Thursday, August 26, 2010

Just shoot.

Bercuti selama lima hari. Selama lima hari jadual perlu disusun dengan rapi. Shopping raya, study untuk phase test, report, research. Segala apa yang dirancang perlukan tekad terutama sekali study. Sila fokus kalau tak nak kecundang nanti.



Senyum meniti hari mendatang.



So, just pull the trigger guys.





" Take a breath, take it deep
Calm yourself, he says to me
If you play, you play for keeps
Take the gun, and count to three
I’m sweating now, moving slow
No time to think, my turn to go
And you can see my heart, beating
You can see it through my chest
Said I’m terrified but I’m not leaving
I know that I must pass this test 

So just pull the trigger " ~ Rihanna, Russian Rolette




Ps : Pulang ke putrajaya oke.

Tuesday, August 24, 2010

Baju raya

Pagi pagi dah terima panggilan yang menyakitkan hati. Pn emak telefon. Dalam hati " nak check anak dy bngun ke belum la ni " tapi amatlah salah sama sekali. Berita yang diterima betul betul boleh membuatkan aku merengek macam budak kecil. Ikuti perbualan ini.

" Hello, assalammualaikum. " Suara baru bangun tidur.

" Waalaikumussalam. Tidur lagi? " Da boleh agak pertanyaan itu.

" Haah. Semalam tidur lambat r. Ngantuk ni. " 

" Hurmmm. Nie, baju raya kamu tu, Kak Arah da tersilap buat. " Oke, muka aku dah cuak. Mata terus celik serta merta.

" Hah??!! Silap buat macam mana ? "

" Kak Arah da terbuat baju achor kamu. " Fine. Aku dah mendidih dah ketika itu.

" Eeeiiiiii!!!! Mana boleh camtu. Habis alla nak raya pakai baju ape. Eish. Takkan nak kena beli baju lain. Taknaklah. Dah lari la dari tema. Dahla baju tu alla yang pilih. Memang dah aim waktu dalam kedai tu. Hish! " Sambil hentak hentak kaki. Meleleh juga lah air mata aku pagi ni.

" Ish, kamu ni, macam budak kecik. So, macam mane? Tapi kain yang aritu ade lagi. Kan beli banyak kain kan. " Permulaan ayat memujuk.

" Taknak la. Baju free kan. Confirm kain tak elok. Baju cotton tu plak alla nak pakai pergi kelas, bukan raya. Lagi satu tu warna oren. Dah ada la warna tu. Memang sengaja alla tak pilih warna tu. Dahtu, nie nak kena pergi beli kain lain ke ape? "

" Ikut suka la. " Mak dah tak larat nk pujuk.

" Tengok la nanti. Alla g cari baju yang dah siap dah ke. Tapi mak tempah je la kain yang ade tu. " Ayat pasrah gila.

" Hurm. Tengok la satg, mak g cari kain lain tempah. " 

" Hmmm. Pastikan TUKANG JAHIT tu siapkan sebelum raya. Dah pandai buat silap pandai la tebus balik. Tak kira la dia tak beraya sebab kain alla, tapi yang pasti baju alla siap. Pastu tulis besar besar kat kain tu nama alla. NURADILLA BAHARUDIN aka ALLA. Kalau dia silap lagi, tak tahu nak cakap ape lah. "


Berpuluh kali juga la aku kacau mak aku yang tengah busy wat kuih semata mata kerana baju raya tu. Geram betul dengan tukang jahit tu. Haish.





Hari paling menyakitkan hati.




" Your Having a bad day.
Nothing i could do.
Feel so useless,
so helpless,
but what else can i do?

I hope it helps,
that you know i am here,
to be a sholder to cry on,
or if you just need to clear the air "





Ps : Abg tiri a.k.a Najmi Raini. Jum teman adik tiri g beli baju raya. Geram geram!!!

Monday, August 23, 2010

Depressed

Kekadang kita ada depan orang itu, tapi hanya ada jasad saja. Rohnya? Entah hilang ke mana. Bila keadaan begitu terjadi terasa betul betul perlukan seseorang untuk mengadu. Mengadu mengenai segala hal. Biar kosong otak dengan segala hal yang serabut.

Malam ni, entah kenapa hati jadi kosong. Tiada perasaan. Jangan ceritakan apa apa pada aku kerana tiada tumpuan yang akan diberikan. Hanya senyuman saja diberikan. Samada aku faham atau tidak apa yang diceritakan, jangan tanya.



Perlukan seseorang. Seriously, i'm not joking now.




" Everything is falling
Nothing seems right
Everyone is flying
As slowly my soul dies
Everything around me 
Sometimes life never goes our way
Sometimes I just have to figure it's not my day
Sometimes I wish I could make everything right
Sometimes I cry myself to sleep at night
Sometimes I hope it'll all be ok
Sometimes they just try to take my perfect day away " 




ps : kuiz esok seperti membunuh jiwa.

Thursday, August 19, 2010

Face it

Masa yang berlalu begitu pantas. Sudah hampir sebulan menjalani kehidupan disini. Berjalan seorang diri sudah menjadi kebiasaan. Dalam hati hanya berkata " Perlu berdiri di kaki sendiri dilla ". Tersenyum. Tidak perlu malu kerana yang lain juga manusia.

Rutin harian di bulan mulia ini hanya duduk di bilik menyiapkan segala tugasan. Dengan tingkap yang terbuka dan terdengar suara manusia bersuara merdu mengalunkan ayat ayat suci al quran mampu menenangkan hati yang gusar. Hati, tenanglah dikau.

Hujung minggu nie sekali lagi bersesak dalam transit pulang ke Putrajaya. Mungkin kali ni perlu pulang lewat supaya tidak bertindih dengan masa manusia berpusu pusu pulang dari kerja seperti sebelum ni. Lagi sekali pulang seorang diri




Perlu berdiri di kaki sendiri kan.



" So face the world, and all life is yours
To conquer and love and live
And you'll find the happiness that endures
In just the measure you give
There's nothing too good for you to possess,
Nor heights where you cannot go
Your power is more than belief or guess
It is something you have to know. "




ps : akan bersama teman tersayang weekend ni!

Sunday, August 15, 2010

Entri khas


July 2007 mencatatkan segalanya. Perkenalan si gadis dengan seseorang yang si gadis sendiri tidak jangka yang akan menjadi sahabat si gadis yang paling terbaik. Hanya dengan diletakkan di dalam satu group yang sama, mereka bertukar senyuman. Ketika mendaki bukit si lelaki menawarkan diri untuk mengendong beg si gadis. Dari situ persahabatan mereka mula terjalin. Si lelaki selalu menjadi penasihat kepada si gadis, begitu juga si gadis yang selalu memberikan pendapatnya kepada si lelaki.

Perbezaan kos tidak menghalang mereka untuk bersahabat. Dari setahun ke setahun. Si lelaki tidak pernah jemu melayan si gadis. Pada tanggal 28 Februari si gadis menyambut hari lahirnya, dengan mengada ngada si gadis mengajak si lelaki menyambut hari lahirnya dengan menonton wayang dan menikmati secret recipe. Si gadis dihadiakan dengan bear yang comel.

Tapi setiap kali tarikh 15 August muncul, si lelaki tidak pernah mengharapkan apa apa dari si gadis malah berbekalkan kredit free dari celcom mereka bersembang mengenai semua hal. Mulia sungguh hati lelaki itu.

Kini sudah tiga tahun berlalu. Ikatan persahabatan mereka masih kuat dan utuh. Kini tanggal 15 August kembali lagi. Hanya ucapan juga yang menghiasi hari tersebut. Sorry ya si lelaki. Tiada hadiah yang paling bernilai yang mampu si gadis beri selain sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas dari hati.

Entri ini khas untuk si lelaki yang bernama NADHIR ISMAIL yang menyambut hari menjadi semakin tua. Di sini si gadis bernama NURADILLA BAHARUDIN nak wish HAPPY BIRTHDAY kat si lelaki dan si gadis dengan jujur menyatakan si gadis sayang gile kat sahabatnya yang sorang tu. Smile!!!!

 Friends For Ever
;))



As I look
Beyond the ripples of my reflections
To examine my inner self;
The ripples begin to fade . . .
As the reflection lays beside me
Grasping my hand,
The inner warmth shields me
And the vision of my reflection appears
I see you. My Friend.  



ps : pray for our friendship ya.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak


Esok semua umat manusia akan menunaikan salah satu rukun islam iaitu berpuasa. Ini kali ke berapa ntah aku berpuasa di tempat orang. Cuma dulu aku boleh balik setiap minggu berbuka bersama keluarga. Kali ni, hanya kawan kawan jadi peneman. Harap iman aku kuat sepanjang bulan nie dan bulan bulan seterusnya. Amin...


SELAMAT BERPUASA

;))

Thursday, August 5, 2010

Friendship



Luv them very much!

Thanks cos being such a real good friends for me.

Every day is our Friendship's Day.





Sayang korang ketat ketat.

Friends till the end.

Muaahhxxxx.





Tuesday, August 3, 2010

Ulangtahun kedua


Kini sudah tahun aku bersama kau. Susah senang aku kau tahu. Segalanya. Dulu aku pernah abaikan kau. Kau tak pernah kisah. Kau tetap setia sehingga aku sedar dan mula mengambil berat terhadap kau. Kau menjadi tempat aku menceritakan erti kehidupan kepada semua. Terima kasih untuk pengorbanan kau selama dua tahun ini wahai blog VANILLA or CHOCOLATE!!!!



Happy Birthday my blog.




Nomad

Perubahan semakin ketara. Masing masing sudah mula menunjukkan taringnya yang disimpan. Tiada lagi disimpan ketajaman taring itu. Manusia mula mesra. Yang masam sudah mula melemparkan senyuman. Yang malu mula membuang malunya. Lorong yang sunyi dahulu mula riuh dengan pekikan suara insan. Pintu yang sentiasa ditutup kini mula dibiarkan buka. Kau mampu lihat aku, aku mampu lihat kau. Itu sistem yang diamalkan.

Kegiatan menjelajah sudah mula berleluasa. Bila diketuk tiada, sudah pasti sudah menjelajah ke tempat lain. Kehidupan nomad memang begitu. Berpindah merata rata. Kehidupan yang mula menampakkan penubuhan puak puak yang mungkin bakal berperang dan mungkin juga tidak. Masih awal untuk membuat kesimpulan. Tapi yang pasti, aku masih hidup dalam kehidupan sebegini. Tanpa sebarang masalah. Buat masa sekarang.




ps : tenks frends coz always be beside me all the time.