Tuesday, January 10, 2012

Timetable

Cuti hampir habis. Alah, tinggal lima hari je pun lagi. Jadual pun sudah keluar. Project untuk sem depan pun dah pilih. Tunggu nak masuk dan mengstresskan diri balik saja.




Syabas untuk diri aku sebab berjaya kosongkan lagi hari jumaat untuk tiga sem berturut turut dan terima kasihlah pada pihak universiti sebab letak jumaat tu kosong walaupun kali ni aku langsung tak minta anda kosongkan. Ramai yang seronok dengan kosongnya hari jumaat tu sebab boleh balik awal.

Tapi,

Aku stress tengok jadual aku ni. Pack nak mampus. Kalau macam ni aku rela ada kelas hari jumaat daripada tengok jadual yang macam ni punya pack. Apa ingat aku robot ke nak suruh mengadap buku tanpa henti. Nak suruh aku gila macam waktu sem mula-mula masuk tu ke. Oh, rasa nak terjum lombong.

Tengok pada jadual yang macam ni, mana aku nak selitkan lawatan sambil berhibur ke Sunway Lagoon, Bukit Tinggi, Cameron Highlands, Seoul Garden, Times Square dll. Macam mana juga aku nak bagi tumpuan dekat berduyun cerita korea tahun dua ribu dua belas ni. Macam mana pula dengan TGV dan GSC yang sering melambai lambai menyeru aku datang ke sana.




Ahh, stress!(sebut guna nada Kang Gary) 

No comments:

Post a Comment

kau nak kata apa.silakan.