Thursday, July 29, 2010

Si Gadis


Di pagi hari, gadis itu bangun, menyiapkan diri untuk ke kelas. Berjalan ke kelas bersama rakan rakan. Bergelak ketawa bersama mereka. Menaiki lift bersama tetapi di dalam lift si gadis menekan number yang berlainan dari rakan rakannya. Berjalan seorang diri. Menunggu seorang diri seperti orang gila. Masih awal untuk manusia manusia lain. Sambil menunggu si gadis memandang handphone mengharapkan pesanan ringkas dari rakan rakan yang mungkin boleh menemani untuk sementara waktu. Apabila ada pesanan yang masuk, bibir si gadis mula mengukirkan senyuman.

Kemudian datang seorang gadis lain duduk di hadapannya. Si gadis memandang dan terus mengukirkan senyuman buat gadis itu. Bertanya tentang perihal diri. Mungkin boleh dibuat teman nanti. Bertukar tukar number. Kemudian lorong yang sunyi itu terus dipenuhi dengan manusia. Dari suasana sunyi bertukar riuh. Datang seorang wanita lalu membuka pintu. Kesemua manusia itu masuk termasuk si gadis. Si gadis masih lagi berkepit dengan gadis yang ditemuinya tadi. Dalam hati si gadis berkata " lega gila aku ada member. sengal campak aku sorang sorang kat sini "

Kesimpulannya, si gadis itu adalah aku dan apsal aku asyik terpisah kelas dengan kawan kawan aku!!!! Kena campak sorang sorang plak tu. Bongek betul la. Tension aku.


ps : aku rasa macam nk tukar jadual je.



Wednesday, July 28, 2010

Manusia dan Senyum


Apa kau rasa bila kau senyum kat orang tu then dia boleh buat tak tahu even dia nampak korang senyum kat dia. Fine. Ada rasa macam nak bagi penyepak tak. Kalau korang rase tak, takpe. Tapi aku rasa memang macam nak bagi penampar. Badget bagus sangat. Macam aku senyum kat dinding plak. Bukan susah pun. Senyum ok S.E.N.Y.U.M. Itu pun susah ke.

Senyum tu kan sedekah. Tak payah bayar pun. Hidup bermasyarakat bai, senyum senyum la. Tegur tegur la. Bukan orang lain pun. Kawan kawan sendiri gak. Jangan rasa diri tu dah hebat sangat sebab nanti ada hari kau akan jatuh juga. Aku cuma terfikir mungkin dia taknak senyum sebab gigi dy ronggak kot.

Duduk sini baru beberapa minggu da macam macam orang dengan macam macam gelagat yang aku jumpa. Setiap orang lain ragamnya. Haish.



Tuesday, July 27, 2010

Kembali senyum


Aku perlu update sesuatu. Terlalu banyak yang nak ditulis tapi ayat ayat itu hilang bila jari aku menyentuh keyboard. Semuanya semakin kembali normal. Mula menerima perubahan hidup yang mendadak dengan hati terbuka. Berjumpa dengan manusia yang dikenali di sekitar aku betul betul membuatkan aku kembali rasa lega. Perasaan gusar sehingga nak pecah kepala kini dah tiada. Boleh pamer senyuman selepas ini walaupun keseorangan.




ps: matematik bakal membunuhku. dush.

Monday, July 19, 2010

Serabut gila


Hari pertama kelas memang aku fuck gila.
Aku serabut sekarang. System lain plak.
Member member aku semua tercampak jauh dari aku.
Tendangan kuat sangat kot.
So, aku kena la survive sorang sorang.

Bongok betol.
Lama dah aku tak jadi lonely cmni.
Mampus mampus.
Kena belajar terima kenyataan selepas ni.




Friday, July 16, 2010

Orientation Week i


Alhamdullilah. Segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada mulanya agak malas aku nak join segala aktivity tapi actually induction week yang bertemakan ' LOVE FOR ALL' agak menarik sebenarnya. Kesemua fasilitator yang terlibat agak sempoi. Terutama fasi group aku Al-Fateh. Statement yang sangat clishe sebab puji fasi group sendiri.


Kawan kawan juga buat masa ni masih lagi sekepala. Masih lagi belum kenal dengan rapat lagi. Aku cerita sikit dulu. Tunggu gambar baru menarik.




Saturday, July 10, 2010

Dunia baru aku


Esok bermula la pengembaraan baru di Gombak. Seperti aku pernah cakap sebelum nie. Suasana baru, kawan baru, pelajaran lama tapi konsep yang baru, semuanya baru. Apa apa pun aku akan try capai target yang baru.

Ok, de sedikit pemberitahuan. Maybe tak akan update blog for a week. Biasala, aku freshie kan. Confirm ada orientasi segala bagai. So, tak akan menjengguk blog korang juga untuk seminggu. Nanti lepas settle semua, aku jenguk la blog korang.

Suka duka kena buli dengan senior akan diceritakan nanti. Habis la aku.

So, wish me all the best ya.



Friday, July 9, 2010

Aku benci.


Aku benci bila aku ajak teman semua orang masih berbungkus selimut.
Aku benci bila aku lupa bawak benda penting yang
menyebabkan aku kena patah balik dan kembali
pada pukul 2.45 petang.

Aku benci bila kereta main keluar je dari simpang.
Aku benci bila kereta undur tanpa tengok orang kat belakang.
Aku benci bila kaki aku luka.
Aku benci bila aku terpaksa cuci luka tu sambil mengaduh kesakitan
sampai nk terkeluar air mata.
Aku benci bila kena jalan terhencot hencot.
Aku benci bila aku nak mandi akan ingat kepedihan luka tadi.
Aku benci bila kaki aku mula rasa senggal senggal.
Aku benci bila motor aku bertambah calar.

Kesimpulannya, korang faham fahamkanlah sendiri.



Gathering GB.


Fine. Aku tak pergi Gathering GB la. Takut tak sempat. Even that day da memang ada kat Putrajaya. Jangan tanya dua tiga kali kat aku. Sedih gila nie. Dulu aku orang yang excited nk pegi. Cis. Sekali tak dapat nak join pulak.


So, nak jumpa aku jum lepak umah akak aku kat Presint 14. Damn. Terasa rugi sangat nie. Haish. Ini semua gara gara pendaftaran kemasukan baru. Kalau tak confirm dah pergi. So, sorry guys. Next time la kita jumpa eyh. Enjoy la kat sana nanti. Kot aku lalu tepi tepi tu, aku intai intai la korang sikit. Hahaha.




Kembali menemui Illahi.


Kejadian ini terlalu mengejut. Berita yang diterima membuatkan aku sentap untuk seketika. Movie di skrin terus diabaikan. Hanya persoalan yang timbul. Ingin diterima atau tidak berita itu. Tapi sudah suratan, dari Dia kita datang kepada Dia juga kita kembali.

Salam takziah diucapkan untuk keluarga Puan Latifah atas kematian beliau akibat kemalangan jalan raya ketika pulang dari sekolah. Kita sendiri tidak dapat menduga bila masanya kita akan pergi untuk selamanya.

Dalam sejarah, beliau merupakan seorang guru yang amat tegas terhadap anak didiknya. Tetapi jika kita selami hati beliau, kita mampu nampak kelembutan yang ditonjolkan secara sembunyi. Beliau ibarat ibu terhadap anak anak didiknya. Dimarah, diherdik, dibebel, itu semua kenangan buat kami sekarang. Tiada lagi dapat kami dengar gelak ketawa beliau selepas ini. Walaupun sudah empat tahun aku meninggalkan sekolah, tapi jasa beliau masih lagi aku ingat.

Kepada keluarga beliau, harap tabah menempuhi segala dugaan.

Al-Fatihah.



Wednesday, July 7, 2010

Rules merapu


Ok fine. Apa jenis sistem time orientasi handset dan laptop dikuarantinkan. Memang cam banggang la. Buat ada urgent case ke ape ke tetiba tak dapat dihubungi. Jaminan apa yang diberikan kalau bagi laptop, laptop tu selamat di tangan mereka semua. Tambah kalau yang tak letak password, jujur sangat ke mereka tu tak buka laptop tu.


Kalau nak difikirkan, kalaulah orientasi tu dibuat menarik dan schedule tu penuh, xdenye sempat nk tengok handset. Kalau tengok pun setakat reply message dua tiga tu dah. Itu aku la, orang lain aku tak tau la plak kan. Serius, memang aku totally tak dapat terima rules ni.


Silalah buat rules yang rasional sikit. Merapu la benda ni semua. Merapu tau tak merapu. Damn. Sorry emo sikit ya. Fine, lepas ni confirm akan kena mark baik punya. Aku peduli apa.


ps : entri berani mati.

Monday, July 5, 2010

Dinodai


Tajuk aku bunyi macam tak boleh blah je kan. Damn! Dinodai oleh jejaka hensem. Habes habesla. Jatuh saham aku. Sengal betol la.

Semua ini gara gara medical checkup tadi. Aku cukupla benci buat segala pemeriksaan tu. Dari rumah tahan nak buang air sebab nanti takut takde urine yang keluar. Ayat aku sopan kan. Lepas tu benda paling aku cukupla taknak buat x-ray.

Kenapa mesti ada benda tu eyh. Selama aku pergi buat benda alah tu, asyik lelaki je yang buat. Haila. Perempuan mana, perempuan. Aku segan kot. Masuk masuk bilik mamat hensem tu cakap kat aku,


" Adik masuk dalam bilik tu. Tanggal semua dari atas sampai pinggang. Sekali tudung eyh. "


Fine. Aku buat apa yang disuruh. Tapi apesal baju yang diberi ade suruh ikat ikat. Sarung terus takde ke. Menyusahkan betul la. Punya la aku lepak dalam tu semata mata nk pastikan segala ikatan kukuh. Tapi bila aku keluar ayat pedih keluar dari mamat kaunter.


" Ha, ingatkan dah tidur kat dalam tu. Lama sangat. Dah bukak semua? Tu rambut adik tu tolong sanggulkan eyh. Muka tak pakai tudung macam cina eyh. Campuran ke? "


Cap ayam betul la. Banyak tanya plak. Aku kena tunggu dalam lima minit sebab mamat hensem tu kena jawab panggilan dan aku rasa tali kat belakang macam da terbuka. Aku try cari, tak jumpa. Damn!! Tau tau mamat hensem tu yang tolong ikatkan balik. Fine. Balik ni nak buat pembedahan muka. Tukar muka. Malu ye malu.

Confirm lepas ni aku tak pergi dah kat situ. Haish.


ps : nasib baik dia buat taktau.

Sunday, July 4, 2010

Semak sesak




Mimpi apa yang bertandang semalam sampai dengan tiba tiba parents aku nak pergi Karnival Sua Rasa kat Ipoh. Sampai sanggup bersesak sesak. Parking gila punya jauh. Kena jalan kaki sampai rasa nak tercabut kaki.


Fine. Tiada apa yang menarik perhatian aku. Semua gerai sama je. Bagi beg dengan syarat beli barang harga sepuluh ringgit. Keadaan yang sesak dan ramai orang memang buat aku pening kepala. Pusing sampai habis sekadar bagi cukup syarat sebab dah singgah.


Tujuan aku nak pergi Jusco je. Dapat la capai perfume satu botol dengan dua tiga helai baju dari giordano. Jusco pun penuh. Semak betul. TM buat aktiviti ape ntah. Dahla panggil radio my fm. So, semua yang kerumun tu semua orang cina. Semak woi semak. Buat aku hilang mood nak shopping je.


Ini kisah benar. Apa kejadah air kosong kena bayar. Ntah air paip mana ko ambil pastu nak suruh bayar dua puluh sen. Fine. Kedai dah cukup famous dengan orang yang cukup ramai datang pon still nak berkira ke. Tak paham betul la aku dengan mereka tu. Air kosong oke, air kosong. Hoish.



ps : aku dengar abah halau ba alif ba ya kat luar.


Random



Fine. Aku kecewa gila. Sehari takkan borak ngan abah. Mentang mentang Jerman menang. Awal awal dah sound aku.


" Silalah argentina tempah tiket flight siap siap. Balik balik "


Bara bara. Aku tak tahu kenapa Argentina lembab gila main. After this game Spain ngan Paraguay. Hope Spain boleh kembalikan keceriaan aku.

Damn! Kecewa kecewa.

Mungkinkah akan ada game Paraguay vs Uruguay? Waka waka eh eh. Hahaha.



Saturday, July 3, 2010

Random




Nak cakap satu benda ja.

ARGENTINA PLZ JANGAN KECEWAKAN AKU!

Terima kasih.

;))



Friday, July 2, 2010

Seminggu tanpa buku



Kalau tak pergi sekolah, maknanya tak payah buka buku ke. Bukan apa, aku rasa macam nak sepak je muka adik aku kat rumah nie. Seminggu ponteng sekolah sebab demam campak. Tapi demam sekejap je, nak tunggu hilang parut tu yang lama. Tapi haram, buku langsung tak sentuh.


Skor A yang dibeli sampai beratus tu pun tak dibuatnya. Padahal online sentiasa. Aku bebel suruh buat, dia bukak. Tapi sambil sambil tu Facebook tak boleh tinggal gak.  Bila masa dia fokus buat soalan pun aku tak tau. Nie aku nak blah sambung study makin bermaharajalela la dia gunakan internet kat rumah nie.


Motif aku hanya satu. Bila dia tunjuk result yang macam nak kena maki tu kat mak dan abah aku, dengan yang lain kena sembur. Bongok betul. Aku yang dah habis blaja ni pun habis diungkit masa zaman upsr, pmr dan spm. Apa kes. Kesimpulannya, adik aku memang bermasalah. Camne nak ajar.


ps : novel boleh plak seharian ngadap. hish.