Monday, August 20, 2012

Raya Pertama

Raya pertama. Tiada apa yang istimewa. Cuma pagi-pagi dah kena tinggal sebab aku uzur. So, diorang pergi kubur dan sembahyang raya tanpa aku. Duduk rumah sambung bersihkan rumah. Mereka tinggalkan dapur dalam keadaan yang sangat berselerak. Masing-masing penat. Di atas dapur masih ada rendang dan kuah spagethi yang sedang dimasak. Aku sebagai orang yang kena jaga rumah sekaligus kena jaga lauk juga. nasib badan.

Balik saja mereka dari sembahyang terus setting kamera. Tembak menembak time. Kali nie punya gambar raya takde kakak aku sebab dia balik Butterworth.




Tengah best tembak menembak, orang dah mula datang. Seperti biasa, yang biasa datang awal ke rumah aku sudah semestinya kanak-kanak. Misi mengumpul duit raya la katakan. Macam aku dulu, pusing keliling kampung beraya. Elok saja mereka balik kami pula sambung makan.

Selepas itu orang dah mula ramai. Selalunya yang datang saudara mara saja. Mereka saja pun dah penuh ruang parking. Itu untungnya ada keluarga yang besar. Kebetulan rumah aku memang di kampung, so memang sangat meriah berkumpul sanak saudara. paling bahagia bila aku yang berumur dua puluh tiga tahun nie masih lagi terima duit raya. Untunglah masih belajar. Umur banyak mana pun duit raya masih lagi dapat. Sampai rasa segan pula nak terima. Hiks.

Oh, setiap tahun aku mesti akan buat kek. Tahun lepas Kek Coklat, tahun nie aku try buat Red Velvet dan Rainbow Cake. Mujurlah habis. Takut juga kalau tak habis.


 Red Velvet Cake


Rainbow Cake





Oh, nie si kecik dengan baju raya mereka di malam raya. Excited cuba baju baru. Banyak sungguh la baju diorang berdua nie. Sangat la untung.

Lastly,



Selamat Hari Raya.
From me.

Saturday, August 11, 2012

Iklan raya

Ada beberapa hari lagi untuk semua umat islam menyambut kedatangan syawal. Kalau masuk town time macam nie, penuh dengan manusia yang sibuk membuat persiapan menyambut raya. Mujurlah aku sudah bersedia awal. Malas nak bersesak sesak mencari barang yang akhirnya bakal mengecewakan aku juga nanti.

Seperti tahun-tahun yang lalu, kita sering disajikan dengan iklan-iklan raya yang agak meruntun jiwa kita. Paling tak pernah mengecewakan kita iklan-iklan dari Petronas. Ya, iklan merekalah yang sering kita tunggu-tunggu setiap kali raya, tahun baru cina mahupun merdeka.

Dan untuk kali ini sekali lagi menjadi rutin aku untuk menunggu iklan daripada Petronas. Mungkin sedikit patriotik iklan kali ini disebabkan kita berada di bulan ogos. Bulan kemerdekaan. Membawa aku kepada pandangan yang sedikit berbeza. Membawa aku untuk melihat negara luar dari Malaysia. kehidupan luar Malaysia. Jujur aku kata ia mampu buka mata aku.




Strangers. Belum tentu kita dapat selami perasaan orang itu jika kita tak cuba untuk mengenalinya terlebih dahulu kan.



Oh, newsfeed facebook aku sibuk dengan orang berkongsi lagi satu iklan dari Bernas. Tergelak bila baca comment, "tengok iklan nie sambil potong bawang, habis berair mata" Yeah, quite syahdu iklan itu. Kisah perjalanan dua orang kanak-kanak yang kurang upaya ditambah pula sudah tiada ibu dan bapa betul-betul buat aku sedar yang nilai kasih sayang itu sangat penting dalam sesuatu perhubungan.





Cuma apa yang aku terkilan, kenapa tak buat iklan yang sedikit gembira. Setiap tahun mesti nak sedih je. Tapi satu-satunya iklan yang betul aku suka adalah iklan raya dari Petronas tahun 2003. Mengenai tujuh beradik yang mencari seekor lembu untuk dimasak oleh ibu mereka. Tak perlu sedih pun kita mampu sampaikan mesej kan. Seimbangkan sedih dengan gembira adalah lebih baik. 

Ini hanyalah pandangan. 

Apa pun Selamat Menyambut kedatangan Syawal buat semua.