Wednesday, March 30, 2011

Just go

Kadang - kadang aku tahu, aku dicari bila ada masalah, bila diri sedang down. Aku ni sebagai penyuntik semangat kau.

Tapi,

Lepas nie kau buat - buat la lupa siapa aku sebab aku dah penat dengan kau. Pergi cari orang lain yang aku rasa kau sendiri dah jumpa sebagai penyuntik semangat yang baru.

*tarik nafas dalam - dalam*


Takpe. Aku rela. Pergilah, jangan risau sebab aku masih lagi happy even kau tiada.

*senyum*




ps : segalanya bakal selesai selepas ini.

Hati

Penat la asyik jaga hati orang.
Kali nie nak jaga hati sendiri pula.

Tengok.

Penat ke tak.

Sunday, March 27, 2011

Putrajaya+Kl Sentral+Times Square

Semalam, seharian berada di luar. Menyiapkan assignment di mana aku perlu melawat sendiri tempat kejadian untuk objektif yang lebih jelas. Selesai semua terus ke Kl Sentral untuk berjumpa dengan sahabat dari Ciast. Sementara menunggu mereka, mata aku meliar memandang sekeliling. Memandang pelbagai gelagat manusia yang ada di atas bumi ini.


Di depan Pintu Imam Hanbali Masjid Besi Putrajaya



Tiba - tiba,

" Bagaimana kalau kita berjumpa dengan orang yang tak disangka - sangka "

Puas aku perah otak memikirkan apa yang dia katakan. Siapa orang yang disangka - sangka itu. Apa motif yang kita perlu jumpa dengan dia dan kenapa, bagaimana semuanya bermain dalam otak aku.

Masin mulut cik roomata, @atikahallias.

Memang itu yang terjadi. Berjumpa dengan pelbagai orang berlainan negara sehingga @atikahallias berfikir, adakah sekarang musim orang luar melawat malaysia. Tapi tak juga kerana tiap masa ada saja pelancong luar yang datang ke sini.

Dari manusia yang berbincang mengenai business juta - juta, sampai lah manusia yang bisu dan bercakap menggunakan bahasa isyarat. Semua itu buat aku berfikir, berfikir dan berfikir. Kemudian,

Binggung.

Aku jadi binggung sampai aku tergelak dan aku cakap pada @atikahallias, sila jangan kata apa - apa seperti itu lagi sebab aku akan jadi seperti orang yang binggung fikirkan itu semua. Takut. Buat terjumpa dengan orang yang paling tak ingin untuk aku jumpa bagaimana. Minta la dijauhkan.

Balik dari berjalan, masing - masing keletihan. Lepas saja mandi, terus melelapkan mata. Tapi semalam merupakan hari yang tak dapat dilupakan. Seperti mengajar aku sesuatu mengenai kehidupan.



Bergembira di Time Square Themes Park



Pikah buat muka minta penampor



Gambar tiada kaitan ;p







ps : kalaulah duit banyak.

Friday, March 25, 2011

Nilai kembali diri sendiri.

Macam banyak betul perkara yang berlaku sampai tak tahu nak mulakan dari mana. Tenung skrin laptop sambil berfikir, dari mana aku patut mulakan semua ini.

Semalam.

Semuanya sudah selesai. Aku dapat rasa suatu perasaan seperti satu beban yang berat terlepas dari bahu. Lega.

Untuk kau kawan.

Aku harap, kau betul - betul dapat cari kembali diri kau. Diri kau yang dulu. Kalau boleh diri kau empat tahun yang dulu. Macam mana aku kenal kau, macam itu la aku nak kau kembali.

Insyallah.

Kami tetap akan ada di belakang kau walau apa pun terjadi. Walau sekejam mana aku pada kau, aku tetap tak boleh buang rasa sayang seorang sahabat.

Cuma,

Selepas ini kau boleh sedar dan boleh membuat pertimbangan dalam hidup kau dengan lebih baik.




Ingat. Semua orang buat kesilapan supaya kita boleh belajar dari kesilapan tu. Biarlah apa pun penilaian orang terhadap kita, janji kita tahu siapa diri kita. Itu antara kita dengan Dia yang diatas sana kerana Dia lebih mengerti setiap manusia yang Dia ciptakan.









ps : gambar holiday sebenarnya ada di SINI. Semalam tersilap letak link. maaf.

pss : jika tak keberatan silalah jenguk ke sehelaikertaskosong kerana aku rasa aku lebih matang di sana.*perasan*

Thursday, March 24, 2011

Melaka

200311. Tarikh paling bermakna untuk bulan ini. Setelah lama tak lepak sekali sejak meninggalkan suasana di Jepun dulu, kali ini kami bertemu kembali. Aktiviti yang dah dirancang lama tapi baru sekarang nak jalankan sebab asal nak buat je mesti ada halangan. Kali ni pun tak ramai yang join.

Biasalah, masing - masing dah ada komitmen sendiri. Komitmen as a student, pekerja dan sebagainya. So, yang join kali ni pun ada komitmen juga just diorang berkorban la sikit untuk kawan - kawan. Bukan selalu dapat gather macam ni.

Just habiskan masa di A Famosa Water World then pergi ke Bandar Melaka, pusing - pusing dalam kereta je sebab cuaca tak berapa nak mengizinkan ktorg berposing sakan. Then terus ke Umbai untuk makan malam. Perghh, memang terbaik. 





Tapi,

Bila nak balik semua gelabah. Aku, cik roomate serta syafiq ofcos la tak boley masuk sebab dah lepas waktu untuk masuk hostel kan. Melainkan kami sanggup kena ceramah selama seminggu. So, masing - masing sayang telinga, ktorg decide tidur rumah Elina and balik esok paginya.




Dan.

Aku dan cik roomate, skip dua kelas untuk hari isnin tu. Seriously memang dah flet gila. Takde tenaga dah sebab semalam tu ktorg join explorace. 

Btw, tenks kawan. Ada masa nanti kita buat trip ke tempat lain pula. Hope lepas ni lagi ramai yang akan join.






 





ps : sayang anda semua sahabat. 

Tuesday, March 22, 2011

Explorace

Fuhh. Hari minggu yang agak memenatkan tapi sangat enjoy. Terima kasih untuk semua yang telah mengisi masa lapang hari minggu aku.

Sabtu diisi dengan explorace yang dianjurkan oleh JKK BMI dengan kerjasama PEMBINA kawasan Gombak. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar walaupun aku adalah group yang terakhir sampai. Biasalah, setiap aktiviti mesti ada kelemahannya sendiri, cuma lain kali cuba la perbaiki kelemahan itu.

Banyak pengalaman yang dapat dikutip. Gambar pun banyak juga yang dapat dikutip. Setelah dikaji barulah tahu kenapa kami adalah kumpulan yang terakhir. Sana sini berhenti untuk snap gambar. Posing tak berhenti. Orang lain terkejar sana sini, kami masih rileks berjalan.

Pengalaman paling menarik bila berjalan dari Pasar Seni ke Masjid Bukit Aman. Dengan keadaan yang hujan, kami redah je. Dari info yang kami dapat dari seorang pakcik bawa teksi ni, dia kata tak jauh, just follow jalan yang dia tunjuk. Secara jujurnya, kami sangat la lurus bendul dan percaya bulat - bulat apa yang pakcik tu kata.

Yang sebetulnya, ia adalah perjalanan yang sangat jauh. Ketika itu, memang rasa nak hempuk pakcik tu. Sepanjang jalan, ntah berapa banyak dosa sebab marah dekat pakcik tu. Tapi apa boleh buat, dah separuh jalan, lang - alang teruskan sampai habis. Orang lain sibuk naik teksi, kitorang berjalan kaki. Memang sangat terbaik.

Apa - apa pun sangat enjoy. Hope boleh join lagi aktivity macam ni. Oh, explorace ni berakhir di Masjid Negara.

Malam tu tidur memang awal sebab esok ada aktivity lain pula bersama rakan - rakan lama. Tunggu updatenya nanti.









Untuk gambar yang lain, mungkin cik roomate akan upload di SINI *lama sangat tak update blog pitcha nie*

Friday, March 18, 2011

Misi kumpul kupon bermula

Keje aku sikit - sikit makin berkurang. Daripada tinggi macam bukit, makin lama makin rendah kena tarah. eh, tarah eyh? Aku pun actually tak tahu perkataan yang betul. Main belasah je. So, maaflah kalau salah. Memang sekarang aku busy gila. Busy kumpul kupon. Ini semua gara - gara nak duduk hostel yang paling aku 'sayang' nie.

Kau tengok, Nuradilla Baharudin join activity kumpul kupon. Kalau ada manusia yang tahu perangai aku yang sebenar, confirm aku akan kena bahan empat hari empat malam. Sebab apa empat hari empat malam, sebab kalau masuk lima hari, memang budak tu akan lebam kena belasah dengan aku. Apa masalah kau nak bahan aku lama - lama.

Untuk hari ini semuanya berjalan lancar. Nasib baik lancar, kalau tak mesti aku akan serabut macam benda tu adalah masalah dunia paling besar aku pernah alami. Time post-mortem prof comm tadi, aku belasah je speaking. Entah apa aku cakap pun aku sendiri tak tahu. Grammar ofcos la tunggang langgang. Tup tup dengar madam kata very good kat aku. Bolehla, dari takde pape kan.

Test mandarin memang buat aku tak keruan sekejap termasuklah roomate aku. Aku nak tidur pun tak boleh sebab asyik teringat benda tu. Tapi aku belasah juga la tidur siap kawan aku masuk aku buat tak layan. Aku dah beriya nak pergi esok dengan alasan tak bersedia. Padahal malas nak menghafal. Tapi, last minute adik aku pulak call kata diorang satu family on the way datang sini sebab tengok si airiel demam and abah aku suruh aku balik kejap.

Dengan confident terus ajak roomate jawab test malam tu juga. Nasib baik boleh jawab. Lepas test ada ceramah pula. Terconggok la dalam dewan sampai pukul sebelas malam. Mujur penceramah best. Kalau tak confirm apa yang dia cakap aku akan 'terlebih faham.'

Sekarang aku rasa macam nak tarik tilam, tutup lampu dan pejam mata. Ha, lupa, isyak belum lagi. Pukul satu baru nak solat, patut kena ketuk aku ni. Leka sangat.


Ok, bai.









ps : manalah kupon yang orang tu janji nak bagi. penat tunggu nak lekat dekat kad hijau nie.

Wednesday, March 16, 2011

Planner



* sila click pada gambar untuk tumbesaran *



Phewwwww. Harap segalanya cepat berlalu. bagi ringan sikit beban di kepala nie. Serious, penat! Seperti nak pejam mata dan bila buka saja, semuanya selesai.

Kalaulah semudah itu.

Masih lagi senyum menghadapi segalanya :)




ps : serta merta teringat nak balik.

Buntu

sekarang nie bila aku dengar perkataan matematik, aku jadi tekanan. tambah bila teringat muka lecturer aku. sebelum nie roomate aku dah dahulu rasa apa yang aku rasa tapi seperti biasa aku suka buat lagak cool aku macam takde pape berlaku. eleh math je pun kan. sekali diri sendiri yang terkena. masalah sekarang kenapa nama aku selalu naik bila kena buat dekat depan. everytime. bukan kadang - kadang. tapi selalu.

dan aku tidaklah berapa nak bijak dalam math. otak dunggu math. aku tidak sama sekali boleh buat something yang on the spot. so, setiap kali aku kena jawab soalan di depan, aku mesti akan rasa nak menangis dan orang - orang bijak dalam kelas tu akan jadi mangsa aku untuk ajar aku sepantas yang boleh. shit kan. kesian kat mereka.

fine.

jap lagi kelas math.


seperkara lagi kebuntuan gila punya terserlah sebab fikir pasal short sem. nak ambil atau just let go. roomate aku ni aku agak sepanjang berada di sini tak pernah lagi balik Langkawi tu. seriously aku rasa kesian gila dekat dia tapi still ajak dia buat short sem. memang kejam. even aku sendiri pun baru berapa kali balik rumah.

sekarang aku cukup benci nak fikir benda nie sebab aku kena cari keputusan yang betul - betul tak akan buat aku menyesal nanti. damn! tolonglah jangan bagi aku serabut lagi. banyak benda nak kena fikir especially meeting post mortem prof comm serentak dengan test oral mandarin.

apa yang dah aku hafal?

nothing.

.......
.......
.....................







ps : explorace lagi, bercuti dengan rakan lagi. seriously buntu.

Monday, March 14, 2011

Kisah silam

aku cuba untuk memahami apa yang dikatakan roomate aku di entri ini. gaya dari cara dia menulis seperti terkilankan sesuatu. aku tak tahu apa yang dia fikirkan kerana aku bukan nujum yang mampu membaca fikiran manusia.

tapi,

betul apa yang dia katakan. kisah silam tak pernah mahu meninggalkan kita malah sentiasa menghantui biarpun sejauh mana kita cuba lari dan sedaya upaya kita cuba untuk lupakan ia tetap juga berlegar di fikiran kita. 

sama seperti dia, aku bayangkan sebaik aku melangkah pergi dari tempat itu segalanya akan ditinggalkan disitu dan tidak mungkin akan dibawa ke tempat yang baru. aku cuba tanamkan dalam diri aku, past is past. tapi yang terjadi adalah sebaliknya. aku penat. penat dibelenggu rasa bersalah, rasa sakit hati, rasa prihatin. 

tapi apa yang boleh aku lakukan. mengulangi kembali kisah yang sama? mustahil. cukuplah sekali aku lalui semua itu. cukuplah sekali aku dipijak bagai tiada rasa sedikit belas kasihan. cukuplah. 

cuma,

jika suatu hari nanti aku diberi pilihan samada mahu kehilangan atau kebenaran. aku pilih kebenaran kerana kehilangan bakal diganti dengan sesuatu yang baru tapi kebenaran, jika dihapuskan, susah untuk diganti.






ps : satu perkataan mampu dirungkaikan dalam pelbagai cara. 

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

sekarang dah jadi habit, jika mahu menonton movie, hari jumaat menjadi mangsa kerana tiada kelas dan kebetulan boleh guna student card dan dapat harga murah ditambah pula orang tak terlalu ramai seperti hari sabtu dan ahad. 

semalam. seperti yang aku katakan di entri yang lepas, aku nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa dan memang betul aku pergi tengok. hanya berdua dengan roomate saja. biasalah, kami sentiasa berdua ke mana saja. 

aku tak berapa nak bijak dalam aktiviti review menreview cerita. bagi aku cerita tu not bad sebab aku tak rasa mengantuk. aku bukanlah minat sejarah sangat, tapi bila tengok cerita tu, sedikit apa yang aku berlajar dulu dan apa yang aku pernah baca mengenai Merong ni terlintas la dalam fikiran aku. 

so, untuk review yang lebih padat dan jitu, silelah ke sini, sini dan sini.

aku bagi tiga link untuk dipilih ikut citarasa masing - masing. lain orang, lain cara review serta pendapatnya. sila terima dengan hati terbuka ya.




ps : save the date for another two movies that coming soon. 

Friday, March 11, 2011

perihal seminggu

apsal ntah berukband hari ini lembab semacam. aku rasa macam nak hempuk - hempuk je.

minggu nie memang minggu serabut kepala. tapi masih buat rilex. untuk result phase test yang baru lepas, apa yang mampu aku cakap, alhamdullilah. walaupun ada subjek yang buat aku sedikit kecewa, tapi mungkin akan dibalas kekecewaan itu dengan yang lain.

dan untuk semalam. terima kasih sebab bekerjasama dengan baik. exhibition berjalan lancar. cuma satu, tak perlulah nak pertikaikan orang lain sedangkan diri sendiri belum tentu sempurna. tak perlu dipanjangkan cerita hanya kerana kejadian yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya. sepatutnya hanya duduk diam dan senyum saja. manusia, sentiasa mencari kesalahan orang lain, tanpa melihat diri sendiri.








ps : jum menonton hikayat merong mahawangsa.

Monday, March 7, 2011

Pulau Redang

saat bergembira telah tiba. cuti - cuti malaysia bermula. destinasi menenangkan fikiran seterusnya adalah Pulau Redang. kali nie tak berapa nak ramai yang pergi. tak macam Taman Negara aritu.

seriously santai gila lepak sana. dah jadi macam jakun tengok laut. hari - hari berendam sampai tak ingat dunia. cukup masa makan, naik pastu turun balik. cukup masa pergi snorkeling, balik dari snork, turun laut lagi. malam - malam pulau tak berapa nak hidup. so, lepak - lepak cengitu je. cukup masa tidur.

secara jujurnya, aku ikut je diorang pergi snork, tapi aku tak snork sangat sebab takut. muka je tunjuk teruja gila, tapi bila masuk tengok segala batu karang, ikan semua muka terus cuak. cantik. memang cantik especially kat taman laut. air pun jernih je. tu yang keje nak berendam je.

done. muka pun dan gelap pastu selsema dengan batuk pun serbu terus. tak nyempat aku nak merilexkan diri. terseksa kejap kena bernafas guna mulut. damn.




AMARAN!
*sile tengok tanpa sedikit pun mata dikerdip. nanti terlepas moments best*





ps : next destination Pulau Perhentian. Insyallah.

Saturday, March 5, 2011

Taman Negara Pahang

fuh. baru ada masa nak belek - belek blog ni. sebelum nie ada je halangan. internet lembab la, berjalan sana, berjalan sini.

cuti mid sem nie memang aku habiskan masa dengan kawan - kawan je. start cuti terus ke Taman Negara Pahang. tempat menarik. dipenuhi dengan hutan. tidur dalam khemah je. hari - hari khemah aku asyik kena sondol dengan babi. siot je. tak nyaman betul nak tidur. masak pun kena sendiri. memang masyuk la.

pergi pun dengan kelab kembara, so aktivity pun macam lasak sikit la. jungle trekking, orientering dan paling best water shooting. malam pula pergi bumbun(aku lupa ejaan) kot tengok binatang. diorang kata nampak rusa dua tiga ekor. aku tak pergi sebab malas.

oh, pagi tu meredah hutan sebab nak naik canopy walkway. memang terbaik. siapa gayat, mengucap banyak - banyak la naik benda tu. asyik nak bergoyang ja. seriously kalau terputus tali, ucap selamat tinggal dunia la. water shooting tu pula macam lawan sembur air kat orang. sebuah bot adalah dalam 10 orang. so, gunakan apa - apa peralatan untuk basahkan pihak lawan anda yang ada di bot lain. so, jangan harap balik dalam keadaan kering.




mini market yang tak berapa nak mini. harga barang dua kali ganda dari harga kedai runcit. miskin miskin.




pengangkutan untuk ke seberang. 




contoh insan yang gayat. langsung tak pandang bawah. siap tutup mata.




pit stop sebelum sampai ke puncak bukit teresek. 




fine. selamat tinggal Taman Negara. 
Periuk Kera Crew aka PKC






ps : next entri Pulau Redang. weuuuuuu.