Monday, November 29, 2010

wth



jangan pelawa atau membebel kalau taknak aku ikut
direct to the point aje.
shit


Saturday, November 27, 2010

bilalah



kejadian curi kasut di masjid nak habis. 
kat masjid pun nak buat dosa.
macam celaka.


Convocation : hari keempat aka terakhir

salam.

dah masuk hari keempat. so, ape lagi blah la dari terengganu. tapi sebelum chalow singgah dulu pasar payang cari batik sutera, songket dan segla bagai yang ada. psst, kenduri nak dekat, kenalah glam. ok, sila menyampah. then terus ke losong untuk cari keropok lekor. parents aku selalu beli kat kedai nama adik - beradik*promote*. diorang kata sedap. tapi aku belasah je, tak reti nak bezakan sedap ke tak sedap.



 we are the gurls in my family. ko tengok. apsal bongsu selalu akan tinggi dari akak - akak dy. ejat takde.



budak nie naik binatang nie sampai tak nak turun. mungkin kalau boleh berguling, dia akan berguling. ohhh.


then on the way balik, singgah dulu di masjid terapung. jujurnya aku lupa apa nama masjid tu. orang tak berapa nk ramai. family aku ade tersesat sorang imam kecil. so, ada sesiapa nak buat rancangan tu tak, aku nak masukkan budak nie sekali.



 lebai tu kene sentiasa bawa. kalau tak, lebai orang lain dy sebat.


ohh. imam yang kat belakang tu dah pencen. so, imam kecik yang depan tu ganti.
T__T



aku memang ade masalah dengan gps. dari hari tu lagi. kali nie gps tu bawak ktorang pergi ke ceruk mana pun aku tak tahu. hotak dy nak suh ktorang balik gune jalan jauh. ape kau gila. sakit bontot aku duduk dalam kereta lama - lama. macam - macam gaya tido aku buat. last sampai rumah lebih kurang pukul 3 pagi kot. aku main agak sebab aku mamai. 

tamat dah perjalanan ke konvo. kau nadhir, jangan bising dah. kau nak kejadian pergi, sekali aku bagi package, dari pergi, sampai balik. hamek kau. baca sampai juling.




ps : next destination pula ke mana. tunggu.

Friday, November 26, 2010

Convocation : hari ketiga

salam.

sudah masuk hari ketiga. hari yang ditunggu - tunggu oleh aku. ofcos la hari aku konvo kan. pagi - pagi dah kene gerak sebab cadangnya nak pergi jalan - jalan dulu. tapi bila dah siap, terus pergi ke tempat konvo. dah alang - alang datang awal, sempat la jumpa member - member yang konvo sesi pagi. turn aku sesi  petang.

akak aku pula sebab tunggu lama sangat dyorang jalan - jalan naik bot.






selesai semua dah petang sangat. singgah dulu masjid kristal untuk sembahyang dan terus balik ke rumah mak ngah. badan pon dah rasa keletihan, mata pun rasa nak pejam je so, untuk malam tu, hanya lepak di rumah saja.



bersambung....

Convocation : hari kedua

salam.

hari kedua menyusul.

berada di kelantan. ofcos pagi - pagi lagi mak, abah dan abang ipar aku bangun nak settlekan tayar semalam. aku masih terbongkang atas katil tidur. sedar - sedar dah pukul sebelas setengah pagi. itupun masih nak pejam mata balik. dahla aku tidur si airiel berebut bantal peluk dengan aku. memang tak kasi can betul la budak kecik tu.

bersiap - siap untuk check out dari hotel ombak inn.








eh, baby alex!


teruskan perjalanan ke terengganu melalui jalan pantai. dah nama pon laluan pantai, so better stop for a while la kan. ofcos la snap pitcha lagi. come, see this.







luv this pitcha. kredit to me.
heeee.




emo boy. always look down when we try to capture his face.
naughty boy.




bersambung.......

Convocation : hari pertama

salam.

fuh. sepagian mengadap segala entri baru yang terlepas pandang selama empat hari berada di terengganu. even bawa lappy pon macam tak bawa sebab malas nak online dengan kelembapan broadband yang boleh membuatkan aku panas.

macam - macam kisah jadi.


hari pertama.

parents keluar dulu pergi kenduri. selebihnya tinggal di rumah bersiap - siap. packing segala barang untuk dibawa selama empat hari. bergerak dari rumah lebih kurang pukul empat petang. sebab dah badget akan sampai malam so, decide tidur di kelantan dulu. tapi serius jalan ke sana memang pedajal orang je. teruk nak mampos. lubang sane sini. bak orang kata cukup syarat tiga.

last - last cukup je syarat tu terus tayar pancit. di tengah - tengah hutan yang gelap. seriously scary gile kot. mujur la ade sorang pakcik nie datang tolong. so disebabkan bolt ketat so, tayar tak boleh ganti. jalan juga slow - slow sampai jumpa kedai tayar. even dah tutup tapi peralatan still ada. so, masing - masing menunjukkan skill yang ada.


 bekerja sehingga buka baju.


 ejas bagi betul supaya tak tercabut nanti.


oh tayar. kesian kami.




bersambung........


Saturday, November 20, 2010

convocation


salam.

esok adalah harinya. ya, convocation day. setelah bermati - matian menyelesaikan segala assignment, noss, bersusah payah menyelit segala 'toyol', berpenat lelah menjeling ke kiri ke kanan ketika exam, menangis melihat turun naik ataupun turun tak naik - naik pointer setiap sem.


akhirnya terbayar segalanya esok.


mengenggam segulung diploma. ya, sila bangga dengan diri anda. esok adalah hari anda. sila bangga dengan pencapaian diri sendiri.



dan,


di hari itu juga, semuanya berkumpul buat sekali lagi. setelah hampir berbulan - bulan tidak bertemu, hari itu menjadikan hari penyatuan buat semua rakan - rakan. pelbagai gelagat bakal dilihat. peluk cium lah kau selagi mampu.

semoga hari esok membawa makna besar buat semua. sebelum terlewat, aku ucapkan tahniah atas kejayaan kita mengenggam segulung kertas sijil yang bernama diploma.

nanti boleh snap pitcha lompat - lompat sambil baling topi kan. *clishe*




ps : turn aku hari selasa. lambat.

Wednesday, November 17, 2010

semester break

salam.

yeah. cuti dah mula. perancangan pertama adalah memanfaatkan kelajuan internet dengan mendownload segala cerita terbaru untuk di buat stok pada masa akan datang. cerita yang lama di dalam external perlu di burnkan dalam dvd supaya cerita baru dapat masuk.

plan kedua, belajar bawa kereta secara lebih mahir. ohh, supaya lesen yang ada bukan sekadar dibuat hiasan semata - mata. alasan yang lebih kukuh adalah supaya senang nak keluar hang out dengan kengkawan. apa barang naik motor. panas! demand kan.

cukuplah itu buat sementara ini. senarai banyak - banyak kalau tak buat sekadar cakap mulut je, tak guna juga.

oh, pilih klcc boleh shopping, tp tak guna kalau takde orang hulur duit. pilih dua - dua, kan senang and please, find a room. setakat tepi jalan tak boleh nak buka semua. tak amerika ehh tak new york la nanti.



ps : new york bai!

pagi raya

salam.


eh, selamat hari raya aidiladha semua. kali ni skip solat sunat hari raya sebab semalam sampai lambat dan tak cukup tido. tadi tiga ekor lembu dah tumbang. tak sempat nak pergi tengok sebab aku secara jujurnya tak mandi lagi sebab air takde.


sengal betul. tak raya la air takde. waktu - waktu macam ni la tergedik nak putuskan bekalan air. ingat bmi ke tak pergi ape - ape ceramah atau aktiviti yang compulsory, nak putuskan semua, air, elektrik. putuskan kepala lembu cukuplah.




ps : mandi kerbau ke lembu?

Tuesday, November 16, 2010

Final Exam : last paper


salam.

DIGITAL ELECTRONICS


yezzza. last paper. mood belajar diberhentikan sementara waktu sebab mood holiday nak masuk line. hanya ini yang mampu aku ucapkan " hye sir, jumpe next sem ya! smile." so faham - fahamkan sendiri apa makna tersirat okays.


dah, nak bawa turun barang dan pulang ke rumah.


selamat tinggal sem 3.



ps : train kul 9.

Monday, November 15, 2010

Final Exam : fifth paper


salam.


CIRCUIT THEORY II


selesai juga menjawab paper membunuh nie. even macam - macam cerita yang dengar sebelum exam tapi soalan still sama. theheeee. nak kata boleh jawab, boleh la even jawapan ntah betul ntah tak. belasah je segala rumus yang ada. janji ade jawapan dan boleh letak tanda # di hujung jawapan tu.


so, next! last paper c'mon.




ps : balik balik balik. ngeee.

Sunday, November 14, 2010

balik raya


salam.

semalam pergi kl sentral check tiket balik kampung. malang gila sebab system down. hari kembali lagi ke sana tapi awal awal dah diberitahu oleh abg tiri aku tiket balik ke taiping sudah habis. fine. beraya di gombak. tidak sanggup.

dengan berat hati terpaksa ambil tiket ke ipoh. tapi tetap full juga. alternatif lain, naik ets. takpe, tak pernah try lagi, so ape salahnye mencuba. ayat aku panjang, motif hanya satu, aku dapat balik raya. itu je.




ps: sengal badan angkt barang semalam. *ceit*

Saturday, November 13, 2010


salam.


omg! my mind can't even think now. there are two more paper that have to be settle by next week. i want go home. faster faster.


ok, i'm starving now. chow.




ps : mcd!!

Friday, November 12, 2010


salam.

ohh. tadi dapat berita semua student yang baru masuk sesi july diwajibkan pergi kem u best. last minute baru nak gembar gemburkan berita tu. mujur nasib aku agak baik sebab ketika berlansungnya kem tersebut, aku dan yang lain tengah berkonvo di terengganu.


so, enjoy ur kem ya friends! snap pitcha banyak - banyak.


ngeeee.




ps: summer camp or rainy camp? hohoho.

Final Exam : fourth paper


salam.


ELECTRONICS II


bermacam - macam rumus baru muncul. memang terbaik gila. semua aku yang create. penat study sampai pagi, tidur tak cukup, tapi bila masuk hall, tengok soalan macam nak bagi aku mati time - time tu juga.


so, rehat kejap dua hari sebab weekends. isnin sambung balik.


jum tido!

Thursday, November 11, 2010


salam.





gara - gara final exam, wallpaper laptop aku jadi begini buat sementara waktu. 

T__T

Final Exam : third paper


salam.


QURAN DAN SAINS MODEN


wah. subjek paling best tuk mengoreng. goreng selagi tak hangit. hati dah seronok tengok soalan objektif. sekali tengok bercampur subjektif. memang goreng habis habisan la.


fine. next!

Wednesday, November 10, 2010




Final Exam : second paper


salam.


MEASUREMENT AND INSTRUMENTATION I



selamat sudah masuk bekas untuk disemak. jangan ditanya apa yang aku jawab. sebab aku rasa hanya jasad je yang ada kat situ, roh dah merayap entah kemana. tapi elok je masa ramai yang keluar, roh kembali dan aku terus keluar dewan dengan yakinnya. badget hebat. 


dah dah. next!



ps: esok kita mengoreng habis habisan.

Tuesday, November 9, 2010

Final Exam : 2nd day



paper untuk hari ni tiada. mood study telah diaktifkan sejak pukul 1 petang tadi. bersedia untuk paper seterusnya.




ps: ada soalan bocor??

Monday, November 8, 2010




 peace!

Final Exam : first paper

salam.


ENGINEERING MATHEMATICS II


dah selesai dijawab. agak mencabar, tapi alhamdullilah mampu juga dijawab walaupun tertinggal dua tiga soalan.


ok, next!






ps: gap sehari. lega jap.

Sunday, November 7, 2010




aie and hanis
song for you, to lift you up. sorry for not being a good motivater to you. 
gudluck for your final exam!
salam. 

tanggal 7 November 2010. dah tertulis semuanya. dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. berita pagi tadi memang mengejutkan. terima dengan redha dan hati terbuka. sudah sampai ajalnya.

salam takziah kepada keluarga Arwahyarham Luqman Razali. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

amin.
salam.

makin lama duduk sini, makin banyak cite horror yang didengar. boleh stop semua tu tak. mujur dah nak habis sem. semoga cuti sem yang nak mula ni dapat hilangkan bayangan aku terhadap semua tu.

semalam kenduri doa selamat untuk si airiel. mujur teknologi semakin cangih. terima kasih skype sebab menghubungkan dua negeri. mampu buat live cam je. rasa hati memang nak balik tapi disebabkan paper start isnin dan buku pun pegang macam tak pegang, niat dibatalkan.



 " their love is like a wind. they can't see it, but they can feel it "


this story always make me feel something. something that i won't forget.
smile


Saturday, November 6, 2010


i need serious answer from u. 
sigh

Quote






so, u know the answer? if yes, please tell me ya.

Sekadar berhibur

salam.

semua manusia kat bangunan nie mengadap buku. langsung tak angkat angkat muka. aku pula boleh pergi berjoli tanpa menghiraukan final yang bakal menjelma. konon mencari mood untuk study, konon dah terlalu pandai sangat.

memang hati tak sedap sebab tak study.
memang hati tak sedap sebab carry mark yang kureng.

tapi, masih boleh bersuka ria. ini buktinya.







untuk gambar lagi beberapa ketul silalah ke link yang tersedia di bawah.





ps : jangan menyesal nanti sudah.

kerdipan

salam.

mata kiri asyik berkedip. rasa tak selesa melihat sekeliling. orang kata akan menangis.
untuk apa?
itu sama sekali tak boleh dijawab oleh aku.
akan ada berita sedih bakal diterima?

kalau ada, bersiap sedia dari sekarang.
terima dengan redha dan hati terbuka.
tapi,
boleh percaya ke?
bukankah hanya kata kata je.






ps: lama juga tak nangis. korea jum.

Wednesday, November 3, 2010

Quote








(via)

happy birthday airiel.

salam.

eh, dah 2 tahun. harini birthday si kecik eh tak layak dah gelar si kecik sebab dah ade adik. so si abang nama AIRIEL DARWISY. sorry sebab takde hadiah sebab angah kau ni tak berduit lagi. nanti suruh opah dengan wan bagi hadiah ok. takpun ajak opah pergi kedai gambar, tunjuk kamera dslr nikon d90. kalau dapat, pas kat ur angah nie ok.

ok fine. angah kau yang berangan lebih. so, last word from ur lovely and cute angah, jadilah anak yang soleh n baik ye. blaja blaja lah bercakap sket jangan asyik sebut barnnnnieeyyyy je.
 








ps : tak dapat balik for birthday party. :(

Monday, November 1, 2010

welcome november

salam.

eh eh, dah november eyh. sekejap je rasa. macam baru je aku lepak lepak settle noss kat jmti tahun lepas. sekarang dah nak habis satu sem kat bmi. perbezaan yang sangat ketara. oh, aku baru perasan aku di bmi hanya empat bulan saja. memang pantas.


november ni final exam.
november ni convocation.
november ni birthday airiel.
november ni juga mulanya HOLIDAY!


memang gila cepat masa berjalan. rindu pada november yang lepas. rindu pada kawan kawan november yang lepas. apa yang pasti, november yang lepas pasti akan dikenang.


 November lepas. 2009.


November 2010




ps : mish them, mish him soooo badly.