Sunday, August 21, 2011

Berbuka Puasa di Johny's Restaurant, Times Square








Ini kisah jumaat lepas. Tujuan asal nak pergi jumpa kakak bagi sehelai kertas quotation dekat KL Sentral. Tapi entah macam mana boleh terlepas sampai ke Times Square. Ini semua gara gara cik zahirahabukassim yang nak shopping baju raya.

Oh, kami bukan pergi berdua, ada juga cik atikahallias serta en syafiqsaat selaku driver dan bodyguard kitorang hari tu. Tapi dia join tak lama. Dalam empat setengah petang dia dah kena gerak balik sebab dia ada jamuan buka puasa di tempat lagi mewah dari kami. Huh, jeles.

So, disebabkan bulan puasa so nak makan pun kena booking tempat. So, kitorang bertiga decide makan Johny's je sebab dah tiada tenaga nak pusing cari restaurant lain. Penat bhai. 

Ini pertama kali aku makan Johny's. Kuno kan. Tapi mujur la pernah makan steamboat sebelum nie so takdela kekok sangat pilih menu. Makanan dia not bad. Sambal dia yang menaikkan selera sebenarnya. Disebabkan kitorang tiga orang terpaksa la ambil set untuk empat orang. 

Seriously banyak gila dan secara jujurnya, pembaziran telah berlaku sebab tak habis pun kitorang makan. Masing masing dah senak perut. Tak mampu nak habiskan. Air pun asyik teguk sky juice je. Amboi, sky juice. Haha. Air masak la. Rugi bayar air berperisa. Padahal sikit je pun. Sky juice je yang laku sebab bila habis, boleh refill. 

Whoa. Lepas nie next destination ke mana pula ya. Ceh, badget macam buat segmen jalan jalan cari makan je kan buat buat gempak tanya next destination. Tapi insyaAllah, kalau ada lagi tempat menarik, aku cerita ok.


1 comment:

kau nak kata apa.silakan.