Sunday, August 10, 2014

Resepi : Congo Bars.

Hai semua. Bajet retis gila aku kan. Oh, macam still tak terlambat nak wish SELAMAT HARI RAYA hashtag SHRMZB. Kemain kau. Sekarang kan semua main hashtag je kan.

Oh sebenarnya aku nak share resepi. Since ada yang tanya resepi itu ini, so why not aku sharekan aje dalam blog ni. At least ada benda untuk aku penuhkan dalam blog nie kan. Sejujurnya, aku main google je resepi. Sedap tak sedap itu bergantung pada tukang rasa aku. Tukang rasanya tentulah family yang kat rumah dengan member kat office sebab aku memang suka mengangkut segala jenis bahan eksperimen aku pergi office. Heh.





Congo Bars

Source : Mummy Ita

Bahan

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - *boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - *optional
Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-cara

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar ye ;)



Sumber : Mummy Ita



Haa. Cantik kan gambar atas nie. Of course la bukan aku yang snap. Gambar diatas adalah contoh congo bars dari Mummy Ita. Cantik lagi kalau nak dibandingkan dengan gambar aku yang diatas sana. So ape lagi, 

Selamat Mencuba!

Sunday, July 13, 2014

Travelogue : Kota Suci Makkah

Jyeah! Let's continue our journey. Style menulis macam aku buat blog travel. Phui. Sementara sifat rajin masih menguasai diri, marilah sambung entri yang tergendala semalam. Nanti bila dah datang sfat malas tu, entah kurun ke berapa baru aku nak sambung entri lepas.

Next, after 4 days dekat madinah, kitorang continue our journey to Makkah. Naik bas saja. Bertolak dari Madinah dalam pukul 3 petang macam tu. Oh ya, waktu nak bertolak tu ada sesuatu terjadi pada hotel sebelah hotel kitorang menginap. Berlaku kebakaran yang pada mata kasarnya nampak kecil tapi sebenarnya very worst. Yes, memang melibatkan kehilangan nyawa, but aku tak tahu berapa ramai. Syukur sebab bukan terjadi pada hotel jemaah kami menginap. Aku rasa ramai juga yang tahu since masuk paper and berita di tv.

Waktu tu rasa macam mimpi ke apa sebab dapat tengok sendiri kejadian kebakaran depan mata di Madinah pula tu. Now, aku still lagi boleh bayang how the people there melambai lambai dekat tingkap minta diselamatkan. Okay, let's forget about that.

Perjalanan ambil masa yang agak lama. Sangat lama aku rasa. Kami singgah sekejap dekat mana tak pasti untuk berhenti makan dan solat. Makan dalam talam seyh. After selesai semua urusan, kitorang continue perjalanan. Sampai di Makkah lebih kurang pukul 11 malam. Bayangkan panjang tak panjang perjalanan tu. Sampai je terus mutawwif kitorang masa tu Ustaz Fairul suruh check in then turun balik sebab nak terus buat umrah.







Gambar selepas selesai buat Sai'e. Gambar atas tu mak dengan abah bergambar berlatarbelakangkan Bukit Safa. Dahulunya takde pun penghadang bagai tapi dengar cerita bila ramai jemaah yang naik dan jatuh, terus diorang buatkan penghadang sebagai ciri-ciri keselamatan la. Waktu selesai ni pun dah pukul 2 pagi. Balik je terus tidur sebab nak kena bangun pula pukul 5 pagi sebab kalau lambat nanti kena sembahyang luar masjid.





Time nie awal lagi, so banyak lagi saf kosong. Bolehlah duduk depan. Kelebihan duduk depan sebab boleh nampak Kaabah depan mata. Nikmat gila rasa. Cuba bayangkan selama ini kita sembahyang hanya ada gambaran kaabah je dekat sejadah, now Kaabah betul-betul depan mata. Can you believe it? 








Then siang pula sebab nak kena berniat ihram, so kena la keluar naik bas sebab ada masjid masjid tertentu untuk kitorang berniat. Sambil tu sempat la menyinggah pergi ladang unta. Offer minum susu unta but aku jenis tak minum susu, so memang aku tak minum la. Bila tanya adik aku apa rasanya, dia kata macam rasa air kelapa. Then pergi ke Muzium Quran seterusnya balik ke hotel salin pakai telekung the pergi buat umrah untuk kali kedua tak silap aku.







Hadiah untuk pembaca blog. Doa la supaya boleh jejakkan kaki ke sini. Supaya Allah menjemput korang kesana serta jemput aku lagi kesana. Seriously tiada tempat paling tenang sekali selain kat sana. 

Entri semalam lupa nak selitkan gambar ketika melawat Bukit Uhud. Then, sebenarnya ada kejadian waktu sampai di Madinah, dimana luggage aku hilang. Panik la sekejap. Malam tu sampai je terus pergi shopping sebab aku takda baju untuk pakai. Semua perkakas aku dalam beg tu. Thanks to Ustaz Fairul sebab susah payah uruskan hal beg aku. Tapi memang itu kerja awak pun kan ;p. Tapi yang panik lebih abah, aku boleh duduk lepak lobby online sebab nak check email or whatsapp dari family and kawan-kawan kat malaysia. 

Dekat sana, apa yang terjadi just berserah saja pada Allah, sebab InsyaAllah Dia akan tolong kita. Jangan pernah fikir benda yang buruk, sentiasa positif. Waktu beg hilang tu tak pernah sekali terlintas dalam fikiran aku yang aku tak akan jumpa dah beg tu. Aku tahu beg tu ada, cuma tak tahu dimana. Kira aku la insan paling bertuah sebab dalam famili, aku orang pertama yang diuji sesampai saja kat sana. Ujian yang simple dan sebenarnya kalau tak reti nak hadapi boleh jadi worst which I mean macam kau menyumpah la marah ke imigresen ke ape ke, itu dah menunjukkan kau belum cukup sabar nak hadapi ujian yang lagi besar. Mak keep on cakap kat aku sabar, ini ujian buat kamu. Dekat sini tiada siapa jangka apa ujian yang akan Dia turunkan buat kita. Just bersabar dan berserah saja pada Dia. 

Balasanya, dapat la borong jubah yang cantik *gelak besar*. Benda paling penting bila datang sini, control marah dan banyakkan bersabar. Ingat, segala apa yang kau buat dekat sini dibayar serta merta. No delay delay ok. Mulut pun kena jaga. Jangan banyak complain. Kita datang nak buat ibadat bukan datang untuk bercuti, huhahuha then balik. No point la camtu. Apa saja yang pihak pengurusan bagi, bersyukur saja. 










Itu time di madinah. Dekat Bukit Uhud. Okay, dah duduk selama lebih kurang enam hari di Makkah, masanya untuk berangkat pulang ke Malaysia. Haih, syahdu pula nak tinggalkan tempat tu. Even duduk sekejap, rasa macam tempat tu dekat je dengan aku. Cepat je serasi. 









Yeay! Dah selamat sampai Malaysia. Dapat sorang satu botol air zam-zam. Kat sini bila minum air zam-zam nikmatnya tak sama macam minum kat sana. Sumpah tak tipu. Fine, kena tanamkan azam dan niat kumpul duit balik, doa banyak banyak supaya dijemput datang lagi kesana. Yeay!

Thanks to semua rombongan jemaah sebab beri kerjasama yang baik. Until now, we still contact each other. Siap ada group whatsapp lagi. Still lagi menziarah satu sama lain. Pendek kata ikatan silaturahim tu tak putus la. Ustaz Fairul pun selalu je menyibuk dalam group tu tapi sekarang kurang sikit sebab busy kot.

So, tamatlah mengembaraan kita. See you guys next entri ye. Fikir jap nak cerita pasal apa. Masak memasak maybe *angkat angkat kening*

Travelogue : Madinah

The best place in my life. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Siapa sangka boleh sampai ke sini. Tempat yang selama ini hanya dalam fikiran. Berfikir bila Allah nak jemput datang. Sekali, Dia jemput dalam keadaan yang paling istimewa sekali. Jemput aku didalam bulan Februari. Bulan kelahiran aku. Ini hadiah paling bermakna.






Siapa kita nak tentukan takdir dan sekarang takdir membawa aku ke sini. Hanya dengan sekali saja pertanyaan dari mak, terus aku setuju. Bayangkan, without any preparation aku boleh setuju nak datang ke rumah Allah. Gerun, gementar segala macam perasaan ada. Ilmu belum penuh di dada, tapi aku sudah berani terima pelawaan Dia. Dalam hati tak berhenti berdoa supaya segalanya dipermudahkan buat aku sekeluarga.






Ini sangat dirindui. Air zam-zam free flow. Minumlah sebanyak mana yang kau nak. Selama di sana hanya minuman ini yang mengalir dalam badan aku. No mineral water, no drinking water. Just air zam-zam. Masuk masjid minum, keluar masjid minum. Nikmatnya, hanya Allah saja yang tahu.









Ini gambar di perkarangan Masjid Nabawi Madinah. Masjid yang tak pernah sunyi dengan manusia. Setiap masa sentiasa penuh. Pagi, petang hingga ke malam, tak akan pernah kosong. Setiap malam jumaat akan ada mereka mereka yang membawa juadah kerana setiap Khamis orang arab disana akan berpuasa. Kita akan dapat merasa makanan mereka kerana mereka tak lokek untuk memberi makanan kepada orang disebelah.

Aku hanya berkesempatan masuk ke Raudah hanya sekali kerana untuk perempuan ada waktu waktu tertentu saja untuk masuk kesana. Lain pula dengan lelaki, mereka boleh masuk sesuka hati kerana itu adalah kawasan mereka. Di Raudah inilah terletaknya Makan Rasulullah SAW serta dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Khalifah Umar al-Khattab r.a. 

Selesai berada di Madinah selama lebih kurang 4 hari, destinasi seterusnya adalah ke Kota Suci Makkah. Jom!

Travelogue : Istanbul Aku Datang


Inilah yang berlaku bila ada sesuatu terjadi antara aku dengan company lama aku. Satu benda yang aku memang tidak dapat lupakan dan memang betul jadikan pengajaran buat aku. Sampai sekarang rasa menyesal sebab tinggalkan company tu tak pernah sekali pun ada dalam hati aku. Bertambah gembira lagi adalah. Sejujurnya aku tak pernah kasihan dengan bos-bos yang ada dekat situ. Seriously setiap kali ingat benda tu, setiap kali tu juga aku jadi emo dan geram *sigh*




Holiday time! Istanbul aku datang la kononnya. Heh. Excited tak terkata aku. Bila tengok orang post gambar cantik kat sana buat aku teringin sangat nak pergi. Nah, impian jadi kenyataan. Actually Istanbul hanyalah tempat persinggahan saja. Ada tempat lagi bermakna dan paling excited aku nak akan tuju. 




Malam nak berangkat tu lepak dulu kat Putrajaya. Oh, nampak tudung cantik tu. Itu tudung from Sincerelybyus. Tudung diorang senang bawa pergi travel since tak payah susah susah nak kena bergosok bagai. 






Time ni aku tak ingat jam berapa tapi suhu cecah -2 celcius. Baru suhu macam tu dah rasa macam nak beku. Kerjanya duduk berselubung dalam selimut jela. Ini permandangan dari hotel tempat aku menginap. Dekat sana, paling tinggi pun suhu baru 11 celcius. Sebab time tu still ada saki baki winter tu. Orang kata, saki baki winter la paling seksa sebab berangin. Angin tu la yang sebabkan rasa sejuk tu sampai rasa nak pakai baju dua belas lapis. Phew!






Tapi, just tengok apa yang aku pakai. Jubah dengan sweater yang nipis itu saja. No glove lagi. Mujurlah ada sneakers. Time ni tengah tahan sejuk duduk tepi jalan depan pula ada laut. Angin dia mak aih, menusuk sampai ke tulang.










Haa, paling best makanan dekat sini menepati citarasa aku. Orang kat sini, majoriti makan roti which is my favourite food. So, setiap hari bila turun breakfast aku akan angkut sebanyak yang boleh roti naik bilik. Buat bekal dalam perjalanan. Sepanjang aku kat sana memang takde masalah langsung dengan makanan diorang. Perfect! Kena dengan tekak aku. 

Oh, gambar atas tu meatball kat sana. Sumpah sedap. Arghh, meleleh air liur aku bila fikir balik kesedapan meatball tu. Juicy habis. Lima keping memang tak cukup sebab sedap tambah bila dalam kedaan sejuk, lagilah rasa lapar tu mencanak datang kan.









Aya Sofya kat belakang tu. Tempat yang Lisa Surihani nak sangat pergi dalam cerita Istanbul Aku Datang. Tapi aku tak masuk pun sebab nak masuk kena bayar and kitorang tak spend duit untuk situ sebab ada tempat lain yang nak dituju. So, just snap gambar saja as kenang kenangan.

Sebenarnya banyak lagi gambar, but semua dalam phone adik aku. Ini pun cilok gambar dari instagram aku. Nak follow silalah cari @dillabaharudin ye. Heh. Sempat promote. 

Oh ya, for shopping aku suggest sila ke spice bazaar. Harga kat sana sangat terbaik. Must try Turkish Delight ok. Sumpah sedap. One more thing, dekat sana teh diorang sangat terbaik. Lepas tu rajin rajinkan la berjalan cari kedai aiskrim yang suka buat lawak tu. Aiskrim dia pun sumpah sedap juga. Haih, buat aku rasa nak pergi lagi dan lagi la ini tempat. 

Finish Istanbul. Bye Istanbul, see you next time. Next entri will be the place yang paling tenang sekali. Tempat paling sempurna untuk cari ketenangan. Let's go!

Welcome New Life

I'm back. Too many thing happen in my life sampai tak tahu nak explain. Let me start with work life. Taraaa! Aku dah quit from old job and now dah hampir tujuh bulan aku bekerja dengan company yang baru. I really can't believe it. Pejam celik, pejam celik dah tujuh bulan rupanya. Kalau nak ikutkan banyak gila dugaan. People keep saying nak berhenti, keep pushing themself cari kerja lain and aku sebagai manusia yang normal kadang tu terpengaruh juga. 

But, aku try jadi positif. Tanamkan dalam fikiran nie, sabar, sabar, sabar dan sabar. Sedut segala aura positif yang ada. Alhamdulillah, aku mampu bertahan. By the way, dengan teamates yang awesome, siapa yang sanggup nak tinggalkan kerja tu. We keep suporting each other. Bila someone down, akan ada sepuluh orang atau lebih yang duduk kat belakang bagi support. Kadang tu rasa macam bukan kawan tapi dah macam family.












After berbulan bulan yang mencabar, now aku dah berjaya menconfirmkan diri. Quite a big improvement dalam worklife aku since ini pertama kali aku bekerja as a permanent staff. Sebelum ni hanya bekerja secara kontrak yang direnew ikut suka hati diorang. Nampak poyo kan sebab excited melampau. Tapi sekurang kurangnya misi aku untuk buangkan title Fresh Graduate tu hampir berjaya. 





Tapi, dengan bekerja sebenarnya lagi besar tanggungjawab yang aku perlu galas. Lagi besar juga komitmen aku. Tak sama macam waktu belajar dulu. Dulu boleh suka-suka hati melepak tengok wayang, bergembira dengan kawan-kawan. Bukan sekarang tak boleh, cuma terbatas sikit since bila dah kerja lain penatnya berbanding tengah belajar.

I need to learn jadi seorang yang penyabar dengan keadaan sekeliling. Kena jadi seorang yang boleh tolerate dengan apa jua situasi. So, berharap aku boleh lakukan semua itu. Good Luck Dilla!

Welcome to worklife.