Saturday, May 7, 2016

MOVIE REVIEW : Ada Apa Dengan Cinta 2 #AADC2


Ehem, siapa yang dah tengok cerita #AADC2? Amacam best ke idok bagi korang ha. Mengimbau kenangan sangat kan. Aku layan cerita #AADC dari zaman remaja berlemoih lagi. Feeling – feeling ada pakwe macam Rangga yang bajet – bajet cool tu. 

Waktu tu semua orang pun sibuk la cari soundtrack untuk filem #AADC. Serius aku cakap, aku siap hafal kot. Lagu Denting, Ada Apa Dengan Cinta, Ku Bahagia, Suara Hati Seorang Kekasih, Bimbang, Tentang Seseorang *lagunipalingfeeling*. Fuhh, hebat juga eh penangan #AADC ni dulu.

So, after ratusan purnama apa yang jadi. Jeng jeng jeng. Aku hampir frust kenapalah Rangga blah tinggalkan Cinta macam tu je. Dahlah cerita tergantung. Rupanya nak ada #AADC2 ke. Tapi kenapalah nak kena tunggu ratusan purnama hah. Jenuhlah nak menunggu*rolleseyes*





Sayangnya si Alya tiada dalam filem ni. Watak Alya ni actually terkesan juga dalam AADC dulu sebab dialah paling rapat dengan Cinta, semua masalah dia cerita dekat Cinta. Tapi untuk kali ni dia tak dapat nak join dan watak dia dalam tu dimatikan dengan meninggal kerana excident T___T




Yang kekal dalam #gengcinta ni hanyalah Milly, Karmen, Maura dan ofcos lah Cinta*watakutamakot*. Even diorang ni dah terpisah lama, tapi tak nampak pun awkward dalam lakonan diorang. Rasa macam diorang masih macam #gengcinta yang dulu. Milly yang blur – blur, Maura yang diva dan Karmen yang kasar. Karmen ni dari #AADC sampailah #AADC2, dia yang akan selalu perasan kalau Cinta ni ada masalah dalam percintaan. Tajam naw mata dia. Oh oh, ingat lagi lelaki yang follow diorang pergi airport dulu, ha, dia pun still ada dalam #AADC2 dan masih kekal dengan kelakar dia tu. 



Okay okay, untuk Ada Apa Dengan Cinta 2 ni, korang jangan expect cerita akan flashback AADC yang first sebab this time more tu percintaan yang matang. Yelah, masing – masing pun dah dewasa. Takkan nak perangai budak – budak lagi kan. Tak pernah tengok Ada Apa Dengan Cinta? Don’t worry sebab takde kena mengena sangat pun. 

Untuk OST kali ni, Melly kata ada dua lagu lama yang  masih dikekalkan. Yang lain tu semua lagu baru. Tengah famous sekarang nie lagu Ratusan Purnama tu lah. Melly kata juga, lagu dia tulis memang follow jalan cerita sebab dia kata dia pergi site tengok diorang shooting, di baca skrip untuk dapatkan feel tulis lirik tu. Perghh, lagu Melly tak pernahnya tak berhantu.





Now the real REVIEW #AADC2 :
  • Cerita pasal penjelasan kenapa Rangga break Cinta dulu. Cuma ditambah babak - babak lain sebagai penyedap jalan cerita.

  • Untuk peminat sastera, puisi, seni *macamaku* cerita ni memang makanan koranglah. Orang lain ambil masa nak faham, korang sekali tengok dah faham.

  • Ayat – ayat dalam ni semua ‘deep’ bangat sih. Tambah – tambah ayat si Rangga tu. Tu, cowok – cowok ganteng mau mengorat cewek – cewek cantik, bolehlah pinjam ayat – ayat dalam cerita ni. Confirm cair punya *kalautakcairjangankecamakupls*

  • Untuk puisi dalam #AADC2 ni mudah sikit nak faham berbanding #AADC. Ayat dia more tu ayat luahan perasaan. Senang lah nak hadam. Lagipun kali ni tak banyak sangat puisi pun.

  • Untuk cerita yang kedua ni korang just kena layan Rangga dan Cinta melepaskan rindu masing – masing setelah ratusan purnama.

  • Paling awesome, cinematography memang terbaik. Memilih Jogjakarta dan New York sebagai tempat pengambaran memang pilihan yang best *jomkemasbegterbangkeJogja*

  • Perbezaan antara pengembara dan pelancong. Rangga*masihcoolmacamdulu* as pengembara yang travel main aci redah, rasa tempat worth untuk dilawati stop kereta layan view.  While Cinta as pelancong yang travel siap dengan itinerary bagai, esok nak kena buat apa, hari buat apa.

  • “ It is not about the destination but the journey “ 

  • Semua pun kata ada dua ending, dan bagi aku YES memang ada dua ending. So you guys can choose nak ending yang mana. Please don’t worry as both pun Happy Ending like you guys want *dramamelayusangatnakhappyending*

  • Keseluruhanya, bagi aku bolehlah nak layan untuk mengimbau zaman remaja korang. The main cerita dia macam aku cakap awal tadi, cerita pasal Rangga bagi penjelasan kenapa dia putus dengan Cinta. Aku rasa dah takde #AADC3 kot sebab cerita dah tak tergantung macam dulu. So korang boleh slow – slow move on la nanti dari cerita #AADC dan #AADC2 okay.



Oleh itu, sesiapa yang masih belum tengok, silalah pergi menonton Ada Apa Dengan Cinta 2. Rangga masih lagi seorang yang cool*jatuhcintaaku* dan Cinta dah berubah jadi seorang yang sangat cantik. Ikatan persahabatan masih kukuh. Ada kemunculan orang – orang baru juga dalam #AADC2 kali ni. 


Rating :

8/10