Wednesday, June 30, 2010

Terima kasih



Kepada Mr Firdaus, terima kasih untuk award ini. Tak sangka plak blog sampah cmni boleh dapat award kan. Btw, terima kasih la banyak banyak sebab sudi melepak kat blog aku yang tak seberapa ni.




Maybe dy patut tukar MR tu kepada MISS sebab i'm totally bukan la lelaki. Sekian. Tapi banyak songeh la plak kan. Kena jawab soalan bagai. Gua layan je la.

1. Adakah anda rasa happy sangat
Aku memang sentiasa happy. Happy tu bagus.

2. Kenapa anda rasa happy?
Sebab aku tak terasa nk muram. 

3. Apakah yang membuatkan anda rasa happy?
Happy dtg secara semulajadi. 

4. Nyatakan warna yang anda suke?
Sekarang aku gilakan pink dan purple. Aku rasa combination warna tu sweet.

5. Tag lagi 9 rakan anda..  
Kau, kau, kau, kau, kau, kau, kau, kau dan kau. Silalah terima award ini. Sekian.  


Tuesday, June 29, 2010

Hye Degree



Boleh cakap selamat tinggal dekat diploma. Boleh cakap selamat tinggal pada word penganggur. Cakap selamat datang dekat degree. Muka tak percaya sekarang. Sangat tak percaya.


Lepas ni kena buat strategi baru. Capai apa yang perlu dicapai. Hope boleh la survive. New environments, new friends and some old friends, new systems, new schedules. Boleh dikatakan semuanya baru.


Tapi aku ada pembawa semangat yang aku percaya akan sentiasa support aku bila aku down. Walaupun kata busy kerja, study aku tau korang akan support aku. So, enjoy ur new life after this. Smile!!!



Monday, June 28, 2010

Demam bola




World cup, world cup.
Berpengaruh betul betul.
Sehingga si kecil pown teruja.
Deman bola juga.






Semuanya kerana BOLA.



Last picture




Last picture, last memory with both of them. 



Just nak cakap
ARIGATOO GOZAIMASU 
untuk segala ilmu yang dicurahkan.


Sayoonara sir



Berkumpul kali terakhir



Pergi berjoli sakan bersama rakan tersayang. Pak guard macam syial tanya soalan yang macam gampang. Celaka gila. Padahal menumpang je pun kat hostel tu. Bukannya kami ni pelajar yang duduk hostel yang nak kena follow semua rules macam dulu. Shit.

Kira kami berhati mulia la sebab inform dekat kau wahai guard sengal. Bongok betol.









Kitorang memang otak gelong. Kesemuanya. Tunggu movie lambat lagi. Perut kesemuanya minta di isi. Pergi food court semua angkat tangan kata da habes. Gilak! baru 930 kott. Terus direct masuk A&W sebab ada sebahagian lepak chill di sana. Dalam ramai ramai sorang saja yang makan makanan A&W yang lain import dari Mcd dan KFC.


Kakak kakak dan abang abang yang bekerja kat situ pandang macam nak makan kami je. Nak halau, halau la. Dahla makanan kawan aku korang lupa. Nasib baik minuman dapat double. Dah ketuk ketuk meja dah kawan aku tu mengamuk sebab lapar.





Tiket harga RM5, boleh la semua tengok. Sekali lagi aku kena tengok The Karate Kid. Member punya pasal, aku follow. Bila lagi boleh melepak macam nie lagi.


Will grad soon



Done. Semuanya da settle. Dah selamat balik dah pon. Seminggu bertapa di hostel yang tiada apa apa. Segala report, noss dan report fyp dah diangkut pulang. Tinggal menunggu convo bulan sepuluh ni dekat Terengganu.




Mengisi borang untuk ditemuduga oleh kilang Venture.







*


*


*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*


I'm already done! Will grad soon. Soooo happy.



Seharian bersama




Terima kasih Syafiq untuk perjalanan ke Penang serta green apple cone sundae.

Terima kasih Ellina sebab ajak aku follow.

Terima kasih Fahimi untuk minum petang di gerai makcik-tak-tahu-nama

Terima kasih semua untuk seharian yang best.














Semoga berjumpa lagi kawan. Rindu korang semua.



Wednesday, June 23, 2010

Semuanya bakal berakhir.



Esok semuanya akan berakhir. Kehidupan pun akan masuk ke fasa yang baru. Tiada lagi perkataan pelajar. Apa yang akan muncul. Nothing. Mungkin pengganggur buat sementara waktu. Mereka yang lain sudah mula risau tentang apa yang perlu dilakukan selepas ini. Bekerja? Berlajar? Mengganggur? Semua terletak di tangan individu itu sendiri.


Aku sendiri sedang berfikir fikir untuk menerima tawaran bekerja atau sambung saja pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada yang kata mungkin pengalaman dapat mengajar kita sesuatu tapi pelajaran itu penting. So, how? Kekeliruan berlaku di situ.

Tuesday, June 22, 2010

Penang




Perghh. Baru sekarang dapat tulis blog. Dari tadi aku asyik bersembang, bergelak tanpa henti. Cerita yang enam bulan bila dikumpul seramai lebih kurang dua belas orang dah macam cerita seperti bertahun tak jumpa. Semua berebut nak ceritakan pengalaman masing masing.


Aku hanya lepak chill dengar diorang sembang sambil layan Tunas from Hlovate. Aku rasa ade story menarik aku suruh diorang ulang. Aku nak cerita pon takda pape sangat. Biasalah, keja aku hanya lepak, lepak dan lepak. Takkan nak cerita kot. Tak heaven la.


Esok ada taklimat bagai. Ditambah dengan interview dari syarikat gergasi katanya. Aku fikir malas nak ambil port. Tapi bak kata aku, lec aku suka gertak gertak. Seronok katanya. Celaka betul. Setiap pelajar kena hadir sekurangnya lima interview. Shit. Aku resume pon takde. Tayang muka jela esok.





Sunday, June 20, 2010

Report yang menjengkelkan



Damn! Gua sakit hati gila sekarang. Memang cam shit. Dah print report sampai seratus mukasurat lepas tu dapat tau yang report tak boleh melebihi limapuluh mukasurat. Memang macam sial.


Sekarang gua kena edit balik report gua yang berlambak tu. Gua pon bodoh lupa nak baca instructions. Main redah je buat report. Sekarang padan muka gua. Sekali gua message lecturer tanya. Dia ugut gua plak. Dia kata kalau apa yang gua merapu tu tak penting markah report kena potong.


Panas ni panas. Bagi gua ais cepat. Practical enam bulan nak kena compress semua yang dibuat dalam limapuluh mukasurat. Fine. Gua tulis pergi kerja, lepak, makan, sembahyang, keluar berjoli, masuk kerja balik kul dua, pukul lima setengah gua chalow. Ohh jumaat balik pukul lima. Sebab kalau nak tulis apa yang gua buat kena lebih limapuluh.


Sekarang kerja gua dah jadi bertambah tambah payah. Esok nak balik. Syabas untuk diri gua. Lain kali bolehlah buat lagi.







Petang yang hebat.




Yeah. Happy gila. Jarang keluar bergembira sebegini. Mungkin nanti boleh buat lagi. Terima kasih hazwani, syafinaz, adira, myra merangkap member dira, syamim dan kesemua yang join. Terima kasih untuk petang yang hebat.


Ohhh. Untuk abg kedai kings yang bermurah hati untuk menggunakan member's card kau untuk ktorang. Sorry sebab buat masalah depan kedai kau. Kami cuma budak yang tak tahu apa apa.


Sayangnya tiada gambar. Semua lupa bawa camera. Tapi takpe, next time kita buat macam ni lagi.



ps : ini autopost. gua tengah masak kek ketika ini. lu orang nak?




Father's Day

Terima kasih.
Atas pengorbanan yang tak terhingga.
Maafkan segala kekasaranku.
Aku hanya anak yang lemah.
Sentiasa membuat kau diam tanpa kata.

Tetapi
Di mataku
Kau seorang yang hebat.
Perjuanganmu akan aku teruskan

Hanya ini yang mampu diucap,
Selamat Hari Bapa.

Pembaziran

Yeah. Pembaziran telah berlaku.Gara gara report. Penat melayan segala kerenah report yang terlalu mengada untuk disiapkan. Segalanya tunggang langgang. One word tu describe this situation. LAST MINUTE.

Semua kerana membuat kerja last minute. Berfikir hanya mengedit yang sedia ada akan jadi mudah. Nah, rasakan. Segalanya jadi serba tak kena. Kesemua jari disaluti ink printer yang sering saja kehabisan.

Esok atau lusa akan kembali ke JMTi. Harap segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Friday, June 18, 2010

Ilmu untuk bekalan.

Terima kasih pada mak aku kerana telah bersusah payah
membayar segala buku yang aku ambil.
Mahal. Ya, memang mahal.
Tidak sangka sampai menjangkau angka sebegitu.




Kesemua buku ini yang paling aku tunggu untuk miliki.
Kini boleh duduk diam saja.
Ada lagi buku tambahan.




Dua buku yang seperti kanak kanak itu mak
beli untuk cucu kesayangan dia.
Abah kata,

" Amboi, sampai ke cucu dibelinya buku."


Aku mampu gelak.
Dalam kereta abah pesan pada aku dan adik.

" Abah tak marah korang nak baca buku. Baguslah nak tambah ilmu. Tapi paling penting jangan lupa baca Quran. Itu ilmu yang paling penting. Bekalan untuk korang semua. Ilmu buku tu hanya di dunia saja. Abah taknak buku nie semua korang sanggup baca walaupon tebal. Tapi Quran tak sentuh. Itu paling abah pantang. Ingat tu. "

Panjang kan. Fine.
Lembut tapi makan dalam.
Aku sentap buat seketika.
Ok abah.
Ktorang ingat pesanan itu.

Hilang dari pandangan

Bila ada aku buang.
Pandangan jijik dilemparkan.
Pergi tanpa belas kasihan.
Hanya menganggap seperti pengemis jalanan.
Aku diatas dia dibawah.
Sungguh.


Bila hilang.
Aku mencari.
Aku menjadi perindu tegar.
Menanti kedatangan tanpa jemu.
Berjanji tidak akan melemparkan pandangan sinis.


Tapi semuanya mimpi.
Semuanya tidak mungkin berlaku.
Ini jalan yang aku pilih.
Aku harus terima tanpa menoleh lagi.


Kini, dia diatas.
Aku dibawah.
Aku terima.


ps: hish. kenapa gua jadi cmni tetiba. syial!

Lost of Tambun

Fine. Aku baru terbaca something notes yang member aku post dekat FB.
Siti Fatimah, aku pinjam kata kata kau ok.

lost world of tambun..for those yg pernah pergi tmpat tue, now ada new rules yg buat ktorg whole famili sgt shock waktu nk buat pembayaran dkt kaunter 'lost word of tambun' tu. attention to all muslim 'TUDUNG ARE NOT ALLOWED' to enter wet park. only cap for swimming. (cap only cover ur hair) itu baru tdg..bygkan pakaian yg laen. dats for ktorg yg perempuan2 nie..LONG PANTS pon x dibenarkan jgk untuk adik, abg ipar dan para kaum adam yg laen. tp tight dgn short pants dibenarkan. worth it ke if byr for whole price tp hanya dry park yg ktorg boleh maen. dh g twice tmpt tue b4 nie tp masalah nie x pernah timbul. rs marah n sedih, sebagai penduduk tetap negara malaysia nie yg kononnya agama islam sebagai agama rasmi tetapi hak kita dinafikan. berada di negara sendiri tetapi seolah2 pergi melancong ke oversea. akhirnya destinasi kami bertukar ke lata kinjang dan gua tempurung..benarlah, manusia hanya merancang tp Allah yg menentukan..

Wut the hell is that. Macam haram je aku baca. Memang aku tak pernah jejak pon kat situ but ade juga rasa ingin jejak. Tapi bila da terbit new rules nie macam agak terkejut la kan. Tak tahu plak sampai pihak pengurusan sanggup make rules yang sebegitu rupa. Malaysia negara islam. Maybe not anymore.

Thursday, June 17, 2010

Seminggu tanpa World Cup

Tolong bagi aku cara untuk menonton World Cup
bila aku kembali ke Penang untuk tempoh paling lama seminggu.
Terpaksa menyewa di hostel yang tiada Astro.
RTM kata nak buat live tapi semua tu propa saja.
Nak naikkan rating la kononya.
Shit.


Nak menonton di luar, sedia maklum kena masuk awal.
Hostel la katakan.
Nak menonton online, broadband aku macam gampang.
Takkan aku kena duduk tanpa menonton dan hanya
melihat update score saja.
Ini tak boleh jadi.
Tolong aku fikirkan cara yang terbaik.

Menyampah

Macam haram.
Apa dia ingat facebook tu twitter ke.
Semua benda nak tulis.
Dah macam main message plak.
Tapi memang macam main message sebab update through celcom sms tu.
Apa badget orang nak baca ke hape.
Kalau bukak page manusia tu penuh dengan status dia ja.
Takde plak manusia yang reply.


Seriously aku rasa dia nie silap masuk laman sosial.
Nak buat twitter tapi terbuat facebook.
Macam gampang.
Atau mungkin mencari publisiti murahan.
Yeah, aku rase lebih kepada mencari publisiti murahan.
Menyemak wall aku je.

Old Friend ii

Terserempak dengan old friend memang selalu buat aku speechless.
This time terserempak plak dengan sumeone yang aku
really rapat tyme standard 2 or 3 aku pun lupa.
Bila nak ungkit balik kisah lama, memang takkan habes.
Kerja kitorang hanya bergayut phone sampai lebam.


Bila jumpa balik. Dia masih sama.
Masih gila macam dulu.


  Aku : ko buat ape sekarang?
  Dia : nanti aku nk sambung study dekat KLMU.
 Aku : ohhh. bagus bagus. tapi before nie ko buat pe?
 Dia : syhh. aku buat bisnes skunk.
 Aku : bisnes pe plak ko nie. jangan angkut aku. aku tak berminat.
Dia : *sambil kuarkan barang* aku buat bisnes jual kondom dan sperma. 
Aku : bongok la ko.*buat aksi terkejut* ko jual kat sape? pelacur or gigolo mane? taiping ade ke port diorang. bapok ramai la.
Dia : hahaha. hotak ko. ko tengok benda nie macam apa yg aku cakap tadi ke?
Aku : main main lagi ngan aku. ko cakap cmtu, aku balas la balik.
Dia : aku badget ko nie budak baik. padahal otak sama je gila ngan aku.
Aku : ko baru tau ke. hahaha.


Ok, fine.
Benda yang dimaksudkan hanyalah

Kondom ----> masker Shiseido.
Sperma -----> perapi rambut tanpa bilas.

Sekian. Hahahahahah.

Wednesday, June 16, 2010

Hilang suara

Perangai aku makin lama makin bagus.
Report tunggang terbalik tapi masih ada masa berjoli.
Menghabiskan duit mak bapak aku tanpa rasa segan.
Fine. Aku tak peduli.
Kesemua karya Hlovate perlu aku miliki.
Yang pasti seorang manusia da offer tuk blanje aku.
Hahahahha!!!
Aku akan ingat janjimu itu wahai awak.






Nak kutuk. Kutuk la.
Aku peduli ape.
Suara aku bukan suara kau.








Tamat.
Balik dalam hujan yang lebat.
Tak boleh nak maki
Hujan tuh rahmat.
Redha saja dengan redah hujan tu.
Berjaya menjayakan misi cawalhana nie.

Lake Taiping

Aku tahu kawan kawan aku jenis malas bangun pagi.
So, dengan sengaja aku ajak diorang jogging dekat lake.
Sengaja ok sengaja.
Biarkan diorang skali skala hirup udara pagi.
Asyik bangun je matahari tegak atas kepala.
Haish. Sama je semua.














Kalau tengok dari gambar, tak macam jogging rite.
Actually saja cuci mata.
Menghilangkan bosan sambil mengeluarkan peluh.
Tambahan pula aktiviti yang tidak mengeluarkan duit walau sesen pun.
Masing masing tengah sengkek dan jatuh miskin.
Ada sorang tu siap da nak gantung selipar dah.

Ohhh, kami bawak photographer sekali.
Kira pakej la.
Senang kerja.




Meraka berdua la yang snap semua gambar.
Adik aku dan Farhana.
Perghh. Aku asyik kena paku je.
Sebab aku mana pernah bawak adik aku berjalan.
Tetiba sebab dah habis modal kawan, aku angkut la dia.
Memang kejam.


 
Taman Tasik Taiping di pagi hari



ps : tak jadi juga misi taknak letak gmbar. haish.

Tuesday, June 15, 2010

External

Fine. Semua cerita dan gambar aku dah takde.
Semua external punya pasal.
Tak boleh nak detect.
So, aku tengah agak serabut sekarang.
Ada sesiapa yang boleh tolong.
Seriously, i really need help now.


Nasib baik aku tak berapa nak bijak letak report dalam tu.
Kalau tak memang meraung.
Ajak mak pergi low yat esok juga.
Buat perangai sungguh.
Sengaja buat aku sakit hati.
Sengaja buat aku nak hempuk hempuk kau kan.
Shit. Banggang betol.

Monday, June 14, 2010

Review

Marathon dua movies aku tengok arini.
Pergi kul 11 balik kul 5 petang.
Fine.
Budak sekolah je penuh. Rimas aku rimas.
Adik aku dah berapa kali kata oooo kantoi.
Sebab jumpa senior sekolah dia.
Aku buat muka takde perasaan cukup.



Review cerita jum.



Oke. Cerita pertama aku tengok.
Jalan cerita best.
Aku tengok tanpa berganjak walaupun kesejukan. Tahan.
Ada aura tersendiri.
Tapi last skali bila budak tu menang,
Tetiba ada pulak uncle dalam panggung tetiba tepuk tangan.
Buat macam dia ada dalam cerita tu plak.
Aku buat tak tau je.
Kira cerita tu berjaya buat orang kagum la kan.
Ok, stop.
Ohh ya, chinese gurl dalam tu comel.





Cerita kedua yang aku tengok.
Seriously aku tak puas hati.
Jalan cerita pendek sangat. Beginilah kalau adaptasi.
Tak nampak langsung kesetanan farid Kamil tu.
Setakat usik Siti Sifir tu dah dikire setan ke.
Baru letak cicak dalam coke dah boleh jatuh cinta.
Kejadahnye.
Tapi, lagu yang diletakkan agak sesuai dengan
scene scene dia.
Kira boleh buat orang leleh la lebih kurang.
Ohhh, watak K tu sangat sekejap.
Mana ciri ciri dia dalam novel ha.
Tak berbaloi langsung. Orang macam tak perasan je kewujudan K tu.
Lakonan Que sangat superb. Itu yang dicari. Pembawakan watak
yang sangat berkesan.
Fine. Stop here.


Pergi tengok sendiri kalau nak review yg lebih berkesan.
Kalau malas download je.
Boleh tengok ulang kali.
Boleh leleh tanpa control ayu sebab pakwe ade kat sebelah.
Boleh buat action geram tanpa perlu segan segan.
Boleh caci maki tanpa perlu berselindung.
Sekian.



ps : killers.

Sebatang Pen

Tadaaa.


Settle sudah semua kenduri kendara.
Fuhh. Penat membasuh baju la selepas nie.



Dapat jumpa budak nie sekejap je tadi.
Celaka.
Makin nakal, makin banyak akal budak ni.
Baru dua minggu tak jumpa.
Tunggu lagi dua minggu.
Mungkin dia da boleh pangkah aku dengan ayat yang mantap.




Budak. Kau suka pen.
Maknanya kau suka menulis.
Takpe, nanti aku ajar kau tulis blog.
Pen tu kau buat sebagai inspirasi ok.
Kau tunggu tau.

Sunday, June 13, 2010

Orang bandar

Mual mual mual.
Perut aku da senak.
Lepas nie tolak semua undangan.
Kerbau, lembu, kambing semua dah balon.
Aku dah tak mampu.
Biarlah semuanya tamat minggu ni.


Adventured betul perjalanan hari ni.
Abah aku bawak ktorg pergi kenduri
Entah dekat ceruk alam mana ntah.
Jalan dia, mak aih teruk gilak.
Macam rasa naik roller coaster free.
Gilak dizzy aku.


Sampai rumah kenduri orang pon dah susun kerusi.
Tapi sempat la dorg jamu makan.
Sekali pakcik tu sound depan depan aku


" Nah, rasa pucuk paku masak lemak. Orang bandar jarang jumpa nie "


Question.
Do i look like 'orang bandar' to him?
Walawey. Aku pon duk kampung la pakcik.
Pucuk paku berterabur je depan, belakang, tepi rumah.
Nak makan petik je.
Cuma, rumah pakcik dalam sangat la.
Rumah saya tepi jalan.
Itu je.

Saturday, June 12, 2010

Budak Baru

Tadaa.


Firstly, still ingat perempuan yang aku ceritakan
pada ENTRI INI.
Kalau lupa, sila ingat kembali.
Sebab, perempuan tu dah ade blog.
Aku yang hasut dia buat sebab dia suka merapu.
Aku kata dari merapu tak tentu hala,
Better merapu dalam blog.
Biar semua orang boleh merapu sekali.

Yeah. Still newbie.


Its ok la kan.
Mengantikan blogger blogger yang da tutup blog dorang.
Macam kerja gak.
Orang berhenti atau pencen, company tu mestilah ambil orang baru
untuk menggantikan semua yang dah chalow nie.
So, sila say welkem to her.




Dia

Aku kini kembali.
Kembali dengan semangat yang baru.
Berani menghadapi fatamorgana dunia.
Yang kekadang indah dipandang mata.
Senyum.
Ya, kini aku mampu tersenyum.


Terima kasih kepada Dia.
Dia yang sering memberikan aku semangat.
Dia yang sentiasa ada bersama aku.
Dia yang sentiasa memberi aku petunjuk
Hingga aku boleh kembali senyum.
Terima kasih tidak terhingga.



p/s : semakin pulih

Monday, June 7, 2010

Pergi

Tadaa.


Penat menghadapi kesakitan ini.
Mungkin dugaan untuk aku.
Aku terima.

Aku pergi bukanlah lama.
Sekadar mencari kekuatan untuk mengharungi
Hidup yang serba kekurangan.

Pergi mencari sesuatu.
Sesuatu yang aku sendiri belum ketemu.
Kerana aku tahu
Melarikan diri bukanlah penyelesaian.
Oleh itu aku hadapinya
Dengan segala kekuatan yang ada.

Doakan aku.
Bertemu dengan sesuatu itu.

Penjara yang menyakitkan

Tadaa.


Minggu terakhir menghadapi duri ranjau alam pekerjaan sementara.
Fine, ayat aku memang tak boleh blah langsung.
Lepas nie masuk penjara balik.
Cuma agak bersyukur sebab hanya seminggu.
Dikenakan charge dua ringgit untuk sehari.
Hotel murahan memang macam tu.
Kelengkapan tidakla memuaskan seperti hotel five stars.
Nama pon penjara.
Tidak perlu mengharapkan apa apa yang memuaskan hati.


Kesihatan semenjak dua menjak nie kurang mengizinkan.
Mungkin aku patut pikir soal mati sekarang.
Ya, itu sudah pasti.
Cuma,
Bila masanya itu yang belum pasti.
;)

Sunday, June 6, 2010

Musim kenduri

Tadaa.


Mengeluh mengeluh. Asal cuti sekolah je kenduri pon banyak.
Mak aku pon jadi malas masak.
Aku pun tiba tiba akan jadi terlebih rajin buat sibuk sebab taknak ikut pergi kenduri.
Tapi bila ayat ni keluar dari mulut mak aku


" Jum la. Nanti kamu kawen takda sapa nak datang. "


Buat aku terfikir.
Aritu kenduri kakak aku, ade je yang datangnye mak dan bapak dorang.
Anak anak tak follow.
Tapi aku boleh je pergi kenduri anak anak dorg yang tak datang kenduri akak aku tu.
Wathefak.
Masalah apa. Kalau dah dijemput mestilah orang datang.
Apa kena mengena nanti orang tak datang kenduri lah ape lah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kejadian ketika di kenduri tengah hari tadi.
Tengah jalan pergi ke khemah makan
melalui sekumpulan jejaka jejaka yang tak cukup umur.
Bunyi cicak yang paling aku menyampah pun keluar.

Adik aku tetiba datang menyempit di antara aku dengan mak aku.


Aku : ko masalah ape yang tetibe menyempit tang sini.
         
         Adik : saje nak jalan tepi mak.*muka tersengih*


Ketika itu aku dah boleh agak kenapa.


Aku : itu semua budak yang tak cukup umur tu member ko kan?

Adik : aah. kawan sekolah kah.

Aku : pernah jumpa la ek?

Adik : ha lah. da satu sekolah, mestilah penah jumpe.


Ok. Inilah masanya nak bagi dia sakit hati.


Aku : dahtu yang ko jadi pemalu, control cun segala bagai apehal. hari hari jumpa pun nak badget badget lagi ke. dah. jalan la leklok. menyempit je. malu tak bertempat. nak kata sekolah semua pompuan yang nak jadi gedik sampai camni, sekolah ko sekolah campur. bermasalah betul la ko ni. macam mana nak ajar pun taktau.


Zupppp. Sekali jelingan maut yang aku terima. Elok je dia jalan lepas tu. Takde nyempit nyempit sambil tersengih gatal. Boleh pun.



katakata : perangai sapa dia ikut pun aku taktau.

Plagiat report.

Tadaa.


Finally aku berjaya siapkan report LI tanpa bantuan sesiapa.
HAHAHAHA.
Kenapa mesti bantuan sedang segala maklumat di depan mata.
Untung buat praktikal di tempat yang menjadi tarikan ramai pelajar.
Senang nak menjalankan aktiviti plagiat report.

Ahh. Aku peduli apa.
Nak kata report aku tak original.
Silakan. Silakan.
Badget semua report yang korang buat tu original ke.
Aku berani jamin jarang nak jumpe report yang totally original.
Mesti ada even sedikit peniruaan berlaku.
Sekurang kurangnye aku jujur mengatakan aku plagiat report orang.

Cuma jangan jadi terlalu bodoh dengan tiru sebijik la.
Guna otak sikit.
Edit selagi boleh. Biar ayat nampak powerful sikit.
Buat yang mana belajar je.
Tak perlu nak nampak hebat sampai kantoi di tengah jalan.
Masalah lain yang akan timbul nanti.


So, frends.
Jumpalah kita pada 21 june nanti.
Cau.


katakata : niat nak bawa kereta kena batalkan. sigh.

Saturday, June 5, 2010

Kemasukan semula

Tadaa.


Nampak kat tepi tu. Ada lagi LIMA hari tolak sabtu ahad sebelum aku tamat tempoh praktikal.
Tapi haram. Report apa pun tak buat lagi.
Dari hari tu Bab Empat sampai sekarang masih di Bab Empat.
Asal pegang je laptop benda lain yang dibuat.
Celaka. Bila ntah da jadi rajin.


Pihak kolej call inform pasal tarikh kemasukan semula.


" hello, saya dari JMTi. Saya nak maklumkan pada cik Adilla yang cik kena lapor diri pada 21 nie dari jam 9 sampai 1 petang. Terima kasih. "



" Eh, kak. Nanti datang hantar report je ke ape eyh? *bertanya supaya tak sesat nnt*"




" Maaflah, saya tak tahu. Terima kasih "



Kyakkk. Sama sama lah kakak operator. Sungguh la memang macam operator. Sekurang kurangnye isi la pengetahuan sket. Nie student nak tahu apa apa tak reti jawab.


Bermasalah betul.

Wednesday, June 2, 2010

Prince of Persia

Tadaa.


Maafla aku sedikit terlambat tengok cerita nie. Biasalah takde masa sangat. Itupun aku curi curi keluar 'sekejap' sebab dah janji dengan members.



Yeah. Cerita ni memang terbaik. Tak rugi duit yang dibayar shareen untuk aku. Sorila aku lupa nak bagi duit tadi.






Hahahhaha. Berbaju kurung siot. Tenks to Shareen, Angah, Wanie, Mean untuk petang tadi. Untuk Mean, nanti ada masa kita lepak chill sekali oke. Rajin rajinla turun Taiping yang tiada apa apa nie. Next project nanti akan dibincangkan.


Cau.


katakata : mean, ang blh masuk geng ktorg la. welkem babe.

Go to hell

Tadaa.


Jom support kempen yang diorganizekan Alvin dan Farid serta yang seangkatan dengannya.



" Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel "



Go to hell la Israel. Shit!



katakata : penuhkan blog anda dengan banner banner tersebut. ;)

Tuesday, June 1, 2010

Pertelingkahan kecil

Tadaa.


Perang antara aku dengan adik aku. Bukan antara Israel oke. Hahahaha.


" Akak nak guna laptop malam nie "




" Arghhh. Takde. Adik nak guna. "




" Pedulik ape. Ko nak buat pe. "




" Nak buat keje sket. "




" Tak payah. Kerja ko buat kat pc je. Orang repair pc nie tuk suh ko buat keje. Nak juga guna laptop. Menyibuk betul. dahla buat keje merapuuu. Menyemak laptop je. "




" Ko bukan tau pun adik buat keje ape. Biarla, org nak guna juga. "




" Takde takde. Guna pc je "





" Ey, ko ingat laptop tu ko punye ke "




Dari dapur mak aku dah menyampuk. Aku buat taktau. Gaduh mulut je bukan guna senapang gajah tembak tembak. Cool la. Tak hancur bandan adik aku tu. Sambung balik.



" Memang pun. Mak beli laptop tu tuk akak. Kenapa? Tak puas hati. "



Hahahaha. Aku menang. Adik aku terpaksa terima hakikat dia kalah. Dia blah masuk bilik hentak kepala kat dinding. Aku senyum bangga.



katakata : aku baik hati bagi gak dy guna. huh

Kerja Rumah

Tadaa.


Cuti aku semalam seperti sia sia. Niat nak berehat seperti orang lain terpaksa dilupakan.


Alla cuci dapur
Alla potong bawang
Alla buat air
Alla sidai baju.
Alla pergi lipat pastu gosok baju yang berlonggok tu.
Alla angkat kain. Hari cam nak ujan.
Alla bagi mandi baby (airiel)
Alla siap tempat makan.
Alla ceduk mee dalam kuali.
Alla bukak tingkap tu.
Alla sapu sapu sikit kat depan tu.
Alla, baju ni dah tahu lembab pergi la sidai kat garaj.
Alla jum ikut pergi Penang. Tolong jaga airiel. 


Ok. Enough. Aku sempat gak belek diri aku. Kot la ada extraordinary yang menunjukkan aku terlebih tangan atau kat badan aku ade bateri yang boleh membuktikan aku ni robot dan bukannya manusia. Wuthefak.


Badget aku takde keje lain ke nak kena buat. Tak sempat habis satu kerja, dah suh buat yang lain. Dahla kena paksa ikut pergi Penang. Rumah kat Penang tu ada pak botak warna hijau. Seriously aku cuak kot.


Adik aku pula keja dia dok ulang lagu Baby Justin Bieber yang dulunya aku anggap pengkid mana pulak yang tetiba muncul jadi artis. Mana aku tau dia lelaki. Muka jambu nak mampos. Rasa nak hempuk je sebab macam dah takde lagu lain je. Cis.



katakata : today half day sebab aku mengantok syial.