Saturday, June 16, 2012

Musnah

Abang besar sudah balik. Hati kini boleh senyum riang.

Seminggu nie kepala cukup serabut dengan segala hal yang tak masuk dek akal.
Semua berpunca dari sikap sambil lewa. Itulah, bila terlalu jauh dari landasan agama, halal dan
haram langsung tidak ambil peduli. Dosa pahala juga dah dibuang jauh dari diri.

Mungkin aku tidak layak untuk cakap hal agama, tapi sebagai kawan aku agak terkilan bila
aku dan rakan-rakan dijadikan kambing hitam.

Kalau boleh undurkan balik masa, aku nak sangat supaya aku langsung tak megenali kau.
Aku senang hati, tidur aku pun confirm lena.
Tidak seperti sekarang. Segalanya kena berjaga. Bersedia atas segala kemungkinan.
Buat aku rasa nak lempang muka kau yang hodoh tu, dan rasa nak jahit mulut kau yang
bercakap tak henti tu.

Selepas ni, maafkan aku kalau aku berkasar sedikit dan buat tidak peduli. Ye, kau masih kawan aku
tapi bukan kawan yang aku rasa aku patut rapat lagi.

Terima kasih untuk segalanya yang telah kau musnahkan.
Terima kasih.

2 comments:

kau nak kata apa.silakan.