanjang dekat Mui Ne kami makan roti je. We need a proper food like nasi. Hiks. Kami memilih untuk makan di Hajah Basiroh. Selesai makan round area Malaysian Street tu, beli beg Deuter murah dan lepak minum di Highlands Coffee. Dalam pukul 11 macam tu bergerak balik hotel dan tidur. Simpan energy untuk tour Mekong Delta dan Chu Chi tunnel esoknya pula.


Travalogue : Mui Ne, Vietnam Part I

Day 1 (01 Nov 2017)

Holla!



Now kita akan terbang ke bumi Vietnam dan destinasi yang dituju adalah Ho Chi Minh ataupun Saigon dan juga Mui Ne. Oh trip ni bukanlah trip rombongan cik Dilla untuk bershopping tapi trip ini more to trip melawat tempat-tempat menarik di HCM dan juga kami ke Mui Ne dan bermalam disana selama sehari je. Eh kejap, bukanlah tak shopping langsung, shopping tapi kena tengok pada keadaan semasa sebab kami pergi sekejap sangat.



Muka-muka happy nak pergi bercuti. Ini gambar tengah tunggu flight dekat KLIA 1.

Jyeah. Ho Chi Minh via Vietjet


Mendarat je di Airport Vietnam terus bergerak naik bas bernombor 152 ke bandar HCM sebab di sana kami akan ke office Miss Khanh. Beliau la yang uruskan segala hal kami di Mui Ne. Bagus tau Miss Khanh ni, dia sabar je jawab segala soalan kami waktu dari Malaysia lagi. So, if korang ada plan nak travel sini dan perlukan Travel Agent boleh la consider Miss Khanh ni atau nama company dia VN Lotus Travel. Bas dia macam Rapid di Malaysia. Bila bayar nanti dia akan print tiket keluar. Harga tambang 5,000 dong lebih kurang RM1 duit kita.




Ops. Sorry Atie. Macam ni la keadaan bas dia. Tapi jangan risau beraircond tau. Sejuk  dan selesa je :)


Perjalanan ke Mui Ne mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan menaiki sleeper bus. Selesa je sleeper bus dia siap bagi air mineral, selimut dan bantal pun disediakan. Sebelum naik semua penumpang akan diberi plastik untuk letak kasut. Di sana nanti kami akan bermalam di hotel yang telah termasuk dalam pakej Miss Khanh. Pasal penginapan akan aku review kemudian since sampai pun dah malam.



Tempat menunggu bas. Ada toilet dan tempat duduk untuk menunggu. 

Time ni diorang pergi cari food and me kena duduk tunggu beg.

Di hadapan kedai sourvenir

Beginilah keadaan di dalam sleeper bus. Kasut kena buka, nanti dekat pintu tu dia akan bagi plastik seorang satu.


So selesai hari pertama. Aku nak nasihat sesiapa yang bercadang nak ke Mui Ne tu silalah bawa food siap siap sebab susahnya nak dapatkan makanan halal dekat sana. Kami bergantung pada roti gardenia je sepanjang dekat sana. Mujurlah sekejap je.




VN Lotus Travel

FB :  Miss Khanh

Website :  VN Lotus Travel

Tripadvisor :  Read review here


Saturday, November 18, 2017

Hotel Review : Marina Traveller Suite @ Marina Court Condominium


Hai!

Lamanya simpan niat untuk review this Condo, tapi asyik la tiada masa. So, since sekarang ni macam free sikit, bolehlah menaip dengan tenang. Actually, bukanlah hotel pun tapi it was just a condominium yang complete semua. Mula tu ingat nak book through AirBnb tapi since tengok harga macam dekat Agoda lagi murah, so proceed with Agoda jela. Itulah pentingnya buat perbandingan harga kalau nak tempeh penginapan. Aku memang setiap kali travel akan tetapkan limit harga hotel/guesthouse before book, so senang nak bajet. Total untuk 3H2M adalah seperti dibawah.




Kenapa aku pilih duduk sini banding hotel adalah kerana, Marina Court ni sejenis condominium yang lengkap semua dan paling penting ada iron dan juga mesin basuh. Sedia maklum yang aku sebelum menginap di Kota Kinabalu, aku menginap dulu di Kundasang selama 3H2M. Tambah bila bawa family yang besar, lagi selesa duduk satu rumah dari nak kena book banyak bilik. Dekat situ je dah rugi banyak. Bawak pula budak-budak yang memang akan sentiasa bertukar baju, so mesin basuh tu amat penting sangat. Heh.

Aku pilih yang ada tiga bilik. Bilik pertama dan kedua ada katil king dan single dan bilik ketiga dua katil single. Bilik air pula ada dua. Satu di dalam master bedroom dan satu lagi di luar. Depan condo ada mall dan kalau nak ke Pasar Philippines boleh jalan kaki je. Cuma kalau nak ke Jeti Jeselton jauh sikit la.


Bilik Petama aka Master Bedroom attached toilet

Bilik kedua

Bilik Ketiga


So far aku sangat berpuas hati la sebabnya rumah dia bersih, bilik pun elok je teratur. Toilet dia pun bersih cuma kekurangan dia, toilet tiada paip dekat tepi jamban tu. Parking hanya untuk sebuah kereta saja but if nak tambah additional car pun boleh. Nanti pihak Marina akan arrangekan just bayar je. Mudah sangat. Oh ya, check in pukul 3 petang dan check out pukul 12 macam biasa.

Masa check in dia akan minta kita provide deposit RM200, dan deposit itu akan dipulangkan bila kita check out. Simple je kan. Rumah selesa, ada swimming pool, gym etc. Semua facilities tu kita boleh guna.


Ruang Tamu with Balcony

Space for makan-makan

Dapur. Tepi sinki tu ada pintu dan belakang tu ada mesin basuh

View from our Balcony. 

Belah kiri tu la mall.

Kesimpulannya, sesiapa yang nak datang Kota Kinabalu silalah menginap di sini. Boleh check rate di Booking.com, Agoda, AirBnb or nak lagi mudah gunakan Trivago untuk buat perbandingan harga.


Sebagai tambahan aku nak promote sikit kereta sewa kawan aku. Untuk sesiapa yang hendak ke Kota Kinabalu Sabah, boleh gunakan khidmat Sabah Travel Car Rental. Memang tip top servis yang diberi. Kereta bersih, cantik, wangi. Cara berurusan pun mudah. Kalau kereta ada masalah pun jangan risau, mereka akan cepat-cepat selesaikan. Harga pun berpatutan. Di bawah ni aku sertakan segala maklumat untuk korang buat tempahan. Pasti puas hati punya.



Whatsapp :  60195227315