Friday, December 31, 2010

terdiam


kejadian di dapur.


aku : pastu nak masukkan ape plak?


mak : air asam jawa. 


aku : lagi? tu dah takde warna da. takde coklat - coklat da. nanti tak sedap la.


mak : masukkan jelah.




datang abah menyibuk




abah : masak apa nie?


aku : gulai.


abah : laaa... tak reti - reti lagi. 



dan berlalu pergi.



aku : .........*bunyi senduk terkena periuk*












aku dah cakap aku kurang suka makan dan masak gulai. haish.

Hye 2011




yeah, thats right. hope boleh dapat dan tambah lagi banyak pengalam hidup. peh, cakap macam selama ni tak pernah cukup. 

tapi,

memang tak cukup sebab setiap masa kita kena tambah pengalaman hidup. pandang keliling. itu semua adalah pengalaman hidup. 

harap kuat untuk hadapi semuanya.




selamat datang dunia baruku.

tahun baru

salam.




whoa!

selamat tinggal dua kosong satu kosong dan selamat datang dua kosong satu satu.

bila masuk tahun baru semua sibuk dengan azam baru. abaikan semua itu. berpuluh azam pun kalau takde usaha untuk capai tak guna juga. so, aku tak perlukan semua tu sebab aku ada dua belas bulan untuk melakukannya.

semua orang nak berubah. berubah menjadi yang lebih baik. biasalah, ayat clishe bila ditanya, itulah jawapannya. tapi tanya diri sendiri. berubah sebab diri atau orang lain atau disebabkan keadaan yang memaksa diri untuk berubah. sila tepuk dada tanya diri.

bila fikir balik, semua list yang dibuat betul - betul useless kerana manusia sentiasa berubah. terkejarkan azam yang baru sedangkan yang lepas masih lagi tergantung.

jadi, tak perlu untuk tunggu bulan depan, lusa, tulat, tahun depan atau tahun akan datang untuk berubah. sekarang pun boleh jika kita mahu. semuanya atas diri sendiri. mampu atau tidak.

yang pasti,

apa yang dah lepas jadikan pengajaran dan pengalaman hidup yang mampu digunakan untuk masa akan datang.

Wednesday, December 29, 2010

tahniah




MALAYSIA
(caps lock tu) 


ehem. mr hanis, mari kita start cari jersi malaysia okays. 




ps : nak cuti. nak cuti!

kisah semalam

salam.


hahaha. mr hanis, anda memang sungguh gila dengan menganggap gurauan aku sebagai benar. btw, terima kasih untuk lagu yang ditujukan itu. lagu pe, oh, all or nothing kan. peh, rugi tak rakam saje kan. boleh juga jadi bahan untuk aku gelak sorang - sorang nanti.


sebagai ganjaran kau inginkan aku buat benda yang sama bukan. jangan risau, aku akan lakukan cuma masanya belum tentu bila. sekali lagi terima kasih dan aku nak cakap, kau memang gila punya berani. tahniah mr hanis.


apa yang pasti, kita sama - sama gila! ;D






ps : kau mesti bangga terlebih kan. cis

Tuesday, December 28, 2010

selesai

salam.

fuh. selesai sudah segala marathon kenduri. bak kata mr hanis, " takde next season ke " memang mengharapkan tiada. nak menghabiskan season sebelumnya pun hampir sesak nafas aku.

cukup - cukuplah.

masa untuk fikir barang - barang yang perlu di bawa untuk kembali ke kolej. adik - adik pulak perlu berfikir untuk kembali ke sekolah. selepas ini, rumah ini akan kembali sunyi. akan kembali menjadi tiga orang ahli yang akan menjalani rutin harian seperti biasa.

Saturday, December 25, 2010

esok

salam.

esok marathon kenduri. simpan perut hari ini untuk esok. logik kan. esok juga akan terus ke bandar lumpur. juga menghadiri kenduri. barang semua sudah pack. malam - malam camni perangai nak jadi gedik sekejap.

capai baju kurung, sarung selendang dan bergambar. motif tiada.

dekat dapur ada bua biji kek yang telah sedia untuk dibawa esok. mungkin satu tu kena tinggal sebab tak jadi. salah resepi mungkin. ayam - ayam dan kucing - kucing akan jadi mangsa aku kali ini. jangan risau. walaupun tak jadi tapi masih sedap. peh, berlagak.

tepat pukul dua belas tengah malam. bunyi mercun dentam - dentum. merry christmas. dah, masa masuk tido. bujang tak bujang, esok kena berperang masak spagethi.

nite.

Thursday, December 23, 2010

salah number


telefon berbunyi lagu elves. malumlah hp tak canggih tak boleh letak lagu - lagu macam orang lain. dari dalam toilet dengar bunyi macam jerit - jerit. apehal pulak. keluar bilik air, dengar adik cerita.


AWN : abang kat mana nie. 


ADK : ni sape nie.


AWN : ni sape pulak. abah mana abah?


*senyap*mungkin pergi bilik sebelah cari mr abah. pastu kembali ke bilik. bising balik.


AWN : cuba cakap nie sape.


ADK : ni tqah. nak cakap dengan sape?


AWN : oh sorry. dulu number nie suami saya pakai. maaf ye.


ADK : @#$%^&&*^&**



AWN = auntie salah number
ADK = adik




apa yang bermain dalam fikiran aku, bercerai dah ke. bape tahun tak telefon suami sampai number suami dah tukar lain pun tak tahu. isk. tak faham betul.


Dugaan hidup

salam.





so, just face it. 


semalam dapat berita yang agak meresahkan. hari ini pun sama. terima kasih untuk semua yang tahan telinga mendengar segalanya. terima kasih juga untuk yang sudi menyelesaikan masalah itu.


tiba - tiba teringat kata - kata seorang sahabat,
" hidup ini perlu cabaran. kalau tak, hambar la, tak happening. cuma ingat satu je, ini semua ujian dariNya. kau kena bijak untuk lepas segala ujian itu. tapi, tak semestinya bila dah lepas tiada lagi ujian untuk kau. cuma kau kena kuat dan terus tabah."


bila aku hampir jatuh, aku sentiasa teringkat kata - kata ini. kemudian kembali bangkit. bangkit dengan semangat yang baru. aku harap ini berterusan sehingga titisan darah terakhir.


hidup ini memang sukar. aku harap semuanya akan berjalan lancar.





ps : hidup tak semestinya indah macam pelangi yang cantik muncul selepas hujan.

Tuesday, December 21, 2010

macaroni carbonara

salam.

tengah bosan - bosan tak tahu buat apa, perut plak tetiba bunyi. jalan - jalan pergi dapur, bukak almari. terperasan pulak ada macaroni. terdetik dalam hati,


" bilalah aku boleh masak benda ni."



mata meliar tengok apa yang ada. maggi je penuh. bosan. tiba - tiba mata aku cepat je tangkap setin prego carbonara. serta merta idea terus datang. terus buka peti ais keluarkan daging cincang, potong bawang, hidupkan api dan masak.

bertarung la aku di dapur dengan segala periuk belangga. peh. propa lebih. cukup setengah jam terhasillah macaroni carbonara.


ihsan dari uncle google


gambar betul tak sempat nak snap sebab sekelip mata je dah habis. sedap tak sedap belakang kira, janji perut yang lapar dapat diisi. 


ops ops, kejap. aku tanya adik aku dia kata ok je. maknanya sedap la kot. 




ps : kali kedua buat baru jadi. tsk.

Birthday in December

salam.

setiap sejam satu entri. tamak kan. ini gara - gara kalau tak buat, akan jadi malas then ignore je. bila tengah rajin, better buat even banyak entri. ini entri special sikit. entri untuk insan - insan yang berganjak menjadi semakin tua.

untuk insan - insan ini,


abah
adek
abg lan


dan

fysol
(tiada dalam gambar)



diucapkan,








ps : tiadalah special mana pun. tsk


Kenduri Qeqah

salam.

sebenarnya penyembelihan yang berlaku adalah untuk kenduri qeqah si kecil Nur Airis Alexandria. dah dua bulan dah si kecil tu. badan pun dah sedap. best pegang. pipi makin kembung.







kami crew belakang tabir.





fokus pada isi di dalam polisterin itu. made by me. oh, kek tiga biji juga habis. kesedapannya hingga ada cousin aku yang sorang ni kata,


" adik nak kek yang kak la buat. mak buat tak sedap."


tetttt. bukan aku yang ajar dia cakap sebegitu rupa. kanak - kanak tak pandai menipu bukan. peh. bangga kejap. tapi kejap jela. tak boleh lama - lama.

ini pulak aktiviti di malam hari. ada kisah lagi disebalik malam itu. sabar.






untuk gambar lain dan lebih jelas silalah Click Here





ps : buat bisnes kek. untung tak.

Sembelih

salam.

mari main sembelih menyembelih. mangsa adalah seekor kambing hitam putih. semua aktiviti ini dijalankan di rumah maklang.


sebelum


hi, saya adalah mangsa kali ini.


 selepas


ohh tidakk. telah terkorban.




semua ini bakal terkorban juga. ish ish.




inilah tokey kambing, lembu, itik, arnab




itik pulang petang. kedek - kedek.





untuk gambar lain serta lebih jelas silalah Click Here





ps : asyik dibuli. tsk.

Monday, December 20, 2010

Monday Blues

salam.

whoa. hari ni terasa macam nak melepaskan tension. kebetulan mrs emak pulang tengah hari dan pergi balik kerja petang tu. so, kesempatan tu diambil untuk kami tiga beradik keluar berjimba.


keputusan diambil untuk tengok movie cerita tron versi three dee. memang terbaik seyh. speechless kejap aku tengok. macam main real game je.


tapi movie start lambat lagi. sejam awal diisi dengan aktiviti karoake. perancangan awal nak dua jam, tapi sebab dah lewat so kami amik sejam je.




semua ini ditanggung oleh insan diatas. terima kasih banyak - banyak.








sebelum balik pau lagi insan diatas dengan meminta dibelikan burger prosperity di mcd. sangat - sangat puas hati ada adik sebaik beliau. lain kali belanja lagi. peace!




ps : dia dapat elaun. aku dapat habuk je. peh.

result

salam.

haih. seperti yang dijangka dan jangkaan itu sangat tepat. result macam celaka. sangat. bermati - matian bertarung untuk menyelit dalam sistem semata - mata mahu melihat result yang sebegitu rupa. shit. ada sedikit rasa nak terjun bangunan tapi bila fikir balik buat apa. buat sakit badan saja. so, lupakan.


lagipun semua ada untuk menyokong aku. lagak seperti aku baru tumbang di medan perang saja. ini buktinya.








sila click pada gambar untuk tumbesaran yang sihat.



tengok, macam mana aku nk give up kalau ada insan - insan seperti mereka. sentiasa ada bersama aku tak kira apa. tak lupa juga yang message aku dengan kata - kata semangat. terima kasih. aku hargai semua keprihatinan korang.


sem depan mungkin kena ubah strategi perang. mungkin kena ada orang pegang rotan baru boleh tak malas. sem depan juga perlu lebih komited. sem depan juga kena kurangkan aktiviti berjimba. mungkin boleh, mungkin tidak. 




ps : kadang - kadang kita kena terima hakikat. setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sunday, December 19, 2010

tunggu

salam.

banyak benda yang perlu diupdate. tapi tunggu segalanya selesai dahulu. tunggu semangat yang hilang kembali ke jiwa. tunggu aku berjaya terima kenyataan yang segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. tunggu.



result
kambing, lembu, itik, ayam.
kenduri
birthday.




semua itu akan diupdate satu persatu. sabar dan terus bersabar ya.

Tuesday, December 14, 2010

burger tepi jalan

salam.

menjejakkan kaki ke pasar malam setelah berbulan - bulan tak berpeluang pergi gara - gara jauh. rindu semua makanan di situ. nasi tomato, nasi kerabu, laksam salah seorang makcik di situ memang superb. tapi tahankan saja nafsu untuk makan semua sebab dah makan nasi dah before tu.

tujuan datang hanya mencari yong tau fu yang tak dapat nak makan ketika di setiawan. damn! boleh pulak aku datang kuah tak siap lagi. entah kenapa tiba - tiba hidung nie gatal terbau burger dan dengan serta merta perut pun merengek rengek nak makan. gedik tau.


" mak. duit. nak beli burger kat pakcik depan tu."



mrs emak hulur dua ringgit kat aku. muka aku dengan pantas terus berkerut. dua ringgit?


" mane cukup nie. nk special."



tiba - tiba ja mr abah menyampuk.


" cukupla tu. p tgk harga tu."



sepantas kilat terus toleh ke belakang. kaku sebentar. burger special seringgit lapan puluh sen. celaka. macam mana aku boleh lupa aku berada di pasar malam di kampung aku dan bukan di sana, situ atau mana - mana lah yang burger specialnya berharga dua ringgit setengah atau mungkin tiga ringgit.





ps : rindu uncle bob serta panjang dan pendek.

kini


semuanya sudah berakhir. 
sebuah cerita yang kini sudah temui titik noktahnya.

tapi,

pencarian erti hidup masih diteruskan.
*be strong girl. u can do it.*


Friday, December 10, 2010

time run so fast.

salam.


cuti tinggal beberapa minggu lagi. result bakal keluar paling cepat minggu depan. harap result tak macam neraka. biarlah macam syurga baru senang untuk aku teruskan segalanya. sem baru dengan suasana baru, mungkin.

sana sini semua bercakap pasal loan. aku tak ambil pusing semua tu. dapat pun hanya untuk yuran saja. cukuplah, janji aku tak perlu jadi pengemis jalanan mencari duit untuk membayar yuran setiap semester. tarikh pendaftaran juga sudah dimaklumkan.


masalah bakal muncul.


perlu mula fikir cara untuk ambil segala barang yang tercampak di pangsapuri di setapak. kali ini siapa pula yang baik hati mahu menolong. mungkin lebih senang pergi dengan keluarga. tak perlu banyak kerenah, tak perlu berhabis kredit mencari pertolongan.





untuk kawan - kawan, tak perlu risau. stok sudah ditambah. permintaan anda semua telah ditunaikan. ada bayaran untuk semua itu? aku kurang pasti.





ps : prosperity dah keluar. serang mcd jum!

Tuesday, December 7, 2010

reunion 2010

salam.

kembali bersatu walaupun bukan semua. reunion sekolah menengah kebangsaan taman tasik batch 02-07. terima kasih untuk semua yang hadir.

kembali bersatu











ps : mengimbau memori zaman sekolah.

taiping - kl - putrajaya - taiping

salam.


dua hari yang pack. tiada masa nak update segala cerita. hari ahad, bak kata abah, celik saja lampu bas terus bawa kami ke kl. plan asal nak pergi dengan train terbantut dek kerana tiket habis. nasib aku dah agak fasih jalan - jalan kat sana dan dah biasa dengan segala pengangkutan awam yang ada.


dan hari ini berkejar untuk naik train balik ke taiping. macam pergi naik first bus, balik pun sama, first train. sampai taiping naik teksi balik ke rumah. memang pengalaman yang agak menakjubkan di taiping sebab selalu sampai je, call orang suruh datang pick up. ikutkan mr abah tadi nak berjalan kaki ke perhentian bus dan naik bus balik but i'm totally tired tadi, so aku decide naik teksi chalow terus ke rumah je. mengada kan.


balik rumah, terus on lappy continue downloading dan tidur. oh ya, akan ada special entri nanti. maybe after 19th december.




ps : tiada gambar. bosan.

Friday, December 3, 2010

playfull kiss

salam.

playfull kiss. seriously best. aku tak tipu. balik gombak hasut zahirah abu kassim pulak join tengok this drama. confirm melekat bilik aku tak balik - balik. biasalah, aku kan gelojoh sikit. internet lembab, so baru dapat download sampai episod lima saja. terus buka youtube tengok last episode. amek kau. tak sabar punye pasal.



 oh, hye. lelaki takde perasaan.


tengok, tengok. sekali dy senyum. pergi kutip balik jantung korang yang jatuh tu semua cepat!



watak kim hyun joog dalam this drama betul - betul terbaik la berbanding dalam boys over flowers. tapi dy nie memang suke jadi cool hearted man eyh. badget ego. watak dy selalu je jarang senyum. btw, its a nice drama la untuk ditengok cuti - cuti nie.



budak nie memang terbaik. jujur nak mampos!


cerita nie macam ade sikit - sikit princess hour la. maybe sebab dari pengarah yang sama kot. asal nak ending je, kua gambar bear- bear yang comel. gile punye cute bear tu. then, gurl yang pegang watak oh ha ni tu, sekali tengok macam gurl yang berlakon dalam drama princess hour tu. sekali tengok jela, dua kali tengok macam lain la.


soo comel bear itu.


sama tapi tak serupa


oleh itu, selamat menonton. 





ps: aku tau ko excited, zahirah.

Thursday, December 2, 2010

short hair

salam.

rebonding, perm, tocang dua, ponytail dan segala bagai jenis fesyen rambut tu semua dah buat aku bosan. padahal pakai tudung. saja nak menghabiskan duit dan sengaja nak buat rambut jadi rosak dan kasar.

kini aku berwajah baru. kembali ke zaman berambut pendek. dah terlalu lama dengan rambut panjang mungkin sudah sampai masanya melakukan sedikit perubahan. pelbagai gaya dah aku cuba. dah puas dah. kepala pun dah terasa sedikit ringgan.


sile click jika masih kurang jelas ;)


secara tiba - tiba aku rasa macam comel pulak berambut pendek. tak payah ikat. kalau aku buat rambut tempurung cam dulu - dulu apa jadi ek. pakai tudung pon senang.


ohh. shawl dan inner yang aku pesan dah selamat aku terima tadi. tenks citra anggun.





ps : dulu amoi sekarang apa.

Wednesday, December 1, 2010

hye December

salam.

welcome disember. cepat betul masa berjalan. pejam - celik - pejam - celik dah disember rupenye. tapi apa yang pasti, cuti masih lagi panjang. rilex dan steady saja di rumah.

permulaan disember aku mulakan dengan mengemas rumah. sebelum masuk kali ke tiga telinga aku bernanah sebab tahan bebelan mrs mummy, better aku buat semua keja yang dy suruh. whoa, semalam mrs mummy bising kata aku tak reti masak gulai dan hari ini aku buktikan i'm not that stupid ok.



tumis je segala bahan.



orang kata tunggu sampai pekat dan naik minyak. tunggu jela kan. then masukkan asam jawa dan santan.



taraaaa!! hasilnya. ops, sori terlebih masuk santan. apadahal. janji sedap je aku rasa.


see, sapa kata aku tak boleh masak gulai. cuma taknak tunjuk je. setakat terlebih santan tu abaikan lah. nama pon first time buat. selalu tengok je. nak buat takut tak jadi. bila dah buat jadila pulak. mr daddy jadi judge. 


" hurm! boleh la." 


tapi before ayat atas nie keluar, macam kene soal polis je. 




ps : gulai bukan favourite thats why malas nk masak.