Monday, November 5, 2012

Final Exam is coming.

Final exam semakin hampir. Seriously tak ready apa-apa langsung. Banyak melanggut depan laptop berbanding study. Asal hari isnin je, penyakit malas tu menyerang aku secara bertubi-tubi. Attendance sem nie memang paling worst dalam banyak-banyak sem.

Kadang tu rasa nak ketuk kepala kat dinding sebab banyak sangat rileks dari buat kerja. Kali ni punya schedule final memang buat aku mengucap panjang. Nak kata pembuka dewan tu bukanlah tapi kira isnin tu dah ada paper la. Gap yang agak panjang. Seperti sem lepas, semicon adalah subjek terakhir. Kira penutup dewan la. Memang mengundang betul. Mujur la bagi peluang nak study lebih sebab gap yang panjang.




Yang kat atas tu segala jenis kerja yang aku perlu submit before boleh 'bercuti' sakan. Tepi tu pula jadual final yang paling 'terbaik' aku pernah dapat. Nampak report FYP tu, actually aku tak buat apa-apa pun lagi dengan proposal. Apa yang madam bagi suruh betulkan, aku biar macam tu je. Bakal jadi kerja last minute aku rasa. Tangguh punya tangguh, akibatnya tanggung sendiri.

Btw, semoga semuanya berjalan lancar. This blog maybe will not be update until finish final exam. Nak tahu lebih boleh pergi kat sebelah kanan then click dekat another blog kat ruangan Jemput Tengok tu. Hiks. Blog tu, aku update tak kira masa. 

Ada apa-apa boleh email saja takpun tu aku ade letak tweethandle aku. Tanya kat twitter pun boleh. Masa aku banyak habis kat situ je.

Wednesday, October 17, 2012

Short Film : Passport Ekspres







Ini memang awesome. Storyline yang bagus dan quite bermakna. Seriously aku rindu karya-karya seperti ini. Ada jiwa. Bila lagi boleh aku bagi otak aku makan dengan cerita-cerita macam ini. Simple tapi bermakna.

Selalu karya-karya seperti ini, yang berani buat adalah Yasmin Ahmad. Now i'm proud sebab dah makin ramai pengarah muda yang berani buat filem macam ini. Even just a short film, tapi ini adalah salah satu permulaan untuk industri filem kita. Supaya penonton buka mata untuk filem-filem bergenre seperti ini.

Oh, btw good job Rewan Ishak and crew for this awesome short film. It was a brilliant idea. Keep it up.

Tuesday, September 18, 2012

Bon Voyage, Finaz.




14 September 2012
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Untuk awak yang berkaca mata, bercardigan belang, berbaju cream cartoon biru. 
Ya, awak. 
Nur Faridatul Syafinaz. 
Selamat menempuh suasana baru di tempat yang asing. 
Jaga diri. 
Ingat kami sentiasa.
Ingat dua tahun itu adalah satu tempoh yang sekejap.
Ingat segala pesanan kami *perfume* hiks.
Banyak sangat tempat yang awak senaraikan nak pergi.
Saya mahu setiap tempat satu sourvenier untuk saya. Kalau tak saya murka. Ok, bergurau.

Lastly,
Study hard. Jangan stress. Paling penting, selalu ingat Allah :)
We will miss you.
Go Liverpool go! #YNWA
Eh?
Go Finaz go! 
Ini baru betul.

Monday, August 20, 2012

Raya Pertama

Raya pertama. Tiada apa yang istimewa. Cuma pagi-pagi dah kena tinggal sebab aku uzur. So, diorang pergi kubur dan sembahyang raya tanpa aku. Duduk rumah sambung bersihkan rumah. Mereka tinggalkan dapur dalam keadaan yang sangat berselerak. Masing-masing penat. Di atas dapur masih ada rendang dan kuah spagethi yang sedang dimasak. Aku sebagai orang yang kena jaga rumah sekaligus kena jaga lauk juga. nasib badan.

Balik saja mereka dari sembahyang terus setting kamera. Tembak menembak time. Kali nie punya gambar raya takde kakak aku sebab dia balik Butterworth.




Tengah best tembak menembak, orang dah mula datang. Seperti biasa, yang biasa datang awal ke rumah aku sudah semestinya kanak-kanak. Misi mengumpul duit raya la katakan. Macam aku dulu, pusing keliling kampung beraya. Elok saja mereka balik kami pula sambung makan.

Selepas itu orang dah mula ramai. Selalunya yang datang saudara mara saja. Mereka saja pun dah penuh ruang parking. Itu untungnya ada keluarga yang besar. Kebetulan rumah aku memang di kampung, so memang sangat meriah berkumpul sanak saudara. paling bahagia bila aku yang berumur dua puluh tiga tahun nie masih lagi terima duit raya. Untunglah masih belajar. Umur banyak mana pun duit raya masih lagi dapat. Sampai rasa segan pula nak terima. Hiks.

Oh, setiap tahun aku mesti akan buat kek. Tahun lepas Kek Coklat, tahun nie aku try buat Red Velvet dan Rainbow Cake. Mujurlah habis. Takut juga kalau tak habis.


 Red Velvet Cake


Rainbow Cake





Oh, nie si kecik dengan baju raya mereka di malam raya. Excited cuba baju baru. Banyak sungguh la baju diorang berdua nie. Sangat la untung.

Lastly,



Selamat Hari Raya.
From me.

Saturday, August 11, 2012

Iklan raya

Ada beberapa hari lagi untuk semua umat islam menyambut kedatangan syawal. Kalau masuk town time macam nie, penuh dengan manusia yang sibuk membuat persiapan menyambut raya. Mujurlah aku sudah bersedia awal. Malas nak bersesak sesak mencari barang yang akhirnya bakal mengecewakan aku juga nanti.

Seperti tahun-tahun yang lalu, kita sering disajikan dengan iklan-iklan raya yang agak meruntun jiwa kita. Paling tak pernah mengecewakan kita iklan-iklan dari Petronas. Ya, iklan merekalah yang sering kita tunggu-tunggu setiap kali raya, tahun baru cina mahupun merdeka.

Dan untuk kali ini sekali lagi menjadi rutin aku untuk menunggu iklan daripada Petronas. Mungkin sedikit patriotik iklan kali ini disebabkan kita berada di bulan ogos. Bulan kemerdekaan. Membawa aku kepada pandangan yang sedikit berbeza. Membawa aku untuk melihat negara luar dari Malaysia. kehidupan luar Malaysia. Jujur aku kata ia mampu buka mata aku.




Strangers. Belum tentu kita dapat selami perasaan orang itu jika kita tak cuba untuk mengenalinya terlebih dahulu kan.



Oh, newsfeed facebook aku sibuk dengan orang berkongsi lagi satu iklan dari Bernas. Tergelak bila baca comment, "tengok iklan nie sambil potong bawang, habis berair mata" Yeah, quite syahdu iklan itu. Kisah perjalanan dua orang kanak-kanak yang kurang upaya ditambah pula sudah tiada ibu dan bapa betul-betul buat aku sedar yang nilai kasih sayang itu sangat penting dalam sesuatu perhubungan.





Cuma apa yang aku terkilan, kenapa tak buat iklan yang sedikit gembira. Setiap tahun mesti nak sedih je. Tapi satu-satunya iklan yang betul aku suka adalah iklan raya dari Petronas tahun 2003. Mengenai tujuh beradik yang mencari seekor lembu untuk dimasak oleh ibu mereka. Tak perlu sedih pun kita mampu sampaikan mesej kan. Seimbangkan sedih dengan gembira adalah lebih baik. 

Ini hanyalah pandangan. 

Apa pun Selamat Menyambut kedatangan Syawal buat semua. 

Monday, July 30, 2012

New semester

Dah hampir seminggu lebih berpuasa. Macam mana puasa korang semua? Aku harap berjalan dengan lancar lah ek. Untuk sekian kalinya berpuasa di perantauan. Dah hampir lima tahun aku tak berpeluang berpuasa di rumah. Tapi ada untungnya, sekali sekala balik boleh minta apa saja dan mak akan masak. Senyum.

Dah selamat sampai di hostel tercinta. Bakal memulakan semester baru sambil berdebar tunggu result short semester. Harap mampu dapat apa yang dijangka. Tak terlalu letakkan high expectation, cukuplah sekadar mampu naikkan balik pointer aku yang jatuh merudum tu. Nak kena struggle juga sebab dah nak masuk last semester. Masa depan dah kena start fikir.

Untuk FYP dah jumpa advisor tapi macam-macam kata-kata buruk yang didengar. Tapi sekali dah terlajak pilih, mustahil nak diundurkan balik kan. Mengeluh. Hanya mampu berserah dan berdoa supaya smooth je perjalanan FYP aku dan kawan-kawan. 

Ok, nak kena fikir juadah berbuka untuk hari ini. Masalah.

Saturday, July 14, 2012

I am Lejen 2

Sekali lagi habiskan duit dekat buku-buku tercinta. Kali nie lebih sikit banding yang dulu. Aku tak tahu macam mana nak bendung ketagihan aku ke buku. Macam penagih dadah yang akan terseksa jika tak dapat ubatnya. macam itulah aku bila tak dapat buku. Tapi mujurlah buku kan.

Ini baru sebahagian yang dapat di snap. Actually ada lapan buah semuanya. Lagi satu iaitu KasaRnova  dipinjam oleh pakwe kawan aku. Hasil daripada nie dapatla juga mug Kopi dengan sticker kereta free. Oh lupa, aku ada juga beli vcd Kopi. Lupa untuk snap sekali. Balik nie kalau kumpul semua sekali memang banyak sungguh koleksi buku aku. 






Aku dah mula fikir, nak sumbat dekat mana semua buku-buku nie. Nak kena minta dekat mak buat mini library la pula. Sengih sendiri. Ini pun belum dicampur dengan beberapa Buku Fixi yang bakal adik aku beli. Dosa dengan Invasi aku tak sempat baca pun lagi dah keluar Murtad dengan Hilang. Haish. Tak terkejar aku. Cepat sungguh diorang keluarkan buku.

Actually, buku-buku macam ni banyak mengubah persepsi aku pasal kehidupan. Dulu aku selalu disogokkan dengan kehidupan dalam novel yang selalunya indah-indah saja sedangkan realitinya bukanlah seindah itu. Bila baca buku macam nie, nah ambil kau. Buka mata luas-luas dan tengok sendiri realiti kehidupan yang sebenar. Tapi dengan cara membaca.

Sampai kadang-kadang tu aku duduk melepak, dah jadi habit untuk aku lihat gelagat orang dan aku akan terfikir mungkin macam ni kot apa yang diceritakan oleh penulis. Buku-buku macam nie juga buat fikiran aku jadi lebih matang dari sebelum nie. Mengeluh. 

Panjang sangat aku menulis nie. Its time to study la pula. Nak kena mengadap tiga paper minggu depan. Doakan aku boleh buat yang terbaik :)


Monday, July 9, 2012

Advance Birthday Party


Simple advance birthday party for our friend, Noor Atikah Allias. Actually lama dah tinggal acara sambut sambut birthday nie. Last sambut time diploma dulu. Someday terfikir pula yang since duduk Gombak nie langsung tak pernah celebrate any of us punye birthday, so terkeluar la idea nak sambut this girl punye birthday :)




Quite penat juga la nak merangka plan sebab masing-masing balik kampung. So, nak kena tunggu everyone balik barulah boleh celebrate. Then nak kena sorok dari empunya badan lagi. Kat sini kena pratikkan segala skill lakonan yang ada. Mujurlah menjadi *clap* bolehlah jadi Pelakon Pembantu Terbaik. 

Terpaksa menipu pergi beli barang semata-mata nak pergi survey harga kek. Siap minta tolong her scandal to pick up us beli kek. Time tu mujur lah masing-masing ada scandal dan bolehlah menipu kata keluar dengan scandal nak jalan-jalan. Padahal, pergi keluar beli kek. Heh, thanks to Masri untuk afford dan kerjasama yang diberikan sampai plan nie betul-betul menjadi.

Tengok, kami menipu punya pasal sampai birthday girl sendiri pakai seluar kotak-kotak je turun sambut birthday. Kata suprise kan. Memang dia betul-betul tertipu even though dia agak confius kejap sebab everyone lepas balik dari berjalan, then bersiap lawa-lawa macam nak keluar lagi. Tapi berjaya ditutup oleh aku supaya tak kantoi.

Love them*big hugs*

So, hope this friendship will stay forever and ever. Bila ingat balik, my girlfriends yang betul-betul rapat tak pernah lebih dari sepuluh. From sekolah rendah, menengah, diploma untill degree sama je. Tak enam, tujuh. Maybe Allah tak bagi banyak-banyak supaya senang nak jaga kot. Sedangkan yang sedia ada pun pelbagai masalah timbul, apetah lagi kalau ramai.

So, happy birthday to Atikah Allias. Sweet 23 even dah tak berapa nak sweet sangat. Dah tua da cik kak oi. Fikir-fikirlah pasal kahwin pula. Bukan calon dah ade ke ;p

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day



Baharudin Bin Mat Isa

Orangnye kecil je, tapi kudratnya tak sekecil orangnya. Kadang-kadang menjadi pelawak untuk kami sekeluarga. Tak perlu tunggu maharaja lawak mahupun super spontan kerana boleh tengok lawak depan mata sendiri. Seorang abah yang super hebat di mata anak-anaknya.

Btw, Happy Father's Day!




Disebelahnya adalah orang yang sentiasa menyokong dia dan juga kami adik beradik. 


Saturday, June 16, 2012

Musnah

Abang besar sudah balik. Hati kini boleh senyum riang.

Seminggu nie kepala cukup serabut dengan segala hal yang tak masuk dek akal.
Semua berpunca dari sikap sambil lewa. Itulah, bila terlalu jauh dari landasan agama, halal dan
haram langsung tidak ambil peduli. Dosa pahala juga dah dibuang jauh dari diri.

Mungkin aku tidak layak untuk cakap hal agama, tapi sebagai kawan aku agak terkilan bila
aku dan rakan-rakan dijadikan kambing hitam.

Kalau boleh undurkan balik masa, aku nak sangat supaya aku langsung tak megenali kau.
Aku senang hati, tidur aku pun confirm lena.
Tidak seperti sekarang. Segalanya kena berjaga. Bersedia atas segala kemungkinan.
Buat aku rasa nak lempang muka kau yang hodoh tu, dan rasa nak jahit mulut kau yang
bercakap tak henti tu.

Selepas ni, maafkan aku kalau aku berkasar sedikit dan buat tidak peduli. Ye, kau masih kawan aku
tapi bukan kawan yang aku rasa aku patut rapat lagi.

Terima kasih untuk segalanya yang telah kau musnahkan.
Terima kasih.

Saturday, June 9, 2012

Perkhabaran

Kegelisahan aku dua tiga minggu lepas dibayar hari ini. Lama juga tunggu panggilan dari 'my brother', tapi tak call pun. Risau tak payah nak kata.

Dan tadi dia telefon from China and bagitahu tak perlu risau tentang dia. He supposed balik Malaysia last week, but dia kena tahan for a few months. So, he said that maybe we will meet at this coming Hari Raya.

So, take care brother. Miss you a lot :)

Simple Update

Aku rasa macam dah lama tinggalkan blog nie tanpa diupdate. Bukan apa, masa tak mengizinkan aku untuk melepak depan laptop dan menulis entri. Mei lepas aku cukup sibuk bercinta. Ya, bercinta dengan segala nota dan buku.  Tapi tak lama, cukup seminggu sebelum habis mei aku dah break up. Well, aku memang selalu tak lama kalau berhubungan dengan benda benda begitu. Seminggu yang berbaki aku gunakan untuk terapi diri aku. Bila dah break up hati ada rasa sedikit gelisah. Biasalah kan.

Terapi aku mudah saja, buku buku fixi serta lejen press yang aku rembat dulu ketika PBAKL dulu, aku ambil dan aku baca satu persatu. Terapi yang agak berkesan bagi aku kerana jiwa aku sudah kembali pulih. Hebat? Tak juga, Allah lagi hebat.

Now, i'm back to Gombak. Kena harungi short semester pula. Even though agak susah sebab apa yang kita belajar dalam masa lima bulan telah disingkatkan menjadi dua bulan. Tapi nak tak nak kena survive jugalah. Jadual yang agak pack sebab kelas dari isnin sampai jumaat. Sembam muka atas bantal. Dah takda masa untuk pergi hoore hoore tengok wayang. Just ada masa untuk download cerita sebab wifi laju. Tapi terpaksa redha bila burn cerita dalam dvd dan dvd itu telah dirembat mr monyet. Pasrah.

Thursday, May 10, 2012

I am Lejen

Jumaat lepas pergi menggila dekat Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Nak sampai sana pun dah banyak sangat dugaan. Tak perlu lah nak cerita kat sini sebab kalau cerita nanti akan jadi cerita yang tersangat panjang dan korang for sure akan bosan.

Tujuan aku kesana hanya satu, serbu booth FIXI sahaja. Duit memang dah di prepare awal awal. Mula ingat nak guna duit sendiri tapi akhirnya terpaksa minta ehsan mak dan abah hulur juga. Hasilnya tengoklah. Untuk hanya lapan buah buku saja aku berjaya habiskan RM 148.90.

Niat aku untuk jumpa kak Zara tak berapa nak kesampaian sebab dia datang keesokan harinya. Tapi tak mengapa. Mungkin belum jodoh ya kak? Kita jumpa lain kali saja. Tarik nafas, senyum.

Dan ya, aku memang seorang pembaca yang tegar. Buku adalah dunia aku selain muzik.








Oh ini bila aku dan roomate jadi gila. Kami pernah berselipar serupa dan kali ini pencil case kami pun serupa. Lepas ini belum tahu lagi apa yang akan serupa. Mujur juga kami tidak minat pada lelaki yang serupa. Kalau tidak, perang!



Wednesday, May 2, 2012

Hello may :)

May datang tunjukkan muka lagi. Banyak benda jadi dalam April, benda yang aku sendiri tak jangka akan jadi. Apa yang aku harap, apa yang berlaku dalam April tak akan berlaku dalam May. Kepala aku dah cukup semak nak fikir segala masalah yang timbul. 

Pasal pelajaran, pasal kawan, pasal manusia sekeliling aku. Semua tu buat aku rasa macam nak lari jauh dari kenyataan. Tapi apa je yang aku boleh buat. Duduk dan terima. Itu yang dah ditetapkan, so aku kena face it.






Say hello to Final Exam. Dimana aku ada enam paper untuk sem ni. Berperang dengan segala macam perasaan. Gelisah, takut, teruja dan macam-macam lagi.

Hope aku mampu harungi May dengan seribu satu senyuman di bibir. 

Friday, April 20, 2012

Semak Otak

Done! Nak menjerit kuat lepas semuanya selesai. Yang tinggal hanya beberapa lagi assignment yang tak berapa nak peningkan kepala. This week tak dapat nak balik sebab kalau balik dah macam rushing la pula. So, just wait till next week, balik ramai-ramai dengan members sebab study week.

Memang, kalau study week bukannya kami study, tapi itulah masanya untuk balik kampung untuk jangka masa yang agak panjang.

Malam ni mereka semua dah susun jadual untuk berhibur buat sementara waktu.

Ya, movie marathon!

Oh, aku rindu Airis Alexandria dan Airiel Darwisy.

=.="







Sunday, April 1, 2012

April

Hello April :)


So, March dah tinggalkan aku dengan seribu satu cerita pahit dan manis. Even aku dah cuba untuk memaniskan March aku tapi still ada juga pahit datang menyelit. Lumrah hidup, begitulah.

April, even aku suruh kau be nice dengan aku pun belum tentu kau akan jadi nice kan. So, just follow the flow. Bila dah masuk April ni means Final Exam pun dah dekat. Kenalah start study dan this April will be hectic month with full of assignments, report, quizzes and so on.


So, good luck guyz. Hope korang dan juga aku boleh tempuh April nie dengan senang hati.

Tuesday, March 27, 2012

Generation






This video reminds me to my childhood so much. Oh, really miss my friends, my school and everything in schools. Kalaulah dapat diputarkan balik masa, mesti seronok. Rindu!!!

Friday, February 17, 2012

Hijab and Salam.

Aku tau video nie dah lama. Cuma aku baru terperasan video nie itupun sebab terpandang di wall facebook. Nak buka tengok, line internet agak lembab, so lambat buffer.

Mujurlah broadband dah bayar lepas seminggu barula laju sikit internet setelah pakai broadband.





By the way, i want to thank this little girl sebab buat video nie. Aku pun mula terfikir balik lepas dengar apa yang dia cakap. Aku paling suka bila dia kata " We wear hijab just because of Allah." Simple. Dulu aku selalu cakap, mujurlah aku sekolah dekat sekolah yang wajibkan pakai tudung, kalau tak, faham-faham sendiri la ye. Now, aku dah kene ubah mind setting aku yang aku berhijab sebab Allah :) and aku still dalam proses memperbaiki diri aku supaya jadi seorang yang lebih baik :)





Oh, terima kasih juga kat this guy yang cerita pasal salam. Ok, girls and boys, after this jika terjumpa marilah sama-sama kita memberi salam even to strangers. Bukan salam yang Assalammaulaikum tu je, salam sejahtera pun boleh untuk yang non muslim. Maybe dengan salam yang kita bagi tu, banyak kawan yang kita dapat kenal. Kalau segan sangat, senyum pun takpe. Senyum tu kan sedekah :)




So, let's improve ourselves ok :)

Monday, January 30, 2012

Fatin's Wedding










Tahniah untuk seorang lagi kawan yang telah mendirikan rumah tangga. Lepas sorang, sorang tukar status. Nak datang meriahkan majlis pun pelbagai insiden yang timbul. Tapi tu semua pengajaran untuk kami semua supaya plan lebih awal. Ketika ini juga ada reunion kecil-kecilan sekadar mengumpul kembali rakan-rakan ketika di JMTi dulu. Walaupun bukan semua yang ada, tapi tak mengapa. Mungkin ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. 

By the way, tahniah untuk Fatin dan Awalludin. Fasa baru telah korang jejaki. Aku harap korang mampu harungi segala cabaran dalam berumah tangga dengan bijak. Aku dah takde nak teman kau dah fatin pergi sesi pujuk memujuk bila kau bergaduh dengan abang din. Sekarang kau kena pandai-pandailah handle sendiri. 

Apa pun aku doakan kebahgiaan korang berdua sampai akhir hayat. 


Oh, dan baru-baru ni pula ada dengar seorang lagi kawan aku yang sudah bertunang. Tahniah untuk Farhana dan Abe. So, next destination Kepala Batas la pula kan. 

Tuesday, January 10, 2012

Timetable

Cuti hampir habis. Alah, tinggal lima hari je pun lagi. Jadual pun sudah keluar. Project untuk sem depan pun dah pilih. Tunggu nak masuk dan mengstresskan diri balik saja.




Syabas untuk diri aku sebab berjaya kosongkan lagi hari jumaat untuk tiga sem berturut turut dan terima kasihlah pada pihak universiti sebab letak jumaat tu kosong walaupun kali ni aku langsung tak minta anda kosongkan. Ramai yang seronok dengan kosongnya hari jumaat tu sebab boleh balik awal.

Tapi,

Aku stress tengok jadual aku ni. Pack nak mampus. Kalau macam ni aku rela ada kelas hari jumaat daripada tengok jadual yang macam ni punya pack. Apa ingat aku robot ke nak suruh mengadap buku tanpa henti. Nak suruh aku gila macam waktu sem mula-mula masuk tu ke. Oh, rasa nak terjum lombong.

Tengok pada jadual yang macam ni, mana aku nak selitkan lawatan sambil berhibur ke Sunway Lagoon, Bukit Tinggi, Cameron Highlands, Seoul Garden, Times Square dll. Macam mana juga aku nak bagi tumpuan dekat berduyun cerita korea tahun dua ribu dua belas ni. Macam mana pula dengan TGV dan GSC yang sering melambai lambai menyeru aku datang ke sana.




Ahh, stress!(sebut guna nada Kang Gary) 

Wednesday, January 4, 2012

A M A L I N A

Dua tiga hari lepas TL aku dipenuhi dengan kisah pasal Amalina tu. Aku sendiri tak faham dengan orang sekarang. Siapa kita nak judge dia dengan sesuka hati. Semua orang lakukan kesilapan dan itu adalah kesilapan yang dia telah buat so, beri dia peluang untuk betulkan kesilapan dia. Bukannya dengan menghina dia.

Apa yang dia buat itu antara dia dengan yang ada di atas sana. Kita kat bawah nie hanya boleh berdoa supaya terbuka pintu hati dia untuk berubah.

Bila difikirkan, kenapa perlu di gembar gemburkan hal nie. Sebab dia adalah public figure? Nonsense! Sedangkan tak payah pergi jauh, tengok sekeliling kita pun ada juga jenis yang macam tu. Di kampung, baik, sopan santun dan macam macam la, tapi bila keluar ke tempat yang havoc sikit terus personaliti tu berubah.

Itulah yang dipanggil kejutan budaya. Semua orang mengalaminya, cuma bergantung atas kita samada kita kuat untuk melawannya atau tak. Tepuk dada tanya iman.

Itulah orang-orang tua selalu pesan, bila kita jauh dari ibu bapa dan yang ada hanya rakan-rakan, selalulah ingat dekat Dia. Dekatkan diri dengan Dia supaya kita akan sentiasa dilindungi dari segala perkara yang tidak baik.

Btw, before menjatuhkan apa-apa hukuman pada orang lain, tengok dulu diri kita. Ingat, tiada siapa pun sempurna di bumi Allah ini dan setiap orang berhak untuk diberikan peluang kedua dalam hidup dia.