Sunday, November 27, 2016

Hotel Review : Iris House Resort Cameron Highlands


Salam. Okay, now aku nak review sikit penginapan aku sewaktu di Cameron Highlands bulan May lepas. Family sebelah abah aku ada buat Family Day sebab kebetulan time tu cuti sekolah. Apartment ni hanya family aku je yang stay sebab homestay yang ada tu tak muat nak sumbat semua. Heh. 

Apartment ni Paksu aku yang booked kan guna booking.com kalau tak silap. Dia tanya dulu dekat aku samada okay ke tak, and after baca review from agoda, booking and tripadvisor aku minta Paksu proceed je with the booking. Seriously guys, if korang nak tahu the real picture of the hotel/resort sila pergi ke tripadvisor. Dekat situ mostly traveller akan upload the real picture. Kalau tengok dekat agoda semua tu mostly diorang guna gambar cantik cantik je. Oh, parking juga disediakan. Setiap unit satu parking. Kalau ada extra kereta boleh park dekat tepi jalan tu. InsyaAllah selamat je.




Actually setiap rumah dekat apartment ni ada owner dia sendiri and kebetulan aku dapat rumah owner malay and dia sangat la menjaga rumah dia. So memang sangat bersih la rumah dia. Segala pinggan mangkuk, besen, senduk, pisau semua dia dah sediakan. Siap ada microwave lagi. Aku prepare perapan untuk BBQ malam family day tu senang je sebab semua benda dia sediakan. Mudah kan.

Bawah ni ruang tamu dan tempat untuk menjamu selera. Ruang tamu dia nak kata kecil tak sangat sebab kitorang boleh siap bentang toto lagi tidur dekat depan tu sebab katil tak  cukup nak cover semua orang. Mujurlah dah prepare siap siap toto. Tv channel agak terhad and there is no wifi available okay.


Ruang Tamu


Meja Makan


Rumah ni ada tiga bilik. Bilik pertama dan kedua Queen Bed dan bilik ketiga Single Bed. Setiap bilik akan ada disediakan kipas. No aircond okay since malam je memang akan sejuk. Segala peralatan untuk menggosok juga disediakan. 


Bilik 1


Bilik 2


Bilik 3





Balkoni rumah ni mengadap Padang Golf okay. Oh, akan nampak juga jalan shortcut ke Kampung Sedia. So setiap malam kitorg guna jalan shortcut je since my relatives yang lain duduk dekat Homestay di Kampung Sedia.



View from Balcony


View from Balcony


View from Balcony


Sunrise from Balcony



Memang pengalaman yang paling best la. Sebelum ni pernah juga stay Cameron tapi stay dekat Crown Emperial sebab dekat dengan Pasar Malam. Iris House Resort kalau nak ke Pasar Malam adalah dalam 20 minit. Oh, dia ada juga Iris Hotel tak jauh dari Apartment ni. 




Overall,

Bilik :  4
Kebersihan :  4
Layanan :  4

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.