Monday, April 25, 2016

Travelogue : Grand Lexis Port Dickson


Salam guys. This time kita pergi #cuticutimalaysia #dekatje pula okay. Memang selalu after adik aku habis exam dan cuti semester, kitorang akan plan untuk pergi bercuti satu family. Last year kitorang pergi Langkawi, so this year pergi Port Dickson je sebab kebetulan adik aku tu Uitm Kuala Pilah, alang - alang tu singgah terus je. 




Actually lama dah aku nak merasa stay dekat Grand Lexis PD tu. Bila memikirkan satu malam tu mak aih mahal, so lupakanlah niat tu. Tapi this time, pakat dengan parents aku stay situ. Sebelum ni aku survey dan decide nak stay Bayu Beach Resort sebab boleh turun mandi laut tapi memandangkan sekarang ni cuaca panas melampau so tukar plan cari tempat yang boleh lepak indoor je. Terus terfikir samada Lexis Hibiscus or Grand Lexis. Kedua dua pun ada private pool cuma bezanya kecil dan besar je. After sedikit perbincangan *ayatpenulisansangat* dengan adik aku, so kitorang decide Grand Lexis sebab pool dia besar sikit.




Aku tak buang masa terus call bahagian reservation untuk booking bilik dengan harga RM595/night. Ini harga after 15% diskaun sebab guna id kakak as pekerja goverment. After sedikit research pasal bilik, aku decide untuk book bilik Sky Pool Villa. Book for 2D1N sahaja. This is not water chalet tau, ini yang dalam bangunan dia. Gara - gara nak tengok sunset la. Gedik kan aku.




So on that day, aku gerak dari Putrajaya dengan family kakak aku dan parents aku gerak dari Perak terus ke Kuala Pilah ambil adik aku then terus ke sana. Hotel ni check in dia pukul empat petang, so asalnya ingat nak check in awal tapi macam - macam drama jadi. Sekerat jalan tertinggal rice cooker la pula, patah balik ambil rice cooker tu la yang jadi lambat. Sampai Grand Lexis pun dah pukul empat lebih. Mujurlah budak - budak ni cuti Isnin, melainkan Airiel dia ponteng sekolah *padahalkafaygcuti*



Bagus bellboy ni, aku merapu pun dia layan.



Nampak tak tiga ketul dekat belakang tu dah excited nak terjun pool -.-"


Okay back to our vacation, aku yang uruskan segala urusan check in. Nervous weyh, padahal banyak kali dah buat benda ni tapi still juga nak nervous. Settle segala urusan, bell boy datang angkut segala barang pergi bilik. Tingkat tujuh okay. Bahagia sangat aku. Berangan dapat tengok sunset. Hiks. Masuk bilik benda pertama aku buat mestilah take picture untuk review ni. Budak - budak ni dah excited nak terjun kolam. Tak reti nak bersabar betul. Tak tahu ke angah diorang ni ada benda lagi penting nak kena buat -.-".




Luas kan? Nak berlari ke, nak berguling ke silakan. Tiada siapa nak halang kau. Aircond ada, kipas pun ada. Nikmat betul tengah - tengah musim panas ni.



Pool yang boleh tahan besar. Boleh la habuan nak kuak lentang empat kali. Tapi untuk budak - budak pastikan ada pengawasan. Quite dalam untuk mereka.



Dapur yang lengkap segalanya. Sabun cuci pinggan pun dia sediakan. So, tak perlu bawa okay. Hiks.





Toilet yang super bersih. 



Inilah port lepak aku layan sunset. Heaven sangat weyh. Lepak layan perasaan pun syiok juga. Tapi malam tu nan hado bintang. Kalau tak lagi masyuk.


So far bilik memuaskan. Nak kata luas pun luas la juga untuk family yang tak berapa besar macam family aku ni. Ada microwave untuk panaskan makanan, ada heater, iron board and iron, wifi pun laju. Senang cerita semua complete la. Kebetulan pula pergi hari Ahad, tak ramai orang memang best la sangat. Privacy la sikit.





Settle unpack segala barang, apa lagi yang ditunggu, terjun pool la. Siapa yang lapar, makan dulu sebab mak aku bawa bekal lauk dan kitorang bawa nasi *yangpatahbaliktaditu* aku siap goreng nugget sebab takut lapar after berseronok mandi. Paling seronok mestilah budak tiga orang tu. Diorang punya menjerit macam nak pecah gegendang telinga aku. Abang ipar dan kakak aku pun join juga terjun pool padahal esoknya kerja. Mujurlah PD dengan Putrajaya tu tak jauh mana.





Sunset time. Plan asal nak buat timelaps tapi penat nak tunggu so take picture jela. Memang berbaloi la ambil bilik ni sebab clear kot sunset. Bahagia sebentar. Hantu sunset sungguh aku ni. Abah aku siap kata "dia ni datang bukan nak mandi sangat pun, kalutlah dengan sunset dia tu." Hiks. Abah siap tolong tengokkan sunset dekat aku, bila ada scene macam cantik sikit cepat je dia panggil aku. Terbaiklah abah. Muahhh. Malam tu bersiap pergi dinner. Then after dinner kakak dan abang ipar aku balik, tinggallah kitorang je. Malam tu barulah mak aku turun pool. Adik aku pun turun sekali dengan Airiel. Aku, duduk atas katil lepak tengok tv je. Malas dah nak basah - basah.




Empat beradik ni kalau dah berkumpul memang gila dia datang. Apa pun tak boleh. Kah.



Nak sangat layan sunset. Nah sis belanja satu.



My kesayangan dunia akhirat. Awak bila join? Jangan lambat sangat okay. 


Pagi keesokkannya aku duduk tunggu budak - budak yang tak bangun tidur lagi while mak dengan abah dan yang lain keluar pergi beli breakfast. Memang aku ambil bilik without breakfast pun. Aku sikit punya bosan tak tahu nak buat apa, salin baju gerak Airiel terus terjun pool. Tapi tak lama sebab adik aku kata nak pusing - pusing hotel. So, turunlah kami empat beranak round sekitar hotel. Adik lelaki aku tinggal sebab dia malas nak ikut, so dia jaga budak - budak tu.











Which one should I go with you?



Diorang cuba untuk meniru signature post aku. Pffttt. Pastu gelak berdekah. Ciss.


Balik dari pusing satu hotel, habis semua terjun masuk pool lagi. Memang berbaloi bawa diorang ni. Aku je malas dah nak basahkan baju bagai. So, aku lepak sambil pack sikit - sikit barang nak balik nanti. Nak balik pun banyak juga drama, biasalah bila bawa budak - budak. Orang ni cuit sikit, orang ni menangis. Gelak - gelak lepas tu menangis. Lumrah kanak - kanak. Bersabar jela.



Airis cuba untuk buat music video untuk lagu apa aku pun tak tahu. Bajet retis bila lari rambut dia yang panjang tu terbang - terbang.



Airiel ni kalau bergambar tak pernah buka mata. Dasar mata sepet betul.



Acah - acah tak pandang kamera. 



Model tudung. 



Kiri : Bongsu. Kanan : Ketiga.


Elok pukul dua belas tengahari, aku turun settlekan urusan check out while parents aku pergi susun barang dalam kereta. Selesai check out, bergerak pula ke Teluk Kemang bagi budak - budak ni layan view laut pula. Tak dapat mandi dapat tengok view pun jadilah. Tak lama pun lepak situ sebab panas sangat. So decide balik jela. Adik aku bawa kereta sorang sebab yang lain dah membuta kepenantan. Hiks.

Tamatlah percutian keluarga untuk tahun ni. Tahun depan insyaAllah ke Sabah pula. Tugas akulah nak kena check tiket flight selalu. Yela, nak perginya ramai bukan sikit so kena prepare lebih sikit.




*bakal rindu view ini*


Saturday, April 23, 2016

Travelogue : Summary of Lombok


Maigod, hampir sebulan #tripberlapan ni berlalu settle update. Sorry guys, busy sikit lately, dengan phone buat hal memang agak spoil la sikit my mood. Tapi at least berjaya juga kan upkan entri. Dah habis pun, dah masuk summary pun. Hiks. 

Kali ni aku bercuti tanpa perlu bekerja keras buat itinerary bagai. Pergi 8 orang semuanya #tripberlapan. Ramai kan. First time juga aku join trip yang seramai ini. Hiks. Bila dah ramai so masing – masing akan dapat tugas la. This time tugas aku just cari pasal simkad.

So, pasal hotel, supir, interesting place semua orang lain buat. Aku still buat juga research sebab memang jenis aku punya perangai kalau nak pergi mana – mana aku suka buat research dulu in case if anything happen last minute at least ada juga backup.

Bawah ni ada sedikit info untuk yang nak ke sana. Number supir pun dah siapkan sekali. Siap buat perbandingan lagi. So, pandai - pandailah korang nego okay.


Tiket Flight

Time beli tu aku Berjaya beli tiket KUL-LOM-KUL total RM211 untuk tarikh dari 06-10 March 2016. Kalau tak silap aku sama harga dengan diorang nie beli. Aku beli time Air Asia buat promo free seat haritu. Tapi flight depart pagi jam 8.30 pagi and balik malam pukul 7.15 malam. That time ada juga yang flight petang, 4 orang.


Hotel

Pesona Resort Gili Trawangan (3H2M)



Bumi Aditya Sengigi (2H1M)



Simkad

Guna lebihan dari Bali. Lain – lain guna hotspot je. Jimat pun jimat. Aku pakai SimPati. Ada juga yang pakai XL. Tapi aku ada terbaca dari BBM group jangan beli Kartu As sebab line dia teruk sangat. Aku ni pun bernasib baik sebab for three month pergi Indonesia so guna simkad yang awal - awal beli dulu. 





Makanan

Dekat Gili Trawangan makanan halal senang je nak dapat. Mostly dekat hotel untuk breakfast ada basic breakfast yang kita boleh makan like roti, telur, pancake. Air pun dia bagi fresh orange. Senang cerita English Breakfast la. Banyak je restoran yang menghidangkan makanan halal. Kalau tak kisah boleh je makan dekat pasar malam Gili Trawangan tu. Murah pun murah.

If dekat Lombok pula, korang hire supir kan so diorang confirm akan bawa korang ke Restoran yang halal. Lagipun Lombok kan majoritinya Islam, so tak perlulah korang risau pasal makanan. Nama pun Pulau 1000 Masjid.


Island Hopping

Benda ni korang kena pandai nego. Dekat Gili nanti banyak je gerai - gerai yang offer tour untuk island hopping ni. Cumanya terpulang pada korang rajin or malas nak survey. Jangan lupa nego pula okay. Better decide dulu either nak private boat or just join ramai - ramai in one boat.


Supir

Itu comparison yang Siti Shahara buat untuk supir. Kitorang decide untuk first day sekadar untuk ke Bangsal ambil je Pak Sarip sebab dia bagi paling murah dan untuk Tour Lombok ambil Pak Adi sebab dia pandai ambil gambar. Tapi masalahnya, on the day kitorang patut tour tu dia sakit. So, orang lain yang ganti -.-“ dan no gambar cantik dari Mas Adi yang ada hanyalah gambar cantik dari kameranya Mas Ridzuan. Huks.

.


Contact Number Supir

Mas Adi          :         +62 821 4478 6542IG :  adibetet
Mas Sihaf       :         +62 81 907 171 500 /  IG :  sihaf_lomboktrip  /  FB :  SIHAF TOUR LOMBOK
Pak Arix         :         +62 819 3655 5980        
Pak Sarip       :          surya_rentcar@yahoo.co.id *fastreplydontworry*





Ahli #tripberlapan



Keseluruhan cerita boleh click link di bawah okay ;) Enjoy!


Part I  |  Part II  |  Part III  |  Part IV  |  Part V

Thursday, April 21, 2016

Travelogue : Trip Lombok Part V


10/03/2016 – Khamis

Last day sudah. Kebetulan flight lewat petang, so plan harini lepas check out pergi kedai souvenir, Sasak Village, Pantai Kuta Lombok dan Tanjung Aan. Sebenarnya ada lagi tempat patut pergi tapi sebab for us tempat tu macam tak menarik so kitorang just skip. Bila skip banyak tempat, banyak masa free dan masa tu digunakan melepak dekat Tanjung Aan.






Kampung Sasak ni terdiri daripada penduduk yg suku kaumnya Sasak. Orangnya kecil - kecil je okay. Rumah diorang dalam kampung ni dibina dari tahi sapi(lembu). Diorang jugak di galakkan untuk berkahwin dengan penduduk satu kampung untuk membolehkan diorang stay dekat kampung ni. Kalau kahwin orang luar pun still okay, tapi kena stay dekat tempat lain, kiranya luar dari perkampungan sasak ni. Rupanya, adat bawa lari bakal pengantin perempuan memang wujud weyh. Dia di kira macam hero lah kalau dapat bawa lari perempuan yang nak di kahwini tu.





Majoriti kaum wanita dekat sini menenun. Samapi ke nenek berusia 100 lebih pun masih lagi buat kerja menenun. Hasil tenunan itu akan dibuat jual. Seriously cantik – cantik weyh. Kain songket diorang pun cantik. Hampir juga aku tergoda. Tapi memikirkan kain yang borong dekat Bandung haritu dah banyak, so kena lupakan niat nak membeli tu.



Nenek ni umur dia hampir seratus kot. Eh ke dah seratus lebih? Lupa la pula tapi yang pasti memang sangat tua la dan dia still dekat situ menenun. Daebak!



Next destination, Tanjung Aan. View kat Tanjung Aan memang superb. Sambil menulis ni pun still teringat ingat tempat tu. Lepastu lunch dekat Restoran dekat dengan Airport. Makan nasi ape ntah tapi sambal dia pedas teramat sangat okay. Penatlah menaip, layan gambar jelah okay. Last day kot, kasi chance la sis berehat sambil meratap lepas ni no more bercuti sebab cuti pun dah habis. Jumaat kena masuk office la.







Next trip? Hahaha. Just wait and see tapi akan jadi #shortescape jela since cuti pun tak banyak dah nak escape lama – lama :p

#kumpulbalikduituntuktahunhadapan





Perbelanjaan Hari Kelima :

Sourvenier  =  IDR 60,000 /  RM18
Kerepek  =  IDR 50,000  /  RM15
Baju  =  IDR 220,000  /  RM65

Total = IDR 330,000 /  RM98