Sunday, October 31, 2010

Cameron Highlands

dah hilang sejuk. kembali kepada suhu normal. barang teman teman pesan kemain banyak. nak itu nak ini. semua dah dibeli. nanti aku datang serah. plan awal nak balik ke Gombak terus tadi batal. malas lagi nak balik. esok baru pulang naik train ngan Tikah, rumate terchenta.

tadi upload gambar kat mukabuku, pelik sebab dan lain. nampak sangat dah lama tak update gambar.








cukuplah 3 ketul gambar. lebih lebih pergi kat mukabuku aku je takpun sudi sudi la jenguk blog photo aku tu. 


psstt....
ini linknya :

mukabuku
snapsnaphoto

Saturday, October 30, 2010

sejuk tanpa aircond


cuaca sekarang sangat sejuk walaupun tanpa aircond. air yang biasa pun jadi sejuk tanpa peti sejuk. bila sejuk, akan lapar. aku sangat lapar nasi tapi tak boleh nak makan sebab si kecik airiel tidur. keinginan untuk makan cendawan goreng tercapai. tapi tak cukup sebab sangat sedap.

chalet ini kemut sebab ade wifi tapi letak security code. ape jadah. celah mana aku nak pergi tanya untuk dapatkan line wifi. mujur ade broadband dan mujur juga ada line 3G sebab kalau ade saje broadband tapi line cam palat, tak guna juga kan.  tv pon takde.

sekejap lagi en abah akan berucap sempena persaraan beliau. alah, mata macam nak pejam. jum lelap kejap. ehh lupa nak cakap, aku berada di cameron highlands sekarang.




ps : makan honey star hilangkan lapar. :)

Quote


(via)

Thursday, October 28, 2010

ohhh my


tekanan dengan presentation yang macam taik. kemudian tekanan bertambah bila barang dah packing dan otak dah mula ingat rumah tapi tak boleh nak balik sebab report digital electronics yang jawapannya ada untuk ditulis tapi keliru dan was was. semua berbelah bagi nak balik. tiket keretapi dah habis untuk khamis dan jumaat.

semua jadi tak betul bila bangun nak buat air, tak nampak secawan mushroom soup dan telah terlanggar serta tumpah. mengotorkan tilam roomate. maaflah roomate. tidak sengaja. maaflah rakan rakan sebab terpaksa pause cerita semata mata nak kena kemas sisa tumpahan. dan sekarang masih lagi tidak mulakan kerja.






ohhh digital. u ruined my life today.
:((((

pengakuan jujur



di sini saya mengaku,





PRESENTATION QURAN & SAINS MODEN

PRESENTATION TECH COMM

PRESENTATION MEASUREMENT & INSTRUMENTATION I






hancur berderai derai. shit!




Wednesday, October 27, 2010

Dilayan bagai sampah


pagi ini pergi ke kelas seperi biasa. kelas terakhir sebelum menghadapi final.
di akhir kelas, berlaku sesi luahan perasaan lecturer yang terlalu kecewa dengan kami.
ya, sangat kecewa kerana selama beliau mengajar, jarang sekali kami menjawab pertanyaan beliau. kerana kami tidak tahu.


rahsia terbongkar.

selama ini kami tak pernah faham apa yang diajar semasa kelas lecture. ingin bertanya. jangan sesiapa berani buka mulut melainkan sudah bersedia untuk menerima makian dan cacian dari si pengajar.

ya, memang kami bodoh, memang kami lembab, memang kami akan failed. tapi, siapa mahukan dirinya bodoh, siapa mahukan dirinya lembab dan siapa mahu failed kerana akan menyusahkan untuk repeat paper nanti.



itu gunanya anda wahai si pengajar.


untuk mengajar kami supaya tidak bodoh, supaya menjadi pelajar yang cekap dan pantas, supaya kami lulus dengan cemerlang. bukannya dilayan seperti sampah. bertanya marah, tak tahu dikatakan bodoh sehingga menjadi tekanan untuk attend kelas anda. bukan itu yang kami mahu.



cuma satu.


kami bayar gaji anda untuk mengajar bukannya untuk anda layan kami seperti pengemis jalanan yang merayu rayu hanya untuk sehelai nota. adakah kami sejijik dan sehina itu.




dan ingat.


kami kurang ajar dengan anda kerana anda mengajar kami untuk kurang ajar dengan anda. jangan pertikaikan sesuatu yang telah anda tonjolkan. jangan terlalu bongkak hanya kerana anda memegang hak memberikan kami markah. dan jangan ambil ringgan segala kerja yang kami lakukan. pandang kami dengan dua belah mata, bukan hanya satu mata.


eh, banyak je aku membebel. ini dari aku. just wait from Atikah Allias later.




[autopost]



ps : minta ampun before final. tak berkat ilmu nanti. huuu.

Monday, October 25, 2010

Maaf


kerana...................


saya tak memahami pandangan serta jelingan mata kamu serta segala yang dilakukan untuk kamu dekat dengan saya. maaf sekali lagi kerana saya tak mampu untuk membalas pandangan itu. belum masanya lagi. harap bersabar.






 
[autopost] 

Schedule

hye guyz!

dekat luar hujan turun dengan mencurah curah. sejuk sikit aku rasa. kuiz tadi sangat terbaik. terima kasih sebab tak ganggu aku study semalam.

mari lihat mari.


08/11/10 - Engineering Mathematics II

10/11/10 - Measurement and Instrumentation I

11/11/10 - Quran dan Sains Moden

12/11/10 - Electronics II

15/11/10 - Circuit Theory II

16/11/10 - Digital Electronics


bersusun segala paper perlu dihapuskan final nanti. so, silalah ignorekan segala godaan selepas ke cameron hujung minggu nie. harap maklum ye.

pesanan untuk diri sendiri, banyak sangat subjek lu lemah, so silalah study hard sikit. dahla kelas pun kejap pegi kejap dak. lagi nak main main ke.

pesanan untuk kengkawan, gudluck la nak masuk medan perang nanti. senjata asah bagi tajam ok. jangan risau, korang tumbang di medan perang, aku tolong sambung perjuangan korang. peace!







ps: aku dah kata, aku tak mampu tahan godaan blog dan fb.

Tepu

yeah. sangat otah sudah tepu dan sangat sarat dengan segala formula. hanya kerana




KUIZ ELECTRONICS II !!!!





kuiz je pun. tapi study macam nak mengadap final. serius shit.

Tuesday, October 19, 2010

hectic

okays. selamat datang kepada mingu yang hectic. tiga minggu sebelum final. di atas whiteboard putih masih tersusun rapi segala kerja yang belum disubmit.


masa untuk ketepikan movies, games, fb, blog dan benda benda remeh. hanya fokus pada study, study dan study.


huh shit! boleh ke?






ps: otak dah fikir nak cuti.

Saturday, October 16, 2010

jet little


 gambar cilok dr fb



hohoho. apek nie dah balik ke kolej dy, KMKN. ade lagi satu sem yg dy perlu lalui. nasib kau baik ejat sebab lepas sem 2.


tak sempat nak lepak lama lama ngan kau jat sebab cuti tak sama. banyak benda nak story seyh. banyak sangat nie. konvo alla kau tak cuti kan. rugi giler.



hoi hoi. nanti kalau lepas gak sem dua kau jangan la pilih BMI. sian gile kat akak kau nie. terbatas segala benda nak buat. melainkan kau pandai simpan. tapi kalau kau ade hajat nak bagi sikit duit yang mara bagi kat kau kat akak kau nie, cantik gak. sangat dialu alukan ke BMI sebab boleh gak ajak kau berjalan kan. kau payungkan akak kau yang tak berduit nie. 


blog jet :



ps : hohohoho.

6



ohhh. baru aku tahu sekarang.
subjek circuit boleh disamakan dengan membuang air besar. dalam erti bahasa kasar berak.
apsal, tak percaya apa aku cakap ke.
aku tak bohong sebab aku baru belajar selasa yang lepas.
serius tak bohong.
mangkuk tandas, meneran, melepas, lancar dan kurang lancar.
segala istilah tu digunakan.




hah,
misi mengumpul kupon sedang dijalankan.
semoga berjaya!







ps : merah lapan hinggit, kuning suploh hinggit. jual jual!

Monday, October 11, 2010

Exhibition

aku rasa macam poyo buat benda tu kat sini.
tapi aku tak peduli.
aku tetap buat juga.



PAMERAN QURAN DAN SAINS.

Tarikh : 12 & 13 Oktober 2010
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang 
Tempat : Cafe atas





so, semua warga BMI dijemput hadir memeriahkan suasana.
sekali lagi aku rasa macam poyo gile.


dah, itu je.

5

keje banyak. sangat banyak.
report circuit theory.
presentation tech comm.
presentation quran dan sains.
kuiz dan test.
research measurement.


semuanya perlu disubmit.
ada satu kesimpulan.


aku malas.

Saturday, October 9, 2010

review

ohh hye semua.

borang konvo dah selesai semua.
lega betul.


masuk panggung, starting dah nyanyi.
tunggu lama sikit, nyanyi lagi.
dah akhir pun nyanyi lagi.
haish.
dari awal sampai akhir, asyik nyanyi.
baru perasan, filem muzikal rupanya.
Magika.


dari 5 aku bagi 3.
nak bawak anak anak tengok bolehla.
nak bagi lepas tension pun boleh juga.
nak bawak pakwe/makwe tengok pun boleh juga.
tontonan umum.







ps: eat pray love, di mana mahu tengok.

Friday, October 8, 2010

4

seronok berada di rumah.
bak kata orang putih
'home sweet home'
semua masalah hilang kejap.
melayan kerenah dua orang anak buah yang sangat sengal.


seronok.
bagi mandi, bagi makan.
sembang sembang walaupun tak faham sepatah pun yang dy cakap.
camwhoring dan segalanya la.
memang terapi yang paling terbaik.


ohh,
perlu isi surat konvo serta borang mara.
malas betul. nasib si ayah dah settlekan certain part dlm borang convo tu.


eh,
dah tengahari. lapar.
jum makan!






ps : ohh airis alexandria dah mkin besar!

Thursday, October 7, 2010

3

kepala dah buntu.
otak tak dapat berfikir.
hanya fikir nak balik settlekan semua.

kenapa.
masalah datang time last minute.
time semua sudah di plan rapi.
sangat shit ok.


aku dah buntu sekarang.
sangat buntu.





ps: mara sengal!

Wednesday, October 6, 2010

2


minggu lepas, minggu nie, hari yang sama, masuk lab.
kena bising, kena hentam.
idiots, bullshit semua keluar.
ape? ingat kami nie haiwan?

dan,
atikah dan zahirah pergi menderma darah.
aku hanya jadi pemerhati setia.
tahan rasa mual tengok darah.
sebelum muntah di situ, ajak atie pergi ke kelas.
tapi,
kelas cancel dan test akan diadakan jumaat nie.
balik hostel.

lupa.
tahniah kepada sahabat yang konvo hari ini.
kalau aku ada kamera cantik, cnfirm aku dah pergi tengok sambil suruh korg posing sakan.
tapi aku tiada kamera cantik.

ok. ngantuk. nak tido.

Tuesday, October 5, 2010

1

Kita tak pernah dapat jangka seseorang itu. Mungkin luarannya nampak elok tapi dalamannya hanya dia saja yang tahu. Ya, aku mengaku aku selalu tidak pandai judge orang. Kadang kadang aku tersilap judge. Maafkan aku. Pengalaman lampau mengajar aku untuk berhati hati.



Aku bukan seorang yang berkira. Tapi jangan sesekali berani menganggap aku lemah. Aku diam bukan bermakna aku rela, aku diam kerana tidak mahu sesuatu perkara dibesar besarkan. Kadang kadang ragam manusia ini susah untuk difahami.


*statement mengungkit di belakang*

" Kite bukan kedekut, tapi kite penat penat donlod tapi dy amik dari kite "


*statement di hadapan*

" eh, dah tengok sampai episod berape? best kan cte tu."  (muke ramah)



Mulut kata lain, hati kata lain.








ps: nasib la kau masih budak!

Friday, October 1, 2010

Hye October

Selamat tinggal kepada September dan selamat datang untuk Oktober. Smile!


Seperti biasa perkara pertama yang dilakukan, minta mak duit. Awal bulan kan.


Hari pertama bulan September sudah mula buat jahat. Dengan perasaan yang bersalah, berani ponteng kelas yang agak penting serta sir yang sangat garang. Kelas pada Jumaat malam. Memang sangat tidak disukai ramai. Oleh itu, dengan berani mati aku ponteng! Nasibla kalau sir terbaca entri ini. Saya jujur disini. Minta maaf banyak banyak.


Alasan utama kerana saya tidak berjaya menyiapkan kerja yang sir bagi. Alasan kedua, kerana tak siap, saya takut nak ke depan jawab soalan kerana saya tak tahu jawapan. Alasan ketiga kerana saya malas. Harap segala alasan ini diterima. Sekali lagi saya minta maaf.


Kepada penpsiko saya hasyir dan din ganu. Tahniah kerana korang berjaya. Saya akan tunggu hukuman yang dikenakan nanti dengan redha dan pasrah. Haish.


So, selamat berhibur di hujung minggu!