Monday, May 31, 2010

Cuti Peristiwa

Tadaa.
*greetings paling tak bleyh blah aku buat*


Hari busy aku da habis. Semua settle dengan jayanya. Aktiviti pancing memancing teruna dara juga berlaku dengan smoothnya. Kalau tak dapat aku peduli apa. Umpan kau tak hebat.


Untuk menambahkan efek kepenatan aku bercuti lagi sehari. Hahahahhaha. Badget seperti aku yang berusaha keras menjayakan majlis padahal mandur saja. Arah sana arah sini. Buat buat busy pegang kamera bagai. Segala itu penting untuk menampakkan anda orang penting. Hahahahha.


Dah cukup. Gambar kena tunggu photographer profesional punya baru cunn. Gambar aku tunggang langgang. Aku tengok pun pening. Korang tengok muntah darah terus.


katakata : majlis tu sebenarnya kenduri kawen czn aku. enough. jangan tanya soalan cepumas pada aku.

Friday, May 28, 2010

Nephew

Tadaa.


Sekarang semua orang nak demam. Musim ke ape ke aku pun tak tahu. Ni, my nephew plak demam. Aku seriously tak boleyh tengok dia sakit. Kesian derr. Batuk tak tentu masa. Muka lemah gila babeng. Pastu paling tak best dia tak aktif seperti biasa. Aku nak sakat pun takde mood.






Muka minta simpati gilak. Bila nak tolong dia tolak ganas ganas. Cis. Nasib baik aku aunty yang baik oke AIRIEL DARWISY. Hish, degil.



katakata : mcm sin chan je.

Kerja gila pukul 130 pagi

Terbaik dari ladang. Pukul satu setengah pagi cau pergi hospital. Menyusahkan mak ngan abah aku yg sedang best layan tido. Kepala memang nak kena hentak sampai pecah. Tapi bukan salah aku derr. Perut aku buat hal dengan aku. Ntah ape salah aku sampai dia hentam aku dengan sekejam kejamnya.


Lembik terus badan aku dia hentam. Muntah tak macam dekat sepuluh kali. Huh. Apa aku makan pun aku tak tau. Syial la. Tak pernah pernah jadi lemah nak mampus macam ni. Aku badget aku nak mati da. Kena H1N1 ke ape ke. Tup tup nanti baca dalam blog aku da arwah. Cuak aku.


Benda paling menyampah bila kena pergi hospital nie satu je. Aku ulang satu je. Benda tu adalah injection. Memang aku takut. Celaka! Aku takut jarum. Kenapa bukan mak aku yang cucuk aku. Nasib baik takde scene dramatik kat hospital kalau tak jatuh saham aku dekat semua doktor hensem serta pembantu pembantu yang hensem. Buat aku nak pergi lagi buat pemeriksaan takpun pura pura sakit. Hahahaha. Memang aku akan kena sekeh dengan mak aku.



Ohh itu saja. Paling best boleh bangun tido lambat sebab alasan sakit. Terbaik gilak.



Cau. Aku blah dulu.



katakata : menipu lagi sakit. ini lah padahnya.

Wednesday, May 26, 2010

Tips

Aku tak tahu nak buat muka apa tadi. Muka meluat, muka control ayu, muka menyampah atau muka menyindir. Kejadian di KFC.


" Mana Awiena ha "


Biasalah kena usik dengan customer. Kau buat sentap lebeyh plak. Padahal kau suka kan. Aku nampak muka kau merah la bai.


" Dia saja sebut nama kau ke "


" Aah. "


Kawan dia pandang lelaki tu dengan pandangan penuh benci. Badget.



Aku rasa dia patut belajar dengan pelacur pelacur jalanan macam mana nak handle kes tadi. Aku tengok pelacur selumber je. Takde malu malu pun. Kau pergi tanya diorang. Confirm dapat tips terbaik dari diorang.


Aku hanya mencadangkan saja.



katakata : pelacur semakin demand sekarang. padahal dah rabak

Statement

Oh yeah. Aku tunggu mak aku balik semata mata nak update guna lappy aku. Guna pc takde feel.


Ex aku tiba tiba cakap tadi.


" Tau apa yg sy suka tentang awak. Awak unik sebab saya susah nak faham awak. "


Aku nak gelak sampai guling guling sebab dia kata macam ni. Patut la aku tak lama dengan dia. Statement tak boleh blah langsung.



Aku terus pergi depan cermin. Aku belek diri aku. Bongok. Aku unik sebab aku sukar difahami. Benda cilaka apa tu. Mungkin dia patut bagi statement yang lebih kick untuk kasi aku sentap. Bukan statement murahan seperti itu.

Tuesday, May 25, 2010

Careless

Oh yeah. Ini kisah petang tadi. Aku sangat confident sewaktu mengucapkannya.

" Kak Ayu, awal balik. Hahahaha. Dah punch untuk Dla? "

Confident je aku tanya. Terus blah pergi kat motor. Seluk beg dengan tujuan nak ambik kunci. Seluk punya seluk. Seluk lagi. Tiada. Ok fine. Buka zip lain pula. Tiada.Cilaka. Mana aku letak kunci motor aku.


" Kak Ayu, turun motor sekarang. Kunci hilang. "


Cari lagi. Blah pergi surau selongkar satu surau. Takde juga. Demm! Jangan buat aku cuak kat sini. Dalam hati kalau jumpa memang aku ketuk kunci tu. Hilang tak kena masa.


Aku terus cau pergi jumpa pak guard. Dengan nada lemah lembut aku tanya.


" Pakcik, ada nampak kunci motor tak? Ada keychain basikal warna merah sama macam motor saya? "

" Ohhh. Pergi amik dekat tempat kunci tu. "


Aku rasa macam nak mencarut dekat pakcik tu. Terang terangan nampak aku tengah mencari sesuatu. Haram dia nak tanya. Buat senyap ja. Kalau aku nangis kat situ. Sapa nak tanggung. Aku juga yang kena tanggung. Malu pun dapat sebab nangis. Memang cilaka betul.


Pastu aku juga nak mencarut kat diri aku sebab careless tak kena tempat. Perangai yang dari dulu tak reri reti nak buang. Nasib baik parking dalam tempat ada jaga, kalau macam kes dulu tinggal kunci dekat parking Jusco, memang merana kalau motor hilang.

Haish. Sila la keluar perangai ini dari diri aku.



katakata : kejadian yang entah ke brapa kali. grrrr.

Sebentar bersama Ct Cawalhana

Lama dah aku nak post pasal perempuan cantik comel nie. Tapi asyik lupa je. Sori la dik. Grrr dik. Nampak macam tua la plak. Memang tak sedar diri aku nie. Hahahaha.


Perempuan ni adek kesayangan aku dekat sini. Manja tapi bertempat. Kenal pun baru je. Since kitorang practical sekali dekat TM Taiping ni. Kawan pertama aku dowh. Cuma in different building la. Sempoi habes perempuan ni.











See. Boleh jadi model ni. Aku main cilok gambar dari fb perempuan nie je. Btw, perempuan nie ade sorang niece yang sangat la comel.


Gila macam chinese. Aku pun ada sorang nephew yang comel juga.


Itu sebab kami sependapat dalam pelbagai hal. Aku rasa dia confirm tengah gelabah sebab aku kata aku nak serang dia dalam blog nie. Kasi suprise sket. Itu je aku nak cakap. 

katakata : dia single lagi. ;p

Old Friend

Report aku tak pernahnye siap. Hari hari datang dengan azam nak buat report. Tapi haram, sentuh pun tidak. Asyik mengadap muka buku dengan benda alah nie. Cilaka betul la.


Semalam tengah khusyuk aku tengok movie sambil message dengan jejaka merangkap kawan aku yang mengalami tekanan jiwa. Aku baik hati layan je la jejaka tu.


Tetiba bunyi ringtone telefon maxis aku. Gila, mana aku campak hp aku. Cari cari cari. Yeah! Jumpa bawah bantal. Number tak dikenali. Shit, sape pulak yang telefon aku ni.


A : Hello? *nada sekat sekat*
B : Hello. Assalammualaikum.
A : W'salam. Erk, ni sape ekh?
B : Aku Irfan. Kenal tak?
A : *Dalam otak pikir. Irfan, irfan irfan. yang mana satu nie. Aku ada member nama Irfan ke.* Cepatt kembalikan ingatan aku. Haish. 


5 minit kemudian.


A : Demm! Ang ka. Baru aku ingat. Ha. Kenape?
B : Ha, ingat pun. Bla bla bla * dlm keadaan kalut*
A : Wey, rilex r. Aku pun sentap gak ang col aku tetibe. Cool cool. Jangan r gelabah. Tau la lama tak jmpe. So, apehal?
B : Ang ingat tak cikgu praktikal tyme kita form 2 ke 3??
A : Confirm aku lupa.


Memang aku lupa. Sori la wey, tak dapat bantu ang mengembalikan ingatan ang terhadap cikgu tu. Dah lama sangat kot.


Tapi aku nak gtau, memang aku sentap ang col. Pastu dapat tau ang kat Unikl BMI skunk. Merapuu la ang. Merata ang g nak amik diploma. Bermasalah betul kawan aku sorang nie. Haish.


Cau.


katakata : lepas nie kemana pula la.

Monday, May 24, 2010

Hungry

Balik dari kerja aku terus capai towel masuk bilik air. Pastu kena ganggu dengan panggilan dari akak aku. Sengal. Aku tengah mandi la woi.


Segar bugar sudah pakai cantik cantik blah terus pergi dapur. Lapar gila siot. Dengan harapan ada makanan aku bukan peti ais dengan yakinnya dan. Dem! Kosong syial. Dari atas sampai bawah, habuk pun takde. Memang aku bohong. Aku lapar aku lapar. Mak aku blah pergi rumah mak tam aku. Aku lapar aku lapar.


Aku buat buat cool. Badget confirm mak dan abah aku blah makan luar malam ni. Aku dah excited membayangkan nasi ayam di kedai kuew teow doli. Aku buat buat baik g lipat kain dengan tujuan membodek. Kalau tak haram nak sentuh kain kain tu. Tunggu mak aku angkat parang baru pegang kain tu lipat. Aku dah kata aku pemalas.


Harapan tinggal harapan. Tak pasal pasal aku plak kena goreng telur. Shit. Putus selera aku nak makan. Berlapar la aku sampai sekarang. Esok pagi la makan nasi lemak dekat kedai tomyam. Kau perut, jangan nak mengamuk malam karang. Aku sepak nanti. Huh. Dah, aku layan movie lagi bagus.


Cau.


katakata : nasi ayam nasi ayam. gagagaga

Sunday, May 23, 2010

Semua dalam satu

Tahniah la untuk jejaka nama Shahir sebab menang AF8. Tamat sudah semua spekulasi AF. Muak dah aku dengar hari hari af, af dan af. Kalau dengar pastu tengok dapat duit memang aku pulun la. Setakat tengok pastu suruh orang plak keluarkan duit untuk vote, buang masa aku je. Kini, segalanya sudah tamat. Amin.


World Cup plak akan bermula. Aku rasa teruja sebab boleh berjudi. Boleh topup dosa yang telah telah banyak ni. Watefak. Haram syial. Tapi aku pelik kenapa mesti kerajaan menghalalkan judi. Paling tak dapat  diterima akal hanya sepanjang Piala Dunia saja. Then, PDRM plak sibuk sibuk nak banteras perjudian ketika Piala Dunia berlangsung. Woi, terang terangan percanggahan pendapat di situ. Sorang sokong, sorang lagi tak sokong. Patut la malaysia tak pernah aman. Satu Malaysia konon. Boleh campak tepi la benda tu. Mufti senyap je. Kecut perut kot. Takut kena hentam. Shit. Cam gampang ja. Belajar tinggi tinggi sampai jadi mufti tapi tak reti nak pertahankan agama sendiri. Duduk rumah main judi sekali lagi bagus la. Aku dah kata, politik itu sampah.


Sekarang tengah kecoh dekat blog pasal pergaduhan antara blogger. Aku malas nak masuk campur sebab aku tak tahu al kisah sebenar diorang ni bergaduh. Kalau korang baik hati nak ceritakan, aku sedia mendengar. Aku pun hanya blogger picisan je. Tulis pun benda merapu. Orang nak baca atau tak itu terserah.


Hah. Aku akan makin busy dengan persiapan perkahwinan cousin aku. Aku memang suka menyibuk. Jadi mandur. Arah sana arah sini. Tapi nak buat malas. Tangan sakit la, kuku calar la, lenguh badan la. Susah la nanti. Nanti aku tak nampak cantik time kenduri. Hahaha. Sepuluh kali aku akan kena ketuk sampai pendek kalau aku cakap macam tu depan mak aku. Sia sia kena cop anak dara pemalas. Orang taknak padan muka. Dahla masak pun tunggang terbalik lagi. Susah betul ada anak dara macam aku. Memang menyusahkan mak bapak. Haha. Orang taknak xpe, nanti aku cakap la yang aku pandu suzuki swift. Bodoh punye iklan promosi. Mata duitan.



So, aku harap dunia akan makin aman. Sekian.


katakata : ape yg diorang kata pasal ____ betul gak. grrr. ade story yg aku pendam pasal tu.

Friday, May 21, 2010

Gambar Penang


Gambar di Penang da keluar.

Sila checkout di







Sekian.

;)

Feringhi

Sepuluh kali call sebelum kaki aku jejak rumah. Tak macam gila aku nak menjawab semua call yang datangnya dari mak aku. Terbaik gila sebab aku kena ceramah selama sejam sebelum dibenarkan masuk bilik tido. Semua ni gara gara kawan kawan aku yang sengal termasuk la aku sekali yang gila pergi melepak Penang sampai malam.


Kawan kawan aku stok bangun tengah hari la bai. Cuma aku baik sikit la sebab bangun awal. Itu sebab terpaksa gerak lambat. Pergi Gurney tengok movie. Paling aku tak bleh blah bila berebut nak tengok movie. Haram betul. Simple punya masalah pun tak boleh nak settle. Hempuk juga sekor sekor termasuk la aku sekali. Dah settle movie, masalah cari surau nak sembahyang. Pusing parking macam orang gila. Kawan aku budak archi maki hamun arkitek yang design Gurney tu sebab main campak campak je surau tu. Menyusahkan aku je. Bodoh pun ada. Nama pun surau letak la tempat elok sikit senang orang nak cari. Otak letak kat lutut memang macam tu la.


Settle masalah kat situ. Aku rasa macam nak blah cepat je dari situ. Terus blah pergi Feringhi. Melantak dekat bistro mana ntah malaun malaun nie bawak ktorang. Aku tau dekat tepi pantai je. Time order paling best. Semua perasaan tamak terkeluar tanpa disekat. Order macam nak makan sepuluh orang. Muka muka tamak je. Tidak terkecuali aku. Sama naik juga dengan diorang. Aku tak tahu la memang lapar atau apa, tapi nasib baik tiada pembaziran berlaku sebab masing masing kena paksa habiskan setiap makanan yang ada sampai licin kalau tak kawan dengan setan. Makan sampai nak meletup. Langsung tak ikut sunnah. Gila betul.


Sebab jakun tengok laut, ktorg turun pergi mengedik tepi pantai. Semua tak dapat tahan nafsu tambah pula gelap. Terkeluar habis semua perangai gedik masing masing. Dah penat buat gedik jalan pergi Night Market. Nak terkeluar juga la urat kaki aku mengekor dyorang nie berjalan. Perghhh, memang pulun habis la. Macam tak reti nak balik. Barang yang dibeli hanya 3 items sahaja.


Balik jejaka pecut habis habisan macam nak terbang kereta tu sebab parents masing masing dah mula menunjukkan tanda tanda akan tunggu depan rumah dengan parang di tangan sebab nak tetak sorang sorang yang ada dalam kereta tu. Si gadis yang sorang tu memang nak kena hempuk sebab dia tak bagitau mak dia yang dia nak pegi Penang.


Tetap juga sampai rumah dengan selamat walaupun dalam hati bukan ada taman tapi ada perkataan tulis TAKUT sebab balik lewat. Hukuman dikenakan memang terbaik. Aku salute dekat mak dan abah serta kawan kawan aku tersayang aku sebab buat aku tersengguk sengguk dekat ofis hari ni.


Ohh. Aku tau korang semua baca blog aku. Kalau ada aku kutuk tu minta maaf la. Memang sengaja. Lagipun aku kutuk diri aku juga oke.


Terima kasih kepada Syamim, Syakir, Finaz, Dira dan diri aku sebab kita semua happy semalam. Syang u guys! Oke, aku geli dowh!


katakata : hope plan ke langkawi aku dpt pergi.

Thursday, May 20, 2010

.........

Aku tengah berkira kira samada betul atau tak tindakan aku ponteng kerja sebab nak blah pergi Penang dengan member member yang suka merosakkan jiwa dan raga aku dengan perangai tak senonoh dorang. Hah. Gasaklah, nanti aku pikir cara nak bagi alasan yang super duper hebat supaya mereka terima alasan tu tanpa sepatah perkataan yang menunjukkan bantahan.


Aku ingat nak pergi berpoya poya takde syarat syarat. Tapi pagi pagi lagi aku dah kena sound direct menusuk telinga aku. Gila punya hebat penangan mak aku. Dia suruh aku settle hal rumah sebelum pergi. Bagus. Dia tinggalkan rumah yang bersepah dengan barang peninggalan yang aku rasa boleh dikatakan sudah usang lepas tu nak suruh aku kemas. Memang terbaek la.


Semalam niat aku nak pedajal adik aku langsung tak menjadi. Last last aku yang terkena balik. Gila punya cilaka. Aku suruh dia gigit mangkuk sebab dia boleh tanya sebab apa aku hulur mangkuk tu dekat dia. Dia boleh buat muka blur depan aku. Memang nak kena sepak terajang lempang lemping dengan aku. Aku juga kena basuh mangkuk tu sebab dia letak dalam sinki je. Menyirap je darah aku. Aku baru nak jadi baik ikut mak aku pergi surau. Suruh dia tolong ironkan tudung aku pun dia taknak. Baik punya landing atas katil melayan KOMIK AKU oke. Tak sedar diri lagi tu. Time tu rasa nak jadi sekejam kejamnya dengan merampas komik tu. Memang penat melayan kerenah adik yang gila otak macam dia. Plan aku hancur semua. Haram betul la.


Tapi takpe, nanti ada masa aku buat plan lain plak. Aku bosan duduk rumah tanpa sebarang aktiviti kekejaman terhadap adik aku yang terlebih manja tu. Korang ada idea terbaik tak. Kalau ada sumbang sumbangkanla. Mungkin aku boleh pertimbangkan idea korang semua tu.


katakata : aku sengaja lakukan itu.

Wednesday, May 19, 2010

Lagenda Budak Setan

Cerita mesti tengok untuk permulaan bulan June nie.


Aku dah tak sabar tunggu cerita ni. Jom blah tengok ramai ramai. Tapi aku harap tak dapat seat depan macam hari tu. Cilaka betol sakit tengkuk aku kena dongak. Tengok pun takde feel.


katakata : novel dia mantap habes.

Tuesday, May 18, 2010

Biadap

Penat aku hari ni. Pagi pagi ikut Uncle Danial pergi Celcom Centre sebab mereka dah blagak taknak join Telekom. Ada aku kisah ke. Berperang mulut dengan orang tua nama Nazmi lagi penat. Filem lucah penuh laptop. Aku tak 'tipu'. Supplier lagi. Tapi bila aku buka tak keluar. So, macam mana aku nak buktikan dekat awek dia yang balak dia sungguh tak senonoh. Suka menonton minah indon mandi sambil berkemban sampai mulut terngangga. Aku pun tengok gak tapi takdela sampai macam tu. Gila punya lucah.


Balik rumah aku terus pergi dapur selongkar ketam masak lada semalam. Aku bukak periuk tengok ada lagi dua ekor. Cantik sangat. Aku capai mangkuk aku belasah dua dua ekor tu. Segala allergik yang aku alami sehingga menginap di rumah sakit langsung aku tak peduli. Dua ekor tak menjejaskan kulit aku la bai. Gila bongkak aku nie.


Aku benci orang takde adab. Aku tengah kusyuk sembahyang boleh pasang lagu pula. Celaka betul perempuan tu. Kalau taknak hormatkan aku, sila la hormat makcik yang kat sebelah aku. Mulut dahla bising selalu mengganggu kententeraman aku. Tapi tadi aku macam nak bantai gelak kaw kaw punye sebab mekap macam badut. Hello perempuan, lu jangan berlagak cantik depan gua ha. Cantik lu tak natural. Mekap macam badut. Gua memang nak bantai gelak kat lu tadi. Mekap tebal tebal, masuk toilet berak berpeluh juga. Cair mekap kau la ngok.


Sekarang aku rasa nak buang package movie dari saluran Astro aku. Aku nak ambik entertainment. Baru masyuk sikit. Adik aku takde aku boleh buat apa saja. Adik aku balik, aku duduk dalam bilik senyap senyap. Haha.

Monday, May 17, 2010

Fucking Life

Aku keseorangan lagi. Tiada penghuni langsung. Hanya ditemani dengan bunyi aircond yang sudah uzur. Tiada suara dari radio mahupun televisyen.

Berbekalkan donut yang dibeli semalam di Dunkins Donut aku menulis entri ini. Tiada apa yang bermain dalam fikiran. Mundar mandir di dalam pejabat yang kosong. Hanya seketika melegakan mata dengan permandangan yang tidak berapa indah.


Mat dan minah indonesia yang mandi secara terbuka tanpa rasa segan dan silu.


Abang abang pos laju yang sibuk memunggah surat surat yang perlu dihantar. Ohh tidak lupa sebatang rokok ditangan.


Pak guard yang keluar masuk pondok pengawal.


Kereta yang lalu dan patah balik kerana tiada sign board mengatakan 'jalan ditutup'


Minah bergaduh manja dengan Seman di kedai Tomyam kerana air.


Tiada apa yang menarik. Hari hari menonton senario yang sama. Senario yang tidak mampu menaikkan keghairahan aku untuk menulis seperti seorang yang hebat.

I'm really sick of my life. Shit.


katakata : please give my life back fucker!

Sunday, May 16, 2010

Kain Batik

Bagus betul aku. Datang rumah kakak aku lupa bawak seluar tidur dengan baju tidur. Mustahil aku akan tidur dengan seluar track.


" Weh, meh kain. Alla lupe bawak seluar tidur. "



Senyap. Mata aku pula dah hampir nak tutup. Mengantuk la woi.



" Cepat r. Orang dah ngantok nie. "



Terkedek kedek datang bawak kain.


Pakai terus tidur. Gila tak percaya aku pakai kain batik balik. Lama dah tinggal kain batik ni sejak tak duduk Penang.


Pagi tadi aku bangun abah aku cakap something.



" Ha, kan elok pakai kain. Nie dok pakai seluar pendek buat ape. "




Hoish. Jangan tegur la. Aku tak pakai dah nanti baru tau. Shit. Muka aku dah merah.

Conference

Conference dengan rakan memang seronok. Tambah kalau bercakap mengenai benda merapu. Tapi nak lagi seronok aku ambil keputusan jumpa. Bersembang depan depan, kau tengok muka aku aku tengok muka kau lagi seronok.


" Oke, petang nie kami datang rumah ang "



" Set, aku suruh la mak aku masak pape nanti oke "



Aku blah sekejap. Mak abah balik dari pasar membeli barang nak makan.



" Siap. Pergi Putrajaya tengok airiel. "



Sentap terus. Baru berangan nak bermanja bermesra dengan rakan taulan. Terus pergi depan lappy tengok conference yang masih berjalan. Aku takde lagi rancak mereka ni sembang. Lucah betul.



" Weh, niat terpaksa dibatalkan. Aku blah pergi Putrajaya. Next time maybe."


" Alaaaaaa"


Sebelum ditanya lebih lanjut aku terus sign out. Tapi wall fb aku penuh. Cis. Memang sengaja.

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

Aku rasa macam Hari Guru nak datang. Dulu zaman zaman sekolah setiap tahun sambut. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Time tu semua happy sebab tak payah masuk kelas belajar. Hanya duduk di bawah memandang pentas sambil tepuk tepuk tangan memberi sokongan setiap persembahan yang ditunjukkan.

Konon excited. Padahal kat belakang bersembang, mengumpat, bergosip je lebih.

Bila sekarang, imbau balik kenangan lama macam best pula. Zaman kenakalan yang terlampau. Zaman guru guru yang naik bosan menegur setiap kenakalan kami.

Banyak betul bakti mereka kat kita. Mendidik dari kosong sampai boleh lawan balik cikgu tu. Memang hebat betul. Rotan, pembaris panjang warna oren tu dah biasa sangat kena apatah lagi berdiri atas kerusi, bersila kat luar sebab tak siap kerja sekolah, jalan itik sambil pakai tag yang besar sebab ponteng kelas. Semua tu tinggal kenangan sekarang.

Bila fikir balik, setiap yang mereka lakukan ada makna tersirat. Kalau mereka tak buat macam tu mesti aku jadi makin nakal. Mungkin aku jadi budak budak berpelesiran tanpa arah tuju. Mustahil aku akan sampai ke tahap ni. Sekarang baru aku sedar, mereka marah bukan sebab benci tapi sebab sayang. Mereka taknak lihat anak murid mereka tersungkur di tengah jalan.

Apa apa pun, aku nak ucap terima kasih banyak banyak dekat semua cikgu cikgu dari Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik serta lecturer aku dari Japan Malaysia Technical Institute.

Terima kasih banyak banyak.

Jasa anda semua memang tidak mampu aku balas. Keutamaan diberikan kepada cikgu cikgu disiplin serta cikgu cikgu yang selalu mendenda aku. Denda itulah yang mampu buat aku jadi manusia berguna sekarang.

Sekarang dah tak nakal dah cikgu ;)

Pengakuan jujur. Walaupun aku sering tak puas hati macam macam, kutuk macam macam tapi aku still sayang mereka semua.

Happy Teacher's Day!



katakata : rindu nak balik ke zaman sekolah. :'(


Suka. Tekan button Like.

Thursday, May 13, 2010

Maxwell Hill

Seharian habiskan masa dekat Bukit Larut. Faiz, aku rasa kau tipu ktorang la. Aku cakap takde keluar asap pun. Mati mati aku percaya benda tu betul. Waktu nak naik ke atas dengan menaiki Hilux TM, aku mengucap panjang. Aku serius agak takut dengan keadaan jalan yang licin memang menakutkan.

Sangat seronok bekerja diatas. Dengan keadaan yang sejuk aku rasa macam tiada hati dan perasaan nak turun bawah. Televisyen ada empat. Tidak perlu tukar siaran sebab cukup setiap satu tv satu siaran tolak astro dan 8tv.

Tapi sayang. Kabus yang terlalu tebal telah menengelamkan kesemua bandar yang dapat dilihat dari atas puncak Maxwell ni. Pusing sana pusing sini masuk bilik. Rasa macam nak berjalan keluar tapi pak guard kunci dengan mangga besar punya.

Ketika hendak turun, hujan lebat yang teramat sangat. Sekali lagi aku mengucap panjang. Hoish. Gerun betul la. Dalam otak berfikir.

" Sure kena balik dalam hujan japg. Adoi. "

Betul betul terjadi. Balik dalam keadaan yang basah lenjun. Sejuk betul. Adamaya pun terlepas.

Tapi apa apa pun aku rasa untung gila sebab dapat naik tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Diberi offer untuk naik sekali lagi jika ada masa.

Juga free. Diulangi FREE.

Gambar boleh dilihat di snapsnaphoto oke.


Like? Click saje.

Wednesday, May 12, 2010

Masak

Aku terlebih rajin hari ni. Itu tak bermakna aku malas sebelum ni. Cuma hari ni sebab terlampau bosan, aku jadi rajin nak memasak. Masakan simple simple saja. Setakat makan untuk empat orang dan dengan bahan bahan yang macam dah nak kering dekat dapur tu hanya dua masakan simple je yang mampu aku buat.

Sambal Tumis Telur.

Udang Goreng Kunyit.

Simple kan. Tapi sedap. Aku tak pernah lagi dengar complain dari family aku bila aku memasak. Kadang kadang adik senggal aku suh aku masak lagi.

Ohh gambar di snapsnaphoto ye. ;)


katakata : lama tak buat kek coklat.


Suke. Tekan la Like.

Nurses Day

Japp. Hari nie Nurses Day ke. Kalau macam tu aku nak wish kat MAK a.k.a MRS BAJUBIRU


HAPPY NURSES DAY
;)

Saya Kenal Anak Perak

Woah! Sempat lagi tak aku nak join contest Anak Perak nie ye. Aku harap sempat sebab aku nak buat sekarang. Kalau dapat alhamdullilah la, kalau tak dapat, means tiada rezeki la tu. Aku sekadar mencuba nasib saja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ohh blog Anak Perak nie aku tahu selepas masuk Gengblogger la. Well, aku pun orang Perak, so teruja la orang kampung buat blog menyatakan beliau adalah anak perak. Wah, gila bangga aku. Tambahan pula, aduh terskema pula. Takpe teruskan, actually beliau pernah jerit jerit kat shoutmix aku. 

Blog beliau best kot. Semua cerita ada dalam tu. Pasal life beliau pun beliau selitkan juga. Ops, blog beliau bukan blog picisan oke. Banyak juga information yang boleh kita dapat dari blog beliau. Beliau nie suka warna hijau kot. Tema blog pun hijau. Kira ok la bagi aku sebab mata aku tak sakit nak melihat. Ok, dah lebih 100 perkataan ke nie. Hope tak la. Sebab beliau tak bagi lebih. Takut juling mata nak baca kot. 

Ohh ada task tambahan. Beliau suruh bagi sebab apa aku nak pakai dot com. Jom imbas ke zaman silam kejap.  Actually, dulu aku bukanlah blogger tegar yang update blog setiap hari. Kadang kadang mau juga sebulan sekali. Tapi sejak tahun lepas aku dah mula nak serius. Banyak juga yang boleh ditulis sebenarnya. Cuma dulu otak beku tak reti nak berfikir. Tambah tambah dulu aku duduk rumah je. Jarang merantau. Bila aku dah merantau, banyak yang aku dapat lihat. Minda aku pun sedikit terbuka. Macam macam ragam manusia yang aku dapat tengok. Dari situ aku contengkan disini. So, sebagai menghargai blog nie yang dah terlalu banyak bersabar dengan kerenah aku, aku nak bagi la hadiah kat dia. Tu sebab la aku nakkan DOT COM tu. Nama untuk dot com tu aku pilih vanillachocolate.com bersempena nama blog ni. Biar ada kenangan antara aku dengan dia. Dahla ulangtahun pertama tak bagi hadiah. Kesian dia.

 

Jom Terjah sini!

Sekian dari saya, Nuradilla Baharudin. ;)

Tuesday, May 11, 2010

Kurang pendengaran

Aku mengalami kekurangan pendengaran buat sementara waktu. Mak aku selaku nurse kata sebab badan panas pastu tak mandi. Aku pelik je sebab aku mandi selalu kot. Nak nak sekarang nie tengah duduk dekat gurun yang panas. Mak aku nak bawak pergi klinik aku tolak dengan cara baik. Konon dah baik sepenuhnya. Blahla. Elok diorang blah telingga aku kembali benggang. Bongok betul.

Malam ni mak aku outstation ke KL. Aku rasa macam nak guna kereta esok pergi kerja. Tapi myvi tu selalu taknak mesra dengan aku. Aku punya la buat baik dengan dia, haram dia nak balas balik. Rasa nak sepak je.

Aku rasa macam tak best plak bila aku sorang je guna laptop. Rasa tak masyuk sangat bila guna tanpa sebarang perebutan. Selalu aku berebut dengan adik lelaki aku.

Bila dia nak balik. Adik perempuan aku nie tak boleh buat kawan.

Kepala otak dia skema sangat. Bukan selera aku.

Hahaha. Kalau dia baca ni, confirm dia tendang aku time tido nanti. Syial la.


katakata : macam tak dewasa ja tidur dengan adik. hoish.

Monday, May 10, 2010

Bola

Kecoh sana sini pasal kemenangan Chelsea. Ok, aku pasrah. Man Utd bagi laluan kat mereka. Beza cuma satu mata. Aku peduli apa. Aku terlepas perlawanan. Kena tunggu ulang tayang. Perkara paling aku benci sebab tak dapat tengok live.

Semalam juga kecoh pasal Shahir diberi peluang kedua untuk rancangan Akademi Fan apa ntah. Aku tak tengok. Tak berminat nak tahu. Tapi sebab cousin cousin aku beria gila buka channel 104, aku nak kata apa. Takkan nak hambat dengan kayu. Kamon la, budak lagi kan.

Tunggu kekecohan World Cup pula.

Aku bukan lagi di hostel macam dulu. Internet lembab dan disebabkan menunggu streaming yang lama terlepas aksi menarik.

Kini aku di rumah. Keseronokan menonton bola lebih sempurna daripada biasa.

Konspirasi

Sunyi pula bila adik aku dah blah pergi sambung study. Tinggal adik bongsu yang terlebih manja yang langsung tak masuk dengan aku dan juga tak satu kepala dan tidak boleh dibawa kompromi.

Lepas nie aku takde geng untuk membuat konspirasi private n confidental dah.

Masalah sekarang, mak dan abah aku dah plan macam macam. Paling tak diterima akal aku adalah nak lepak homestay supaya mak aku boleh basuh baju adik aku bila ktorang pergi melawat dia nanti. Shit. Memang melampau budak tu sampai mak aku boleh buat plan macam tu.

Apa apa pun Kedah sangat panas.

Adoi. Kering tekak.

Anak Pengetua

Sedang aku bersenang lenang dalam bilik, datang adik bongsu aku dan terus tutup pintu. Aku pandang terus muka dia.

" Kau apehal. Masalah apa masuk terkejut tergempar "

Muka bengis dia bagi aku. Sudah, jangan dia datang bawak pisau bunuh aku dahla macam dalam paper adik bunuh abang sebab sebatang rokok. Memang gila.

" Tikah geram la dengan anak pengetua tu. Blabalabalabalabla "

Bila aku jadi pendengar cerita merapu kau tu. Muak dah dengar cerita perempuan gaduh mulut ini. Versi kau benci aku, aku benci kau.

Habis dia cerita.

Aku bagi jalan paling simple saja. Aku suruh dia cakap

" Kau tahu siapa Pengarah Pendidikan tu dengan aku? Kau tak payah tau sebab aku boleh suruh dia campak kau pergi sekolah lain kalau aku mahu. So, kau jangan nak tunjuk hebat depan aku. "

Lepas tu aku suruh dia blah. Bohong sunat.

Pengarah Pendidikan itu tiada kena mengena dengan aku pun.


katakata : aku harap dia tak ikut apa aku kata.

Hari Ibu

Entri untuk Hari Ibu aku dah siapkan di tempat lain. Tempatnya DISINI. So, aku malas nak ulang banyak banyak kali. Untuk semua ibu ibu yang ada di dunia nie, Happy Mother's Day.

Hari Guru pula bakal menjelma. Itu lain hari aku buat.

Sekian.

Hutang Tag

1.go to your photo files,select the 8th photo folder.
Aku cilok dari external lah ye.

2.select the 8th photo from the folder


3.post along with story behind it
  Gambar nie disnap oleh member aku dayot. Time nie malam last before semua pergi membawa diri masing masing ke sebuah alam lain iaitu alam pekerjaan tipu tipu. Tempat kejadian adalah di Autocity Juru. Motif  member aku nak snap pokok tu, tapi aku saje mengedik juga. Finish.

4.challenge 8 blogging friends to do the same
Sapa rasa bosan, nak buat tag nie, silakan. ;))



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Yang kedua pula ditag oleh akak comel yang selalu aku panggil dy kak echa. Tag mengenai senyuman paling menawan. Apa itu menawan? Ntah.

gambar ini seyes tak boleh blah aku tengok.

Senyum senyum senyum ;
  • Sebab senyum itukan sedekah. Lagipun tak perlu wang ringgit semata mata nak senyum.
  • Boleh buat orang rasa senang hati walaupun tengah ada masalah.
  • Hey, boleh menambah kenalan kan kan.
  • Jangan senyum tak kira tempat sebab nanti orang ingat gila.

Sudah selesai hutang tag aku dengan insan insan yang mengetag. Fuhh. Lega.

Saturday, May 8, 2010

Cough

Aku tahu tempat aku bukan di sini. Tempat aku di atas katil sambil berehat rehat sehingga sembuh. Blah. Itu bukan aku. Lagi terseksa adala kalau berkeadaan begitu. Segala ubat yang aku telan langsung tidak memberi apa apa kesan buat aku.

" better check spital if ade ILI or H1N1.. siyes nih.. dengar cakap mentormu ini. "

Itulah mentorku. Tapi aku bukan jenis yang pergi hospital. Maaf la. Tambah pula kalau pergi mesti akan dapat injection. Memang mengerikan bagi aku.

Aku harap aku boleh berpura pura sembuh hanya untuk hari isnin ni.

Plan itu perlu diteruskan tidak kira apa yang terjadi.


katakata : minum tak ikut sukatan pun masih tak mampu mengubati batuk aku. shit!

Friday, May 7, 2010

Stop sebentar

Semalam hari terseksa aku. Tekak perit ditambah dengan badan yang lemah. Hanya ditemani dengan panadol dan cecair hitam pekat yang mana aku hanya teguk tanpa mengira sukatannya. Itu baru cool.

Semalam juga aku langsung tak boleh nak join GB buat meeting about gathering. Gasaklah, aku sokong dari belakang jelah.

Hari ini aku mc.

Aku rasa perlu cepat pulih. Selagi tak pulih selagi itu otak aku susah untuk berfungsi.

Berehat sebentar dari dunia blogging.

;))


katakata : tidak mampu berkata kata.

Tuesday, May 4, 2010

Perihal kerja

Aku berkira kira tidak mahu update apa apa hari ini. Tapi aku rasa macam sedikit pelik kalau tak update walaupun satu entri. Otak aku setiap saat ligat berfikir apa yang patut ditulis.

Hari ni aku rasa berat nak pergi kerja. Mungkin kerana waktu tidur aku semalam lari jauh dari waktu waktu biasa jadi pagi tadi agak liat untuk aku celikkan mata. Aku hanya mampu menghantar pesanan kepada cik melatiputeh untuk punchkan untuk aku. Aku hanya sedar pada pukul lapansetengah pagi.

Niat hati dan ponteng terus. Tapi teringatkan cik melatiputeh yang mengharapkan kehadiran aku untuk membawa broadband semata mata untuk updatekan antivirus yang katanya sudah nyawa nyawa ikan, aku gagahkan juga capai tuala dan mandi. Segala pergerakan aku perlahan saja.

Bila aku sampai terlihat kelibat cik melatiputeh sedang mengendong beg laptopnya. Mahu keluar sekejap katanya. Aku sambar beg laptopnya dan usung ke dalam office. Terjumpa pakcik yang bekerja di department aku. Aku buat tak endah saja. Hanya senyum untuk menutup kegelisahan kerana takut kantoi datang lambat.

Seharian aku duduk dalam bilik yang dingin. Mengupdate antivirus serta bermain muka buku sampai bosan. Pada masa yang sama melengkapkan log book yang sudah beberapa minggu ditinggalakn kosong tanpa sebarang pembohongan dari aku. Ahhh, plagiat saja dari orang. Itu yang paling mudah.

Hari aku terbuang begitu saja hari ni. Tiada ilmu yang dikutip.

Kalau esok masih ada, aku ingin tebus kembali untuk hari ini.


katakata : kepanasan yang membahang buat aku jadi begini.

Monday, May 3, 2010

Minat disekat

Aku terdengar mrs bajubiru bersembang dengan cousin aku mengenai anaknya yang akan ke matrikulasi. Pada masa yang sama bertanya tentang status UPU yang dipohon oleh anaknya. Sayang sekali. Hanya dapat pilihan terakhir. Bagi aku itu sudah kira bersyukur berbanding tidak dapat apa apa.

Dari situ aku mula berfikir. Adik aku memohon kursus Aeronautik tapi tidak diterima sama sekali sedangkan keputusanya lansung tidak mengecewakan dan sekali gus layak untuk dia diterima. Otak aku ligat berfikir.

Apa jurusan itu agak susah untuk ditembusi atau kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan penggangur dalam jurusan yang sudah tentu ramai pelajarnya seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Elektronik, Ukur Bahan dan paling penting Komputer. Jurusan jurusan itu cukup famous. Oleh kerana famous mereka memilih kerana kebarangkalian untuk diterima agak tinggi. Tapi mereka tidak berfikir, kebarangkalian untuk mencari kerja agak rendah kerana sudah terlalu ramai graduan yang keluar dengan memegang diplom atau ijazah dalam jurusan tersebut. Mana hendak dicampak golongan golongan yang baru ini.

Mungkin adik aku silap perkiraan tidak memilih jurusan tersebut. Tapi aku kagum dengan dia kerana memandang ke hadapan dengan memilih jurusan yang pada aku agak hebat kerana calang calang orang yang mampu menguasainya. Tapi sayang tidak diterima.

Lepas dua tiga tahun muncul di dada dada akhbar mengatakan pelajar kurang berminat menguasai ilmu angkasa lepas. Negara kekurangan jurutera kapal terbang dan sebagainya. Tapi yang sebenarnya minat mereka disekat. Permohonan ditolak mentah mentah.

Tidak hairan ramai graduan yang memilih untuk ke luar negara kerana mereka tahu peluang disana lebih cerah berbanding di negara mereka sendiri. Disana mereka lebih rasa dihargai.

Ini hanya pendapat aku. Kalau aku salah sila betulkan. ;)


katakata : kalau aku ada duit aku pun rasa nak belajar di sana. boleh melancong juga.

Sabun susu kambing

Sabtu lepas aku pergi Tesco dengan harapan hendak membeli Drypers yang di warwarkan murah. Tapi harapan tinggal harapan sebab dah habis. Masa banyak lagi aku pergi ke bahagian toiletries. Belek satu satu barang yang ada.

Aku pegang sabun mandi susu kambing jenama aku tak tahu. Sebelum tu aku sengaja pegang sabun sabun yang lain untuk menguji tahap kewangianya. Datang seorang auntie. Dia senyum. Takmau dikatakan berlagak, aku senyum balik sebagai pemanis muka.

Dia hulur sabun bertulis Rose.

" Ini sabun banyak wangi ha "

Aku senyum saja. Hilang kata kata. terus menyambar sabun susu kambing tadi.

Auntie tadi ambil sabun yang sama dan bau. Dia ulang balik bau. Buat muka pelik. Aku tak peduli dengan kelakuan dia terus blah tinggalkan dia keseorangan disitu.

Aku terserempak kembali dengan autie tu di bahagian yang lain. Aku tengok dalam troli dia ada sabun susu kambing tadi.

Aku senyum sinis.

" Buat muka gila punya pelik cina ni tadi. Tapi ambil juga sabun tu. "

Adik aku tergangga tengok aku cakap sorang sorang.


katakata : aku jadi addicted gila dengan sabun tu. hoish.

Selingan

Adoi. Terus terang aku cakap, aku bukan jenis yang suka suka hati nak tangkap cintan cintun nie. Tambah tambah jika orang tu memang aku jarang bersama sebab telah telah aku tak boleh nak faham dia.

Kenapa aku boleh buat entri pasal benda nie.

Sebab tadi ada seorang manusia tiba tiba message kata nak tarik diri apa semua. Hoish. Apa kes semua ini. Aku tak pernah memberi kata putus. Manusia itu sendiri yang menganggap ada something between aku dan dia. Ayat sempoi je dia bagi aku.

" Takpela awak buat saya macam nie "

Apa aku buat kat dia. Aku sendiri pun pelik. Maybe layanan aku buat dia rasa aku terima dia kot. Manusia nie betul betul susah untuk difahami. Ohh, aku tekankan di sini, aku bukan nak mainkan dia ok. Mungkin dia kurang memahami cara aku.

Habis persahabatan aku dengan dia. Itulah jangan timbul apa apa rasa dalam sebuah persahabatan. Inilah yang mungkin terjadi.


katakata : kalau salah aku, sorry.

Sunday, May 2, 2010

Zoo Taiping Part 2







Nak lebih sila pergi SINI ye.

Zoo Taiping

Aku tulis, aku delete. Seperti sudah kehabisan kata kata ingin diconteng dalam blog ni. Tapi dalam fikiran berlegar legar isi yang ingin dituliskan cuma aku kehilangan gaya untuk menyampaikannya.


Tapi takpe, gaya apa sekalipun aku masih punya pembaca tersendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini berjalan jalan ke Zoo Taiping. Sengaja meluangkan masa bersama si kecil Airiel. Tapi hari ini haiwan haiwan di situ seperti kurang mesra saja kerana asyik bermalas malasan di celah celah tembok yang ada. Tidak banyak yang dapat dirakam kerana kami menaiki keretapi bergerak yang tiada loceng untuk ditekan supaya berhenti.

Hanya berhenti di hadapan beberapa ekor gajah kerana itu adalah penamat.

Si kecil sudah merengek kepenatan. Aku juga terasa kepenatan kerana panas yang begitu membahang. Tapi tidak menjejaskan kami untuk meneruskan perjalanan ke Zoo Central. 

Tangan si kecil menunjuk ke arah sesuatu. Ohh clown. Clown yang mencari duit dengan melakukan pertunjukkan seperti di sarkas. Membuat belon belon mengikut replika haiwan untuk menarik perhatian kanak kanak. Hanya dengan buat begitu sudah mampu meraih keuntungan yang beliau sendiri ketahui. Strategi yang begitu menjadi.

Jam menunjukkan pukul 1230 tengah hari. Perut masing masing sudah menjerit minta diisi. Teringat ibu yang mengerah keringat memasak, ayah yang berpanas semata mata membakar ikan, kami terus pulang ke rumah berbekalkan cendol yang dibeli di kedai Ansari.

Satu hari yang mampu membuatkan aku tertidur ketika cuba untuk mengupdate blog mengenai hari ini.

Gambar akan ditunjukkan pada entri seterusnya. Mungkin selepas ini aku tidak akan campur adukkan penulisan dengan gambar kerana gambar juga mampu bercerita tanpa ada secalit perkataan. Itulah kekuatan gambar.


katakata : esok kembali bekerja. aduh.

Saturday, May 1, 2010

Kenangan alam persekolahan

Sudah sering sangat gambar aku ditag di muka buku. Sekarang mereka cuba mengimbau kenangan lama di alam persekolahan dulu. Ketika umur meningkat remaja. Ketika hati sering memberontak.

Di situ kami belajar sesuatu. Belajar mengenal kawan, belajar mengenal dunia, belajar menjadi insan berguna.







Mereka semua adalah sahabat terbaik. Walaupun kami bersahabat, kami juga adalah musuh. Musuh dalam persaingan mengejar impian. Mungkin ada yang kecundang, mungkin ada yang maju ke hadapan. Namun itu tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk terus berjaya.



Disini aku meneruskan perjuangan aku. Masih mampukah aku bertahan. 

Hanya aku yang tahu dan hanya aku yang mampu corakkan kehidupan aku.


katakata : entri nie buat aku nak kembali ke sekolah. adoi.