Tuesday, December 27, 2011

Travelogue : Melaka Part II

Pagi - pagi dah kena kejut sebab nak kena gerak pergi Melaka. Gerak awal sebab takut hujan. Yelah, sekarang kan cuaca tak menentu. Tapi biasalah, cakap je nak gerak awal tapi awalnya pukul sembilan lebih juga. Tunggu si abang Airiel Darwisy bangun dulu, bagi dia mandi semua, barulah gerak ke Melaka.



So, inilah destinasi yang pertama, Taman Rama-Rama. Aku tak berapa biasa sangat jalan Melaka nie sebab dah lama tak datang sini. Jadi, semuanya berpandukan signboard. Actually nak pergi sini, keluar je tol Ayer Keroh terus je belok ke kanan, tapi kitorang pergi pusing jauh. Bila sampai aku nampak tol tadi, barulah aku aku rupanya tempat tu dekat je. Benggong betul.




Kat dalam tu nak kata banyak rama-rama tak juga. Kira ada satu kawasan je yang penuh dengan rama-rama, yang selebihnya dipenuhi dengan binatang-binatang lain macam buaya, kala jengking, haiwan eksotik macam ular dll. Kawasannya pun takdelah luas mana. Kira berjalan tu nak cakap penat, tak sangatla. Lagipun dalam tu semua kemudahan ada. Nak duduk ada kerusi, nak buang air ada toilet. So, tak perlu la risau.




Kat situ banyak gila ikan kap nie. Seronokla si abang Airiel sebab dapat tengok fish. Asyik dok ulang " ini fish, fish. Fish la." Selagi kita tak sebut balik apa yang dia cakap, jangan haraplah dia akan berhenti, so kenala sebut balik, " aah, ini fish." Then barulah dia senyap. Adoyai, penat layan dia nie.

Tapi bila nampak je buaya, lari. Bila orang usik kata penakut, dia bidas balik " aril tak takutla. aril tak takutkan." Banyak la kau tak takut. Jenuh tangan sakit dukung dia, memangla tak takut. Ce suruh dia berjalan, maunya lari nyorok belakang orang.




Oh, burung ni ada kat tempat mula-mula masuk. Comel gila. Kecik je. Aku tak tahu nama burung nie apa. Dahla colourful, cantik je.




Oh, gambar depan signboard besar mestilah wajib ada kan. Dah penat jalan, lepas ni nak meredah jem kat Banda Hilir cari hotel. Then baru decide nak pergi tempat lain.





Cuti sekolah je confirm hotel penuh. Mujur la hotel nie masih ada kosong. Itupun untuk sabtu dan ahad dah fully booked. Kebetulan hotel nie tengah bandar, so tak perlu untuk naik kereta pergi sana sini. Jalan kaki je dah cukup. Bukan jauh mane, dekat je. Kat sini wifi dia agak terbaik la. Selesa pun selesa.




Dah berehat sekejap, pastu kitorang continue ke tempat lain. Kan dah cakap tadi, jalan kaki je. Lalu belakang Hotel Equatorial*erk betul ke ejaan* je pun. Pastu terus berjalan sampai ke Dataran Pahlawan. Masuk situ dulu cari makan. Perut dah mengamuk suruh diisi.




Budak nie memang. Keje dia nak berdukung aje. Mata pun dah kuyu. Mengantuk, tapi kitorang peduli apa, usung juga dia kehulur hilir.





Sampai kat sini terus mata segar. Jerit " ketapi aril!" Aku pun suruh la dia pergi duduk kat situ sebab nak snap gambar depan 'ketapi aril.' Ntah bila dia beli keretapi tu pun aku tak tahu. Suka-suka hati dia aje cakap itu kepunyaan dia.

Tengoklah muka takde perasaan tu. Geram betul. Orang suruh posing, dia buat muka tak tahu je.






Ini tempat wajib pergi. Naik la kitorg sampai keatas. Aku mati-mati ingat tinggi la sangat, rupanya takdela tinggi mana pun. 

Lepas ke sini kitorang berjalan pergi ke kapal yang besar tu. Tapi sebab dah petang sangat, diorang dah nak tutp, so kitorang decide pergi esok pagi ajelah. Dah si tu tutup berjalan la lagi pergi ke Menara Taming Sari. memang dari dulu lagi aku nak naik benda alah tu.

Tapi semua orang kata nak naik malam nanti. Siang tak best takde lampu-lampu. So, tunggu malam jela baru naik. Bila dah masing-masing penat, hanya nampak tilam dan bantal, apa lagi balik ke hotel la. Rehatkan badan sebab malam nanti nak berjalan lagi. Memang sakit kaki aku.



bersambung.........

Monday, December 19, 2011

Travelogue : Melaka Part I

Bila dah semua orang free, so ape lagi plan untuk pergi bercuti la. Nak pergi pulau, sekarang tengah musim hujan. So decide pergi Melaka saja. Lama juga tak jalan - jalan Melaka. Kalau pergi pun just balik hari. Tak berapa nak sempat melawat semua tempat.

On the way tu singgah KL dulu sebab nak kena ambil si abang Airiel Darwisy. Memang cadang nak bawa dia sekali pun. Tapi before tu singgah dulu kat Planetarium.








Kitorang sampai pun dah lewat. So, tak sempat tengok tayangan yang awal - awal. Lepas je habis tayangan, pusing pusing dalam tu. Sekali nak balik, hujan lebat yang amat. Mujur wanita hebat bawa payung dalam handbag. So bergilir gilir la ke kawasan berbumbung. 

Ingatkan nak berjalan lagi, tapi time tu perut semua dah mengamuk minta diisi tambah pula dengan jem yang agak teruk. Biasalah KL kan, hujan pula tu. So, kitorang decide terus ke Putrajaya dan makan dekat Alamanda saja.


Untuk malam tu tidur di Putrajaya dulu. Esok barulah bergerak ke Melaka.



 bersambung....     

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu




Sorry lama sangat tak update blog nie. Aku banyak habiskan masa aku dengan menulis di blog yang lagi satu. Disini, kalau tiada gambar, mood untuk menulis pun tiba-tiba akan hilang.

By the way, aku baru berpeluang tengok cerita yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Ombak Rindu. Banyak comment yang aku dengar. Ada yang mengkritik, ada yang kata best dan sebagainya. So, aku ambil keputusan biar aku pergi tengok dan biar aku nilai sendiri dari sudut pandangan mata aku. Yelah, lain orang lain pendapatnye kan.

So, cerita dia boleh tahan la. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi pun sebab aku pernah baca novel dia dan selalunya, bila cerita novel yang difilemkan mesti akan lari sikit dari cerita asal. Nama pun adaptasi.

Yes, aku tahu ramai yang mengalirkan air mata kerana cerita nie. Memang tak dinafikan cerita nie sedih, tapi bagi aku agak kelakar. Tambah scene Mila sampai di airport. Please cari wartawan yang bagus sikit, nampak sangat fakenye. Kata pelakon popular, so make it betul-betul popular la. Nie dah macam sambut pelakon tak laku je.

Keseluruhannya aku bolehla bagi 3 bintang. Lisa, Bront and Aaron did a good job.

Lepas nie aku boleh buka balik novel dan bayangkan sendiri jalan cerita dia. Mungkin lebih menarik.

Oh, sorry aku tak berapa pandai buat review filem. So, kalau tak puas hati dengan apa yang direview, aku minta maaf. Senang cerita pergi tengok sendiri dan nilai. Rasa rugi tiket tengok cerita melayu, tunggu keluar astro first kemuadian bolehla download.