Wednesday, June 22, 2011

Fixi lagi

Untuk hari ini saja, lagi tiga buah buku aku angkut sekaligus dekat MPH Alamanda. Seriously aku tak sabar nak baca semua. Setelah Cekik memberikan satu impak yang menarik pada aku, Dendam juga begitu dan untuk yang lain buat aku terkinja kinja untuk membaca seperti telah tertelan pil kuda.








Semua ini aku yakin pasti buat aku teruja lagi dan lagi. Berharap segala cerita diatas takkan mengecewakan aku seperti novel - novel yang sebelum ini yang sangat menarik. Novel yang menggunakan imaginasi dan akal untuk memahami dan mendalami setiap perjalanan cerita.

Monday, June 20, 2011

Fatin's Engagement

Akhirnya ada juga masa untuk aku update pasal apa yang berlaku minggu lepas. Semua gara - gara member rumah dulu time belajar kat JMTi bertunang. Excited sebab dia salah seorang member yang dikatakan satu geng la dulu bertunang awal dari kami - kami yang lain. Awal - awal lagi atikahallias ngan haryatikamarudin dah beli tiket train ke Butterworth.

Tapi majlis tu kat Kulim. Di jeti, kitorang dijemput dengan kenari pink milik hidayahanapi dengan adik dia zakiahanapi. Disebabkan majlis tu start petang, kitorang rehat dulu kat rumah kakak hidayahanapi sebelum ke rumah kakaknya yang lagi satu di Sungai Petani sebab dah janji denga kawan - kawan yang ada di SP nak gerak sekali.











Kitorang memang suka menyibuk. Asal ada sesi photoshoot je, mesti nak menyelit. So, inilah hasilnya. Cantik kan. So, untuk kawan aku fatinzalikha, selamat bertunang dan Insyallah kalau takde apa - apa halangan kenduri kahwin nanti kitorang semua akan sampai ke sana sekali lagi. Menyelit lagi la kitorang dalam sesi bergambar.

Untuk segala gambar diatas a big credit to Lovelight Photography.

Fixi

Untuk hari ini saja aku telah menghabiskan wang aku untuk dua buah buku yang kakak aku sendiri kata buku yang bosan. Aku baru saja selesai dengan Cekik dan mungkin esok Dendam bakal diselesaikan. Ada lagi banyak novel seperti itu yang belum aku miliki.





Mungkin ada yang mengatakan buang masa saja membaca buku sebegitu. Tapi tidak bagi aku. Novel novel seperti itu lah yang banyak mengajar aku erti kehidupan manusia dari sudut yang berbeza. Sesiapa yang baca akan tahu bezanya apa.


Baca dahulu dan baru tahu nikmatnya.

Friday, June 17, 2011

Short update

Sorry la lama sangat tak update. Agak busy la sekarang. Isnin dan rabu kelas, petang rabu terus gerak balik putrajaya. Memang takde masa langsung nak update.

Oh ya, minggu lepas salah seorang kawan baik aku dah bertunang. So, i'll update that later bila aku ada masa dan gambar semua dah dapat.

Tunggu ok.

kthxbye.

Sunday, June 5, 2011

Printer rosak di Fullhouse

Ini kisah beberapa hari lepas. Disini nak buat pengakuan jujur, aku dan cik atikahallias telah ponteng kelas microp. Semata - mata untuk pergi bersuka ria?

Salah sama sekali.

Kitorang pergi settlekan printer yang rosak. Kebetulan ada yang sudi nak tolong bawak kitorang pergi Plaza Low Yat kan. Thanks ya en shafiqext. So, kelas hari tu terpaksa la diburn oleh kami. Bila dah alang - alang keluar, aku pun apa lagi ajak la diorang pergi makan dekat Fullhouse Sunway Pyramid. Sebab ramai yang kata tempat ni cantik.






Lama sangat berhajat nak makan kat situ, akhirnya sampai juga. memang cantik pun tempat dia. All in white. Terasa macam suci je. Hahaha. Dah, jum tengok pesanan kitorang.




Ini dipesan oleh cik atikahallias. Rasanya best tapi cepat muak sebab ada rasa butter yang sangat terlampau. Nak makan kena makan slow - slow. Tapi yang pasti sedap!





Ini pulak dipesan oleh en shafiqext. Ini sangat sedap. Lagipun macam favourite menu je kat situ sebab ramai je yang pesan menu ini.





Ini pesanan aku. Pun sedap jugak. Tapi aku melantak isi ayam tu je, roti tu aku makan sikit. Fries pun en shafiqext yang habiskan. Huahuahua.



Actually ada desert tapi terlupa pula nak snap pitcha sebab teruja sangat tengok chocolate yang tersalut tu tambah pulak ais krim yang menyelerakan.


Oh ya, total semua RM 104.75. Harga ni termasuk air tau.


Puas hati, duit pun dah habis, perut pun dah kenyang. Lain kali boleh pergi lagi try menu lain pula. Then boleh ajak lagi ramai pergi sana baru lah meriah sikit kannn.





ps : printer rosak la selalu, boleh makan sedap lagi.

Friday, June 3, 2011

Result sem lepas.

Lama sungguh tak update blog. Bukan takde masa, banyak betul masa aku cuma tiada apa yang nak dikongsikan.

Result dah keluar.

Sila lah terkejut sebab tiba - tiba awal pula result keluar. Tak sempat nak bodek lecture tambah markah. Ngeh. Alhamdullilah semuanya ok. Oppss. Ada yang tak ok tapi tak mengapa, itu kesalahan aku sendiri. Sekarang, apa yang aku risaukan tidak terjadi.

Mara aku selamat. *senyum lebar*

So, sem depan kena usaha lebih lagi untuk naikkan lagi pointer yang alahai ciput je. Untuk member - member yang result gempak, aku ucapkan tahniah. Keep it up dan untuk member - member yang result sebaliknya, its ok, cuba, cuba dan cuba lagi.

Benda tak akan datang bergolek kan kalau kita tak usaha. Kita usaha sama - sama ok kawan - kawan.