Thursday, November 3, 2016

Birthday Bash for Nur Airis Alexandria

Hai uoolls. Lamanya simpan entri ni dalam draft. So sementara menunggu adik aku pergi settlekan hal konvo dia, let me completekan entri ni.

Sabtu 01 Oct 2016 aku tiba tiba gedik nak celebrate birthday minah kepochi Airis. Tapi takdelah buat boom kebaboom sangat pun. Just kumpul all the family then pergi picnic kat taman. Biasalah dulu time kecil aku takde benda ni semua. Lagipun sekarang kan trend celebrate siap belon belon bagai. 

Jumaat tu mujurlah aku halfday so settlekan segala kek dan decorations untuk Sabtu tu. Kehulur kehilir drive. Pergi Cyberjaya pickup kek then gerak pergi Bangi Sentral pula beli barang deco. Fuhhhh. Penat woi. 








See, simple je decorations yang aku buat. Belon, topi, beg goodies semua aku beli dari kedai The Glowing Party dekat branch Bangi Sentral. Main branch dia dekat Jalan Reko Kajang. So sesiapa yang nak beli deco birthday or any event boleh la pergi ke kedai diorang. Diorang pun ada buat suprise gift untuk birthday or apa apa jela. Senang cerita pergi sana dan survey okay. 





Banyaknya food. Okay, browniea dengan creampuff tu aku order dari @byaajthebaker.  Serious sedap. Brownies dia tak berapa manis sangat. Nice je. Tekstur dia pun moist chewy gitew. Even dah letak semalaman dalam peti ais but still sedap untuk dimakan. So kalau korang yang mana duduk area Putrajaya, Puchong or Cyberjaya nak order dengan cik adik manis tu silakan. Visit ig dia @byaajthebaker okay. Tapi peringatan, self pickup. Nak lagi mudah whatsapp dengan cik adik manis tu bincang. Mana tahu dia buat suprise tiba tiba nak deliverkan ke awak awak semua ke kan. 

Yang lain tu parents aku masak sikit, kakak aku masak sikit. Adik ipar kakak aku pun datang join sebab nak sambut sekali dengan anak dia yang sulung tu. Dia pun bawa juga makanan. So jadilah potluck birthday party at the garden.




Venue ni aku yang pilih sebab dah nama picnic mestilah dekat taman. So aku choose Taman Botani Putrajaya. Seminggu google tempat mana yang best katbarea Putrajaya tu. End up pilih situ jela. Dekat pun dekat dengan rumah. Lagipun budak budak boleh bebas main kan. Abang ipar aku siap bawa bola dengan raket lagi untuk bagi budak budak ni main. 

Sempat jugalah layan sunset yang cantik dekat Taman Botani tu. Cumanya tak berpeluang nak menjelajah guna basikal sebab kesuntukan masa. Next time boleh la datang riadah dekat sini. Sewa basikal keliling Taman Botani Putrajaya ni. 



Nah gambar family. Sebelum orang datang kita wefie dulu. Sebabnya bila dah semua busy potong kek, makan main memang tak ingat nak bergambar dah. 

So thanks dekat semua yang sudi menjayakan birthday party Airis ni. Aku ni memang jenis kalau aku nak buat aku buat juga bagi jadi. So untuk birthday lagi dua orang tu kita fikir next party plak. Ermm, nak buat dekat mana ehhh. Hiks. 

1 comment:

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Tumpang lalu ye tuan/puan.

    Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu seperti:
    - Sambutan Hari Raya Aidilfitri
    - Hari Graduasi
    - Anniversary
    - Majlis Perasmian
    - Majlis Persaraan

    Bukan itu sahaja, GPH juga menjual barangan seperti:
    - Belon Helium
    - Sand Art
    - Party Items
    - Inflatable
    - Clown Service

    GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.

    Tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan?
    Sila hubungi outlet GPH atau walk in.

    GLOWING PARTY HOUSE

    Bangi Sentral Outlet
    6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
    Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
    ☎ 0389122915
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    Reko Sentral Outlet
    17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
    Same row with Econsave Jalan Reko.
    ☎ 0387414445
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    The Main Place Mall Outlet
    2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
    ☎ 0380207681
    ⏰ Daily from 10am-10pm.

    Wholesale Warehouse Glowtex
    38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
    ☎ 0387256165

    untuk sebarang sample, boleh layari
    FB: https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/

    website : https://www.glowtexballoon.com/
    http://www.glowingpartyhouse.com/


    #GlowingParty™
    #Glowtex™
    #PartyBorongSakan

    ReplyDelete

kau nak kata apa.silakan.