Monday, July 30, 2012

New semester

Dah hampir seminggu lebih berpuasa. Macam mana puasa korang semua? Aku harap berjalan dengan lancar lah ek. Untuk sekian kalinya berpuasa di perantauan. Dah hampir lima tahun aku tak berpeluang berpuasa di rumah. Tapi ada untungnya, sekali sekala balik boleh minta apa saja dan mak akan masak. Senyum.

Dah selamat sampai di hostel tercinta. Bakal memulakan semester baru sambil berdebar tunggu result short semester. Harap mampu dapat apa yang dijangka. Tak terlalu letakkan high expectation, cukuplah sekadar mampu naikkan balik pointer aku yang jatuh merudum tu. Nak kena struggle juga sebab dah nak masuk last semester. Masa depan dah kena start fikir.

Untuk FYP dah jumpa advisor tapi macam-macam kata-kata buruk yang didengar. Tapi sekali dah terlajak pilih, mustahil nak diundurkan balik kan. Mengeluh. Hanya mampu berserah dan berdoa supaya smooth je perjalanan FYP aku dan kawan-kawan. 

Ok, nak kena fikir juadah berbuka untuk hari ini. Masalah.

Saturday, July 14, 2012

I am Lejen 2

Sekali lagi habiskan duit dekat buku-buku tercinta. Kali nie lebih sikit banding yang dulu. Aku tak tahu macam mana nak bendung ketagihan aku ke buku. Macam penagih dadah yang akan terseksa jika tak dapat ubatnya. macam itulah aku bila tak dapat buku. Tapi mujurlah buku kan.

Ini baru sebahagian yang dapat di snap. Actually ada lapan buah semuanya. Lagi satu iaitu KasaRnova  dipinjam oleh pakwe kawan aku. Hasil daripada nie dapatla juga mug Kopi dengan sticker kereta free. Oh lupa, aku ada juga beli vcd Kopi. Lupa untuk snap sekali. Balik nie kalau kumpul semua sekali memang banyak sungguh koleksi buku aku. 






Aku dah mula fikir, nak sumbat dekat mana semua buku-buku nie. Nak kena minta dekat mak buat mini library la pula. Sengih sendiri. Ini pun belum dicampur dengan beberapa Buku Fixi yang bakal adik aku beli. Dosa dengan Invasi aku tak sempat baca pun lagi dah keluar Murtad dengan Hilang. Haish. Tak terkejar aku. Cepat sungguh diorang keluarkan buku.

Actually, buku-buku macam ni banyak mengubah persepsi aku pasal kehidupan. Dulu aku selalu disogokkan dengan kehidupan dalam novel yang selalunya indah-indah saja sedangkan realitinya bukanlah seindah itu. Bila baca buku macam nie, nah ambil kau. Buka mata luas-luas dan tengok sendiri realiti kehidupan yang sebenar. Tapi dengan cara membaca.

Sampai kadang-kadang tu aku duduk melepak, dah jadi habit untuk aku lihat gelagat orang dan aku akan terfikir mungkin macam ni kot apa yang diceritakan oleh penulis. Buku-buku macam nie juga buat fikiran aku jadi lebih matang dari sebelum nie. Mengeluh. 

Panjang sangat aku menulis nie. Its time to study la pula. Nak kena mengadap tiga paper minggu depan. Doakan aku boleh buat yang terbaik :)


Monday, July 9, 2012

Advance Birthday Party


Simple advance birthday party for our friend, Noor Atikah Allias. Actually lama dah tinggal acara sambut sambut birthday nie. Last sambut time diploma dulu. Someday terfikir pula yang since duduk Gombak nie langsung tak pernah celebrate any of us punye birthday, so terkeluar la idea nak sambut this girl punye birthday :)




Quite penat juga la nak merangka plan sebab masing-masing balik kampung. So, nak kena tunggu everyone balik barulah boleh celebrate. Then nak kena sorok dari empunya badan lagi. Kat sini kena pratikkan segala skill lakonan yang ada. Mujurlah menjadi *clap* bolehlah jadi Pelakon Pembantu Terbaik. 

Terpaksa menipu pergi beli barang semata-mata nak pergi survey harga kek. Siap minta tolong her scandal to pick up us beli kek. Time tu mujur lah masing-masing ada scandal dan bolehlah menipu kata keluar dengan scandal nak jalan-jalan. Padahal, pergi keluar beli kek. Heh, thanks to Masri untuk afford dan kerjasama yang diberikan sampai plan nie betul-betul menjadi.

Tengok, kami menipu punya pasal sampai birthday girl sendiri pakai seluar kotak-kotak je turun sambut birthday. Kata suprise kan. Memang dia betul-betul tertipu even though dia agak confius kejap sebab everyone lepas balik dari berjalan, then bersiap lawa-lawa macam nak keluar lagi. Tapi berjaya ditutup oleh aku supaya tak kantoi.

Love them*big hugs*

So, hope this friendship will stay forever and ever. Bila ingat balik, my girlfriends yang betul-betul rapat tak pernah lebih dari sepuluh. From sekolah rendah, menengah, diploma untill degree sama je. Tak enam, tujuh. Maybe Allah tak bagi banyak-banyak supaya senang nak jaga kot. Sedangkan yang sedia ada pun pelbagai masalah timbul, apetah lagi kalau ramai.

So, happy birthday to Atikah Allias. Sweet 23 even dah tak berapa nak sweet sangat. Dah tua da cik kak oi. Fikir-fikirlah pasal kahwin pula. Bukan calon dah ade ke ;p