Wednesday, March 31, 2010

cronic

Semua benda mereka longgok depan aku. Dari invois sampai la jadi operator. Memang mereka dah anggap aku sebagai setiausaha mereka. Bukan itu sahaja sebagai penyambut tetamu juga. Semua aku sapu. Aku memang tamak. Mata aku sampai naik berpinar mengadap segala kerja yang mereka bagi. Waktu rehat adalah sesuatu yang paling indah bagi aku sekarang. Dulu memang aku tidak hargai kerana setiap masa adalah waktu rehat bagi aku.

Esok merupakan hari paling istimewa. Aku bercuti. Aku ada date dengan mr jpj. Dia janji nak bawa aku jalan jalan pukul dua esok. Aduh. Aku gelisah ni. Lama betul tak berjumpa dengan dia sejak 4 tahun lepas. Macam mana la rupa mr jpj sekarang. Masih masam seperti dahulu ke.

Esok aku kena buat dia gembira. Mesti dia juga rindu nak jumpa aku.

Aku rasa macam aku pernah cakap nak letak gambar mr daddy pergi bangkok kan. Minta maaf la lambat sikit. Aku cukup malas sekarang nak masukkan gambar walaupun hanya perlu ambil camera dan cucuk usb.

Oh ya, adik aku semakin bermasalah. Selepas jakun tengok gasing keluar warna dan lagu crazy frog, sekarang dia tak nak berak dalam toilet bilik dia. Alasan dia sebab dalam jamban tu air dia warna biru. Aku punya kerja semua tu. Aku campak seketul Kleen Max dalam tu. Aku sendiri tak tahu apa kena mengena air tu dengan sistem pemberakan dia. Dia memang buat aku tak boleh terima apa yang dia bayangkan.

Betul betul sudah kronik. Haish.

Tuesday, March 30, 2010

jawab

Apa sekarang musim tag ke. Setahu aku sekarang musim hujan. Sana sini aku tengok orang kena tag. Kali ni aku pula terkena. Tenks to Cik Langit sebab mengetag aku.

1. Siapakah diri anda di rumah ?
   
    Aku seorang kakak yang ada dua orang adik lagi dibawah aku. seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku seorang anak yang selalu buat kepala sendiri sampai parents pun naik pening melayan kerenah aku yang serba tak kena. Haha.

2. Siapakah diri anda di samping rakan.

Cis. Aku tengah rindu dekat kawan kawan aku siot. Bagi housemate aku, aku seorang penasihat it yang tidak bertauliah. Segala masalah melibatkan komputer atau apa apa aku lah yang mereka cari. Sengal je kan. Bagi kawan kawan aku di Taiping aku betul betul suka mendatangkan masalah dengan melemparkan segala masalah dekat mereka. Tapi kadang kadang aku pun jadi penasihat tak diiktiraf kepada mereka.

3. 5 benda yang masih belum tercapai.

Banyak gila kot. Aku nak dapat DL. Tapi sebab aku asyik malas memang tak penah dapat dapat. Pastu aku nak kereta. Aku nak keliling dunia. Ha, kalau suruh senrai semua takut korang terkejut dengan impian merapu aku pulak.

4. Siapakah nama pasangan anda?

Jap. Aku ada pasangan ke. Eh, ada la. Weh, pakcik, jangan marah aku campak nama kau dalam ni. Jeng jeng jeng. Muhammad Fisol Bin Saad. Gerenti ada yang terkejut.

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.

Walawey. Apa ek. Kalau mamat ni baca of cos dia gelak sakan kat aku. First, sikap pemalu dia. Second, sikap tak kisah dia. Third, suka tolong aku time aku perlukan bantuan. Fourth, baru aku perasan dia tak penah marah aku. Pergh, kau baik la. Fifth, biar aku jela yang tau.

6. Bila tarikh anda couple.

Aku ngan dia couple ke. Tarikh tu aku dengan dia saja yang tahu. ;p

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan?

Setahu aku tiada. Kosong. Semua baik baik saja.

8. Lagu tema cinta anda.

Adoi. Aku tak berapa nak jiwang la. Kami bedal je semua lagu. Tiada tema tema. Aku taktau la kalau dia ada tapi tak pernah bagitau aku. Haha.

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda.

Wah. Kan best kalau awak jadi semakin rajin. Buang word 'baloq' tu. Sure cambest.

10. Tag 8 rakan yang lain.

Ini bukan aku suruh. Tapi dah soalan tulis begitu. So, aku kena ikut. Inilah mangsa mangsa aku. Lu kena beb!









Cukupla sampai disini saja. Aku rasa apa aku tulis banyak benda auta yang aku faktakan. Siapa yang tahu saja akan faham.


mr audit

Pagi pagi lagi sudah terima herdikan demi herdikan. Apa aku melakukan kesalahan sampai perlu di herdik sebegitu rupa. Cakap elok elok bukankah lebih baik. Oh, ada mr audit datang. Patut semua kelihatan stress sehingga keluar peluh jantan. Tapi apa aku peduli. Aku hanya pelatih di situ. Tiada kena mengena.

Plan terpaksa dibatalkan gara gara mr audit. Tapi tidak mengapa, aku lebih suka begini dari bersendirian dengan mr questionanswer yang menyesakkan dada aku dengan segala pertanyaan yang di luar pemikiran aku. Sekali lagi kerja sampah yang diberi. Bukan mengutip sampah kerana itu kerja makcik leha bukan nama sebenar.

Untuk mengelakkan aku diberi kerja yang lebih banyak aku mengambil jalan selamat dengan mengajak sis putihayu pergi break. Tapi terserempak dengan mr dan mrs audit. Yeah, aku mulakan lakonan dengan bersalaman dengan mrs audit. Ditanya aku beberapa soalan. Yup, aku lepas untuk menjadi calon menantu kepada anak terunanya yang kacak lagi bergaya.

Itu semua tipu. Siapa anak dia aku sendiri tak tahu. Hanya tahu cakap saja.

Aku rasa mr kelamkabut suruh aku settlekan kerja. Lebih baik aku selesaikan sebelum aku diherdik berulang kali seperti mereka kena pagi tadi. Gerun.

Monday, March 29, 2010

Air

Shit. Air takde. Tempat aku asyik hujan tapi air asyik takde. Apa kes. Aku terpaksa cari alternatif lain untuk mandi. Telaga atau sungai. Aku surrender sungai. Tak berani aku. Buat pergi tak balik balik kena sorok, naya je aku. So, jadi orang kampung zaman hitam putih mandi air telaga. Itu pun aku tak buat sebab aku malu. Gila nak mampus tempat tu terbuka. Aku pilih bilik air mak aku. Bilik air mak aku ajaib. Time takde air, bilik air dia ada air. Gila punya hebat.

Abah aku da balik dari Bangkok. Abah aku tiba tiba jadi photographer yang hebat padahal sebelum ni terkial kial pegang kamera. Gambar nanti aku tunjuk.


Aku rindu gila kat budak atas ni. Dia dah banyak cakap. Maknanya aku kena pergi tengok dia. Mesti. Korang nak ikut aku. Jom. Aku bawa korang jumpa dia. Fantastic lah.

ke 100

Aku terlupa. Aku sedang cari follower aku yang ke 100. Sila munculkan diri sebab aku rasa aku baik hati untuk buat research tentang kau dan post dekat sini. Kalau kau rasa nak aku famouskan kau walaupun kau da famous. Sila tunjukkan diri berserta link blog kau. Terima kasih. Kerjasam kau memang aku hargai.

terpaksa

Aku sekarang boleh tarik nafas lega. Ada ke bagi kerja yang tak logik pada aku. Setakat nak ajar aku sekadar buat sikit sudah la, ni sampai sembilanpuluhsembilan nak kena cari. Memang mampos aku. Tapi sekarang aku nak curi tulang. Apa aku peduli. Mr India sudah berangkat pergi Ipoh. Hati aku senang. Tiada desakan demi desakan yang aku terima untuk hari ini. Harap sampai ke petang la.

Pagi tadi bapak gila aku sampai. Orang lain senang sedap selimut badan aku dah dalam perjalanan ke tempat kerja. Maklumlah pekerja cemerlang. Tapi itu hanya angan angan saja. Aku terpaksa, diulangi sekali lagi terpaksa pergi awal kerana mr ejat buat dajal kat motor aku. Sepuluh kali aku tengking. Ok, aku tak tengking, aku baik so aku cakap elok elok suruh dia pergi isi angin motor. Sampai semalam still tayar tak nak ok. Padahnya aku suruh mrs baju biru hantar aku.

Sekarang aku lapar. Aku nak pergi lunch. Pergi mampos dengan kerja yang dia bagi pada aku. Aku tak mampu nak buat sorang sorang. Apa dia ingat ada lima orang dalam ni. Mungkin dia nampak tapi aku tak nampak.

Stop. Tempat ini usang dan aku membayangkan yang bukan bukan.

Jom lunch. Ngelat atau erti kata lain curi tulang sekejap dengan keluar awal. Yeah. Puas hati aku.

Sunday, March 28, 2010

hujan

Hari hujan. Plan nak menonton rancangan bedah bedah orang mati, ambil cap jari tidak dapat ditonton. Aku berjalan ke ruang utama. Terlihat sesusuk manusia sedang khusyuk menekan nekan keyboard. Aku halau manusia itu. Hampir lima belas minit manusia itu pergi. Manusia itu pergi membuka kotak berwarna kelabu untuk menonton permainan yang mempunyai ramai pemain dan mengejar hanya satu benda bernama bola. Walaupun di skrin tertulis servis currently not available. Manusia itu tidak hirau. Masih kaku di hadapan kotak kelabu itu menunggu sinar cahaya yang akan muncul. Akhirnya sinar itu muncul menampakkan pergerakan manusia.

Aku lupa semalam ribuan manusia menjalankan aktiviti menutup lampu selama enampuluhminit. Tapi aku tetap bergelap kerana waktu itu aku di dalam bilik yang sememangnya gelap sambil menonton filem. Aku cuma sedar bila aku keluar keadaan di sekeliling gelap. Aku pulang bertanya pada adik perempuan samada dia menyokong dengan menutup lampu. Jawapan dia sama seperti aku, lupa. Apa boleh buat kalau sudah lupa. Tidak luak pun kalau rumah aku saja yang tak tutup lampu kan. So, abaikan saja benda itu semua. Tahun depan ada lagi. Aku pasti.

award

Aku dapat award. Terima kasih kepda yang memberi. Aku nak cium peluk kau tapi tak boleh sebab kau manusia bernama lelaki. Haram. Tidak mengapa, aku bagi kasih sayang dari jauh saja.


Ok, aku kena selesaikan segala halangan untuk betul betul menerima award ini. Mari ikut aku tempuhi halangan itu. Kau tak nak ikut, duduk saja diam diam. Jangan menyibuk.

1- Thank & link the person that gave you the award
2- pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3-Contact said blog and let them know they've won the award
4-State 7 things about yourself.
 
Oh, aku da ucap kat atas tadi. Maknanya aku kena ulang kembali. Ucapan terima kasih ditujukan kepada Mr Hariz kerana menganugerahkan award ini kepada aku. Aku sungguh terharu. Terima kasih sekali lagi. Aku tak sangka kau nak bagi pada aku. Takpe, kau da bagi aku terima. Lain kali kau bagi lagi dekat aku ok. 
Bab ni aku cukup lemah. Aku nak pass dekat siapa. Gila sampai 15 orang. Aku pass dekat silap blogger karang tak pasal pasal kena hempuk sebab mereka tak layan menda menda macam nie. Aku buat cara simple la. Siapa yang terbaca aku tulis pasal award ni, korang deserved the award. Memberi itu kan amalan mulia. Aku tiada duit nak bagi, bagi award pun kira ok la kan.

Aku kena bagitau tujuh perkara pasal aku. Adoi. Aku sendiri kurang faham dengan diri aku. 
  1. Aku masih seorang pelajar yang sedang menjalani praktikal.
  2. Aku terlalu gilakan perfume. Betul.
  3. Aku akan jadi pemalu dan pendiam ketika berada di situasi dan dengan orang orang tertentu.
  4. Aku ingin menjadi photographer yang hebat tapi tidak mempunyai kamera. 
  5. Seorang yang gilakan novel. 
  6. Sekarang aku suka baca majalah yang berunsurkan fesyen dan wutever lepastu berangan nak beli barangan dalam tu yang bernilai ratusan ringgit. Sesekali demand tak salah kan.
  7. Yang terahir. Aku terlalu sukakan kanak kanak. Mereka sangat comel. 
Yeah. Berjaya sampai ke garisan penamat walaupun agak terlewat sedikit. Janji sampai dari tak sampai langsung kan. Sekali lagi untuk Mr Hariz. Tenks dan sayang kau la. 


Miss Dilla kata :
banyak juga aku letak link kau. Femes la kau lepas ni.
;p

tolong respect aku

Aku keliru.

Antara kau dan dia.

Kau buat aku rasa annoying gila dengan diri kau. Dia buat aku rasa best gila dengan diri dia. Stupid! Jangan layan aku macam kau layan sampah depan mata kau. Aku ada hak untuk tentukan dengan siapa aku berkawan dan dengan siapa aku keluar. Kau siapa nak diberitahu segala hal aku. Stalker. Cukup aku beritahu pada orang orang tertentu yang aku rasa aku nak beritahu. Kau belum layak duduk di kerusi itu.

Respect dan jujur.

Kau minta kedua dua ini dekat aku. Sedangkan aku tidak pernah menyatakan apa apa. Kau yang terlalu perasan. Maaf, kedua dua itu telah aku bagi pada manusia yang lebih berhak menerima. Manusia yang tidak pernah menghalang aku melakukan apa apa asalkan aku tahu aku siapa pada manusia itu.

----------------------------------------

Alice sangat menarik. Itu pendapat aku. Seperti yang diceritakan kawan adik lelaki aku. Kecik besar kecik besar habis! Mungkin kalau aku menonton 3D akan menjdi lebih teruja. Ya, aku baru pergi meluangkan masa menonton filem itu. Walaupun mr shyshy berkata filem itu rugi ditonton kerana sekejap saja boleh didapati di laman laman download. Tapi apa aku peduli kerana aku sudah berada di dalam panggung. Tidak mungkin aku akan patah balik kerana akan mengalami kerugian tiket yang bernilai sepuluh ringgit. Tetap duit bukan. Duit kawan aku.

Komik.

Memang aku gila komik. Aku tak kisah berhabis duit untuk komik yang aku rasa bagi korang mesti kata dah dewasa pun layan komik. Aku tidak peduli semua itu. Janji aku puas dengan komik komik aku. Aku minta maaf kepda mr shyshy kerana aku lupa nak beritahu tajuk komik aku beli semalam. Bukan salah aku. Komik tu dalam plastik dan kau pula sudah nak masuk panggung menonton filem malaysia kuala lumpur drift. Maafkan aku.

Friday, March 26, 2010

memandu van macam orang mabuk

Puas. Itu perasaan aku setelah dibawa keluar oleh insan insan yang berhati mulia. Sepanjang perjalanan aku di soal siasat seperti aku melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan hukuman mati. Aku angguk aku geleng. Beliau bercakap. Perasaan takut mula menguasai diri kerana beliau memandu van seperti orang mabuk saja.

Orang orang di kampung sungguh lancang mulut mereka. Kepala otak kau, seperti makanan mereka. Tidak kira tua atau muda. Tidak hairan jika anak anak kecil sudah pandai menggunakan ayat tersebut kerana sudah dididik. Jangan tanya kepada mereka mana mereka dapat ayat itu, tapi tanyalah pada diri kau sendiri. Inilah namanya melayu.

Bangkok. Apa yang ada di sana. Aku sendiri tidak pasti. Mungkin mr baharudin akan tahu kerana beliau telah kesana atas urusan yang tidak berapa rasmi. Lawatan sambil belajar. Hal orang orang tua. Aku kurang mengambil tahu. Apa yang aku tahu hanya menulis segala barang yang aku ingin beliau beli ketika di sana. Apakah beliau mampu. Jangan tanya pada aku sebab aku hanya menyenaraikan sahaja. Harap maklum.

Semoga beliau selamat pergi dan balik. Aku menunggu kepulangan mr baharudin beserta brang yang dipesan.

Thursday, March 25, 2010

lakonan aku berjaya

Aku bersembang dengan pemantau. Dia sudah masuk ke alam lakonan aku. Aku hebat. Ya, hebat. Oh, dia tidak berapa kacak untuk di buat lelaki simpanan.

Pemantau : Mana pergi semua orang?

Aku : Oh, mereka semua pergi bekerja. Hanya kita berdua saja.*angkat angkat kening*

Pemantau : Ok, Takpe. Saya juz nak bagi borang ini. Sila cik Adilla isi dan nanti bagi kepada penyelia dan hantar ke Adtec Taiping ya.

Aku : Baiklah. Arahan diterima.

Pemantau : Mereka layan awak baik ke?

Aku : Tidak. Mereka dera saya. Tak nampak kesan lebam ni? *aku gelak dan kembali serius* Mereka layan dengan baik. Seperti ingin buat menantu saja.

Pemantau : Patutla layan dengan baik. Orang comel buat praktikal.

Kau tengok, dia puji aku comel. Ok, korang nak muntah pegi jauh jauh. Aku geli. Dia sungguh sempoi. Melayan segala kerenah dan lawak bodoh aku tanpa banyak soal.

Terima kasih sebab memuji aku budak baik. Aku memang budak yang baik. Sekian.

oh oh keluar.

Grrr. Aku keseorangan di dalam pejabat yang usang ini. Yang lain sudah hilang menyelesaikan segala tugas. Aku, hanya duduk dan merenung sekeliling. Diberinya aku tugas tugas yang seperti sampah. Oh, mungkin mereka fikir aku mengambil jurusan office management. Hurm. Aku perlu pakai taq besar besar bertulis " Diploma Kejuruteraan Elektronik" baru mereka akan perasan.

Aku menekan nekan keypad telefon bimbitku untuk bertanya khabar kawan kawan. Aku bosan. Itu yang aku rasakan. Mereka kata kalau aku keluar nanti aku akan gelap. Aku tidak peduli kata kata mereka. Biarkan mereka tidak mengenali aku asalkan ada kerja berkaitan yang aku lakukan selain mengadap sampah sampah ini.

Mujur tiada duit kertas yang diberi. Itu salah satu taktik mereka.

Akhir sekali, terbiar la aku sendirian di sini. Menunggu jika ada rasa simpati untuk mengusung aku keluar membuat kerja walau aku tahu jika aku buat semua hancur. Maaf itu bukan salah aku. Aku hanya ingin keluar!

Wednesday, March 24, 2010

aku lapar

Hari ini mak dan abah membawa aku dan adek pergi membeli barang dapur. Memang itu yang ditunggu kerana aku dapat beli segala barang suka suka hati. Biar la, guna duit mak abah aku bukan mak abah korang. Tapi kegembiraan itu disentap seketika. Sedang enak menikmati aiskrim vanilla plus coklat. Itu favourite aku.

Kami menerima satu panggilan. Puan Norhanam menjawab. Dalam hati aku berkata mungkin insan bernama kakak yang memanggil. Oh telahan aku silap. Rupanya Ahmad Aizat yang memanggil. Meminta izin untuk pergi ke cc. Rumah aku sudah tiada internet. Korang jangan tanya aku update blog dari mana sebab rumah aku memang tiada internet. Itu sebab Ahmad Aizat lari pergi kedai bernama cyber cafe.

Aku nampak ada garis ketidakpuasan hati di raut wajah abah. Siapa tidak marah jikalau anak keluar rumah dari tengah hari tapi sampai malam tidak pulang. Sikapnya itu membuatkan aku terpaksa menahan lapar sebab abah marah. Shit. Itu saja yang aku ingin sampaikan. Aku lapar. Maaf intro panjang.

Terima kasih sebab luagkan masa membaca.

Tuesday, March 23, 2010

Formspring.me aku da maju

Oh, aku nak maju macam kau orang semua. So, aku buat acc formspring. Haha. Aku dah maju. Korang dah tak boley mengutuk aku kata aku kolot.

So, any questions? Tanya saja. Aku rasa soalan tu logik untuk akal fikiran aku jawab, aku jawab. Aku letak kat tepi tu. Kalau tak nampak kau pergi ambil kanta pembesar atau pergi kedai cermin mata check mata kau sebab aku rasa kau rabun atau mungkin buta? Oh, tiada siapa tahu melainkan diri kau sendiri.

Harap maklum. Ingat, tanya sahaja. Jangan malu sebab aku tahu korang semua memang tak malu.

Monday, March 22, 2010

kau hidup dengan dunia kau

Aku penat. Berehat sebentar kemudian menerima arahan dari madam besar iaitu mak. Oke, aku follow arahan dia. Tapi aku sakit hati dengan betina tak sedar diri yang ada dalam rumah aku ni. Aku baru balik kerja terus suruh aku masak nasi sedangkan itu arahan untuk dia. Aku bengang. Aku diam. Teruskan kerja mengemas. Hal kau aku tak ambil peduli.

Kau dah ambil keputusan untuk mencari gaduh. Aku ikut sebab itu yang kau pinta. Selepas ini kau takkan lihat aku tolong kau, backup kau atau apa apa saja. Semua kau tanggung sendiri. Suatu masa, segala barang aku yang kau pinjam akan aku tarik balik. Maaf, itu yang kau nak bukan, tak mengapa aku ikut. Terima kasih. Kau betul betul menyusahkan hidup aku.

Sunday, March 21, 2010

Jeritan kegembiraan


moshimoshi

Rumah aku penuh dengan suara suara yang begitu meriuhkan. Sana jerit sini jerit. Budak budak lari lintang pukang sana sini. Bebas. Itu yang mereka rasakan. Bingit. Itu yang aku rasakan. Tapi aku tak kisah sebab aku gembira berada di kalangan mereka. Bergelak ketawa, bertolak tolak hingga jatuh dan kemudian terdengar suara teriakan sehingga muncul insan yang memujuk. 

Malam semalam terdengar suara perempuan berkata di cuping telinga aku. " Iwan sangat comell." Sapa Iwan? Aku pun tak mengenali beliau. Entah dari alam mana dia muncul sehingga menjadi kegilaan adik aku di rumah. Beliau menyanyi, eh bukan aku rasa lebih kepada melalak. Yeah, semua yang seangkatan dengannya itu melalak. Aku rasa macam jerit depan mereka dan berkata " Plz pegi melalak dalam toilet supaya hidup aku lebih aman. " Ya Akademi Fantasia. Itu yang aku ingin perkatakan. Dari alam itulah mereka datang.

Tiba tiba aku rasakan berada dalam kegelapan. Ouh, baru aku sedar lampu sudah ditutup. Si kecil perlukan tidur yang cukup untuk bergerak aktif keesokan paginya. Aku perlahan lahan bergerak ke bilik. Berbalas balas khidmat pesanan ringkas sebentar sehingga mata aku tertutup. Oh, tidur rupanya.

. sayoonara .

Miss Dilla kata :
Aku tahu apa yang aku lakukan. Kau tiada hak.
Harap Maklum.

Thursday, March 18, 2010

tajuk aku da habis


moshimoshi.hyehye

Hahaha. Aku happy gila. Buah hati aku nak balik weekend nie. Hey budak, kau tunggu aku buli kau habis habisan. Aku akan buat macam aku tak jumpa kau setahun sedangkan aku baru saja kenakan kau dua minggu lepas. Kau tak reti berjalan bukan. Kau tunggu aku buat kau sampai berjalan. Kau tunggu.

Oh ya, aku baru belajar punch jumper hari ni. Aku rasa seronok dan excited macam aku baru dapat berjuta juta ringgit. Keterlaluan bukan. Kau duduk sana, kau takkan rasa apa aku rasa. Kenapa perlu dia gelarkan diri dia abang. Betul betul mengelikan aku. Takpe la, aku panggil kau pakcik aje. Mungkin lebih sesuai.

Kau da tua sila sedar diri walaupun takdela tua sangat.

Mereka sedang melayan lagu lagu jiwang rock. Aku pun layan juga sekali. Kalau bantah tak baik, sebab mereka ingin mengimbau kenangan lama. Biarkan.

Sebelum aku lupa. Sila datang ke sini  http://alladilla.tumblr.com/ aku mungkin lebeh bersikap terbuka di situ. Tapi aku masih belajar menggunakannya. Sekian.

. sayoonara .

Miss Dilla kata :
Aku rasa aku lupe letak ini pada entri sebelum ini.
Lupa.

kaburi mata dengan lakonan


moshimoshi

Kenapa internet semakin lembab. Aku tak tahu. Sedangkan aku berada ditengah bandar yang connection 3g adalah terbaik. Kecewa. Itu yang aku rasa sekarang. Streamyx di rumah masih lagi sepi. Desakan demi desakan sudah dilakukan tetapi hanya cakap cakap kosong yang keluar.

Aku tau kau buat kerja. Tapi boleh cepatkan sedikit kelajuan kerja yang kau lakukan itu. Aku penat menunggu.

Hai pemantau. Selamat datang ke TM. Apa yang aku perlu lakukan ketika kau ke sini nanti. Berlakon melakukan kerja kerja yang aku sendiri tak pernah buat. Oh ya, mungkin aku perlu menyuruh pakcik di sini mengajar aku serba sedikit supaya mata kau dapat aku kaburi dengan lakonan yang sementara.

Syabas. Aku mungkin berjaya. Selamat datang ke dunia lakonan aku.


Wednesday, March 17, 2010

roti kosong banjir oke



 

Moshimoshi. Selamat pagi

 

Haha. Hari ini aku agak puas hati. Abah yang baik hati telah offer untuk hantar aku pergi kerja. Aku tak perlu bawa motor yang sentiasa menyusahkan aku. Hari ini kedai tomyam agak lembab menjalankan servisnya. Hanya dengan memesan roti kosong banjir mengambil masa selama 20 minit setelah dipesan untuk kali kedua. Adakah abang basha pekak atau penebar roti itu yang takmau buatkan untuk aku. Mungkin ingin sabotaj aku kerana sudah jarang meninggalkan jejak di kedai itu. Cis, berani kau.


Oh ya,aku terjumpa pakcik yang berkunjung ke rumah aku hari tu untuk membaiki streamyx yang sudah agak lama dibiarkan sepi. Disebabkan kami samasama warga TM agak mudah untuk berkomunikasi. Perbualan yang berlangsung selama satu minit itu tergantung begitu saja. Ah,mungkin pakcik itu akan pergi ke bahagian yang sepatutnya untuk periksa. Harapharap begitu kerana aku sudah tidak sanggup hidup dengan kelajuan internet yang lembab.



 
Ha. Pinjamkan aku buku Biology atau apa apa buku berkaitan Physiology. Aku tiba tiba bersemangat untuk membaca. Heh.


. sayonara .

Miss Dilla kata :
Aku belajar. Memang jangan percaya.

Tuesday, March 16, 2010

kau bermasalah,aku bertambahtambah bermasalah


moshimoshi

oke.aku tarik balik katakata aku.internet tibatiba jadi terbaek gyle.syabas la celcom broadband.

cinta.kau tahu ke cinta tu apa.aku rasa macam da banyak orang yang buta sebab cinta.sana sini orang bercerita pasal cinta,kawen dan sebagainya.sampai aku rasa naik muak dengan benda tu semua.

kau muak.kau join aku ok.

sebab cinta kawan aku jadi terseksa.sebab cinta kawan aku sanggup jadi orang ketiga.mungkin dy terlalu desperate.ops.aku minta maaf.semua berlaku sebab cinta.aku kasihan melihat mereka.terlalu taksub dengan cinta sampai mengabaikan segalanya.bila putus.nah.tergolek sana sini.

kau tengok kawan kau ade partner, kau pun nak ada partner.pastu kau rembat saja yang ada.kau tak fikir dy laki orang,dy boyfie orang, yang penting kau tahu dy sayang kau,kau sayang dy.apa kau bodoh sangat.kau memang hebat sebab sanggup ambil risiko.

aku tak salahkan mereka seratus peratus.

aku pun manusia biasa.mereka juga.ada keinginan untuk disayangi.tapi tolonglah sebelum buat something fikir la dulu baik dan buruk.kau rasa dengan ada partner kau boleh berjaya dan kalau pun dy tinggalkan kau, kau still boleh berfikir secara waras dan terus berjaya.teruskan.

tapi kalau sebaliknya,kau fikir la akibatnya.

dah.aku merepek ape kat sini.mungkin terbawa bawa dengan masalah cinta kawan aku yang aku sebagai sahabat setia mendengar dari awal sampai habes.aku tak kisah nak beri nasihat.tapi apa apa keputusan semua di tangan kau.samada kau atau dy, bagi aku dua dua salah.fikirfikir kan lah.

oh ya.ini hanya pendapat.setiap orang ada pendapatnya sendiri kan.aku pun bukan perfect sebab aku pun bermasalah. =_='

. sayoonara .

miss dilla kata :
aku pun ada masalah gak.kau nak bantu.silekan.

waitin

ntahlah.aku rasa macam ada benda nak post kat sini.tapii internet aku agak macam banggang.so mungkin esok aku boleh postkan.aku harap connection kat ofis aku tak sebanggang sekarang.sekian.

aku dengar orang maen game


moshimoshi.hyep

grrr.bosan gyle aku hari nie.dahla pagipagi kene hantar adek aku pegi sekolah.orang bercuti dy nak pegi sekolah.sayang sangat dekat sekolah dy tu.aku da cakap semalam aku tak nak hantar sebab aku kene guna jalan jauh nak pergi keje.

tapi pagi tadi dy buad ayat sedih pula.tanya aku nak hantar dy ke tak.haish.aku kesian pula so terpaksa mengusung dy dan terpaksa la aku guna jalan jauh.sigh.dalam ofis nie aku ade macam terdengar something bunyi macam.oke,aku tak tawu nak terangkan bunyi tu.tapiiii aku rase pakcek sebelah aku nie tengah maen game.haha.

nama pon tm.xde telefon tipu la kan.tapii tu phone untuk check noise.

 hah.ni pekerja berhemah.azlan.


aku bosans.


keje yang berlonggok.kerjasama itu penting untuk habeskan keje secepat
mungkin dan kemudian melepak.hee.


oke.itu buku log.harihari kene tulis.kene tulis harihari.aku muak dan sangat muak.


. sayoonara .

miss dilla kata :
praktikal,baek kau cepat habes.aku da bosan.sekian.


woah amal kawen


moshimoshi.hyehye

oh.hari tu aku ade kata nak upload gambar kawen member aku kan.nah amek la.tak banyak sebab aku tak bawak benda alah yang kuakua flash tu.so,aku belasah je gambargambar yang member aku upload kat facebook.tu pown sikit sangat.heh.

yang ngah menepung tawar tu cik ekyn.ey,kau makan sireh 
senyapsenyap kan.haa.


inilah member aku.minah nie sempoi gyle.kawen pun macam tak kawen.


aku rase macam nak gelak tyme nie sebab ini bukan la perangai amal
daringdaring camtu.hak3.
 

ini plak membermember convent yang datang.tyme nie aku da chow balek.
ops.ade certain people dalam nie aku tak kenal coz aku bukan
sekolah menengah convent.juz sekolah rendah saje.peace!*sambil angkat dua jari*

btw,even baru berjumpe setelah lama tak jumpe.aku nak say tenks kat korang sebab still ingat nama aku.woah!aku rase terharu sangat la.even dulu ade pernah gaduhgaduh,kau kutuk aku,aku kutuk kau tapi still kawan kan.dulu comot sekarang da tak comot kan.chantek da.hee.korang jangan hempuk aku cakap cmni.

tapi paling penting perangai sorangsorang tak berubah.still gyle macam dulu.hahaha.pecah perut gak la dengar dorang nyembang.muuuaaahhh.luv u olls.

. sayoonara .

miss dilla kata :
kami nie dulu semua kurang cerdik.skunk sume da cerdik
heee.syiok.

Sunday, March 14, 2010

pelis ratakan bukit itu untuk aku.


moshimoshi

fuhfuh.adek lelaki aku da selamat pergi ke keyl dan keesokannya akan ke genting.akhirnya,tiada siapa nak kacau aku gune lappy aku selaen minah sengget nama nuratiqah.da pandai comment dengan insan lelaki.gatal sungguh.itu sebab aku tak bagi dy maen myspace sangat.oh.aku takpe.da besar.dy bawah umur.takbley.

mungkin aku patut "kunci" lappy nie.hurmm.mungkin.

tadi makcek norhanam agak kalut mengisi borang yang aku tak tahu borang ape.tapi lebih kurang seperti membuat acc untuk masuk ke website kementerian kesihatan.disebabkan makcek norhanam kurang mengetahui caracaranya so,aku yang baik lagi budiman kenela ajar dari A sampai Z.

hah.agak penat sebab nak kene melayan kerenah berokband yang sememangnya macam berok.sekejap oke dan sekejap tak oke.rase nak hempuk sembilanpuluhsembilan kali pown ade.rosak padan muka aku.latihan memandu petang tadi seperti budak kecik baru nak bawa kereta.wtf.rase cam nak suruh kontraktor ratakan bukit tu sebab asyik buad aku mati enjin.

ha.gelakla.aku bagi korang peluang gelakkan aku.hampeh!

ha,en hafiz.sesuka hati kamu suruh tukar status relationship tu.hek!no way.hahaha.so paksa beribu kali pun takkan ubah.hahaha.nanti jatuh la saham orang.esh.tak pandai cover la kamuu.syhhh.

. sayoonara .

miss dilla kata :
sengal,bongok,gyle.syabas.boleh hantar tjg rambutan.



Saturday, March 13, 2010

belek habishabisan konon calar


moshimoshi.hyep

bodoh!aku pinjam kejap jela jam kau.kecoh la.kau amek barang aku ade aku bising?bising gak la tapi tak selalu la.eleyh calar konon.bagi calar betolbetol baru tau.buat cam before aku pinjam tu belek habishabisan sampai pas aku pakai kata kasar kat tepi konan calar.hempuk kang.

aku rase memang macam nak cepuk je minah tu.pasni aku tak pakai da la jam kau.tunggu swatch kua latest punye keluaran aku tayang kat kau.padan muka.

. sayoonara .

miss dilla kata :
gambar amal kawen nanti upload.takde pada aku.

kau kawen aku excited.banggang.


moshimoshi.pagi.

kawan aku nak kawen hari nie.aku takde duit la nak beli kat kau hadiah.aku bagi duit lima ringgit yang selalu makcekmakcek dan pakcekpakcek letak dalam sampul duit raya boleh.cukupla tu kan.tapi nanti aku kawen aku nak hadiah.hakhak.aku kejam kan.seksa kau.

alamat rumah kau aku tak tahu.aku miskin takde gps nak tengok.kad kau aku bagi alamat berkurun tak sampaisampai pun.aku patut pergi serang abg posmen sebab tak hantar kad kat aku atau kau tak pos kan kat aku.cis bedebah kau.

oklah,adek perempuan aku tengah sibuk mengemas bilik yang da macam tongkang pecah.mungkin aku sebagai kakak patut pergi tolong sebelum mem besar mengamuk sakan.

. sayoonara .

miss dilla kata :
pakai chantekchantek macam kau nak kawen.
; p


Friday, March 12, 2010

pening dan kelam sebab course.hah.


moshimoshi.aip

pening,nak muntah semua ada nie.weyh.aku bukan pregnant la.itu suma garagara baca majalah sekolah adek aku la tadi.sanggup meninggalkan kerja.*ayat elok sket tuk ponteng*sematamata nak bersamasama adek aku amek result SPM.haha.aku menyibuk ja.padahal da tahu la result semalam.

pastu seperti biasa la.family aku jadi femes la kejap.jawab tepon sana sini.sekali tengok macam orang bisnes yang nak dapat projek jutajuta.wah.okelah.result beliau agak hebat dari aku dan kakak aku.argh.beliau memang dari UPSR sampai la SPM keje pecahkan rekod family.sengal betol.

of course la jeles.ngokngek betol la korang.lagi maw tanya.

sekarang beliau tengah pening nak pilih course.gyle.mak abah aku yang sebok.yang adek aku tu dalam dok pening still cool.tapi mak abah aku,kalut semacam.aku memang bantai gelak kat dyorang.kalau dulu sibuk la suruh anak dyorang jadi doktor.tapi hampeh.sorang pown tak lekat.kali nie nak suruh jadi cikgu pulak.lagi la tak melekat.hahaha.

tapi adek aku tetap dengan pilihan dy.engineering.mestilah ikut kakak dy.ngehngeh.cuma dy pilih AERONAUTIK.ape yang dy minat sangat ngan kapal terbang pown aku tak tahu.oh ya.tenks kepada mr fysol sebab beri sedikit maklumat pasal bidangbidang kapal terbang nie.hahaha.nama aku tak pernah dengar pown dy boleh tahu*sebab dy ade member kat ctu.ceh*hahaha.



tadi abah aku kata dy nak push adek pompuan aku tu pegi bidang doktor.huh.tak habeshabes ngan doktor dy tu.adoi abah.nak doktor sangat,senangsenang kawenkan anak abah yang ade ngan doktor.ha.dapat la doktor.kan senang.hahhaa.oke,aku gurau.gyle pe.maw kene pelangkung kalau aku kata cmtu.

4A 2B 3C
*senyapsenyap sudah*


. sayoonara .

nota ibu jari :
hadiahhadiah.kopak la duit aku.

Thursday, March 11, 2010

cabar diri sendiri la bro


moshimoshi.hyehye.

weh.pegi mampus la dy keje ape pun.kau nak cerita kat aku apesal.ade aku kisah ke.gaji dy tinggi ke,rendah ke peduli ape aku.janji aku tak kacau hidup kau dan hidup dy.dy kawan kau,dy juga kawan aku, tapi aku takdela sebuk macam kau.cool la bro.kau atau aku yang tercabar ngan keje dy.baru praktikal kowt.kalau betol da keje nak pandang tinggi aku tak kisah la.

one more.pointer aku naik ke turun ade kene mengene ngan kau ke.kau tu mak bapak aku ke nak amek tahu.setakat member kepada member aku yang aku sendiri tak penah kenal kau nak sebuk apsal.kalau kau nak tengok pesaing kawan kau tu, sorry la kau silap cari orang la.diri sendiri pown aku tak mampu nak bersaing lagi apetah lagi orang laen.rase cabar tak tercabar,aku punya pasal la.kenapa kalau aku bagitau kau,kau boleh bagi aku pergi oversea ke sambung study.tak bukan.so better kau amek tahu hal sendiri dulu.

mula dulu aku nak suspect kau ngan member aku tu gay.aku rase kau pompuan dy laki sebab kau suka sungguh la amek tahu pasal dy.dahtu tanya kat aku plak tu.pegi la tanya orang laen.aku bukan rapat sangat ngan member kau tu.sikitsikit tanye aku.ape kau nie kekasih dy ape n ape kau ingat keje aku amek tahu hal kawan kau tu.aku banyak keje lagi la nak buat.kau kata kawan kau hebat.kau kagum sorangsorang dahla.jangan nak angkut aku sekali.setupid la.kau tunggu masa aku delete kau dari YM,Myspace dan maybe Facebook aku.pastu aman hidup aku.buat aku panas je.

. sayoonara .

miss dilla kata :
harap je da tua tapi otak tak matang langsung.
huh

tenks kawan


moshimoshi.hyep.

aku rase macam aku pernah pergi dekat belog ini dulu.lama da.tahun lepas kot.aku sendiri tak ingat.not bad r belog dy.tapi disebabkan line cam hampeh hari tu aku tak follow dy.pastu aku terlupe terus pasal belog dy.then now aku jumpe balek belog dy dari member dy ACAP sebab aku terbace pasal acap nie kehilangan seorang member.sekali aku click link mamat nama Afif Asyraf sentap gyle aku.

thats him!aku still ingat dowh ape dy tulis.rupanya dy da arwah.Al-Fatihah buat arwah.serius waktu aku bukak tu memang aku tak tawu nak cakap ape.rase cam nak cry cry cry je.tak sempat nak knl ngan belog arwah.tapi nak buad macam mane.ini semua takdir.mungkin Tuhan lebih sayangkan dy.so acap.aku nak say tenks la kat kau sebab kau temukan balek aku ngan belog arwah even dy da takde.hurmm.='((

. sayoonara .

miss dilla kata :
hope arwah ditempatkan dengan orangorang yang beriman.
amin.

roti vanilla lima kupang


moshimoshi.hyehye.

walawey.result SPM keluar hari nie la.haha.semoga berjaya la buad adekadek diluar sana.tidak lupa juga dekat adek aku yang tengah gelabah tak tentu pasal kat rumah tu.ditambah pula tak dapat amek result arinie sebab mak aku ade kursus plus peksa.ya ahmad aizat.tak senang duduk la kau dirumah tu.

hahaha.dahla semalam kene bising sebab nak kuar memalam buta semata mata nak pegi tengok bola.nak guna motor aku pulak tu.pergh.sekali abah aku sound jadi pape jangan cari dy.sentap trus mamat tu.trus msg member kata tak jadi pegi.tapi dalam pada tu dok merepek cam orang gyle je.then masuk bilik.pastu kua balek rampas remote astro.ape kejadah kau nie.cari pasal ngan ktorg pulak.haish.

oh.arinie aku senang hati sebab abah cuti.argh kau peduli ape aku senang hati kan.so,abah la hantar aku pegi keje.tak payah aku naek moto.aku cukup malas la nak bawak motor sekarang.banyak sangat halangan.halangan yang aku sendiri tak dapat elakkan.halangan yang,ok fine.point utamanya adalah sebab MALAS.itu je.oh ya.aku kene bising pagi tadi sebab lupa bayar bil talian telefon mak aku.sengal.dah aku lupa nak buad cemane.

alihalih,abah aku yang pegi bayar sebab dy nak pegi post office pos surat akak aku dengan baju cucu kesayangan dy.cakap nak pegi photostat semalam tapi pergi sampai ke taiping.hebat betol.macam kat area rumah aku takde kedai je.tapi okela.dapat hadiah berupa roti vanilla yang harga lima kupang satu.dari aritu aku pesan,semalam baru dapat.takpe layankan aje.haha.dahla,otak aku da beku.kat dalam nie aircond kuat sangat macam duduk kat antartika.memang aku tipu.sape suruh percaya.apela.

. sayoonara .

miss dilla kata :
mak pak sama naek gelabah.cool la pakcekmakcek.
gudluck ;)

Wednesday, March 10, 2010

kau menang


moshimoshi.haip.

kau badget kau hebat.kau badget kau cool.pegi mampos ngan kebadgetkan kau tu.cakap macam hampeh.sepuluh kau cakap satu pown tak bleyh caye.aku cakap kau amek mudah.ok fine.kau menang.lepas nie kau jangan cari aku dah.selamat tinggal.titik.

. sayoonara .

nota ibu jari :
aku merepek ape nie.gyle!

buad keje yang macam sampah


moshimoshi.heyy-yyo

stop using my laptop for ur disgusting works.ur r really not allowed to do that.huh.aku cukup bengang la ngan adek aku yang sorang nie.sesuka hati dy je gune laptop aku buad slide yang tak bergune tu.folia ape kejadahnye ntah.haish.aku da sound banyak kali da.' jangan gune laptop akak untuk buat keje kau yang macam sampah tu ' gyle kejam kan aku.

oke,memang aku kejam.tapi takdela kejam sangat sebab kat umah aku still ade pc yang gyle lama tak buka sebab streamyx takde.so ape salahnye pegi gune that pc buad keje.nak kata pc tu tak maju,window xp.words pown twothousandseven punye.so ape bezanye.takde kan.tapi nak juga menyemakkan laptop aku.pastu cucuk la segala pendrive yang ntah datang dari pelusok alam mane ntah.dengan virus berduyunduyun ade.pembela agaknya.

tolongla.laptop aku nie baru je lagi diformat oleyh incek fysol saad tanpa mengenakan bayaran sedikit pown.jangan sampai aku kene format balek dan dikenekan bayaran.haish.dahla kat pc tu kau buad macammacam.hish.dahla folder berlambaklambak tak bersusun.saket mata aku tengok.haish.masalah betol la.

one more thing.aku cukup tak suke dy maen internet by weekdays.keje dok bukak myspace dy tu.dahla edit gambar ntah pape.oke,mmg skunk aku cukup kejam menghentam adek aku cmtu.tapi da mmg betol kan.weekend ok la nk men tenet.tp hari laen sekolah kan.buad la keje sekolah.dahla english lemah.math apetah lagi.buku english langsung takmau bace.pastu terkedekkedek serang aku ngan adek laki aku.words yang simple pown takbley nak buad.hampeh betol la.dy sorang je terkandas sket bab english nie.yang laen tu nak kata hebat takla tapi still can survive la.hahaha.

. sayoonara .

nota ibu jari :
benggang je arini.mamat.kau hensem la.
huuu. ;p

tali jam putus


moshimoshi.heyyo.

alamak.tali jam putus r.cis.rase cam nak pegi campak buang je jam tu.naseb baek free gift dari voir.haish.aku takbley la hidup tanpa jam di tangan.hey hey.ini ade peluang mawu bodek emak dan abah di rumah untuk belikan jam tangan yang baru.wahwahwah.maybe


pastu aku nak bodek untuk bende nie sekali


amacam.oke tak.dahdah.cukupcukup la dilla.ape kau ingat parents kau tu cop duit.takpun ade business yang untung jutajuta.sekali mintak sampai riburaban.mmg tak patut la.otak kau memang da sewel la.lorh.ade aku kesah ke.abah da janji maw menghadiahkan itu dslr pada aku.tunggu tunggu dan tunggu jela.heee.oh!bayangkan akhirnya nanti aku dapat melihat sendiri gambargambar yang disnap oleyh diri sendiri.masyuk gyle arh.hahaha.

. sayoonara .

nota ibu jari :
tak dapat yang nie.yang laen pown xpe.

lumba lumba cabar cabar


moshimoshi.mownink.

wahwahwah.arinie i datang opis awal la.ngehngeh.tetibe dapat ilham nak pegi awal.bes gak sebab kete tak banyak dan i rase seperti jalan tu i yang punye.hahaha*gelak besar*oh ya! i baru teringat.seyes i cakap i cukup la tak mengemari sikap certaincertain people nie.semalam on tha way back,besela terpaksa melalui traffic light yang i rase cam nak campak buang sebab melambatkan.

dahla kene benti kat ctu sebab lampu merah kan.bile lampu hijau i jalan la.eh, i crite macam korang taktawu undangundang plak kan.okeoke,sebenarnye i geram kat mat motor sorang nie.bile lampu hijau i akan totally pecut my moto sebab nak lari dari lorilori yang besar gyle dan i rase seperti cam harimau nak makan orang je.tapi alahai mamat nie bawak slow babe.

bile i potong dy,besela lumrah lelaki pantang dicabar kan.mesti dalam hati dy kata ' siot! minah nie potong aku.tak boleyh jadi nie ' so dy potong i balek.ok fine potong la ade i kisah.tp bile kat depan i slow plak dy bawak kan.oke,itu i kisah.waktu tu i rase cam nak bentikn moto dan lempang dy lajulaju sepak dy kuatkuat.dah potong tu pecut trus la bro.karang i potong balek ingat i nak ajak lumba plak.tak pasalpasal jadi samseng jalanan pula.i tak tengok rempit v3 lagi.cmne nak tiru aksi dorang.hahaha.oke,da merepek nie.dahdah.cukup.bagi i rase sedikit tenang dulu.huh.

. sayoonara .

nota ibu jari :
i'm not minah rempit oke.ingat itu.
; p

Tuesday, March 9, 2010

bagus punye budak


moshimoshi
arghhh.kalau macam nie harihari
maw power mata i naek.
keje ngadap laptop siang malam pagi petang.
tu sebab abah tarik laptop aritu.
hehehe.
ditambah pula kedegilan tak mahu pakai spec.
eeuuwww
takmaw pakai.
nnt habesla tudung i senget benget.
ceh,perasan.
badget cam ade orang perasan je tudung tu senget.

oke,kenape mesti abgabg tu keluar.
hey! i nak ikut
sampai hati pegi wat maintenance tinggalkan
i sorangsorang.
tade perikemanusiaan betol.

eh eh
semakin ramai mula cakap pasal kedatangan lecturer
untuk melawat student terchenta mereka.
semua kelihatan takut,ketaq,gerun,resah,gelisah dan sebagainya.
alah,ape barang takuttakut nie.rilex r.
oke,tipu.
yang kat atas tu sume i yang rase.
cume ade dua tiga perkataan tu perlu dibuang
sebab i da ciap log book.
hahaha
*bangga sekejap*

kenape pagi tadi semua orang buzy.
dan tetibe i sorangsorang dok ngadap lappy
tanpa menghiraukan mereka.
oh,i sungguh kejam bukan.
act i bukan takmaw menghulurkan bantuan.
tapi i taktawu ape yang mereka lakukan.
nanti laen yang jadi
so better dok diamdiam dan jangan kaco mereka.
so
keje jadi lebeyh cepat dan mudah.
=))

. sayoonara .

nota ibu jari :
sile cepatkan baiki laptop saye

kerana minyak


moshimoshi.
oke.i sangat geram dengan adek teruna i.
ye.
dari petang jumaat lagi i da bebel kat dy supaya pegi ganti
side mirror yang patah.
oh! i betolbetol takbley hidup dengan side mirror.
betol, tak tipu.
rase pelik yang amatamat.
dan i pesan juga, ari isnin i nak tengok tank minyak 
FULL.
tapiiiiii laen yang terjadi.
minyak takde.

oh! adek teruna nie betolbetol telah
membuat kakaknya marah.
sile lempang dy lajulaju.
i juge yang TERPAKSA keluarkan duit.
=((
sengal punye budak.
tak boleyh diharap betol.
cis cis cis

result spm nak kluar.
tapi i yang rase excited seperti i yang amek spm.
biasela, adek yg amek spm
kalau tak mak ayah excited akak dy yang excited.
jap, ape kene mengene ha.
=D

. sayoonara .

nota ibu jari :
sambil menyelam minum air.pastu perut kembung.
; p


Monday, March 8, 2010

insan senggal


moshimoshi.hyep.
entri khas untuk insan senggal bernama
HIDHIR ABDUL WAHAB
haha.

07032010
walawey!
anda da tua dowh.
tak perlu lagi i menyimpan 
rase saket hati kerana dipanggil kakak
sedangkan tua hanya dalam tujuh hari
wut der der la.

dimintanya i belanja sedangkan
besday i dy lupa.
haish.mmg tak patot la
ini orang.

 oh ya!
i tak penah jeles pown
untuk segala yang
anda buat dan tayangkan pada i
; p
hahaha.
ok fine.cukupcukupla.
bukan boleh lebehlebeh sebab nnt 
anda akan perasan hebat
walaupun takde la hebat mane pown.
kan kan kan.

. sayoonara .

nota ibu jari :
Happy Berfday la ye.

cuci mencuci


moshimoshi.haip.
weekend aritu mmg mengejutkan.
tetibe rajin untuk membasuh moto.
hahaha.

 


  


 


oh oh.
result beliau akan muncul tak lama lagi.
beliau seperti biase la.
takut tak takut je.
buat macam hebat saje.
agak menyampah dictu.
huh.

hey!
buku log i da di update la.
haha.
korang mesti pelik kan.
i selalu ngomel kat cni pasal takde buat pape kan
so how come i boleh update my log book kan.
haaa.
i ade rahsia oke.
jangan ingat i tak tahu ape nak ditulis.
hahaha.

hep.
jangan ingat i tipu.
walaupun itu kebenarannya.
haha.
syyyhhhhhh.
senyap je oke.


. sayoonara .

nota ibu jari :
lecturer da mule dtg utk meninjau.so
watch out!


moshimoshi.ohaiyo.
fuh.tarik nafas lepas.tarik nafas lepas.
yeah!
akhirnya i'm back guyz.
seminggu laptop nie di kuarantin.

rase da macam orang gila tanpa laptop disisi.
tapi tak gile lagi la
hampirhampir je.masih mampu diselamatkan.
soooo
mulakan berfikir.
nak update yang mana dulu.
haish.

. sayoonara .

nota ibu jari :
naseb baek tak tambah lagi seminggu.

Friday, March 5, 2010

pemberitahuan


moshimoshi.konniciwa.
fuhfuh.adoi hampir berhabuk da nie.
sori guyz!
laptop kene tarik la.
itu balasan kalau degil takmau
dengar kata.
so,terimala padahnya.

okok.quick entri.
juz nak cakap
sorry coz da lama tak menjenguk
blogblog kalian semua ye.
nie pown line strmyx ade.
tapi mcm chipsmore
kejap ade kejap takde.
soooo.
sorry sorry sorry.

nnt laptop da dikembalikan,
i update banyakbanyak
sampai korang muak nak bace ye.
ok.see u guyz nnt.
mmmmuuuuaaaahhhh!

. sayoonara .

nota ibu jari :
senggal punye connection.huh!