Friday, April 30, 2010

Budak kecil

Sejak akhir akhir ni aku dah jadi macam ibu ibu saja. Pergi sana sini tengok baju budak. Pergi Tesco tengok pampers. Balik rumah hantar report.

" Mak, Drypers kat Tesco murah. RM something something."

Mungkin lepas nie akan bertambah lagi hobi baru aku ni sebab mungkin akan tambah lagi seorang anak saudara. Bagus betol kakak aku. Asyik bagi anak saudara kat aku dan cucu dekat parents aku. Ohh bertambah riuhla rumah aku. Bagus. Itu yang seronok.

Berlatih dari awal. Tak salah bukan.

Dah. Belum capai target. Jangan berangan.


katakata : Budak kecil betul betul buat aku gila.

Thursday, April 29, 2010

Conflict

Konflik dalaman sering terjadi. Manusia sering saja mempertikaikan kelemahan dan kehebatan orang lain.

Siapa hebat.
Siapa cekap.
Siapa pantas.
Siapa rajin.

Tapi kenapa mereka tidak melihat pada diri mereka sendiri sebelum nak kondem orang lain. Sedikit perselisihan faham membawa kepada dendam.

Kau jahat.

Hanya ayat itu saja yang sering disebut sebut. Itulah melayu. Langsung tiada persepakatan.

Bila melayu nak maju?

Tanya pada diri.

katakata : Aku dah semakin hitam. Grrr.

Wednesday, April 28, 2010

Cantik jadi isu

Selepas berpanas di luar hingga jadi hitam legam, aku berehat rehat di dalam surau. Asalnya nak balik rumah tapi sebab ketika itu adik adik baru pulang sekolah sudah tentu jalan sesak. Lagipun apa nak kalut, rumah aku duduk atas tanah, tiada kaki nak lari. Cool sudah.

Pintu surau dibuka. Masuk tiga anak dara.

Tiba tiba kemasukan mereka terhenti. Dipanggil seorang anak dara yang telah terlepas masuk. Berbisik bisik seperti ada rahsia kemudian menyarung kembali kasut dan keluar.

Pelik sungguh sikap mereka. Aku berfikir sambil pandang sekeliling.

Oh, baru aku perasan. Ada tulisan yang aku tak nampak tapi mereka nampak.

" Orang cantik dilarang bergaul dengan orang tak cantik. Harap maklum "

Apa boleh buat. Itulah nasib. Tidak mampu menandingi "kecantikan" mereka.

Aku cakap pada cik melatiputeh.

" Tidak mengapa, mereka cantik luar saja. Kita cantik luar dan dalam. Biarkan mereka. Selagi kita tak keluar, mereka tak masuk. Biarkan mereka tanggung dosa mereka. Ini tempat awam, sesiapa saja boleh guna. Kenapa mesti ada dasar cantik tak cantik disini. Nak sembahyang je pun bukan nak masuk miss world. "

Senyuman mekar terukir dibibir cik melatiputeh. Puas hati aku.

Tag

Grrr. Aku nak mengamuk kejap dekat gff aku bernama ayu. Perempuan itu suruh aku jawab tag. Aku ingat hari tu adalah tag terakhir, tapi ada lagi siap kata aku rajin jawab tag lagi. Adoi.

1. 5ve names that people call you:
  • alla (family)
  • dilla (generally)
  • kakak (adik kecik)
  • adilla (chinese frens)
  • lala (sedara belah mak)
2. 5ve important dates in your life :
  • 28th February 1989
  • byk
  • dates
  • aku
  • lupa
3. 5ve things you have done yesterday :
  • test jpj. lepas siot.
  • Update blog+muka buku
  • tido
  • tengok tv
  • pergi dengar tazkirah. jadi baik jap.
4. 5ve ways to be happy :
  • lepak dengan kawan kawan
  • shopping!
  • tengok movie yang gila lawak
  • jalan jalan makan angin
  • bermain dengan airiel darwisy
5. 5ve favourite movies :
  • dragon balls wktu kck2 dlu..
  • conan!!
  • korean movies
  • trilogy of twilight. awesome!
  • harry potter. fantastic.
6. 5ve favourite hobbies :
  • baca novel
  • melancong?
  • muka buku
  • update blog
  • byk lagi.tak tahu nak tulis yang mana.
7. 5ve favourite people : 
  • beloved family
  • my bffs
  • my gffs
  • my new frends kat tm
  • anyone yang always be beside me. oh, so sweet.
8. 5ve favourite places for vacation :
  • pantai. besh!
  • waterfall
  • shopping complex bley?
  • bukit. nyaman.
  • kat rumah jela.
9. 5ve reasons you answer the survey :
  • sebab ayu tag aku
  • kalau tak buat nanti teringat
  • saja
  • buang
  • masa
10. 5ve persons to tag :
  • aku TIDAK MAHU tag sesiapa. 

Tuesday, April 27, 2010

Lesen

Aku pandang keliling. Melihat gelagat manusia yang dalam gelisah. Aku cuba untuk berlagak tiada apa apa yang berlaku. Tapi dalam hati macam nak pecah hati sebab berdebar.

Ada yang lepas, ada yang mengundur. Waktu tu dalam fikiran aku hanya perkataan pasrah saja yang muncul. Aku diam membisu. Tidak bercakap dengan sesiapa. Nama aku dipanggil. Hah, buat sehabis baik. Itu pesanan untuk diri sendiri.

Lima belas minit berlalu. Aku keluar kereta dengan senyum puas.

Lepas ni, kaki aku akan jadi makin panjang. Lesen sudah dalam tangan. Hahaha.

katakata : jpj senyum tengok aku. ;)

Monday, April 26, 2010

Skype

Aku ada account skype. Account lama aku dah lupa apa. So, aku buat baru. Apa tujuan aku buat skype pun aku tak tahu. Banyak sangat masa terbuang tu yang terlintas nak buat balik. Aku rasa macam friends aku tak ada yang buat account ni.

Kalau korang suma ada terbaca entri ni dan korang ada terbuat account skype korang add la aku. Mana tahu boleh borak borak kosong. Daripada terbiar je account tu mati baik biar dia hidup dengan adanya aku.

Cakap banyak pun tak guna kalau id skype tak bagi. Nah amik nie id aku dillalla atau guna email allidarun@yahoo.com.

Kalau korang add, aku ucap terima kasih awal awal ye ;)

Sunday, April 25, 2010

Vespa

Pagi pagi da kena jerit. Mr daddy nak pergi Kuala Kangsar cari ikan sungai. Aku teringat yang aku nak makan kuih kembar dua. Nama tu aku main bubuh je sebab nama sebenar kuih tu aku tak berapa nak pasti ejaan dia.

Sebab awal, parking punya senang diperolehi. Aku jadi pelik sebab sepanjang jalan ada vespa bersepah sepah. Dalam fikiran mesti ada event apa apa kat tepi sungai. Seriously, aku memang teruja. Cantik gila vespa mereka. Waktu tu aku agak kecewa sebab tak bawa kamera.

Tapi berbekalkan kamera dua megapixel handset aku, aku snap juga dua tiga keping. Silalah tengok.

1


2


3


4


5


6


Itu saja. Jangan harapkan gambar yang hebat kerana aku bukan profesional dan masih lagi belajar. Tambahan pula hanya mengunakan kamera handset saja. Mungkin suatu hari nanti akan ada gambar hebat muncul.


katakata : penat bodek semata mata kerana dslr.

Saturday, April 24, 2010

Terbongkar

Banyak hal yang perlu diselesaikan. Membayar segala bil dan menguruskan pasal telefon rumah yang sudah rosak. Keinginan nak menambah speed streamyx terpaksa dilupakan atas sebab sebab tertentu.

Teringat beras di rumah dah kehabisan stok, terus ke tesco kerana ada jualan murah. Aku rasa hari hari tesco buat jualan murah. Mr daddy serba salah nak masuk sebab takut adik aku yang terlalu sayangkan sekolah dia mengamuk sebab tak ikut pergi beli barang. Berjumpa dengan Hazwani sebentar dan dihantar balik oleh beliau sendiri.

Disebabkan itu aku terpaksa jadi seperti perompak yang mengembalikan barang tanpa pengetahuan tuan rumah. Gila. Menyusun segala barang yang dibeli sambil melihat keadaan sekeliling supaya rahsia tidak bocor. Macam mana aku boleh ikut berkomplot dengan mrs bajubiru pun aku tak tahu.

Tak sampai lima minit. Terbongkar. Hahaha.

Tapi ditutup kembali dengan penipuan hebat dari aku. Tidak mengapa. Ada peluang untuk ke Giant pulak selepas ini. Taktik penipuan yang sungguh berkesan.


katakata : memang aku sengaja. ;p

Terakhir

Seorang lagi manusia akan menamatkan Latihan Industri di TM. Aku tiba tiba rasa macam nak ikut jejak langkah beliau. Penat menghitung hari bila aku akan menghabiskan OJT aku. Disebabkan hari terakhir beliau, aku berkira kira nak menghabiskan wang di Old Town.

Dalam van TM yang serba daif. Kerengga banyak. Aku duduk dalam van jadi puteri saja.



Lunch Time


Orang yang diraikan. Faiznur Hamzah


Kak Ina yang sedang termenung mengenang duit yang sudah kehabisan. 


Kami semua sudah kenyang. Hanya beliau yang mampu habiskan. Beliau habiskan semua. Sungguh teruja aku melihat.


Itu yang mampu ditunjuk. Aku akan rindu dekat kau Faiz. Blur kau memang best. Jumpa lagi di lain hari.

Friday, April 23, 2010

Birthday 2

Lagi lagi ada orang makin tua. Kali ini aku nak buat entri untuk miss echa yang sangat comel. Aku tak tipu. Miss echa ada blog juga. Nak kenal sama miss echa sila CLICK saja.


Aku dah cakap dia comel kan. Miss echa ni pangkat kakak dengan aku. Kenal pun sebab aku suka tengok dia posing yang comel comel melalui miss dayah yang merupakan senior aku yang memang cantik bagi aku. Mood nak puji orang sekarang. Tulis banyak pun tak guna. Tujuan hanya satu.

HAPPY BIRTHDAY

; ))

Hebat

Hari hari dengar orang keluar masuk PKR. Apa kejadah semua tu. Politik itu macam sampah bagi aku. Sengaja menarik perhatian masyarakat. Ditambah pula dengan kesibukan pilihanraya di Hulu Selangor. Lagi seronok mereka meraih perhatian. Aku muak dengan semua itu. Hanya kata kata kosong saja.

Aku dengar orang bercerita mengenai mr bollywood yang akan dikenakan hukuman kerana menipu. Sayang. Kerja yang diperolehi dengan hasil titik peluh tanpa sebarang kabel di sia siakan macam tu saja.

Itulah manusia. Sentiasa mengangap diri mereka sudah hebat. Sedangkan ilmu belum penuh di dada.

Wednesday, April 21, 2010

Award

Terima kasih kepada MSR sebab bagi award ni kat aku. Macam tak layak pun ada. Tapi orang dah bagi, aku sapu je.


Monday, April 19, 2010

Bus

Baru pulang dari Putrajaya. Disebabkan lawatan yang singkat tak boleh nak jumpa dengan rakan rakan yang ada di sekitar Putrajaya. Hanya sempat ke Alamanda pada jam 9 malam mencari kasut futsal mr ejat di Al-Ikhsan. Sebelum pulang bermesra dengan bas sekolah yang ada. Haha.












Geng Bas Sekolah


Sunday, April 18, 2010

Chill Babe

Setiap yang terjadi ada cerita disebaliknya. So, aku pasrah sekejap. Bagi laluan dekat adik aku sambung dulu sebab memang sekarang time dia. Aku undur diri dulu sebab aku dah merasa.

So, ada cuti punya lah lama gunakan untuk enjoy life aku lah. Qada balik segala apa yang aku tidak mampu buat waktu belajar aritu. Biasalah, jadual aku kan pack. Student lah katakan. Tak pack pun buat buat je pack asal orang tanya busy ke tak, jawab saja busy.

Lepas ni kena atur plan nak enjoy ke mana la. Melancong macam masyuk juga kan. Ditambah pula kalau mr daddy baik hati nak sponsor nikon D5000 or D90. Memang lagi masyuk la.

Rumah kakak aku dekat putrajaya itu memang akan jadi tempat melepak aku selama aku tanam anggur. Main dengan budak sorang tu pun cunn juga. Janji duit masuk sudah.

So, chill chill. Bukan time kau untuk sambung lagi. Beri laluan pada yang lebih perlu. Yeah.

Teman

Haha. Update banyak banyak tapi simpan. Aku memang seorang yang kedekut. Oh, sekarang tengah gempar pasal Achik Spin meninggal kemalangan. So, ucapan takziah untuk family arwah. Aku harap tiada kontroversi akan tercetus. Tiada rafiqin darwisy yang kedua. Mencari publisiti murahan seperti itu. Gila annoying.




 SITI KHAIRANI
*Gambar tiada*




Gambar tak betul aku dengan teman seperjuangan di TM. Hari terakhir Siti Khairani salah seorang student practical di situ. Tapi gambar beliau tiada sebab memang tiada. Harap maaf.

katakata : Al-Fatihah.


Saturday, April 17, 2010

Bangkok

Hari ini aku tunaikan janji aku. Alah, aku tahu korang bukan heran pun pasal gambar gambar nie. Tapi takpe, aku nak tunjuk gak. Aku peduli ape. Selamat menengok.























Ok. Enough la kan. Itu adalah antara gambar yang mr daddy ambil. Harap korang enjoy untuk sementara.

Friday, April 16, 2010

Birthday

Aku rasa terharu sebab kawan aku dah makin tua. Betul betul terharu sebab aku rasa dah semakin hampir untuk aku makan nasi minyak dia. Dia adalah sahabat aku yang aku sayang. Dia memang sahabat terbaik aku.


 
Nur Hazwani Azman.
luv u.

.Happy Birthday.

Thursday, April 15, 2010

Down

Aku tengah mengalami simptom perasaan. Aku rasa macam gila punye kecewa hanya kerana application aku ditolak. Aku rasa macam aku ada buat kesalahan. Tapi otak aku tak dapat berfikir kesalahan apa yang aku telah buat.

Sekarang aku rasa aku bakal menjadi penganggur terhebat di abad ini. Mungkin mereka nak suruh aku berehat sebentar sebelum sambung belajar balik. Tapi aku gelojoh. Diploma masih tinggal sisa sisa yang belum tentu mampu digenggam sudah bongkak apply sana sini.

Itu takdir. Aku rasa ada hikmah disebaliknya. Ayat sekdar menyedapkan hati.

Mungkin aku boleh jadi baby sitter buat sementara. Menjaga si kecil yang malas berjalan. Mungkin selepas si kecil berjalan, berlari aku boleh sambung balik pelajaran aku yang tertangguh dengan gembira.

Tahun depan masih ada. Itu pun kalau masih hidup.

Wednesday, April 14, 2010

Budak Mentah

Hari ni aku pusing bandar Taiping sampai pening. Tujuan asal nak pergi repair laptop tapi melalut sampai merata rata. Tapi aku tak kisah. Aku lagi suka sebab ofis aku tiada manusia. Semua hilang entah ke mana. Daripada keseorangan baik aku berduaan, bertigaan dan ber ber lagi.

Petang aku melepak di tempat yang sejuk. Macam nak terbang pergi Alaska, tapi duit tak cukup nak menampung ramai ramai. So, MDF jadi tempat menghilangkan peluh yang menitik. Sekarang musim panas. Kipas kat rumah aku pun dah mencapai tahap maksima.

Tempat aku ada budak baru. Lebih tepat lagi pekerja baru ataupun lebih tepat tepat lagi technician baru. Segar dari ladang. Masih mentah. Sedang sibuk mengumpul ilmu dari pakcek pakcek di situ. Aku dah kumpul, nak kongsi tapi dia tak nak. So, aku tak boleh paksa sebab memang aku tak suka paksa orang.

Budak mentah sedang cari rumah sewa. Semoga berjaya.

Tuesday, April 13, 2010

Seksa

Dah takde kerja lain dah yang aku nak kena buat. Asyik menjawab tag saja. Sampai aku rasa hidup terseksa sebab nak kena fikir jawapan yang merapu. Tapi takpelah. Aku tag orang, orang balas balik kat aku. Terima saja.


1) Benda 2nd yg anda bwat afta bangun tidow.
Selalu tanya benda pertama. Kali nie benda kedua. Selalu selepas tengok phone, benda kedua aku buat masuk toilet cuci muka. Rasa pelik kalau keluar bilik without basahkan muka.

2) 3 perkara yg bwat anda hilang mood serta merta.
pertama : kena maki tak tentu pasal
kedua : bila benda yang nak dicari tak jumpa
ketiga : bila disuruh buat something yang aku takank buat dan tak patut dibuat.

3) Apa yg ada dlm fikiran anda sekarang.
Lipat baju dulu atau terus tidor. Berfikir, berfikir.

4) Jika anda terjumpa seketul batu yg boleh bercakap n anda diberi 1 permintaan. Apa yg anda nk mintak?
Kenapa satu je. Aku seorang yang tamak. Bagi la lebih sikit. Tapi kalau boleh aku nak patah balik masa. Nak buat keputusan yang tidak akan buat aku menyesal sekarang.

5) 5 fakta tentang gigi anda.
Kena tanya doktor gigi. Mr doc, sila jawab untuk aku.

6) Secara jujurnya, anda penah mengumpat cekgu? ya/tidak,alasan.
Jangan tipu kata kau tak pernah mengumpat cikgu. Sebaik baik kau pun mesti ada mengata kat cikgu. Itu lumrah pelajar. Normal la benda tu semua. So, ofcos aku pun tergolong dalam kumpulan tu. Dah banyak cikgu aku kutuk. Semua sebab tidak puas hati. Biasalah, jiwa remaja.

7) Masakan ape yg anda teringin nk masak skrg nih.
Tiada apa apa sebab semua mak aku dah sediakan. Harap maklum.

8) Jika anda adalah sejenis tumbuhan, what would u be?
Tumbuhan la. Tapi bukan parasit. Sekian.

9) Rumah idaman anda.
Rumah yang boleh buat aku rasa best duduk dalam tu.

10) 2 bnda yg anda bwat untuk hilangkan stress.

Lepak dalam bilik dan baca majalah. Tak pun ada duit lebih pergi lepak mana mana shopping complex, jalan jalan cukup. Lepak tepi pantai pun bagi aku masyuk gak.

11) Jika anda ialah sebuah perkataan,what would u choose.
Tak pernah terfikir pun nak jadi word apa. Aku curi kau punya la shaa. Macam gempak je aku tengok. " FOREVER "

12) tag 10 rakan yg laen.
Malas dah nak tag orang. Macam surat berantai plak tag ini. Tak pernah putus putus. So, aku putuskan la. Siapa nak sambung, silakan.

Monday, April 12, 2010

Berubah

Baju untuk kenduri cousin aku dah ditempah. Persediaan awal la katakan. Tipu sangatla kalau aku katakan aku tak ikut tema. Padahal aku yang mengada ngada time pergi cari kain. Itu sudah menjadi tabiat bila kenduri mesti kena ikut tema.

Kali ini aku buat lain sikit. Sudah bosan dengan baju kurung. Bertukar fesyen la pulak. Orang buat kembang kembang kat tangan, aku pun ikut jela. Biarlah jadi hamba fesyen untuk sementara waktu. Bukan selalu.

Perkara kalau dibuat selalu bosan juga. Perubahan mampu membuka mata.

Selamat berubah. ; )


katakata : Kena tamparan dari mr ejat sebab bergaduh. Ouch. Sakit.

Saturday, April 10, 2010

Kagum

Pagi pagi tadi aku da bangun secara mengejut. Aura datang mengatakan mrs bajubiru dengan mr daddy nak keluar. Bangun terus keluar bilik tengok semua orang tengah bersiap. Capai tuala terus masuk toilet tapi sebelum itu ofcoz jerit suruh tunggu. Tujuan semata mata nak pergi tempat biasa iaitu Tesco. Aku kalau bab mencari barang laju sikit. Senang nak capai apa saja yang bayar bukan aku tapi mrs bajubiru. Tapi macam biasa la stok harian rumah saja. Sebab ada offer, aku capai susu dutch lady coklat sampai 6 kotak. Kalau ikutkan aku nak capai lagi tapi kena sound takut tak lalu nak habiskan.

Kemudian berjalan pergi kamdar sebab mr daddy nak cari singlet. Macam biasa, tujuan aku sentiasa lari dari tujuan asal. Kaki aku elok je berjalan pergi depan cinema. Aku suh kaki tu belok masuk Kamdar tapi memang dia taknak. Disebabkan kereta yang mr daddy servis gila punya lambat nak siap, aku terus pergi kaunter. Aku minta tiket dewasa dua. Orang jaga kaunter tu tak nak bagi. Aku minta lagi, still dia taknak click kat situ. Lastly adik aku datang hulur rasuah duapuluhringgit, baru dia bagi. Penat aku tayang muka kesian kot dapat tiket free. Sia sia betul usaha aku tu.

Cerita aku tengok habis dengan ending yang betul betul mengecewakan. Itulah filem Malaysia. Masih tidak mampu menandingi filem antarabangsa. Bukan mengutuk, tapi kebenaran.

Ha, disebabkan mr streamyx dah pulih, aku terlalu excited pergi serbu kedai TMM untuk beli wireless router. Tersekat dalam tu sebab mrs bajubiru pergi tanya khabar berita anak tokey tu. Oleh itu, terbuka cerita yang agak menginsafkan aku buat seketika. Anak beliau yang dulunya rugged telah berubah seratusperatus. Berubah ke arah kebaikan. Manusia lain seronok mengisi borang melanjutkan pelajaran ke ipta, ipts, anak beliau isi borang tahfiz. Kalau tak dapat tahfiz, anak beliau nak pergi sekolah pondok. Ok, ketika itu memang sentap sekejap perasaan aku sebab anak beliau boleh jadi sematang itu dalam membuat keputusan. Tiada siapa yang membantah.

Kau budak hensem, aku rasa keputusan kau buat memang terbaik. Keputusan yang mampu membuatkan manusia lain akan pandang tinggi pada kau suatu hari nanti. Abaikan saja apa yang diorang nak kata dekat kau sekarang sebab hanya kau saja yang tahu apa yang kau buat. Teruskan perjuangan kau, ramai yang menyokong.


katakata : mereka akan pandang kita hanya ketika kita sudah berjaya. sebelum itu? hanya mereka saja yang tahu.

Friday, April 9, 2010

sombong

" Mereka ini nak pergi kerja atau nak masuk pertandingan fesyen. Pakai baju mengalahkan pergi kenduri. Sombong plak tu. Senyum pun taknak. Dunia dunia."

Perbualan harian ketika bertemu dengan budak budak yang tak cukup umur. Mereka seperti mengalami kejutan fesyen yang teramat sangat ditambah dengan sifat sombong yang betul betul tahap maksimum. Tolong jaga nama pelatih lain dan tolong hormat makcik, pakcik yang ada disekeliling kau.Sekadar senyum pun sudah memadai. Mahal sangatkah senyuman kau itu

Ingat, kalau kau sombong, tak jauh mana pun kau akan pergi. Satu hari nanti kau jatuh juga. Waktu tu kau pandang la orang sekeliling minta bantuan, tiada siapa yang akan hiraukan kau. Kau betul betul kecil di mata mereka. Kau fikir fikirkanlah. Kau dari kolej yang berunsurkan islam bukan. So, tunjukkan lah teladan kepada yang lain. Sila jangan cemarkan nama kolej kau.

Syabas doktor. Kau memang terbaik. Streamyx aku dah kembali stabil. Sudah ditempatkan di wad biasa. Aku balik rumah dengan senyuman walaupun keadaan hujan yang terlalu lebat. Ada plan yang bakal menjelma kerana streamyx sudak hampir pulih.

Wednesday, April 7, 2010

Bertahan

Kelakuan jahat aku hari ini betul betul terserlah. Aku telah ambil keputusan drastik dengan hanya tunjuk muka dan terus blah keluar. Apa kau ingat aku tak mampu nak buat macam tu. Sekarang padan muka kau buat kerja sorang sorang. Apa aku peduli.

Berdiri di tengah panas sambil bermandikan peluh betul betul membuatkan aku rasa seperti hendak menyerang sekolah di tepi aku hanya untuk segelas air. Itulah padahnya jika kepala aku keras tak bawa air. Penghawa dingin dari Perodua betul betul membuatkan kami leka bersembang. Buat seperti sedang menunggu kereta habis diservis sahaja padahal menaiki van yang terpampang tulisan TM. Tempat persinggahan yang sungguh nyaman. Aku betul betul ingin kembali ke tempat itu nanti.

Streamyx aku masih lagi di wad ICU. Aku tak tahu bila mahu menamatkan riwayat beliau kerana sering dipujuk doktor supaya biarkan begitu kerana mereka pasti beliau akan pulih sepenuhnya. Hanya kerana beliau, aku terpaksa bayar bil hospital begitu sahaja. Sampai bila aku mampu bertahan. Duit semakin banyak dihabiskan tetapi keadaan masih sama. Sila ambil tindakan serta merta wahai doktor doktor sekalian.

Jawab menjawab

Apa hal gila punya banyak orang nak tag aku. Its ok la. Terima kasih kepada MR PIJOE sebab kau terlalu rajin untuk mengetag aku. Untuk tidak mengecewakan kau dan menyebabkan kau bunuh diri, aku jawab tag kau ok. Tapi ade question. Do i deserve the award too? If i deserved it, thanks. If not, its ok.

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Aku akan tarik senjata yang dia gunakan untuk tikam aku dan tunjuk depan dia sambil kata "terima kasih sebab sedarkan aku siapa kau yang sebenar, KAWAN "


2. 6 org di hati anda ?

- Allah swt
- Family is everythings to me
- Friends
- Seseorang yang aku rahsiakan
- Tak dapat fikir da.
- Yeah, sudah tentu kau yang sedang membaca. Hey! kau, kau dan kau ada di hati aku.


3. Anda rasa anda comel ?

Kalau aku cakap ye, nanti korang muak nak muntah penuh satu baldi. So, better aku biar korang yang nilai. Comel ke. Euwww.

4. Single or taken ?

Dua dua pun tak, dua dua pun ya. Tiada jawapan yang spesifik. Maaf.

5. Blog yang anda suka ?

Blog yang aku rasa aku suka la.


6. Adakah bilik anda kemas setiap hari ?

Bergantung pada keadaan. Sempat kemas, tak sempat tunggu adik aku kemas. Balik tengok dah cantik.

7. Lagu terakhir yang anda dengar ?


Samsons - Tak bisa memilihmu. Winamp yang putarkan. Telinga aku hanya mendengar. Jadi kali terakhir sebab aku pause nak tengok cerita House.



8. Last text message ?

EDD Xtrastrange. Itupun comment dari facebook.

9. Last phone call ?

Adik aku. Mintak tolong amik dia kat sekolah.

10. Hari terakhir anda menangis ?

Today. Terkejut? Tak payah nak buat buat terkejut. Memang betul. Ini semua sebab ketua aku yang gila.

11. List lima faberet colour anda .

Putih, hitam, purple, pink, orange mungkin juga merah.

12. Orang terakhir anda ber"ym" ?

Siapa ntah. Hilang ingatan kejap.

13. Game yang anda paling suka ?

NFS. Ganas? Aku rasa tak pun. Sebab itu saja game hebat yang aku tahu main.


14. Adakah anda peminat MCR ?

Aku suka lagu my black parade. Itu maknanya aku minat MCR ke. Kalau itu stands for My Chemical Romance la.


15. Apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?

Aku rasa mengantuk tapi tak boleh tido lagi sebab kena jawab tag ni dan sebab kain tak lipat lagi. Bermasalah betul.

16. Anda rasa tag ni best ?

Perghhh. Gila punya best sampai otak aku jadi jem.

17. Tag lagi 10 orang .

Bab paling best. Sekali lagi mangsa aku adalah.
miss innz 
dak ngada 
fiD 
miss sha 
mr hariz
Tak mampu dah. Lagi lima, sesiapa yang tiada kerja nak buat, aku sarankan kau jawab tag ni. Grenti kau terus ada kerja. Serius. Kepada lima mangsa yang terkena, aku saja bagi homework kat korang. Buat, kalau tak rotan. Huahuahua. 

Monday, April 5, 2010

aduan aku

Perhatian. Entri ini adalah entri ketidakpuasan hati aku. Harap maklum. Nak baca teruskan, tak nak tidak mengapa. Aku tak pernah paksa.

Aku mulakan dengan cara ketua aku treat aku. Memang macam banggang. Aku jurusan elektronik tapi disuruh buat kerja seorang setiausaha. Apa kejadah aku kena buat benda itu semua. Apa yang boleh aku belajar hanya dengan key in data dalam excel. Kau nak sangat dinaikkan pangkat, kau buat la kerja kau. Kau cakap hebat. Kagum aku dengan kata kata kau. Tapi haram. Satu pun cakap kau tak boleh pakai. Setiap kali kau bercakap, aku hanya memandang dengan satu pandangan yang sinis. Setiap orang ada tahap kesabaran dia. So, tahap kesabaran aku memang betul betul tiada tahap sudah. So, maaflah. Segala kerja kau yang aku gelar sebagai sampah tu aku terpaksa letak tepi. Nama pun sampah, gila jijik aku nak sentuh.

Aku minta maaf la pakcik sebab aku kutuk kau tadi. Tapi aku tak boleh tahan. Kau bawak kereta macam !@#$%^. Main message time driving. Aku ke kiri kau ke kiri, aku ke kanan kau ke kanan. Aku nak potong kau himpit aku. Apa masalah kau. Sebab kau, aku terpaksa tunggu taraffic light yg bernilai sembilanpuluhsembilan. Padahal kalau kau tak buat hal tadi, aku da lepas dah. Aku betul betul menyirap je tadi. Haish.

Kau pemandu kereta wira warna hijau. Apa kes kau nak bagi lampu kat aku. Padahal kau nun jauh kowt dari aku. Badget kau laju sangat la. Pergi mampus. Sempat je aku lepas tadi. Setakat pakai kereta wira, kau tak payah nak berlagak dengan bagi lampu kat aku. Tak laju mana pun kereta kau. Sila cermin diri kau. Kau siapa nak bagi lampu kat aku.

Stop. Japg lagi banyak aku mengadu. So, segala kata kata yang ditulis memang agak kasar. Aku minta maaf kepada sesiapa yang tidak dapat menerima.

Saturday, April 3, 2010

kenangan

Walawey. Korang tunggu story aku ke. Ok la dude. Aku cerita. Cinema aku pergi semalam memang buat aku nak mengadakan rusuhan besar besaran. Macam banggang masuk pukul sembilanlimapuluh tapi movie mula pukul sepuluhplusplus. Memang nak kena hempuk dengan penonton. Ada yang ciap dah blah keluar macam tu je. Mungkin mereka claim kat luar kot.

Aku boleh bersabar lagi. Aku seorang yang bagus. Aku ada suruh mr specky buat pertunjukkan supaya manusia dalam tu tak bosan tapi beliau asyik mengelak saja. Apa boleh buat, tunggu dalam kebosanan saja.

Cukupla. Sekarang aku dekat Alor Setar. Bukan tengok bola. Aku ada hal kat sini. Sebelum sampai sini kami berjoli dulu dekat Sungai Petani. Pengakuan jujur aku adalah, aku baru pertama kali pergi SP. Jangan anggap aku tipu sebab terang terangan pengakuan jujur.

Kenduri kawen tadi rupanya kenduri crime partner aku dulu. Sengal gila aku tidak diberitahu. Minah nie jiran aku dulu waktu zaman zaman aku duduk Taman Bunga Raya Kuala Kangsar. Tapi dia tua banyak dari aku. Adik beradik dia semua lelaki except dia dan aku gila punya rapat dengan Along. Abang pertama dia. Gila sempoi mamat tu. Apa aku ingat dulu kalau aku rasa nak chow dari rumah aku chow pergi sebelah je sebab along selalu backup aku. Menyorok dalam bilik along. Tenks along. Aku sayang kau sangat la dan kau makin hensem sekarang dan bila bila.

watching

Semalam aku pergi menonton movie Clash Of The Titans. Not bad at all la. Tapi ada kes yang memang buat aku rasa macam nak lempang manager cinema tu. Nanti aku story. Nak kena pergi kenduri. Shit. Malas betul.

Friday, April 2, 2010

salam takziah

Semua orang tengah kecoh pasal Din Beramboi meninggal. Aku pun baru dapat tau pagi tadi time tengah siap siap nak pergi kerja. Aku sentap seketika. Even memang aku ada terfikir dalam keadaan kritikal macam tu apa apa boleh jadi tapi aku tak jangka la secepat ini. Gila tak sedih. Pagi pagi aku dengar era kot. Gelak sorang sorang macam orang gila. Yela sebab aku dengar guna earphone.

So, lepas ni kau aznil, tinggal sorang la. Kesian kat kau. Apa apa pun salam takziah untuk family arwah.

Al-Fatihah.

katakata : Lawak beliau sempoi. Tiada siapa boleh lawan. Aku tabik dowh.

Thursday, April 1, 2010

Loser

Bermasalah. Itulah yang aku alami sekarang. Apa aku buat semua tak betul. Aku nak ignore orang tapi click confirm. Apa kes. Mulut kata lain tangan buat lain. Aku nak buat pengakuan berani mati yang aku fail driving test dekat trek. Bukit tu betul betul buat aku terseksa. Balasan sebab terlalu bongkak.

Alamatnya, mrs bajubiru terpaksa la menyalurkan sumbangan ihsan untuk aku yang kena repeat test nanti. Ditambah pula dengan lesen yang hampir luput tarikhnya. Memang aku akan kena maki sebab menganggap mrs bajubiru cop duit. Matlamat untuk dapat lesen awal dari mr ejat terkandas di tengah jalan. Mati begitu saja. Shit. Aku benci betul.

Miss cakap mcm org tua akan pergi kem jumaat ni. Gila aku rasa macam hidup aku akan aman sekejap tanpa manusia tu di sisi aku. Kalau tak, hidup aku asyik dibebani dengan sikap dia yang memang buat aku tak boleh terima. Betul betul macam orang tua dan selalu nak tunjuk yang dia lebih hebat dari aku. Bukan macam aku, orang muda. Sentiasa cool saja.

Aku gilakan Dr House. Kalau boleh hari hari aku nak tengok beliau. Tapi selalu saja ada gangguan. Memang menguji tahap kesabaran aku. Aku stop dulu sebab aku kehabisan idea. Kalau korang ada benda nak sambung, silakan. Aku tak marah. Aku jeling je.