Thursday, September 30, 2010

Hikayat dua hari (part 2)

Hari kedua
Jam 1 petang sebab terlewat bangun

Macam biasa la, dimulakan dengan menghantar message dekat Si Badul aka Abang Tiri.

" Wei, bangun. Jadi g OU ke tak "

Sepuluh minit tunggu. Tiada balasan. Fine. Tak bangun tido lagi. Lebih hebat dari aku. So, aku malas nak kacau dy tido, aku biarkan je dan dah mulakan buat plan yang lain.

" Nak pegi kul bape? " Itu maknanya Si Badul baru bangun tido.

Disebabkan dah pukul 2 lebih, so selepas buat perbincangan ktorang suruh Si Badul ambil pukul 3.

Packing segala barang sebab nak balik hostel terus. Kemas sikit sikit sebab rumah orang. Turun bawah bagi kunci dekat jiran, buang sampah, tengok tengok dah terconggok kereta waja tu kat bawah. Oh, ada Baby juga.

Dalam perjalanan, DD Gurl buat satu pertanyaan yang membolehkan Si Badul patah balik ke Hostel BMI.

" Kupon Dominos bawak tak? "

Disebabkan Si Badul lupa, patah balik ke Gombak. Kegembiraan Atikah sangat terserlah sebab dy memang taknak join. Bak kata dy, pucuk dicita ulam mendatang lah sangat. So, dy tak ikut dan lepak hostel je. Oh ya, Baby jadi mangsa untuk berlari naik ke tingkat 4 ambil kupon.

Cuaca ketika tu macam pagi. So, kami pon badget la macam keluar di waktu pagi sedangkan waktu tu dah pukul 4 petang. Destinasi seterusnya pergi ambil awek Baby, Teha. Bermulalah perjalanan yang penuh berliku. Terlepas simpang nak ke rumah Teha, so kami kena la U TURN balik. Haish.

Kemudian menuju ke destinasi seterusnya iaitu The Curve. Ada orang tu tak pernah pergi sana. Sampai sana cari Dominos. Tapi takde, so bergerak ke One Utama plak sebab ada sumber mengatakan kat sana ade Dominos. Setengah jam je lepak dalam The Curve. Bukan ade pape pon dalam tu.

Bergerak la kami ke One Utama dalam keadaan yang hujan di luar. Tapi takpe, naik kereta. Sampai sana benda pertama yang di cari papan information. Cari cari, still xde Dominos. Tak puas hati, Si Badul g tanye kat akak yang lepak kat meja pertanyaan tu. Akak tu kata takde. Ceh! Sumber Si Badul nie memang takleh pakai.

Disebabkan dah hampir nak berbuka so, kami redha je la kedai ape pun. So, mulakan misi mencari kedai makan untuk dibooking. Tapi seriously nasib ktorg sgt malang sebab semuanya sudah fully booked. Jalan terakhir hanyalah keluar dari OU dan cari Dominos di luar.

Aku memang suke main GPS nie sebab macam main game plak. So, aku yang diarahkan untuk menentukan nak makan di Dominos mane. Aku pun dengan gatal tangan tekan Damansara Height dengan harapan dekat. Padahal jauhhhhhh la sangat. Sekali masuk dalam perumahan mewah la plak. Lawak lawak. Tapi nasib sampai before buka puasa.

Selesai semua, Teha nie cakap nak beli barang kat Mydin Selayang. So, gune GPS la. Tapi GPS nie langsung tak boleh pakai sebab tak update jalan dan bangunan sebab dalam tu xde Mydin Selayang. So, main redah je sampai nak sampai Rawang sane nun. Gile punye jauh. So, ktorang U TURN ok U TURN balik.

Malu bertanya sesat jalan. Tak malu pun tetap sesat jugak. Orang tu tipu kata Mydin tu dejat ngan Stadium Selayang. Padahal xde pun. Nak kata terlepas pandang, tak juga sebab dah berkali kali pusing kat situ. Pastu Teha dah mula ingat sket sket, tambah ngan info yang dy dapat dari kakak dy, so akhirnya kami jumpa gak Mydin tu.

Nak masuk dalam tu punye la sesak. Tyme tyme tu juga Si Baby nie nak pergi melabur saham. Adoyai. So, kami si perempuan nie turun dulu sementara Si Badul pergi cari parking. Adalah dalam setengah jam berpusing pusing dalam Mydin tu. Kemudian sampailah ke misi menghantar Teha pulang. Tetap juga ada halangan.

Kali nie bukan terlepas simpang tapi terawal masuk simpang. Actually boleh je lalu tapi masing masing tak tahu jalan so terpaksa la kami U TURN balik. Dah hantar Teha bergerak la kami pulang ke BMI. Tapi sampai sekerat jalan, dengar jeritan dari Baby. Kunci kereta dy tertinggal dalam beg awek dy. Seperti sedia maklum kami pun U TURN la balik ke rumah Teha. Sebelum gerak, Si Badul tanya dulu kat Baby kot kot ada lagi barang yang dy tertinggal.

Dalam kul 10.55 kami sampai BMI. Gaduh jap ngan pak guard pastu blah masuk hostel dan berehat. Tamatlah sudah perjalanan kami yang penuh berliku.


Selamat Hari U Turn Sedunia!


Sekian.



Tamat.....



ps: gambar takde ok.

Hikayat dua hari (part 1)

Hari Pertama.
Jam 12 tengah hari lebih kurang la.

" Abang tiri! Jum g shopping ".

Bermula dengan pesanan ringkas itu bermula la segala kejadian. Melepak dulu di KLCC sementara menunggu najmi datang pick up. Pukul 2 lebih Si Badul datang.

" Okays. Korang nak pegi mana? "

" Times Square!!! "

So, bergerak la ke Times square. Pusing punya pusing, DD gurl sambar sehelai kemeja. Separuh mati tunggu minah tu pilih antara grey dengan cream. Tiba tiba rasa tiada keseronokan di TS, so bergerak keluar ke Sunway Pyramid. Disebabkan tak tahu jalan, ktorang guna benda canggih iaitu GPS.

GPS tu asyik bercakap tanpa henti. Bahasa Melayu dia sangat failed. Memang kene pergi kelas pemulihan bahasa. Asyik ulang ' Laluan Pantas, Sila patuhi had laju '. Sangat annoying okays. Tapi membantu juga kami sampai ke destinasi

Pusing pusing dalam Sunway Pyramid. Rambang mata tengok sales yang berlambak. Melekat satu cardigan kat aku. Berpeluh diorang tunggu aku amik decision nak beli. Padan muka. Its time to berbuka puasa. Semua tempat dah penuh. Fully booked okays. Merempat la kami kat Wendy's.



Misi seterusnya iaitu mencari seluar si badul. Masuk ke SUB. Si Badul terpegang satu seluar ni. Aku dan DD Gurl keluarkan tanduk setan menghasut Si Badul suruh beli. Tapi Si Badul menepis segala hasutan dengan mengeluarkan ayat selamat.

" Rilex. Kita jalan dulu. Kita g kat G2000. Kalau takde, kita datang sini balik ".

Seperti yang dijangka, akan kembali ke kedai SUB. Tanpa perlu berfikir panjang, Si Badul terus sambar seluar dengan potongan harga 20%. Menyesal di kemudian hari tidak berguna ya. Nasihat untuk Si Badul. Selesai segala misi, bergerak keluar dari Sunway Pyramid.

" Destinasi seterusnya kemana? "

" Eh, jum g I-City!! "  DD Gurl mengeluarkan idea.

" Jum! Baby nak follow kita. So, kita g ambik dy dulu ".

Bergerak ke Old Town White Coffee sebab Baby gtau dy ada di sekitar situ. Sekali lagi guna GPS untuk ke sana. Dah borak borak dengan Baby, then trus ke I-City dalam keadaan hujan.

" Ala....ujan la. Camne nak jalan jalan tengok lampu? "

So, lepak dulu kat kedai mamak. Minum minum, makan makan sambil tunggu hujan berhenti. Then, bila dah renyai sket ktorang pergi dengan satu kereta iaitu kereta Si Badul. Kereta Baby tinggal kat situ. Elok je sampai sana.

" Nah Alla, ko nak pegi sini sangat kan. Ha, tengok la puas puas ". Nada perli syial.

" Cantik!!! Tapi kalau ade KAMERA CANTIK lagi best ".





Pusing pusing sampai bosan. Dua tiga kali kena priiitttt sebab buat suka suka hati. Eleh, lampu pun dah banyak terbakar, kecoh nak jaga jaga lagi. Kitorang bayar okays. Sepuluh ringgit plak tu. Dah bosan kitorang blah dari situ.

" Ha, puas hati dah adik tiri? Kecoh sangat nak datang sini " Damn, kene lagi. Asyik kene je aku.

Peristiwa paling lawak, cari kereta Baby tak jumpa. Pusing sana sini, u turn sana sini tak jumpa jumpa. Tapi at last jumpa juga. DD gurl ngan aku berpecah. DD Gurl naik dengan Baby, aku naik dengan Si Badul. Destinasi seterusnya Bukit Bintang jalan jalan.

GPS yang gila telah bawak ktorg menyusuri jalan yang sangat pelik. Sampai boleh nampak tikus tikus berkeliaran tanpa arah tujuan. Terlampau banyak. Liar juga tikus ni tak reti reti nak balik rumah. Haish. Bukit Bintang takde pape. So terus ke Dataran Merdeka.

Lepak sampai pukul empat lebih. Bersembang mengenai hati, perasaan, isu semasa, lawak bodoh, tak puas hati. Semua keluar sebab nak isi masa yang lama tu. Then bergerak ke Danau Kota untuk sahur. Kemudian Si Badul dan Baby hantar kitorang balik ke Setapak dan mereka kembali ke BMI. Tido.





Bersambung.......


Make a new story

Kadang kadang sesuatu masalah tidak perlu diceritakan pada semua. Cukuplah sekadar melepaskan dengan tangisan yang mampu membuatkan kita lega seketika. Ya, itu yang aku lakukan.



Aku rindu. Rindu pada seseorang, rindu pada sesuatu, rindu pada kenangan silam. Kenapa rindu itu wujud, jangan dipersoalkan kerana aku tidak punya jawapan. Senyap. Kerana ego, aku ketepikan semua itu.



Hujan yang turun seiring dengan air mata yang mengalir.




Huh. Please wake up and make a new story girl.



Yes, new story.










ps : kuiz postpone! seribu rahmat bagi aku. ;))

Tuesday, September 28, 2010

Nur Airis Alexandria

Semalam aku dapat berita mengatakan kakak aku sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.


Aku tiada peluang lagi untuk pergi melawat kerana tidak mempuanyai masa. Nasib aku baik sebab adik aku mms gambar baby.



Nur Airis Alexandria


So, Airiel dan ada adik sekarang. Sudah jadi abang la dia. Be a good gurl ok Airis. Gud combination. Airiel and Airis.


Kena buat satu folder untuk gambar Airis plak.






ps : kembalikan diriku ke Taiping!

Friday, September 24, 2010

Seminggu yang nazak




Report yang tunggang langgang.



Kesihatan yang makin teruk.



Hidup yang semakin tak teratur.



Tidur yang sering terganggu.



Lab sheet yang hilang tak dapat dikesan.



Baju yang banyak tak dibasuh.



Assignment yang perlu disubmit.







Seminggu yang nazak. Sangat penat.





PS : karoke jum!

Friday, September 17, 2010

Random

Sudah lama tak kena tag. Juga sudah lama meninggalkan profesion jawab menjawab tag nie. Tapi kini tag sudah kembali. Terima kasih kepada Mr Syed Fauzi kerana megetag saya.

1 . who sleeps in bed next to you ?
rumah- sorang, hostel- tikah

2 . do you ever lied to a boyfriend/girlfriend to get out of somethings ?
soklan maut. jujur kukatakan PERNAH.

3 . what kind of kuih raya did you make ?
Cornflakes madu cos senang.

4 . best day of the week ?
Sabtu dan Ahad sebab cuti dan boleh rilex.

5 . what's really creepy ?
tak tahulah.

6 . what's your current fandom / obsession / addiction ? 
Internet and baking

7 . what are the colour of your baju raya ?
Hijau campur gold sket

8 . what did you eat for break fast today ?
Today? Today dah raya ke-8 lah.

9 . what is your aim for this raya ?
Duit raya dan berkumpul with frens!

10 . what was the last things you bought ?
Paling last? Kek Chocolate Fudge dgn paper plate for bbq.

11 . what was the cuttest people you've seen recently ?
Airiel Darwisy

12 . does the cute people affect your mood ?
Ofcos laaa

13 . what is your zodiac sign ?
Pieces

14 . do you want to learn other skills ?
Photography ang cooking

15 . 5 things you can't live without ?
Hanphone,laptop,kereta,kamera,external

16 . if you could meet anyone now , who would you meet ?
Siapa huh. Ntah

17 . what's somethings you'd to say to someone right now ?
Tolong bawak saya keluar g jalan.

18 . what are you looking forward to ?
Kamera DSLR

19 . say something to the person who tagged you ?
Tak tahu nak cakap pe sebab terjumpa dalam blog tak penah jumpe reality.

korang kne tagged!
Kamu, kamu, kamu,anda,anda,anda,kamu dan anda.

Going back to Gombak

Perkara paling aku malas nak lakukan adalah packing segala barang dan kembali pulang mengadap segala buku serta assignment yang boleh membebankan kepala otak ni.



Cuti selama seminggu lebih nie begitu indah sampai hati berat nak balik ke Gombak. Aku bakal merindui katil dengan tilam yang empuk, wifi rumah yang laju berbanding wifi bmi, televisyen yang menayangkan cerita cerita menarik, dan segala galanya di rumah lah.



Airiel juga bakal tinggal di Taiping. Menguatkan lagi sebab mengapa aku tak mahu balik ke Gombak.




Ok, aku dah mula rindukan semua tu. Bila lagi boleh balik Taiping.




Mungkin lepas final.







PS : kek, kueh raya. bekal bekal!

Friday, September 10, 2010

Satu Syawal

Setiap kali satu syawal muncul, ini pasti terjadi. Berpakaian baru, pergi ke kubur, balik ke kampung kemudian pergi sembahyang raya.



Gambar tiada untuk kali ini sebab sibuk di dapur. Baru terhegeh hegeh nak masak juadah untuk dihidangkan.



Setiap tahun aku tiada kesempatan untuk bersenang lenang kerana ada banyak pinggan mangkuk perlu dicuci. ya, bermain dengan air sangat seronok. Main sampai kecut tangan.



Misi seterusnya adalah mengumpul duit raya. Aku belum berkahwin mahupun bekerja. So, masih dapat duit raya. Harap maklum.





PS : saya mahu kuih semperit!!

Random

Malam itu.


SEBELUM


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


SELEPAS


Terima Kasih kepada Mr Syamim untuk semua kek itu.

Thursday, September 9, 2010

Reunion + Buka Puasa

Hari Rabu aku diisi dengan mengemas rumah dan petang berbuka puasa dengan rakan rakan sekolah dulu. Berkumpul kembali untuk bertukar tukar cerita. Bak kata orang barat, reunion.

Secara kebetulan rakan rakan yang belajar di luar negara pulang ke Malaysia.






Harap nanti dapat berkumpul lagi macam ni. Terima kasih kepada Sham sebab organize majlis ni. Terima kasih juga kat kawan kawan sebab sudi datang. Terima kasih juga kat Megat sebab jadi photographer malam tu.




Terima Kasih Kawan.




" Kau teman sejati
Kita teman sejati
Hadapilan dunia
Genggam tanganku
Tak mudah untuk kita sadari
Saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita pahami
Berbagi rasa di hati " ~ Nidji, Arti Sahabat






PS : nak aiskrem cepat!!!!

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan raya buat semua


Hari Raya dah dekat. Persiapan pun hampir siap. Kuih muih main tunjuk selagi boleh. Lauk pauk malam raya baru masak sebab baru terasa kemeriahan.

Mercun, bunga api dah berdentam dentum, menyala nyala sana sini. Pelita dah mula menghiasi rumah rumah ribuan manusia. Sunguh meriah.


Disini, saya nak menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan saya terhadap semua. Ya, saya tahu bukan hanya Hari Raya boleh minta maaf, sangat klise kan, sebab hari lain pun boleh juga. Tapi tak salah kan. So, saya akui saya banyak buat silap samada sedar atau tak sedar sebab saya hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Kalau ada saya termengata, termengutuk, terbuat sakit hati, terkasar bahasa, termelawak melebih, tersepak, terterajang, atau ter ape ape pun, silalah maafkan saya. Kosong kosong lah ye. Lepas raya baru kita kira balik.

Buat semua rakan rakan, pembaca setia blog hingusan nie, stalker stalker, followers, saya ucapkan :

 SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Sesiapa orang Taiping, jemputlah datang ke rumah yang sentiasa open. Yang bukan orang Taiping pun nak datang boleh juga. Kedatangan anda semua amatlah dialu alukan ye.




" Di sana apakah ertinya Syawal
Tangisan dan rintihan tiada henti
Alangkah hibanya di Aidilfitri
Buminya bagai ambal duri
Mari puji memuji kepada tuhan
Titis kasihnya melimpah seluruh alam
Mari puji memuji tuhan yang ESA
Insafi nikmat di beri di hari raya " ~ Siti Nurhaliza, Anugerah Aidilfitri






Ps : Sangat panjang ucapan ini. Ada spagethi, makaroni dan macam macam. Lalalala~~~

Thursday, September 2, 2010

Worst Day

Feel free for a while. All papers already answered. Heaven dan sangat heaven. Raya dengan gembira. Soal markah letak tepi dulu. I can already jangka my results.




Otak blur plus last minute study plus careless while answered the questions. With all of that, you all pun boleh jangka my results kan.






Let it be the worst day for me.






" Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on " ~ Daniel Powter, Bad Day







Ps : Bosan dengan masakan cafe.

Wednesday, September 1, 2010

Klon Final Exam

Klon final exam dah muncul. Tak pernah aku study sebegini rupa. Seperti nak berperang di akhir sem lagaknya. Bertungkus lumus, beriya iya sampai tak tidur. Satu paper dah lepas. Engineering Mathematics II. Selamat dijawab dengan tak berapa nak jayanya.


Tiga lagi paper nak datang. Semua sumbat dalam satu hari. Boleh pecah kepala untuk sementara waktu.



Bila nak cuti nie.




" May the angels protect you
Trouble neglect you
And heaven accept you when it's time to go home
May you always have plenty
Your glass never empty
Know in your belly
You're never alone " ~ Lady Antebellum, Never Alone





Ps : Pencetus semangat sentiasa ada. Smile.