Thursday, November 24, 2011

Holiday

Final exam dah habis. Boleh duduk goyang kaki tengok movie, layan novel dan sebagainya. Agak tekanan juga before nie dengan carry mark yang boleh buat aku nak hempuk kepala kat dinding sekuatnya. Tapi apakan daya, aku sayang kepala aku.

So far tiga paper yang lepas, not bad la.

Aku nak confident lebih pun tak boleh sebab aku study pun sekadar aku mampu je. Aku boleh kata 50 - 50 je lah.

Sekarang bolehlah packing barang dan pergi berlibur sebelum balik.

Marilah bercuti!!

Sunday, November 13, 2011

Final Exam July 2011

Esok mula demam final exam. Dua minggu nak kena mengadap minggu yang gila punya stress. Aku bertambah stress bila tengok carry mark yang macam suam - suam kuku. Satu hal pula nak kena fikr strategi untuk score. Satu hal juga nak kena study hard bukan study smart.





Buat masa dua minggu nie, tiada gambar cantik untuk dijadikan background laptop. So, kena hadap gambar atas tu sampai habis exam. Nak taknak, kena hadap juga.

Btw, untuk student yang final for this two weeks, goodluck. Pesanan dari aku, pandai bawa pandailah sorok. Jangan kantoi di tengah exam hall. Nanti orang lain juga terkantoi sama ;)

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha.







Ini kejadian petang semalam. Rumah dipenuhi lagi sebab raya. Alang - alang dah penuh sambut terus birthday Airiel. Tu kek atas tu, seminggu lepas tempah. Nak kek menarik sangat kan. Bila bawa keluar, habis semua budak kerumun kek tu. Excited sangat.

Mujur sedap, tapi luar dia yang cantik - cantik tu manis sangat plus terlalu tebal. So, ramai la yang membuangnya. 





Ini pula kejadian waktu pagi selepas sembahyang raya. Biasalah, aktiviti wajib berlaku iaitu korbankan lembu. Surau depan rumah ni buat lima ekor. Kebetulan this year, aku punya turn so kenalah pergi tengok kan.

Kali ni takde part sebab hari kedua takde apa sangat pun. Duduk rumah saja tunggu orang datang. Macam biasa, bila Raya Haji, kuih muih kurang sikit tapi yang banyak adalah masakan berunsurkan daging. Sampai aku dah naik muak dan mak aku sampai kuarkan ayat,

" simpan untuk hari lain lah pulak "

Ohh, sekarang tengah musim durian. Banyak gila durian kat rumah ni. Siapa hantu durian, jangan jeles!