Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha.







Ini kejadian petang semalam. Rumah dipenuhi lagi sebab raya. Alang - alang dah penuh sambut terus birthday Airiel. Tu kek atas tu, seminggu lepas tempah. Nak kek menarik sangat kan. Bila bawa keluar, habis semua budak kerumun kek tu. Excited sangat.

Mujur sedap, tapi luar dia yang cantik - cantik tu manis sangat plus terlalu tebal. So, ramai la yang membuangnya. 





Ini pula kejadian waktu pagi selepas sembahyang raya. Biasalah, aktiviti wajib berlaku iaitu korbankan lembu. Surau depan rumah ni buat lima ekor. Kebetulan this year, aku punya turn so kenalah pergi tengok kan.

Kali ni takde part sebab hari kedua takde apa sangat pun. Duduk rumah saja tunggu orang datang. Macam biasa, bila Raya Haji, kuih muih kurang sikit tapi yang banyak adalah masakan berunsurkan daging. Sampai aku dah naik muak dan mak aku sampai kuarkan ayat,

" simpan untuk hari lain lah pulak "

Ohh, sekarang tengah musim durian. Banyak gila durian kat rumah ni. Siapa hantu durian, jangan jeles!

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.