Sunday, November 8, 2015

Family Time

Since bekerja ni dah jarang dapat spent time dengan family macam dulu dulu. If dulu cuti semester je balik rumah and every morning dah jadi rutin jogging or jalan jalan dekat lake. Now cuti pun sekadar weekend. Balik Jumaat then hari Ahad dah nak kena balik KL. Memang tak puas balik kampung sekejap sekejap. Ditambah pula dengan aku yang start degree baru duduk jauh dari family. Memang terasa sangatlah sebab before this mostly time aku dihabiskan di rumah. Yeah, this girl is really in love with Taiping. 

My dad kata Taiping ni bandar untuk orang pencen je. So takkan nak tunggu aku pencen baru boleh balik duduk Taiping. Oh, totally a big NO okay. Actually nak story yang this time kitorang balik dapatlah curi masa sikit lepak dekat lake garden. Tujuannya nak bawa budak budak ni main dekat playground but end up dengan kitorang sekali join. Bukanlah join dekat playground but kitorang pergi sewa basikal and round lake. Super fun okay. 
















Kadang tu even simple things pun dah boleh buat kita happy and for me spent time macam nie even sekejap pun dah cukup bahagia dah. Walaupun tak boleh buat selalu tapi once ada masa tu grab je  peluang tu. Banyak sangat masa kita habiskan dengan kawan kawan and kerja so just take a lil bit of your time to be with your family okay. 

Saturday, October 31, 2015

Travelogue : Plan 2016

Jyeah. Another 2 months nak masuk tahun baru 2016. So untuk this 2015 dah stop travel untuk kumpul balik duit yang dah melayang ke merata tempat. Plan travel 2016 dah masuk kalendar. This time will going to Indonesia untuk tiga bulan berturut. 

Jan'16 - Bandung
Feb'16 - Bali
March'16 - Lombok

Ramai juga bertanya why aku tak combine Bandung-Jakarta and Bali-Lombok. Jawapannya adalah Lombok tu aku dah beli tiket awal lagi then baru muncul plan ke Bali. Tambah pula pergi with different people. Bandung pula adalah plan mengejut officemate. Check tiket murah and terus beli. Bila dah beli baru fikir why tak beli pergi turun Bandung balik from Jakarta. Facepalm semua orang. 

So bakal mereput dekat Bandung and Lombok for 5d4n. While Bali just 4d3n. Actually Bali pun plan mengejut. My travel partner saja check tiket sebab time tu AA ada buat promo but Bali mahal. Then dia check Malindo and tengok murah. She just grab the ticket. Bila aku datang pagi tu ke office aku tanya dia beli tiket ke mana and she said "Bali". Terus pandang dia and tanya details. Bila dengar harga tu and dia pun macam hasut hasut sikit suruh beli and aku pun tak fikir panjang terus book tiket la. So muncul lah Bali dalam travel plan aku in 2016. 

So marilah mengumpul duit untuk travel next year. Currency yang agak teruk sekarang ni kena menyebabkan aku kena kumpul duit lebih sikit la. Pening kepala tengok currency sekarang. Itu pun ada hati nak plan pergi tempat lain lagi. Yela, passport expired bulan Jan'17 so aku hanya boleh travel until Jun'16 je. Selagi boleh penuhkan cop kita penuhkanlah kan. Heh. 

Itulah plan aku buat sementara ni untuk next year. Tak tahulah kot akan ada penambahan lokasi nanti kan. Wait and see la okay. 

Tuesday, October 6, 2015

Aunty Niece Nephew Day's Out

Sigh. This two kids keep on kacau me. "Angah, kite nak tengok Inside Out." Ayat itulah yang diulang ulang sampai sakit telinga dengar. So untuk stop that from getting worst, buy them ticket la. Tomorrow will be Angah-nephew-niece day's out -.-". 

Movie starts at 1.40 pm and we arrive at IOI City Mall around 12 pm. Still have time to pusing the mall and this aunty wants to buy some stuff for herself. Once we enter the mall, there there at the center of the mall ada pula events toys. This kids annoyed me again with "Kita nak tengok saja" things. Mujurlah they keep their promise to just take a look only. Thank god. 













Puas main naik atas and wait until the screen show our hall's number. Dalam hall si Airis buat hal nak susu even I already bought them corn in cup. Huh. Terpaksa la pujuk cakap cerita akan habis sekejap saja lagi. She merengek until cerita habis -.-"










Finally masa untuk makan. Bawa diorang makan dekat Johnys since Airiel nak makan benda yang bersup. Sekali lagi Airis buat scene. Dah duduk dan order food dia nak pergi toilet pula. Minta dia tahan but she really can't endure it anymore. So terpaksa minta tolong kakak meja sebelah tengokkan Airiel while I quickly bawa Airis pergi toilet. Mujurlah sampai situ je drama. Habis makan terus balik. If pusing lagi mall macam macam drama lagi bakal muncul.










Tough day for me. Tapi seronok since tak pernah keluar dengan mereka ni bertiga. Selalunya at least ada adik aku as a backup. Maybe boleh repeat lagi but seriously mall yang dekat dekat jelah. Heh. 

Baby Grey

Hai. Penat balik kerja pun tak habis lagi tambah pula dengan stress tengok kereta berdebu. Sekarang nie ada construction apa entah dekat area belakang office. So all the lorry keep on ulang alik. Lori pasir yang berdebu. Ditambah dengan jerebu yang entah bila nak hilang. 

Just wasting my time and my money okay. Basuh kereta hari Sabtu and datang hari Isnin and what you get is this



Facepalm betul. Rugi 10 ringgit basuh kereta Sabtu lepas. So there is nothing much I can do except redha and redha. Dilla adalah manusia yang sangat penyabar *puji diri sendiri* 

Saturday, October 3, 2015

Haze GO Away!

Oh rindunya untuk kembali menulis. When can I get my own laptop hah. Sigh

Oh as you guys know sekarang ni memang tengah musim jerebu. Sesak yang amat nafas bila keluar. Terpaksa kurangkan aktiviti luar dan banyakkan aktiviti di dalam rumah which is TIDUR. Kah. This year punya haze macam teruk sangat. Sampai boleh feeling feeling duduk Cameron Highlands sambil makan strawberry yang manis. Ahah. 



Acah acah macam duduk dekat Condo Mewah yang dikelilingi kabus. Awesome guys, awesome! Semua tu dalam mimpi jela. 

So guys don't forget to wear your mask bila keluar rumah okay. Oh, please redha je baju bau busuk asap. It's okay, you can just put them inside the washer machine with tons of softener okay. Settle. 

Okay now i'm going to take a nap. Feel so sleepy and tired after driving in such a bad weather. 

Tuesday, August 25, 2015

Travelogue : From Krabi With Love

Day 5 ( 20 Jan 2015 )

Masa untuk balik. Habis dah holiday. Back to reality. Back to kota paling sibuk. Berat betul rasa nak balik. Disebabkan flight petang, so pagi after check out pergi cari makanan untuk lunch. Van akan datang pickup untuk bawa ke airport dalam pukul 3 petang. Before pergi lunch round pantai aonang untuk the last time. 

Bila pula nak pergi lagi kan. So round kasi puas. Makan street food puas puas supaya balik nanti tak teringat ingat. Kah. 







After lunch terus lepak jap van pun sampai. Dalam van kitorang tidur je sampi airport. Flight pukul 6 ptg. Sampai Malaysia pukul 8 lebih camtu. Finally it's really the end. Huks. 





Goodbye Krabi. Thanks sebab bagi memori yang terbaik untuk kitorang. Dari sampai hinggalah balik alhamdulillah langsung takde masalah. Semuanya smooth je. Baca blog orang lain ada kata tour guide teruk la, pastu gajah dianiaya la. Macam macam. Tapi alhamdulillah kitorang tak alami semua tu. Semuanya elok je aturannya. 

Total bajet 5h 4m dalam RM600 termasuk flight and hotel. Sehabis jimat dah tu. Makan mewah pun tak mewah mana. Actually kalau pandai boleh jimat lagi. So pandai pandai lah ek. 

Thanks again Krabi. 

Sunday, August 23, 2015

Travelogue : Phi Phi Island

Day 4 ( 19 Jan 2015 )

Aktiviti terakhir dan aktiviti yang paling dinanti. Phi Phi Island. Bahagia sebab pergi pagi so bolehlah nampak kecantikkan pulau pulau dekat sini. Seperti biasa pukul 8.30 pg orang datang pickup. Kali ni kitorang naik bas sebab trip ini memang ramai yang join. Sampai dekat pantai, dengar briefing sikit pastu tampal sticker dan bergerak ke boat masing masing. Naik speedboat okay. So siapa yang mabuk laut ke ape ke silalah makan pil sesiap. 





First destination Maya Bay. Sini dia bagi around 40 minute untuk kita buat apa saja. Semestinya aku berendam la kan. Mana tahan tengok air jernih nampak dasar. Kaki ni gatal je nak cecah air.








Masa kitorang sampai orang still tak ramai tapi by the time nak gerak balik tu gila macam semut pulau tu. Mujurlah kitorang dah nak gerak dari situ. Next destination Viking Cave. Nothing yang menarik pun. Gua je. Kah. Bagi aku la. 

Then terus bergerak ke Phileh Bay. Sini lagoon dia superb gila. Biru yang amat. Sebabkan ia lagoon so no coral bagai la. After that bergerak ke Monkey Bay. Sini dah nama pun monkey, so tengok monkey jela. Tapi tak lama pun. Duduk sekejap then gerak pergi ke next destination untuk snorkeling. 







Then boat berhenti dekat Lohsamah Bay. Sini dia bagi snorkeling. Ombak time nie teruk sikit so kitorang tak berani nak turun. Duduk atas boat bagi ikan makan je. Ada one family nie, kitorang tolong jagakan anak diorang sementara diorang pergi snorkeling. Kihkihkih. Tolong menolong amalan yang mulia. 

Disebabkan air laut dia bergelora macam melampau sikit so majoriti semua naik boat awal. Macam spoil la mood diorang sebab laut bergelora teruk. So dari situ bergerak ke Phi Phi Don untuk lunch. Sini lunch dia buffet dan memang halal sebab kat sini perkampungan islam. Kau jejak je kaki dah nampak sign no alcohol here. So makanan memang selamat dan halal. 

Dari segi makanan not bad juga. Kitorang makan berselera sungguh. Mungkin sebab lapar atau mungkin juga sebab makanan tu memang sedap. Dah habis makan jalan keliling kampung tu kejap. Sini diperuntukkan sejam. So makan cepat adalah masa nak merewang sikit. 





Travel partner aku yang sorang nie memang. Semua tempat kalau boleh dia nak melompat. Heh. Aku pun layankan aje. Perut dah kenyang naik boat dengan angin bagai memang masyuk la. Mata rasa nak pejam je. Last pitstop adalah Bamboo Island. 

Dekat sini lama sikit sebab kitorang dah cut masa dekat snorkeling tadi so sini dia bagi masa lebih sikit. Kat sini pun boleh snorkeling. Tapi snorkeling dari pantai. Ikan pun banyak juga. Tapi jenis ikan yang sama je. 






Semua gambar acah acah pandai berenang. Kuang kuang kuang. So dah puas berjemur cukup sejam lebih so slow slow lah bergerak balik. Dalam boat sementara nak sampai tu boleh la lelapkan mata kejap. Penat hoi main air. Sampai dekat hotel lebih kurang pukul 4.30 petang. 

Mandi bersihkan segala jenis pasir bagai turun balik jalan pergi ke pantai aonang layan sunset. Sebelum tu macam biasalah makanan kena ada. Paling kena cuba dan tak boleh lupa pancake la. Dah macam signature pula. 






Ini yang kitorang beli dekat area pantai. Nak lagi terbaik korang berjalan la sikit pergi beli dekat Yaminlah. Situ pancake dia memang awesome la. Ramai je blogger yang pergi krabi nie recommend tempat tu. 






Untuk dinner malam tu kitorang beli dekat makcik depan hotel je. Ikan keli dengan sotong bakar. Not bad la rasa dia. Bolehlah nak isi perut malam tu. Malam tu memang tidur lena la. Letih punya pasal. 





Esoknya akan kembali ke Malaysia. Huks. 



Travelogue : Hotspring, Emerald Pool and Elephant Trekking

Day 3 ( 18 Jan 2015 )

Pengembaraan diteruskan. Half day tour pula. Today hanya aktiviti darat. Masuk hutan keluar hutan je. Back to nature katanya. Pukul 8 pagi dah turun tunggu van datang pickup. Beli breakfast kat 7e sebelah hotel then lepak jela. Dalam pukul 8.30 pagi van datang then terus ke krabi town sebab ada juga certain people on the same group dengan kitaorang duduk dekat town. 

First destination adalah Hotspring. Jauh juga la perjalanan nak pergi ke sana and sempat jugalah si travel partner aku Afifah nie tidur seround. Driver kitorang that day sporting even pendiam sikit. Hiks. Sampai hotspring kena menapak sikit untuk masuk ke dalam. Tapi tempat terhad so kitorang tak berendam pun. 







Itulah kerja kitorang sebab tak boleh nak berendam so kitorang guna masa yang ada pergi meneroka hutan. Masuk sampai ke mana hala. Last last lepak kat kolam rendam kaki. At least bila orang tanya air panas ke tak boleh la jawab kan. Masa yang diorg bagi dalam 40 minit kot. Then dalam lebih kurang 10 minit tinggal tu kitorang bergerak pergi ke van untuk next destinasi. Emerald pool yaw. 

Ha, nak masuk sini yang paling mencabar. Ini barulah namanya trekking. Kena menapak masuk ke dalam lebih kurang 800 meter kot. Bertabahlah ye. Kitorang tak bawa baju spare so tak bolehlah nak mandi manda dekat emerald pool so decide teruskan trekking ke Blue Pool. Inilah tujuan utamanya pun. Oh, 800 meter tadi baru sampai emerald pool eh. If nak ke blue pool sila berjalan lagi dalam 600 meter. 






Kepenatan itu dibayar dengan kepuasan sebab dapat tengok betapa cantiknya Blue Pool tu. Puas bergambar so turun balik ke emerald pool. Masa ada banyak lagi so sekali lagi acah acah rendam kaki jela. Geram je hati sebab tengok air jernih tapi tak boleh nak berendam. Sabar jelah. Tips siapa yang pergi sini follow tour, pergi blue pool dulu baru berendam dekat emerald pool okay. Masa tak banyak so gunakan sebaiknya.









Tamat pengembaraan. Penat so sambung tidur dalam van. Dari emerald pool teruskan perjalanan ke elephant trekking pula. Ini memang jauh sebab si afifah ni sampai tidur bangun balik pun still tak sampai lagi then dia tanya driver bila nak sampai. Hahaha. Sampai je terus nampak gajah beratur banyak. Excited sekejap. 







Pengalaman paling win sekali dalam hidup iaitu naik gajah. Oh my, rasa nak menangis sebab serious tak stabil langsung tambah time turun bukit. Aku rasa macam nak tergolek ke bawah je. Tapi best sebab kitorang dapat gajah yang berjalan sangat jauh. So lama la juga duduk atas gajah tu. Sila pegang barang elom elok okay. Nasihat tu nasihat. 

Elephant trekking tu last destination. Dalam pukul 3 ptg dah sampai hotel. Naik bilik mandi berehat atau dalam erti kata lain tidur, the bersiap untuk pergi ke pasar malam lagi. Dua kali pergi sebab dah tahu nak naik bas semua kat mana. Bajet expert la. This time pergi beli sourvenier sebab hari tu pergi dah survey. 

Tak lama pun sebab decide nak dinner di aonang. So beli sourvenier dan terus gerak balik. Malam tu dinner mewah sikit. Tapi maaflah sebab nama restoran tu aku lupa. 




Makanannya sedap tapi pedas meletup mak kau. So far kitorang takda masalah langsung dengan food kat sini. Segal benda kitorang balun. Tapi confirm la yang halal je. 

Perut dah kenyang, balik charge energy la sebab esoknya aktiviti air pula. Phi Phi Island. Yeay!