Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa

Woah, dah masuk bulan Ramadhan. Pheww. Untuk tahun yang keempat aku tak berpeluang berpuasa di rumah. Tunggang langgang la aku berbuka nanti. Sahur jangan ditanyalah, entah bangun entah tak. Kalau bangun pun nak makan apa pun tak tahu.

Dari tadi aku asyik terima message sambut puasa. Baru puasa, kalau raya, full kot inbox. Aduyai. Dari tadi juga orang duk tanya aku pergi terawih ke tak. Ha, aku tak pergi untuk hari ini. Esok esok insyaallah aku pergi.

So, selamat berpuasa ye semua.







ps: rasa macam dapat puasa penuh je tahun nie. 

Wednesday, July 27, 2011

Ini comel






Ini sangatlah comel. Hahaha. Actually banyak lagi video yang lain. Saja aku ambil yang ni. Tunggu la Airiel dengan Airis besar sikit, aku nak suruh diorang buat macam nie. Mesti comel je kan.

Biasalah, aku kan suka mengajar budak budak tu jadi gila macam aku. Baru geng!



ps : today i don't feel like doing anything. i just want to lay on my bed sebab hujannnnn.

Monday, July 25, 2011

Back to campus.

Akhirnya! Sampai juga di BMI nie. Pagi pagi dah dikejutkan cik atikahallias kata dapat apartment. Time tu rasa, adoyai, masalah betul la nak kena pindah pindah barang pula kan. Mujur la ada cik zahirahabukassim tolong angkut guna kereta dia. Dua trip jugalah. Omg! nampak sangat barang aku dan cik atikahallias banyak. Tapi mujur juga kat apartment ada lift so takdelah beban sangat nak angkat barang sampai tingkat lima.

Mula mula check in, wah menarik juga. Cuma bilik agak sempit sikit tapi selesa juga. Janji kipas aku kipas syiling yang pergh laju syial. Malam malam confirm sejuk gila.

Bad news.

Time jumpa cik wan tadi aku dapat offer bilik di hostel. Time tu aku tolak sebab memikirkan barang yang dah diangkut dengan penat lelah kan. Elok sampai bilik cik zahirahabukassim, cerita la apa yang diofferkan pada aku tadi pada cik atikahallias. Bila dah fikir banyak kali, dua dua pening. Tak tahu nak terima atau tak offer tu.

Balik dari beli barang barang naik apartment, jiran pula provok tanya kalau ada bilik kosong kat hostel nak pindah tak masuk sana. Adoi, lagi la aku serabut. Dah elok elok duduk sini, nak kena dua kali kerja pulak angkut barang pergi sana. Tambah pula ada certain barang dah susun masuk almari. Haish.

Btw, esok kemungkinan besar akan mula kelas. Mujur sem nie sekali lagi aku berjaya kosongkan hari jumaat. So, kalau rasa nak balik kampung senang sikit, khamis malam da boleh gerak balik. Tambah pula nie nak dekat puasa.

So, to all my friend, selamat menjalani kehidupan kampus dan selamat berpuasa.



ps : bilik masih kekal tema pink purple.

Friday, July 22, 2011

The Lollipop




Ini sangat comel ok. Ehem, nanti buat macam ni juga nak?

Tuesday, July 19, 2011

Ini Amir

Lagi apek cina sudah muncul. Inilah dia Amir.








Dan dia sangat buas. Fuhhh. Penat nak menjaga.

Ahad yang penat

Ahad lepas, semua kampus unikl buat pendaftaran untuk pelajar baru. So, aku pun join la sekali meramaikan orang sebab adik lelaki aku masuk Unikl MFI. Kul 11 lebih sampai dah penuh dengan orang. Waktu tu rasa macam menyesal pulak pergi ikut. Masuk la ke dalam. Sekali tengok, student yang nak daftar, mak aih beratur panjang gila.





Sebabkan dah malas sangat nak tunggu tambah pulak dah masuk zohor, aku dengan parents aku balik dulu rumah. Mujur la dekat, dalam dua puluh minit je. Mandi, sembahyang, tukar baju semua, pergi pula. Still tak settle lagi. Tiba tiba adik aku datang dekat kitorang dan bagitahu yang hostel dah penuh.






Mujurlah ada hostel tambahan dekat area Bangi sana nun. Tapi sebelum dapat ke sana, kaw kaw dekan MFI kena hentam dengan parents. Yela, salah diorang la tak prepare awal awal. Alasan sungguh la tak logik. How come dia boleh kata, tak jangka pelajar datang seramai ni. Stupid betul, sah sah pihak pengurusan dah dapat senarai nama pelajar yang akan datang mendaftar.

At least prepare la awal awal. Biar lebih asalkan jangan kurang. Ibu bapa pun ada komitmen lain. Takkan nak duduk situ berjam jam semata mata disebabkan kelemahan pihak pengurusan. Memang kita tak jangka ini nak jadi tapi at least make sure if plan A rosak, ada backup iaitu plan B. Haish, bermasalah betul. Awal awal dah bagi bad impression pada orang luar. Aku takpe sebab aku sendiri under unikl, so aku dah faham masalah macam nie. tapi bagi orang luar yang baru pertama kali hantar anak diorang macam mana. Malu la. Tiba tiba daripada syarat semester satu WAJIB duduk di dalam hostel terus jadi tak wajib sebab diorang bagi kebenaran kepada sesiapa nak berulang or duduk luar.






Cuma satu je, please jangan tunjukkan kan sangat sikap tamak tu. Kerja nak telan duit student je. Dah tahu kuota hostel tak mampu nak tampung pelajar yang ramai, yang pulun sangat ambil sampai tujuh ratus orang tu apehal. Hostel hanya mampu tampung lima ratus, lagi dua ratus mana nak campak. Otak ada fikir, tak guna ada gelaran apa pun tapi kalau tak pakai otak pangkat tinggi pun orang pandang sinis.

Tapi aku tak nafikan la masalah pun ada juga yang berpunca dari kitorang sendiri. Adik aku dengan serabai, rambut panjangnye. Lepas tu nk daftar kena tunggu kawan kawan lah pulak sebab nk duduk bilik sekali. Macam macam hal. Apa yang pasti segalanya settle lebih kurang jam sepuluh malam.

Memenatkan betul.

Monday, July 18, 2011

Tercapai

Akhirnya, setelah lama tunggu dapat juga apa yang diidamkan. Before nie agak confius samada nak beli nikon or canon. Tapi lepas fikir panjang, aku try dulu canon sebab roomate aku atikahallias dah ada nikon. So, aku boleh la comparekan dengan dia.





Secara jujurnya, bukanlah beli guna duit aku. Yes, aku mengaku aku takdela kaya sangat kan. Ini semua duit parents aku. Awalnya ini adalah gift untuk aku kalau aku berjaya capai pointer yang membanggakan, tapi tk sangka aku dapat awal. Eh, bukan bermakna aku still dapat even result teruk, tapi ini aku dapat sebab aku dah perform for last semester. Even sikit pun jadi la kan.

Lagipun bukanlah kegunaan aku seorang, for family juga. Buat masa ini my dad suruh aku belajar dulu selok belok dunia photography. Dia akan sokong dari belakang kalau dah itu minat aku, so dia taknak halang. Aku bukanlah hebat sangat. Memang zero knowledge pasal kamera kamera nie. Just dia pesan, asalkan jangan abaikan study and always perform the best every semester.

So. terima kasih ye untuk benda di atas itu..



ps : lagi gilalah blog nie sebab dipenuhi gambar merapu aku.

Thursday, July 14, 2011

Final exam short sem


INTRO TO MICROPROCESSOR


Selesai dah tempoh short sem aku. Berjaya juga habiskan walaupun awal awal tu ada terlintas nak drop. Paper final tadi boleh la jawab mana yang tahu. Terima kasih la kat sir kamal dengan sir ismail ye sebab push kitorang suruh buat past year paper.

Tak berani nak confident sangat sebab keputusan tak keluar lagi dan macam macam boleh jadi kan. So, berserah jela. Tapi harap sir bagi la lepas ye. Oh, jujur disini aku tak reti langsung buat program so, soalan program semua aku tinggal. Damn!

Wednesday, July 6, 2011

Terima kasih daun keladi

Lepas dah segala beban untuk sementara waktu nie. Ha, terima kasih untuk semua yang dah banyak tolong aku dengan atikahallias. Terima kasih banyak banyak. Pastu sanggup plak layan kerenah kami yang tak tahu apa apa nie. Sikit sikit jerit kat ym takpun fb.

Aku nak cakap kat sini, yang aku sayang sangat sangat kat korang. Hahahaha. Lain kali bolehlah bantu lagi ye. Ops, final next week, bantu aku ngan atikahallias lagi ye.

Apa, bukan meniru la. Bantu kami untuk belajar. fahamkan apa yang kam tak faham. Itu saja. Tak minta banyak pun. So, sama sama kita doa eh, semoga kita semua lulus dengan berjaya untuk subjek yang agak killer ini. Yeah!

Tuesday, July 5, 2011

Ambil printer yang telah dibaiki.

Hanya disebabkan sehelai kertas, aku dengan atikahallias terlepas sampai ke bukit bintang. Itu cerita hari jumaat. Dari plan asal hanya nak pergi klcc tengok wayang, jumpa adik di kl sentral dan terus balik bertukar menjadi tengok movie di klcc, tetap pergi ke kl sentral tapi naik monorail ke sungei wang plaza, jumpa adik, bagi surat, sesat dan tiba tiba sampai bukit bintang. What a miserable moment and that day we just wore baju kurung.

Ha, ingat lagi entri printer rosak di fullhouse? Ini kesinambungan selepas printer yang rosak telah kembali pulih.

And yesterday, our plan just to pick up printer dekat plaza low yat, tapi entah macam mana tersampai ke midvalley dan taman tasik titiwangsa. Berjalan tak ingat. Nak pergi midvalley sebab nak lunch je. Last last lima jam duduk dalam tu merayau dari satu kedai ke satu kedai. Then naik ke rooftop's garden bergambar. Lepas tu dah tak tahu nak pergi mana, so aku suggest pergi taman tasik titiwangsa sebab dah petang. Jalan jalan ambil angin petang sambil bergambar lagi lagi dan lagi.








Lepak sampai enam lebih, duduk kat meja batu sembang nak dinner dekat mana. Tapi yang terkeluar cerita lain. Sampai lah tersedar dah jauh tersasar dari cerita asal baru bincang balik about dinner. Semua setuju makan dekat kampung baru. Bila sampai sana, oh my god of course la banyak kedai kan. Kampung baru la katakan.




So, we decide makan dekat hr steak house. Secara jujurnya, ini baru pertama kali aku dengan atikahallias makan dekat sini. Aku dulu ada gak sebut sebut nak datang sini makan, tapi apa kan daya takde siapa nak bawa kan. Aku quite impressed la dengan harga dia. Really affordable la.








Bila dah kenyang, mata pun asyik nak tutup je. Berangkat la kami pulang ke hostel. Oh, terima kasih untuk shafiqsaat sebab menjadi pemandu serta tour guide yang tak berapa nk guide sangat la kepada kami berdua dan terima kasih sebab sudi meluangkan masa bersama.

Urgh. Penat penat. Assignment pun berlonggok lagi tak siap. Final pun dah nak dekat. Haish. Please pray that i can make it on time.

Monday, July 4, 2011

Rindu mereka

Terbaik gila, roomate aku atikahallias sedang sibuk buat program untuk LED yang aku pulak masih sempat mengular update blog. Lepas tu baru la tergedik gedik tanya itu ini.

Sekarang ni rasa nak balik membuak buak gila. Tapi memang benda tu akan datang pun kalau dah dekat dekat nak final. Saja nak goda aku. Dahla dengan lab tak siap lagi, assignment pun sama. Nanti nak present apa pun aku tak tahu. Esok pula ade kuiz.

Tapi apa yang pasti aku RINDU dekat kawan kawan aku di Taiping. Rasa macam lama sangat tak jumpa diorang. Pastu hati nie rasa macam tak sedap je, rasa macam ada something jadi dekat diorang yang aku tak tahu. Haish, cepat la 17 july. Aku nak balik jumpe mereka kesayangan aku.









Merekalah kesayangan serta pujaan hati aku. Susah nak tinggalkan mereka nie. Gambar nie waktu diorang berjimba tanpa aku dengan finaz sebab kami tiada di taiping. So jelezzz.




ps: kopitiam tu pun aku rindu juga.