Thursday, May 10, 2012

I am Lejen

Jumaat lepas pergi menggila dekat Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Nak sampai sana pun dah banyak sangat dugaan. Tak perlu lah nak cerita kat sini sebab kalau cerita nanti akan jadi cerita yang tersangat panjang dan korang for sure akan bosan.

Tujuan aku kesana hanya satu, serbu booth FIXI sahaja. Duit memang dah di prepare awal awal. Mula ingat nak guna duit sendiri tapi akhirnya terpaksa minta ehsan mak dan abah hulur juga. Hasilnya tengoklah. Untuk hanya lapan buah buku saja aku berjaya habiskan RM 148.90.

Niat aku untuk jumpa kak Zara tak berapa nak kesampaian sebab dia datang keesokan harinya. Tapi tak mengapa. Mungkin belum jodoh ya kak? Kita jumpa lain kali saja. Tarik nafas, senyum.

Dan ya, aku memang seorang pembaca yang tegar. Buku adalah dunia aku selain muzik.








Oh ini bila aku dan roomate jadi gila. Kami pernah berselipar serupa dan kali ini pencil case kami pun serupa. Lepas ini belum tahu lagi apa yang akan serupa. Mujur juga kami tidak minat pada lelaki yang serupa. Kalau tidak, perang!



Wednesday, May 2, 2012

Hello may :)

May datang tunjukkan muka lagi. Banyak benda jadi dalam April, benda yang aku sendiri tak jangka akan jadi. Apa yang aku harap, apa yang berlaku dalam April tak akan berlaku dalam May. Kepala aku dah cukup semak nak fikir segala masalah yang timbul. 

Pasal pelajaran, pasal kawan, pasal manusia sekeliling aku. Semua tu buat aku rasa macam nak lari jauh dari kenyataan. Tapi apa je yang aku boleh buat. Duduk dan terima. Itu yang dah ditetapkan, so aku kena face it.






Say hello to Final Exam. Dimana aku ada enam paper untuk sem ni. Berperang dengan segala macam perasaan. Gelisah, takut, teruja dan macam-macam lagi.

Hope aku mampu harungi May dengan seribu satu senyuman di bibir.