Saturday, August 11, 2012

Iklan raya

Ada beberapa hari lagi untuk semua umat islam menyambut kedatangan syawal. Kalau masuk town time macam nie, penuh dengan manusia yang sibuk membuat persiapan menyambut raya. Mujurlah aku sudah bersedia awal. Malas nak bersesak sesak mencari barang yang akhirnya bakal mengecewakan aku juga nanti.

Seperti tahun-tahun yang lalu, kita sering disajikan dengan iklan-iklan raya yang agak meruntun jiwa kita. Paling tak pernah mengecewakan kita iklan-iklan dari Petronas. Ya, iklan merekalah yang sering kita tunggu-tunggu setiap kali raya, tahun baru cina mahupun merdeka.

Dan untuk kali ini sekali lagi menjadi rutin aku untuk menunggu iklan daripada Petronas. Mungkin sedikit patriotik iklan kali ini disebabkan kita berada di bulan ogos. Bulan kemerdekaan. Membawa aku kepada pandangan yang sedikit berbeza. Membawa aku untuk melihat negara luar dari Malaysia. kehidupan luar Malaysia. Jujur aku kata ia mampu buka mata aku.




Strangers. Belum tentu kita dapat selami perasaan orang itu jika kita tak cuba untuk mengenalinya terlebih dahulu kan.



Oh, newsfeed facebook aku sibuk dengan orang berkongsi lagi satu iklan dari Bernas. Tergelak bila baca comment, "tengok iklan nie sambil potong bawang, habis berair mata" Yeah, quite syahdu iklan itu. Kisah perjalanan dua orang kanak-kanak yang kurang upaya ditambah pula sudah tiada ibu dan bapa betul-betul buat aku sedar yang nilai kasih sayang itu sangat penting dalam sesuatu perhubungan.





Cuma apa yang aku terkilan, kenapa tak buat iklan yang sedikit gembira. Setiap tahun mesti nak sedih je. Tapi satu-satunya iklan yang betul aku suka adalah iklan raya dari Petronas tahun 2003. Mengenai tujuh beradik yang mencari seekor lembu untuk dimasak oleh ibu mereka. Tak perlu sedih pun kita mampu sampaikan mesej kan. Seimbangkan sedih dengan gembira adalah lebih baik. 

Ini hanyalah pandangan. 

Apa pun Selamat Menyambut kedatangan Syawal buat semua. 

1 comment:

kau nak kata apa.silakan.